Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, November 9, 2011

Raya Haji melawat abah di hospital

Salam to all my dear readers,

Agak jarang berkumandang sejak akhir-akhir ini. Tidak, bukan sebab merajuk hati ke, sakit hati ke..tapinya masa memang sungguh mencemburui den untuk update entry dalam belog biru ni. Hujung tahun memang banyak sangat kerja. Tambah tambah lagi buat double kerja, lagi lah kann..Kalau tengah-tengah tahun dulu (kalau korang perasan la kan) memang banyak je masa nak update. Pernah la satu hari sampai  2 3 entri gua update (punyalah buhsangg takde keje). Tapi hujung-hujung tahun ni, nak tempek satu gambo pun payah.

Pada asalnya Raya Haji hari tu my husband dah plan nak ke Penang, tapi dek kerana my baby kena demam campak hari tu, terpaksa la plan tu dibatalkan. Tapi best jugak la sebab dapat balik kampung saya di Kuantan. Boleh la saya rest skit bila ramai yang rajin melayan budak bertuah tu..
Sabtu malam tu saya, Along dan Angah dah sibuk di dapur nak menyiapkan juadah raya esoknya. Dalam duk sibuk bersiap, abah mengadu sakit perut. Kebetulan pula abah baru habis dialisis, memang ketara sangat nampak muka dia lesu dan badan pun lemah. Abah mengadu jugak bila dia buang air besar, keluar darah..Bila dengar je macam tu, kitorang adik beradik ni terus suruh abah ke hospital. 

Bila sampai di hospital, doktor mengesahkan bahawa kemungkinan berlaku pendarahan dalam perut abah. Abah terpaksa ditahan dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi oleh doktor pakar yang berkaitan. Menurut doktor, pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan yang menyebabkan pendarahan berlaku. Kalau korang baca entri saya yang INI korang tau lah apa punca abah ambil ubat tahan sakit tu. 

Menurut doktor pengambilan ubat tahan sakit tidak akan memberi kesan sampingan kepada abah kerana abah sememangnya mempunyai kegagalan buah pinggang (both of his kidneys are fully damaged). Persoalannya tidak pula doktor maklumkan bahawa akan memberi kesan sampingan kepada organ-organ lain? Bila dah jadi macam ni, sapa yang tanggung? Doktor ke?

Keesokannya, kami sekeluarga menziarahi abah dihospital disamping ditemani umi di situ. Kami bawa juadah raya (Nasi Impit dan Laksa Penang) untuk bekalan umi menunggu abah di hospital. Sayu hati melihat abah terlantar di katil. Jauh disudut hati saya dapat rasakan betapa abah mahu menghabiskan masanya bersama anak-anak dan paling utama bersama cucu-cucu tersayang.

Ketabahan dan ketekalan abah melawan sakitnya membuatkan saya bangga dan berasa sangat bertuah kerana Allah telah kurniakan abah seperti abah. Sedih kami secara tidak langsung telah terubat bilamana melihat abah kuat menghadapi segala dugaan Allah yang diuji kepadanya.

Hari esok abah dijangka akan keluar dari hospital. Alhamdulillah, beliau kembali semakin sembuh seperti sedia kala. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan  kepada abah tersayang.

Thursday, November 3, 2011

Testimoni dari Sudan...

Ini feedback yang saya terima daripada Kak Dian, pemilik blog Curhat. Beliau sekarang berada di Sudan mengikuti suami posting di sana. Before raya hari tu dia ada balik Malaysia dan ingin mencuba Slimax ini. Kak Dian beli 3 kotak untuk mencuba minuman kopi herba ini. 

Masalah yang dihidapi oleh Kak Dian ialah sakit belakang dan lenguh badan. Ternyata hasil daripada mengambil minuman ini sebagai suplemen, beliau merasai kesan positif seperti customer yang lain.


Anda mahu mencubanya? Tak rugi..hanya RM39.90 sekotak, mengandungi 15 sachet. Untuk pertanyaan lanjut emel di kemn5885@gmail.com.

Hadif kena demam campak...=(

Salam,

My baby kena demam campak..So semalam terpaksa amik EL sampai la esok..kena jaga dia sampai betul-betul sembuh baru lah boleh hantar ke rumah BS. Nanti berjangkit pulak dengan baby lain..Saya bagi dia minum air kelapa untuk bagi sejuk dalam badan dia, plus orang cakap air kelapa ni pun membantu untuk keluarkan semua campak dia ni..

Semoga my baby cepat sembuh..badan pun dah susut skit..lepas baik ni makan banyak-banyak ye sayangg!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...