Salam kepada semua pembaca,
Yes, my weekend was so packed with some ad-hoc activities. Memang sangat penat, but it was worth it sebab weekend dihabiskan bersama my family members. Hari Sabtu hari tu my parents and 3 adiks tu datang KL. Actually abah ada kerja skit kat sini, so dah alang-alang tu adik-adik saya tu sibuk la mai jugak. Diorang semua stay kat Corus Hotel.
So, petang tu saya datang hotel tempat diorang menginap. Nak hantar laptop abah hari tu tertinggal rumah saya. Bila sampai sana, tengok abah tengah duk buat kerja dalam bilik dengan kawan-kawan dia, umi pulak dah pegi shopping dengan adik dan kakak kat KLCC. Abah saya tak berapa sihat masa saya datang tu. Lutut dia sakit sangat sampaikan dia buat kerja sambil berdiri. Kesian tengok abah, sakit pun sanggup tahan demi mencari rezeki.
So dah alang-alang my umi and adik-adik pegi KLCC, kitorang pun pegi la jumpa diorang kat sana. Umi and adik-adik tak boleh nak balik awal sangat ke hotel seems abah tengah buat kerja lagi dalam bilik hotel tu. So, bila dah lepas Maghrib tu, kitorang balik semula hotel sebab nak tengok sama-sama Final Piala Malaysia Terengganu vs N.Sembilan. Congrats to NS especially to Hai-O yang sangat super otai mengjaringkan gol yang sangat lawa. To Ganu team, dun be sad, u guys did a good job except Sharbini yang selalu men spoil the soup kan keadaan. Hari tu lawan Singapore pun hang la punca kekalahan..hihi (tetiba pandai sangat mengulas sukan)
Ahad pagi-pagi kami dah kena bersiap untuk ke Pusat Perubatan Islam Darus-Syifa', Bangi. Memang dah janji dengan PIL untuk bawa my husband and Hadif ke sana. My PIL agak kerap ke sana sebab mencari ikhtiar dan alternatif lain untuk sembuhkan kanser limfoma yang dihidapi oleh my sis-in law, Kak Ngah. Alhamdulillah now Kak Ngah is getting better and very strong to fight her cancer..My husband kan ada migraine, so saja lah nak minta ustaz di situ tengok kan keadaan dia sebab migrain dia tu datang balik. Hadif pula 3 4 hari sebelum ni asik nangis-nangis je tengah tidur. Mana la tau kan takut ada benda-benda yang mengganggu tidur dia tu,.So, kami minta la air yang dibacakan doa dan doa-doa yang perlu diamalkan.
Bila dah selesai di Darus Syifa, tetiba dapat panggilan from my umi. Umi bagitau abah rasa nak pitam dek kerana menahan sakit lutut dia tu. Sepatutnya diorang dah nak check out from that hotel, tapi terpaksa ditangguhkan sebab abah langsung tak boleh nak gerakkan lutut dia. So, kitorang pun terus bergegas ke hotel untuk tengok keadaan abah. My PIL pun ikut sama.
Sampai hotel, tengok umi tengah cuba nak pakaikan seluar kat abah. Agak susah sebab abah langsung takboleh gerakkan kaki dia. Kebetulan adik saya Hakim (Abang) ada bawa pain killer, so abah dah standby nak makan sebab tak tahan sangat rasa sakit dia. Kalau ikutkan hati saya, nak bawa abah terus ke Specialist tapi abah refuse sebab dia berkeras juga nak tahan sakit tu sampai jumpa Specialist dia di Kuantan esok. Abah saya pesakit buah pinggang so memang tak boleh ambil apa-apa jenis ubat pain killer tanpa kebenaran doktor. Tapi, sebab terlalu sakit abah makan juga pain killer tu supaya sakit dia tu dapat bertahan sehingga sampai ke Kuantan nanti.
Petang baru sampai rumah, nak berehat tu memang takda makna lah kalau budak bertuah tu tak tidur. Dia dah relaks dapat lelap kejap dalam kereta, sampai je rumah segar bugar la dia. Minum susu untuk isi minyak skit, dah sampai rumah tu confirm dia memulakan tugas. Kebetulan my sister Along and her family pun ada kat KL ni. Dia tidur rumah adik ipar dia di Seri Kembangan sebab nak hantar kakak ipar dia balik ke UK. So, alang-alang dia kat sini diorang mai lah rumah saya. Lama sangat tak jumpa my sweet lovely nieces Esya and Mia tu.
Demikian lah aktiviti di hujung minggu saya. Memang sangat padat, but it was fun bila dapat spent time dengan family tersayang!
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment