Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Memasukkan Al Quran Ke Minda Bawah Sedar

Artikel oleh: Lina Karim
Salam Akmar,

Baru-baru ini kedua-dua anak saya, Darwish dan Darwisya, telah membuat persembahan di hadapan 5,000 orang di Kediaman Rasmi Menteri Besar. Seperti biasa mereka seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku sebelum persembahan tersebut. Yang terlebih 'nervous' adalah mama mereka. Alhamdulillah mereka membacakan hafazan mereka dengan baik.

Bayangkan, semasa gangguan dari mikrofon mengumumkan nombor plet kereta yang menghalang laluan keluar masuk diumumkan, mereka tetap masih meneruskan bacaan seolah tiada gangguan langsung yang berlaku ketika itu. Alhamdulillah mereka berjaya untuk tetap fokus pada bacaan mereka. Kadang-kadang terlihat anak saya melambai lambai pada kanak-kanak yang berpusu-pusu menyaksikannya menghafaz sambil tersenyum. Saya percaya ini adalah kerana Al Quran itu telah masuk ke dalam minda bawah sedar mereka. Ini berbeza jika kita menghafal cara biasa, dimana ibu saya sendiri pernah berkata, contohnya jika dia ingin membaca surah panjang seperti As Sajadah, jika dia tidak duduk diam dan tunduk betul-betul mengingatkan ayat yang ingin dibacanya, dia tidak boleh menghafaz dengan lancar! Ibu saya sendiri hairan melihat Darwisya dapat menghafaz Surah Sajadah sambil mewarna buku lukisannya atau bermain basikal! Atau Darwish menghafal Surah Al Buruj sambil memanjat kerusi..

Berbalik kepada Majlis di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, saya mempunyai cara saya sendiri untuk memotivasikan anak saya untuk tidak takut dan bersemangat untuk membuat persembahan. Suami saya panggil saya ni ibu yang kejam (haha..) tapi saya tak kisah lah. Saya akan beli barang mainan yang mereka suka dan kemudian mereka tidak dibenarkan untuk membukanya. Kejam ke tu? Kalau ia masih dalam kotak dan berplastik, mereka hanya boleh memegang dibahagian luar sahaja dan tidak boleh membukanya hinggalah mereka membuat persembahan tersebut.  Dan selepas mengaji saya selalu menceritakan akan meriahnya 'Birthday Party' yang akan diadakan selepas persembahan tidak lama lagi tersebut. (takdelah semeriah mana pasal celebrate pun dgn anak-anak sedara mereka je). Saje untuk bagi mereka semangat.. Akhirnya mereka look forward untuk membuat persembahan.

Alhamdulillah kerana Allah Maha Pemurah kepada saya. Bayangkan kalau anak saya cuma pandai menghafaz tapi bila di suruh ke pentas atau berdepan dengan orang ramai, mereka jadi kaku. Tak ke aniaya jadinya? Seperti konsert di Sekolah Darwisya baru-baru ini, ada kanak-kanak berdiri ditepi pentas sambil menangis kerana tidak mahu beraksi padahal dah pun disiapkan dengan costume yang cantik untuknya beraksi. Kasihan saya melihat dia. Oklah.. Untuk gambar dan sebahagian video anak saya pada majlis tersebut, boleh lihat di http://www.islamicparentingnetwork.com/blog.html

Ikhlas dari,
 

Lina Karim




Monday, October 17, 2011

Hati-hati kepada ejaan blogspot !!! Kindly read this!!!

Artikel oleh : Lina Karim

Alhamdulillah, ada beberapa pembaca emel saya sendiri yang memaklumkan pada saya tentang perkara ini. Tentang URL (alamat website) yang sama tapi tak serupa. Maka bolehlah saya berkongsi dengan orang lain tentangnya. Bagi mereka yang memaklumkan pada saya, saya ucapkan terima kasih. Untuk pengetahuan Akmar, jika belum tahu,  pihak bukan Islam telah membeli nama domain yang membolehkan mereka menarik orang lain kepada Agama mereka. Cuba kita fikir, kategori apakah orang yang ingin melawat ke blog saya? Tentu orang tersebut mahu mengetahui cara melahirkan seorang huffaz. Bukankah itu perkara yang membimbangkan Syaitan dan Dajjal? Maka dengan kebijaksanaan mereka, mereka telah membeli domain 'blogpsot' dimana jika tersalah taip 'sp' ke 'ps' maka kita akan dibawa ke website Kristian. Adalah merbahaya jika seseorang yang mempunyai sifat ingin tahu, bila pada mulanya ingin ke blog saya tetapi di bawa ke blog ini, membacanya seorang diri tanpa orang yang arif tentang Islam di sebelahnya akan terpengaruh dengan tipu daya ayat yang ditulis tersebut yang menjurus kepada 'The Truth of The Bible!'. Nauzubillah..

Maka hati-hati sekiranya menaip URL untuk ke blog saya. Dibawah adalah link sama tapi tak serupa tersebut. Semoga kita antara orang yang mengetahui..

www.darwishndarwisya.blogpsot.com
www.darwishndarwisya.blogspot.com

Dari sini kita tahu akan satu dari banyak  taktik yang mereka gunakan untuk menyesatkan manusia. Tidak tahu apa taktik lain lagi di masa akan datang yang akan mereka gunakan. Semoga ini lebih menguatkan semangat kita untuk mendidik anak kita dengan al Quran/agama seawal dan sebaik mungkin.




Ikhlas dari,
 


Lina Karim

Nota: semua URL yang melibatkan blogspot jika tersilap ditulis akan membawa kepada laman web tersebut. Anda boleh cuba URL anda sendiri...Nauzubillah...Untuk dikongsi bersama...

Thursday, October 13, 2011

Al Quran Menyatu Dalam Darah dan Daging Anak Kita

Artikel oleh: Lina Karim

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar.
Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.

Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat  dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera.. 



Ikhlas dari,
 

Lina Karim


Nota: Saya melanggan artikel yang ditulis oleh Kak Lina Karim untuk menambahkan ilmu mendidik anak disamping dapat berkongsi cetusan pandangan daripada anda juga!! =)


"Like" Entri Ini Jika Anda Rasa Menarik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...