Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

FACIAL TREATMENT DI HANNAN MEDISPA PUTRAJAYA

Setelah hampir 6 tahun aku tak jejak kaki ke Facial SPA, akhirnya terbukak jugak hati tahun ni nak mencuba facial treatment yang ditawarkan oleh Hannan Medispa yang lokasinya terletak di Presint 8, Putrajaya. Aku ingat last aku pegi facial dengan husband, masa tu rasanya tengah honeymoon kot, kat Bali. Itupun kira macam facial biasa je, zaman dedulu mana nak ada alat canggih manggih siap emas, karbon bagai macam sekarang kan. Semuanya manual guna jari pun boyehh! Haha

Aku ni kan memang sejenis mudah terpengaruh. Dah pulak duk tengok macam-macam iklan dalam instagram dan fb. Macam menarik nak try ni, nak-nak treatment carbon peel. Duk baca testimoni pun satu hal jugak. Tengok orang duk share testimoni carbon peel ni sume cakap berkesan, makanya aku pun sibuk lah nak rasa berkesan ke idok dengan kulit ku nan kian lesu ini. mihmihmih

Masa Chinese New Year tu kebetulan aku duk scroll ig, tengok iklan sponsored by Hannan Medispa Putrajaya ni dalam news feed. Kebetulan dia tengah nak bagi promosi kepada 20 pelanggan terawal, aku pun sesaja la komen kat situ nak tahu pakej apa yang ditawarkan.

Alhamdulillah rezeki. Aku dapat 3 in 1 treatment dengan pakej serendah RM350 sahaja. Promo ni sebenarnya untuk treatment Cleo 24k Gold. Then next session, aku dapat free Carbon Peel treatment, yang sepatutnya harganya RM300, tapi sebab aku kan amik promo CNY ni dapat la FREE. And lagi satu FREE dapat Radiance Facial yang sepatutnya berharga RM100. So, kalau ikut harga asal semua treatment ni bernilai RM750. Tapi sempena promo CNY ni aku dapat 3 treatment bernilai RM700! Murah berbaloi uols! #ummithecheapskate



Kira macam first experience jugak la aku buat facial treatment menggunakan alatan mesin-mesin canggih ni. Cuak jugak lah bila mana time nak stim kan muka tu. Tibe aku rasa macam susah nak kawal pernafasan sebab wap-wap duk berkepuk kepuk melemaskan lubang hidungku. hahaha. Lawak gila kot. Tiba time tu jugak aku boleh mikir kalo mesin ni rosak mampuih la aku kena renjatan elektrik terus keras dalam topeng ni. Hahaha. #suchadrama

Rawatan ni mengambil masa sejam lebih jugak itu pasal amik hari Jumaat time lunch hour sebab kami kan lunch hour sangat indah lamanya di kala Jumaat. Hahaha

Secara keseluruhannya pertama kali ke Hanan MediSpa ni aku amat berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. Masa beautician tu duk urut-urut muka kita dengan 24-k gold tu, memang best sangat. After treatment dan sehingga la hari ni aku dapat rasa perubahan pada kulit muka aku. Rasa lebih lembut dan tona kulit lebih sekata.

Next session nak buat Carbon Peel pulak. Tak sabar nak pakai steamer tu, harap-harap aku dapat bernafas dengan normal la lepas ni. Hahaha..

Muka dah layu selepas diadun adun dengan pelbagai jenis serum, essence dan emas uolsss. Haha

"Jap, ultraman nak cas bateri kejap ye..". Time ni masa tengah pakai 24-k gold. Aku cakap kat adik yang urut muka aku tu, "dik..jangan tertinggal walau setitik emas pun tau..kasi serap masuk penuh-penuh dalam muka akak..jangan membazir dik...". 


Orang suh pejam mata aku sibuk la jugak nak bukak mata nak explore amende yang aku boleh nampak. Memang apepun tak nampak selain warna merah.

Thank you la kekakak emas sudi pinjam kan muka untuk ahkakk..


Dapat free gift lagi..yang bentuk macam silinder tu limited edition payung. Then dapat kalendar jugak. Siapa nak contact number boleh la berhubung dengan nama Dr. yang tertera di atas. Better korang buat appointment dulu la. Check dulu type of skin korang then baru boleh decide treatment macam mana yang sesuai dengan jenis kulit korang.

Semoga bermanfaat!


Monday, February 13, 2017

LET'S GET FIT: ZUMBA @ FITNESS SPACE GYM PUTRAJAYA

Dalam entri pertama 2017 kan dah list down apa azam tahun baru. Makanya perlulah kita realisasikannya. Alhamdulillah, sekarang memang rasa kurang sangat stres walaupun badan lesu mengadap kerja. Betulla kan, kalau kita rajin exercise memang boleh buat hidup lebih ceria dan gembira. Sebab banyak kita hasilkan hormon gembira tu, endorfin namanya kan.

Masa mula-mula plan nak berzumba ni, aku duk tercari-cari kat mana la fitness studio area Putrajaya ni yang boleh suit dengan masa aku. Pastu kalau boleh nak la dalam indoor bukan open space macam kat padang. Bukan apa, kita ni dah jadi makmak segan pulak nak over over berjoget di khalayak ramai..lagipun ko tak boleh nak all out! hahaha

So bila dapat tahu daripada sorang kenalan aku, Farha..yang dia pun dah start berzumba..aku terus lah wasap dia. Dia pun bagitahu la details nya and aku terus proceed nak join. Memang time tu ngam sangat dengan time aku. Lokasi pun agak strategik, dekat sangat ngan ofis. Tq so much Farha! #muahciked


Fitness Space Gym Putrajaya ni lokasinya di Presint 16, senang je nak cari nya sebab kedudukannya betul-betul atas Kedai mamak Darussalam yang dekat dengan sekolah p16 tu. Waktu operasi untuk kelas Zumba ni ada hari Isnin dan Selasa jam 6-7 ptg, hari Jumaat jam 8.30 mlm. Aku hanya boleh commit hari Isnin dan Selasa je sebab hari Jumaat turn husband pulak bersukan futsal malam tu.


Selain daripada Zumba, ada beberapa lagi aktiviti fitness yang korang boleh join. Kalau korang nak join gym pun ada jugak tau, ada waktu berasingan untuk sesi lelaki dan sesi wanita . Cuma kalau Studio Class ni memang for LADIES ONLY. Yeyaaa! 

Sekarang dah masuk hari ke-6 aku join Zumba. Memang banyak sangat improvement, baik dari segi tahap kecergasan dan jugak step menari. Zumba ni memang non stop selama 1 jam kita akan menari tanpa henti. Tapi kalau dah rasa nyawa-nyawa ikan tu kita stop la kejap. Mula-mula memang semput oiii...Siap cramp kaki oittt. Yelaaa dah la tarian tu laju, berbelit kaki nak bersilang pangkah bagai. hahaha
Selalu dari ofis dah bersiap, senang skit tak terkejar nak berebut toilet kat studio. Nah..orang sume dah balik, toilet pun clear.. kita selfie sikit. Mihmihmih...

Lagi best bila ada kawan-kawan sekepala join sekali. Semangat tau serba serbi nak baru, nak kasut baru, suar baru, sport bra baru. Bahahaha


Pada sesiapa yang suka layan aerobik, aku pasti korang akan zumba. Cuma aerobik ni memang lemah lembut sopan santun sikit nak compare dengan zumba. Paling best...zumba ni walau sejam ko henyak badan..esok pagi bangkit dari tidur badan tak sakit..Memang best sangat!

Bersama coach Syafizah. Coach ni dia buat freelance, bukan attach dengan studio ni. So, kalau sekitar Putrajaya ni memang banyak jugak tempat yang dia buat. Memang energetic tengok coach ni, body pun padu wehh!

Aku duk compare la dengan training netball. Balik dari main netball aku memang sengal satu badan. Dengan injured bagainya. Atleast sekarang aku dah option lain kalau taknak join training netball..aku dah boleh fit dengan zumba uolss! 


Daripada segi pembakaran kalori pun menarik gak. Zumba ni sebab keseluruhan anggota badan kita bergerak padu. So, dalam masa sejam berzumba, kalori boleh terbakar sekitar 800 - 1000 tau! Zumba ni jugak tak sesuai untuk korang mana yang mengimpikan badan kurus slim bak supermodel Amber Chia. Sebab zumba ni more to shaping and body toning. Aku duk la tanya coach cemaner aku nak kuruskan peha, coach cakap dah elok dah saiz gitu nape nak kurus lagi nye. Yela..teringin la nak pakai suar jeans nampak straight dari pinggang ke tumit kaki. Hahaha

Takpe la, niat nak exercise ni bukan sebab nak kurus melidi pun. Cuma nak berat badan ideal dan bertenaga. Yang penting, badan kita sihat, hidup pun ceria. Kan?

So, pilihla mana sukan yang berbaloi dengan minat, masa dan keupayaan kita. Buatlah papepun, asalkan kita happy!


Jom sihat bersama!
#zumbafitness #misi55kg #naksihatbukannakkurus


Wednesday, December 31, 2014

Update : Misi Pasca Banjir kali ini kemungkinan akan ke 2 buah negeri


Alhamdulillah, syukur..sumbangan makin hari makin bertambah. Bilik gerakan kami di KPKT pun dipenuhi dengan pelbagai jenis sumbangan daripada anda diluar sana yang cukup-cukup prihatin dan pemurah. Sehingga hari ini wang terkumpul telah mencecah RM5,000 lebih. Dijangkakan minggu hadapan kutipan wang dan sumbangan barangan akan bertambah meningkat. Hari ini, dah mula yang sumbangkan kelengkapan dapur macam pinggan mangkuk, cawan, jug dan lain-lain lagi. Alhamdulillah syukur sangat...

Syukur Ya Allah. Betapa besar dan kaya nya rezeki yang Kau limpahkan, dan rezeki ini dikongsikan pula bersama-sama mereka yang amat-amat memerlukan. Anda di luar sana lah pemangkin kepada misi ini dan kami hanya mampu menadahkan doa agar anda dipermurahkan rezeki diatas segala amalan yang sangat mulia ini. 

Hasil perbincangan bersama team semalam, ada cadangan yang mengesyorkan untuk sekali lagi turun menjalankan misi ini di negeri Pahang. Kemungkinan kali ini kami memerlukan sukarelawan yang agak ramai memandangkan misi ini menfokuskan kepada aktiviti pembersihan kawasan dan mencuci rumah kediaman dan fasiliti-fasiliti tetentu seperti masjid/surau. Bagi misi di Kelantan, kami akan turun kesana untuk tujuan pengagihan sumbangan dan barang keperluan mengikut bilangan keluarga di beberapa buah kampung.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi wakil-wakil team seperti yang tertera di poster.

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen.


Tuesday, December 30, 2014

Cadangan Susunan dan Melabel Pakaian Terpakai Untuk Sumbangan PASCA Banjir

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Korang mana yang berhajat nak menyumbangkan pakaian terpakai digalakkan untuk mengasingkan pakaian serta melabel mengikut kategori bagi memudahkan urusan para pari volunteer nanti. Perkara yang paling utama adalah perlu pastikan pakaian terpakai yang disumbang itu berada dalam keadaan sempurna, tidak koyak atau kotor. And satu lagi diingatkan jugak, jangan la sampai tergamak dan menyumbang pakaian dalam terpakai ye. Rasa macam tak logik je kan? Tapi inilah realiti melalui pengalaman kami semasa menjalankan QC untuk misi tahun lepas.

Ini adalah contoh atau cadangan susunan pakaian terpakai. If nak pakai kotak or plastik untuk simpan pakaian tu pun takda masalah.






Ada yang mempersoalkan tentang tergamak ke nak bagi pakaian terpakai ni? Pandangan peribadi saya, tiada salah nya nak menyumbang pakaian terpakai asalkan ia masih lagi elok dipakai. Kadang-kadang kita perlu ingat, pakaian yang disumbangkan itu tidak semestinya lusuh. Ada juga sesetengah penderma yang terlalu sayangkan pakaian, simpan peram lelama dan ada juga yang beli tapi tiba-tiba rasa macam kurang sesuai nak pakai. Banyak juga yang kami terima pakaian yang label dan tag harga masih belum ditanggal.

Selain itu, team volunteer juga perlu main peranan untuk merancang dengan teliti agar sistem pengagihan kepada mangsa kelak lebih praktikal dan sistematik. Apa yang penting, ada bahagian kita yang menyumbang kepada meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Tak salah menyumbang pakaian terpakai asalkan ia masih sempurna, diasing dengan elok dan kemas sudah cukup menterjemahkan keihklasan kita. Wallahualam...


Monday, December 29, 2014

Misi Bantuan PASCA Banjir

Assalamualaikum semua,

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita hari ini selagi lagi diuji dengan bencana banjir dan kali ini boleh dikatakan paling kritikal yang pernah di alami oleh saudara mara kita di beberapa buah negeri yang terlibat iaitu di negeri Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), Perak, Perlis dan juga Johor.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bagi yang mengalami sendiri bencana ini. Saya dan keluarga pernah melalui saat-saat getir semasa bencana banjir di Pahang 10 tahun lalu, dan merasai kepayahan untuk melalui situasi ini walaupun rumah kami tidaklah terjejas teruk. 

Kali ini, media sosial menceritakan segalanya. Berbanding media arus perdana yang kita sedia maklum mempunyai kekangan untuk membuat liputan memandangkan cuaca yang sangat buruk dan keadaan kawasan yang terlibat terjejas teruk. Banyak gambar-gambar yang dimuat naik cukup menyentuh perasaan kita dan apa yang kita mampu lakukan hanya terus berdoa agar ia kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam ratusan NGO dan badan-badan kerajaan sedang bertungkus lumus memastikan bantuan diterima kepada mangsa-mangsa banjir, kita juga dihidangkan dengan berita-berita negatif daripada CYBER NINJA yang tak kurang melampiaskan kemarahan dan kependekan akal di media sosial. Malas sebenarnya nak komen panjang bab ni, tapi kita cuba lah amik positif bahwa mereka ini juga insan yang cukup prihatin secara virtually pun boleh.

Tahun lepas saya pernah berkongsi mengenai Misi Bantuan PASCA Banjir yang telah dijalankan atas inisiatif kami yang berada dan berkerja di sekitar Putrajaya. Boleh baca YANG NI DULU, then baru baca YANG NI.

Berikutan daripada misi sebelum ini, kami sekali lagi bergabung tenaga untuk meneruskan misi yang sama pada tahun ini. Kalau dulu kami ke Pekan, Pahang..insyallah misi kali ini akan ke negeri Kelantan memandangkan negeri ini paling teruk terjejas. 

Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan sumbangan, kami mengalu-alukan sumbangan korang semua dan beberapa cadangan barang yang ingin disumbangkan adalah seperti dibawah:

1) Kelengkapan ke sekolah (pakaian sekolah, kasut, stokin, alat tulis, beg sekolah)
2) Pampers
3) Susu formula
4) Botol Susu
5) Peralatan mencuci pakaian dan rumah (sabun serbuk, detergen, berus, penyapu)
6) Kelengkapan solat (telekung, kain pelikat, sejadah)
7) Pakaian (tshirt, seluar, baju kurung, tudung)
8) Toiletteries
9) Ubatan
10) Plastik sampah
11) Kasut / Selipar
12) Selimut/bantal/toto

Misi kami menfokuskan kepada bantuan selepas banjir. Kemungkinan juga kami akan turut membantu mencuci kawasan dan rumah kediaman yang telah terjejas. 

Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Putrajaya/Nilai/Salak Tinggi/Banting/Dengkil yang ingin memberikan sumbangan, korang boleh whatsapp saya 012-2243815 ok! Weekdays saya akan collect barang di sekitar Putrajaya, weekend maybe boleh collect disekitar Salak Tinggi dan Nilai.

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Team kami bergerak sendiri dan tidak bersandarkan mana-mana label atau entiti. Insyallah amanah yang korang bagi ni akan sampai kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, tak kira lah kawasan mana. Tiada karenah birokrasi dan campurtangan politik.

Doakan semoga misi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan ye!


Friday, December 5, 2014

Majlis Makan Malam BPO: Tema Retro & Pop Yeh Yeh

Aku jarang sharing pasal ofis. Tapi kali ni terasa nak berkongsi lah bila hujung hujung tahun ni. Totally bukan pasal kerja, tak minat kalo citer bab-bab kerja ni..yang laghoooo tu laju sikit laaa..haha

Majlis Makan Malam ni diadakan bersekali dengan Seminar Perancangan Strategik di Avillion PD. Semalaman berserunak runak dengan macam-macam persembahan oleh setiap kumpulan, esok kengkonon pulun lah dengan kerja.

Tema yang dipilih adalah Retro dan Pop Yeh Yeh. Wing aku pulak secara bidan terjun jadi AJK Props untuk hias2 skit dewan tu. So, nak mudah kerja aku decide kita buat Photo Booth je. Hias skit-skit je then letak Props Stick banyak-banyak and satu Guest Book untuk kenang kenangan.

Props ni semua buat and print sendiri. Ada ofismate yang sangat rajin and supportive. So kerja pun jadi cepat. Harap props ni cukup la untuk cater 150 orang yang akan datang malam tu nanti.



Photo Booth pulak kami hias on the sport kat luar dewan tu. Tak plan apa pun nak buat lagu mana, tapi berbekalkan macam-macam hiasan yg kami beli sebelum ni, tetibe idea tu datang time-time tu la. Ketar-ketar tangan menghias punya la penat! Tq Fifi sebab kita berjaya kerah tenaga hingga ke titisan terakhir. haha


Inilah rupa Photo Booth kami. takdak pulak gambar kaler-kaler warna-warni. Amik mood la retro sikit kan. hehe

Malam kejadian pun hampir tiba. Masing-masing saspen nak buat persembahan. Kumpulan kami plak group 1st yang akan buat persembahan. 

Kemain kan dengan poster bagai..saja nak kasikk meriahkan keadaan..hahaha

Aku sampai ke sebelum hari kejadian tu belum decide nak pakai baju apa. Orang lain siap sewa bagai. Aku memang tak sempat sebab kerja berlambak kat ofis. So, aku mix and match je apa yang ada dalam gobok baju. Aku pakai top and skirt peplum. Shawl tu aku pakai 2 helai, Entah macam mana aku belit tu pun dah lupa dah kalao nak mintak tutorial..haha..


Jom la layan gambar Retro & Pop yeh Yeh. Korang kalau tengah cari idea nak buat dinner tema macam ni, boleh la cuci mata cari ilham kawan-kawan lain punya dress up tak hengat..Semua sporting!

Tengok la Queen & King of The Night. Dua2 ni boss ok..

Bersama rakan-rakan se opis

Meletop ke tidak? hehe

Group kami sume pakai Masquarade. Beli je murah kat Heaven Party Jalan Reko, Bangi


Boria ni hebat tak? Curlasss big boss

Bersama bunda Tina. Curlass tak bunda? Gojes tau!

Muka tak cukup tido as usual..haha

Group kami dapat no2 untuk persembahan okay! tahniah korang! 

The Masquarade Ladies..


Bergambar dengan Group JUARA. Hebat sangat persembahan sampai berepisod bagai...memang tabik kat korang! Superb!


Thursday, January 16, 2014

Belajar Iqra' seawal 2 tahun

Sebelum terlupa nak update, marilah kita meng update pasal azam tahun baru ummi yg digembar gembur kan di ENTRI SEBELUM INI. Bimbang kalau-kalau hangat-hangat tahi ayam, makanya berdesup lah aku mencari toko-toko buku yang ada menjual Iqra' dan rehal. Terfikir jugak nak inherit kan saja buku-buku iqra' zaman aku menimba ilmu di AQFA dulu. Tapi kan..memandangkan aku ada terbaca satu belog yang mana aku sendiri pun dah lupa belog mana..belog tu tak silap aku ada share pasal tips mengajar anak solat. Disarankan beli telekung baru, sejadah baru, kopiah baru atau kain pelikat baru untuk anak yang baru nak belajar kerana ia sangat akan mendorong anak itu untuk belajar dengan baik kerana sifat keterujaan anak-anak kecil ini sangat tinggi apabila kita menghadiahkan sesuatu yang baru nak lebih elok lagi untuk di praktikkan.

Makanya tanpa berfikir panjang, aku beli la buku Iqra' di kedai buku nama lupa dah kat WARTA, Bangi. Masa tu nak cari benda lain sebenarnya, tapi bila dah ternampak kedai buku tu aku rasa tergerak hati nak masuk and cari buku Iqra' untuk Hadif. Aku cari rehal jugak, tengok ada macam-macam rehal. Nak murah ke mahal ke semua ada, tapi macam biasa la aku beli rehal plastik je kaler biru uolss..hehe..senang skit Hadif nak hangkut ke sana ke mari sebab ringan compare dengan rehal kayu tu kan. 

Petang after amik Hadif dari taska, aku bagitau dia yang aku ada hadiah untuk dia. Aku cakap kat dia aku bagi hadiah sebab dia good boy. Ya, kena biasakan motivate anak-anak dengan ayat-ayat yang positif supaya dia sendiri akan rasa nak buat sesuatu benda tu dengan ikhlas, bukan paksarela.

Orang kata mana tak tumpahnya kuah kalo bukan ke nasik. Hadif ni aku dah macam nampak sekilas perangai daddy. Bab-bab merancang memang terer dan cepat dan tuntas. Sebijik la macam laki aku, terkenang pulak masa nak pilih date honeymoon dulu-dulu..disuruhnya aku kira leklok tarikh tu jangan terkena dengan tarikh datang "bulan", nampak tak Mr. Planner tu acaner? haha..macam tu la anak aku..Bangun je pagi dari tido, dia akan tanya apa kita akan buat sepanjang hari tu. Didikan daddy sangat kan...

So berbalik kepada citer Iqra' ni, kenapa la aku suka meraban kalau menulih kannnn..hahhaa..on the way balik rumah tu, aku dah cakap kat Hadif yang kita akan baca Iqra lepas solat maghrib. So, balik ni dia dah ada plan nak pegi playground, balik je mandi, ready nak solat dan baru baca Iqra'. Aku dah macam agak kurang kusyuk berdebor pun ada bila nak start ajar ngaji ni. 

Dah ready. Hadif duduk bersila depan ummi. Pakai lah piah dia macam biasa skit lagi nak tutup mata. Bukak Iqra' Jilid 1. Letak atas rehal. Tetibe...danggggggg! Lupa pulok nak beli penunjuk..haishhh..baru lah terasa diri nak jadi ustajah kan..Potong betulaaaa..So, aku pakai pen je la. Bagi Hadif pegang pen yang takda dakwat. Gasak kalo bagi dia pen ada dakwat kang, hilang semua huruf dia pegi kaler2...hehehe

Before nak mula tu, aku bagi mukadimah dulu..."Ok..abang..sebelum nak baca Iqra' ni..kita kena baca Al-fatihah dulu..". Tak sempat la nak habis mukadimah, abang dah baca dah punyalah eksaited kan. Dah habih baca tu, aku selak mukasurat 1. Wahhh..mencabar jugak mukasurat 1 sebab Iqra' kan terus ada baris diatas tu kan. Aku cuba la explain ke abang dengan ayat semudah mungkin. Takyah imejin la cemaner aku explain tu sebab explaination aku biasanya akan panjang macam citer dongeng..hahaha

Aku cakap kat dia.."Ummi baca dulu...pastu abang ikut tau..". Muka surat 1 ni ada 2 huruf je alif dan ba. Bab mencabar tu bila nak suruh dia baca berulang-ulang. Sebab dah tau abang ni memang spesies cepat bosan..So aku biar je, aku baca je, dia nak ikut ke nak buat korek-korek hidung ke, nak nguap ke, nak buat-buat ngantuk ke..aku teruskan je baca...Dan diselitkan ayat motivasi," Senang je la ni...tengok abang..ummi baca dah habis dah kejap je...". Abang pun jawab,"Ok, ummi baca sampai habis lah..abang ajar ummi pulak..". Nangis tak ada anak murid nak ajar tokguru??? *tears

Hari pertama aku agak blur..Tak tahu camne nak ajar dia bagi konsisten je dia baca..Sebab perlu ingat umur dia baru 2 tahun yang dah hampir nak masuk 3 tahun. Kepala memang fikir nak main je, cepat boring. Aku pun memang kena sabar banyak sangat sebab tak boleh layan dia macam budak darjah 1 kann..Cuma part yang aku ajar yang paling dia suka adalah part akhir sekali.." Sadakallahulazim...then junjung Iqra' 3 kali..cepat je belajar tang tu...

Hari kedua pulak. Aku dah bajet nak ajar dia selang sehari je, sebab kalau hari-hari aku takut dia boring kan. Tapi hari kedua tu, rajin pulak mamat kecik ni. Aku belum sudah solat isyak dia dah ready tepi sejadah. Dengan kopiah senget, sambil pegang rehal dan Iqra'. Habis je aku bagi salam terus tercatuk duduk depan aku. "Ummi..abang nak baca Iqra' boleh?". Haishh..takkan la nak cakap tak boleh..walaulah rasa penat sangat badan ni aku gagahla melayan mat hadif ni. 

Tak sangka pulak hari semalam dia baca sebaris, hari kedua ni alhamdulillah dia rajin pulak baca sampai baris nak ke akhir dah..bila dah nak dekat-dekat habis tu cam biasa lah..nak hampir-hampir boring kan..siap baca sambil tutup mata tu...haishhhh anak-anakkkk...

Alhamdulillah..berjaya ummi memulakan misi..Hadif berjaya tamat baca untuk mukasurat satu tu untuk hari kedua. Bila hari ketiga ummi saja la try nak ajar muka surat ke2 kan kan kannnnn..tetibe hadif cakap, "Ummi..susahla ni abang kecik lagi ni..abang tak tau la..nantila abang dah 5 tahun abang baca.....". Acaner tu? Agak mencabar nak mulakan ajar mukasurat 2 sebab ada tambah satu lagi huruf iaitu huruf TA (baris diatas). 

Insyallah next week lepas abang balik rumah kita tengok macam mana ek. Abang tak da minggu ni, outstation balik Kuantan. Sibuk duk nak ikut tok abah dia balik kan..gasak tok abah jadi tarzan kat kampung! hahaa

So, apa yang nak aku share kat sini..tips nya banyakkanlah bersabar dalam mendidik anak mengenal huruf al-Quran. Mula-mula aku rasa aku tak yakin, tapi bila dan mula alhamdulillah perkembangannya sangat positif. Kita jangan rigid sangat tapi perlu ada ketegasan dalam mengajar anak ni. Aku ada share macam mana aku mendidik anak dalam entri yang sama dulu. Alhamdulillah..betul orang cakap..nak ajar anak dengan betul kita ni yang kena ada ilmu. Aku tak da kesempatan lagi nak pegi kelas-kelas yang dianjurkan oleh Lina Karim dalam mendidik anak, tapi sedikit sebanyak aku apply apa yg dia share tu, memang berkesan. Korang try la tau..tak rugi sikit pun..

Siapa yang baca entri ni, kalau korang ada tips yang lebih baik lagi dalam mengajar anak membaca Iqra', sudi-sudikanlah tinggalkan link blog korang atau blog orang lain yang korang tau tu di ruangan komen dibawah ye. Sharing is caring kan... Bye!






Monday, December 16, 2013

Alhamdulillah selesai! : Misi bantuan Pasca Banjir

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!!

Syukur sangat-sangat kerana urusan kami dipermudahkanNya. Betapa gembiranya rasa hati dan sanubariku ini taktala melihat sumbangan yang korang semua hulurkan melimpah ruah di bilik gerakan kami. Al kisah sehari sebelum misi ini bermula, perut aku penuh digelumangi rama-rama dek kerana risau dengan macam-macam la dugaan yang kami hadapi sepanjang misi ini bermula.


Dalam beg Ikea tu kami dah pakejkan semua famili akan dapat benda yang lebih kurang sama. So sampai sana, tinggal nak agihkan sahaja ikut bilangan famili yang ada. Dalam beg itam tu kami letak segala jenis sabun, tak sekalikan dengan beg biru tu satgi semua makanan dalam tu bau sabun..hehhee


Ini pampers terkumpul  yang korang semua sumbangkan dalam 3 hari je tau. Memang banyak, kami agihkan juga ikut keperluan keluarga. So, keluarga yang ada anak kecik akan dapat, yang tak da tu tak dapat la ek.


Ini gambar dari bilik gerakan kami. Ofis ni sebenarnya dalam proses perpindahan. Memang takda orang la kan. Macam kebetulan je tau-tau barang sumbangan ni banyak. Apa yang kami buat masa sorting, kami kategorikan semua barang ini ikut jenis dan keperluan. Pakaian pun kami sort jugak ikut gender dan golongan supaya senang diorang nak nak cari nanti.

Ini pulak section beg dan peralatan skolah. Memang seronok bila bekerjasama ni. Masing-masing datang ke sini macam dah tau apa nak buat. Macam aku cakap hari tu, kami pergi memang tak ramai, tapi tulang belakang misi ni memang ramai. Nak-nak part yang paling kritikal ni bab-bab sorting, packing and loading. Alhamdulillah jam 8.00 malam semua barang siap loading dalam lori.

Betul, benda yang baik Allah pasti permudahkan. Sebab tu aku sangat bersyukur kerana misi ini selesai dengan jayanya. Sasaran kami di luar jangkaan sebenarnya. Dalam sibuk memikirkan nak bantu satu kampung, rupanya bantuan sumbangan ini mampu menampung 3 kampung sekaligus. Bayangkanlah betapa banyaknya sumbangan yang korang bagi..

Kami bertolak ke Kuantan seawal jam 5.00 pagi. Pukul 4.30 pagi dah gegas gerak Hadif, kesian tapi bila sebut nak balik Kuantan Hadif memang eksaited. Dah mandikan dia pun ala kadar je asal ada la bau wangi tu kan. Then kitorang karpul je, 2 kereta dengan 6 orang kawan-kawan. Serius memang ada rasa kebimbangan melihat tenaga kerja yang akan membanting tulang tu tak berapa ramai. Tapi kami tetap positif dengan beranggapan adalah orang kampung yang akan membantu kami.

Tiba di Kompleks Penyayang JKM Kuantan pada jam 11.00 pagi. Kami berbincang dengan wakil JKM, En. Hamizan selaku PIC yang menguruskan bantuan banjir disekitar Pahang. Beliau menyarankan agar bantuan-bantuan yang berbentuk peralatan elektrik tidak diagihkan di pusat pemindahan memandangkan kuantiti barang tersebut tidak dapat menampung jumlah keluarga yang terlibat. Bimbang akan timbul pula ketidakpuashatian. Jadinya kami setuju dan terus menurunkan beberapa peralatan elektrik dan set pinggan mangkuk di situ. Beliau memberi jaminan bahawa barangan tersebut akan beliau agihkan kepada keluarga-keluarga yang amat-amat memerlukan terutamanya di kawasan pedalaman.

Setelah mendapat senarai pusat pemindahan daripada JKM, kami terus bertolak ke kawasan tersebut. Kawasan kampung yang akan kami agihkan ini masih ditelenggami air dan impian untuk hantar dari rumah ke rumah tu terkubur. Ada juga rasa ralat disitu tapi apapun misi tetap diteruskan. Hasil perbincangan kami berenam, kami memang decide akan agihkan semua barang tersebut di pusat pemindahan mengikut senarai jumlah keluarga yang berada di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Kami ke Kg. Cheruk Paloh, Kg. Semangat dan Kg. Ubai. Ketiga-tiga kampung ini masih ditelenggami air dan penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah. Mereka juga perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 15 - 18 Disember ini. Apapun kita berdoa lah sama-sama agar gelombang ini tidak akan berlaku lagi.





Ini Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna Kg. Semangat. Hampir 500 orang mangsa disini dan korang tengoklah betapa tidak selesanya mereka disini. Tapi apa yang kami kagum kerana mereka tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak. Kat sini kami loading tak banyak sangat barang sebab kami tengok dah banyak sumbangan disini terutamanya stok makanan. Kami hanya loading sumbangan pakaian je disini.

Ini di pusat pemindahan SK Kg. Ubai. Last pitstop kami disini. Ada 53 keluarga yang berada di pusat pemindahan ini. Alhamdulillah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah dapat semua beg sekolah yang disumbangkan. Sebenarnya di Cheruk Paloh pun kami sempat agihkan beg skolah mengikut jumlah pelajar di kawasan tersebut. Di Kg. Semangat je kami tak dapat nak agihkan beg skolah memandangkan kuantiti beg skolah tak dapat menampung jumlah kanak-kanak disitu. Jalan yang lebih adil, kami pilih untuk tidak agihkan di situ.


Mungkin..mungkin..mungkin kami menjalankan misi ini secara "freelance" omputeh kata, tak bersandarkan pada pihak ketiga, adalah salah satu faktor kami tidak terbeban dengan apa-apa arahan dari semasa ke semasa. Buat kerja amal ni, tak pressure langsung cuma pada awal tu hanya dugaan dengan transport. Bila dah dapat lori, lebihan pulak  muatan. Dah kena tambah lori. Akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Last day before nak gerak, 4 lori nak offer angkut barang sumbangan ni. Memang kami terharu sangat especially sokongan dari kawan-kawan. Meeting pun dalam wassap je, 3 hari collect barang tu pun viral via emel, fb, dan instagram, bab dana pulak memang 100% dana daripada korang di luar sana, tiada langsung dana khas yang kami terima dah sangat cukup dapat membantu mereka di sana.



Dikesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami merealisasikan misi ini. Bermacam-macam bantuan yang kami terima daripada korang semua dan kami hanya mampu mendoakan bahawa anda semua dipermurahkan rezeki. Sikit ke banyak tu hanya nilai fizikal, apa yang penting adalah tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita.

Terima kasih...JAZAKALLAH!!!!


Dari kami bukan siapa-siapa,
2 mak budak, 2 bapak budak, 2 anak dara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...