Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Acai Berry: Misi Diet Hampir Mencapai Kejayaan!

Assalam semua,

Entri hari ini i nak update pasal Misi Diet yang saya share kat Entri Dulu. Hari ni dah masuk hari ke 22 saya amalkan makan Acai Berry. Tolak 10 - 12 hari saya stop makan sebab period. Nak tau tak hasilnya macam mana?

Sebelum - 62 kg

Sekarang - 56 kg !!!!

Percaya tak? Percaya tak percaya memang kena percaya lah..sebab tuan badan dah banyak kali timbang rasa magik sangat berat dah boleh turun 6 kg dalam masa 22 hari uolsss!!!!

Okay, sebelum nak promote dengan korang pasal Acai Berry ni, saya nak share beberapa perkara yang korang perlu tahu, then kalau rasa berminat nak try, korang boleh cuba makan sebotol. Kalau taknak takpe, terpulang k...

Acai berry ni adalah jenis buah-buahan yang seangkatan lah dengan blueberry dan beri beri yang lain. hehe..Kalau korang google pasal acai berry ni, first thing pak google bukan akan bagitau tentang khasiat Acai Berry, tapi korang akan baca acai berry ini telah dirampas kerana dikhuatiri beracun dan bahan kimia yang boleh membunuh. 

Sebelum saya try produk ni, saya pun akan buat benda yang sama. Sebab rasa macam tak percaya ramai sangat yang makan, boleh turun berat badan yang mendadak. 

Untuk makluman uols, Acai Berry ni ada bermacam-macam jenis keluaran daripada macam-macam jenis syarikat. Produk Acai Berry yang dirampas tu bukan produk yang saya makan ni. Korang carilah sendiri ye produk tu jenis apa. Yang pasti ia jenis produk minuman serbuk.

Acai Berry ABC yang saya makan ni dulunya packaging dia lain, penutup botol kaler biru. Tetapi untuk mendapatkan kelulusan daripada KKM, pengasas tempatan kita telah ambil langkah untuk repackaging kerana antara syarat yang ditetapkan oleh KKM untuk mendapat kelulusan adalah tidak sama sekali menggunakan perkataan SLIM/SLIMMING dan sewaktu dengannya bagi produk minuman diet. Sebab packing lama, depa tulis Herbal Slimming tak silap i. Deskripsi pun dalam Bahasa Indonesia. 

Kalau yang saya makan ni, dah takda word slimming tu dan ditukar kepada Dietary Supplement and semua deskripsi dalam bahasa Melayu. Saya dimaklumkan oleh salah seorang seller Acai Berry ni, produk ini masih dalam proses mendapat kelulusan KKM dengan telah melepasi 7 ujian termasuk lah lab test. So, kalau korang ragu-ragu lagi pasal produk ni, korang sendiri boleh buat lab test.

Kalau tak kerana my cousin, Ella Couplebirds..saya pun tak berani nak cuba produk ni. Actually dia sendiri dah bawak ubat ni tunjuk pada doktor, and doktor cakap takda pape masalah tentang kandungan ubat ni. Sebab tu dia teruskan makan. Nahhh..dalam masa sebulan, dia turun 5kg tau. Itupun minum air masak tak konsisten mana..Sekarang dia dah stop makan, guess what..berat dia masih normal...

Logiknya kita boleh turun berat badan mendadak sebab firstly kita kurang selera makan. Memang out terus lah. Ni saya share experience saya tau. Tapi mostly yang try akan cakap benda yang sama. Korang takkan rasa lapar tapiiiiiii..........korang akan rasa dahaga yang Maha Hebat. Memang rasa nak minum air je tau...

Produk ni bukan saja sesuai untuk kaum hawa, tapi para-para Adam pun boleh jugak tau. Nak-nak bila perut boroi ke depan tu boleh flat macam zaman muda mudi dulu. Sape tak nak kan? My husband pun makan tapi sebab minum air tak konsisten, berat dia turun 2kg. Plus, kalau korang rajin exercise, peluh akan keluar berlipat ganda dan berat badan akan lebih cepat turun tau!


Acai Berry ni sekotak ada 30 softgels. 
Makan sekali sehari sebelum sarapan.
Kalau ada gastrik makan selepas sarapan.
Tak sesuai untuk yang pesakit hati, jantung dan buah pinggang.
Tak sesuai untuk Ibu hamil dan sedang berpantang.
Sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Tapi dengan syarat kena minum air banyak.
Jangan makan masa tengah period.
Stop dulu amik suplemem lain masa makan Acai Berry ni.
Banyakkan minum air masak. Nak cepat kena rajin minum air suam.
Anggaran air suam yang perlu diminum sehari, Berat / 30 = _____ liter air suam sehari.
Boleh hentikan pengambilan Acai Berry setelah mendapat berat badan ideal. Berat takkan naik balik sebab Acai berry menstabilkan kembali metabolisme kita.
Juga boleh mencantikkan kulit, rasa macam halus je.
Elakkan minum minuman berkafein dan makanan berminyak.
Jangan skip meal. Kalau takda selera, amalkan makan buah-buahan macam epal. 
Exercise digalakkan kalau nak perubahan super drastik.
Tiada kesan sampingan seperti sakit perut, cirit birit. Cuma akan kerap buang air kecil kerana lemak disingkirkan melalui peluh, air kencing dan buang angin.
Jangan amik suplemen lain masa makan acai ni. 
Kalau nak makan ubat, makan ubat lepas 6jam makan acai berry ni. 
Bagi yang BERPUASA, makan Acai Berry selepas berbuka puasa. Bukan semasa sahur.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh order dengan my cousin, Ella Couplebirds
RM106 sebotol include postage.



Hopefully dah terjawab segala persoalan kawan-kawan yang nak cuba produk ni.

p/s: nanti nak share my pic bila dah dapat berat 50kg...tunggu ye! hehe...


Wednesday, June 20, 2012

Misi Diet Bermula...

Assalam semua,

Saya dan husband sedang dalam proses mendietkan diri. Terasa diri macam dah berat sangat, husband pulak pipi makin kembang semangkuk. Ye, memang ada akan cakap "eh dah kurus, nak diet nape?". Tidak, saya diet bukan sebab nak kurus tapi nak turunkan berat badan. 

Dulu zaman muda remaja, memang kurus kelengking sampai ada orang panggi papan lapis, tengkorak hidup, tiang letrik, paling tak leh terima bangkai bernyawa! Memang stresssssss!!! Selalu nanges sebab kena ejek macam tu sampai sanggup pegi jumpa doktor nak beli ubat gemukkan badan. Sedih! Tapi, walaupun saya dulunya kurus melidi, berat badan saya tak macam orang kurus pungg. Maybe sebab atlit kohnonnye, makanya makanan tak sompek menjadi lomak dan terus bertukar menjadi otot yang berat. hehe

Sampai lah masuk universiti, semua orang kata "kemn, kurusnyerrrr...". Grrrrrrrrrr!!! Memang rasa nak pangggg je muka sesekor. Tau tak betapa stressnyer bila orang kata macam tu? hehehe..

Selepas kejadian yang menyayat hati itu berlaku, taraaaaaa...badan semakin mempunyai isi dan paling ketara dibahagian pipi. Oh, tersangat ohsem rasanye bila muka yang cengkung manajam dah ada isi sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul sangat pepatah tu, itulah padah bila tak bersyukur dengan kejadian yang Tuhan anugerahkan. 

So, lepas bersalin c-zer memang terasa sangat berat nak membawak badan. Masa pregnant badan naik sampai 71kg, dan hanya sukses turun sebanyak 11kg hokeh. Tensi mak tau..Sebab memang rasa berat lagi nak membawakkan badan ni..nak-nak kalo naik tangga sambil dukung anak. Pernah la aku jatuh tangga tertonggeng tapi yang magiknya boleh pulak aku maintain pegang hadif..malaikat tolong gamaknye..hehe..

So, sekarang berat 60kg ok! Bila aku mengenang kembali zaman remaja dan muda mudi yang tak bersyukur tu, mesti aku insappp sangat. Kenapa susah sangat nak turun berat la ni. Dah pulak ada la certain-certain part yang payah nau nak turunnya (tak perlu tau ok). Target aku nak turun 10 kg dalam masa 2 bulan, boleh gitu? Pingsann..

Masalah yang sama berlaku dengan my husband. Lepas kawin, berat dia naik mendadak. Paling-paling ketara tang pipi yang dah macam pakai botox tu. hihihi..Dulu before ada anak, memang la aku rajin masak. So, ada la reason nape badan dia naik. Tapi sekarang, aku sangat jarang masak sebab kitorang memang jarang sangat ada kat rumah. Baik weekend or weekday juge. Senantiasa sibuk dengan urusan luar. Dia pun bukan jenis spesies kuat makan sangat. Tapi berat dia dah naik sampai 80kg hokeh! Pingsan lagikk...

So, kitorang sepakat nak amik suplemen untuk misi diet kitorang ni. Kitorang jadikan pasangan ni benchmark kitorang untuk jadi ideal macam diorang ni. Pasangan yang aku maksudkan ni adalah pakcik aku sendiri. Hehehe..so jeles dengan Ami Husain & Enda Sulina ni. Anak-anak depa dah besar panjang, 5 orang pulak tu, tapi diorang tetap maintain nampak sangat ideal gitewww..Oh, jeles sungguh!


Ella with Ami Husin & Enda Sulina.

Okay, ini dia 5 orang anak my uncle. Kalau anak dia dah semua besar macam ni, cer teka lah berapa umur Ami & Enda? Jeles ok!

Suplemen yang saya maksudkan adalah Acai Berry. Terbukti ramai yang berjaya kuruskan badan hanya dengan sebotol sahaja. My kazen sendiri (dalam gambar dengan Ami & Enda) turun 5kg dalam masa sebulan! Sila percaya sebab saya pun rasa sangat magik tengok dia boleh slim secepat itu.

Dah 3 hari makan Acai Berry ni, seyes memang sedang merasa seperti apa yang orang lain rasa. Rasa sangat dahaga macam duk padang pasir. Asik minum air je tau. Memang makan ni kena minum banyak sangat air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Makan boleh je macam biasa, tapi entah kenapa saya memang takda selera makan sangat lepas makan ni. Tapi yang saya rasa best nye, sebab sentiasa bertenaga tau. Biasa bangun pagi rasa malas nak bangun. Rasa macam penat je badan. Tapi lepas makan je Acai Berry ni, saya sangat perasan yang saya sangat senang nak bangun pagi!

Ayuh, mari kita sama-sama tunggu hasil sebulan selepas saya makan Acai Berry ni. Atleast turunlah ke 55kg!

Macam tak percaya tapi kena percaya botol air penuh 1 liter ni saya boleh habiskan dari pagi ke tengahari.

Kamus X-presi: 
Ami >> Pakcik
Enda>>Makcik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...