Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 28, 2012

Hadif Cakap-cakap


- dedi > daddy
- no no (sambil geleng) > taknak
- ber ber > bird
- kei kei > cat
- bo bol > ball
- ak > up/bangun
- cit > sit
- tato > jatuh
- abida > habis dah
- babak > babap (pukul)
- na nak > nak
- mamam > makan
- bar > sabar
- air > air
- bang > abang
- baba > babai



Lama tak citer pasal anakanda ni..nanti kite story mory ye..banyakkkkkkk nak citer pasal budak bertuah ni...

Wednesday, June 20, 2012

Misi Diet Bermula...

Assalam semua,

Saya dan husband sedang dalam proses mendietkan diri. Terasa diri macam dah berat sangat, husband pulak pipi makin kembang semangkuk. Ye, memang ada akan cakap "eh dah kurus, nak diet nape?". Tidak, saya diet bukan sebab nak kurus tapi nak turunkan berat badan. 

Dulu zaman muda remaja, memang kurus kelengking sampai ada orang panggi papan lapis, tengkorak hidup, tiang letrik, paling tak leh terima bangkai bernyawa! Memang stresssssss!!! Selalu nanges sebab kena ejek macam tu sampai sanggup pegi jumpa doktor nak beli ubat gemukkan badan. Sedih! Tapi, walaupun saya dulunya kurus melidi, berat badan saya tak macam orang kurus pungg. Maybe sebab atlit kohnonnye, makanya makanan tak sompek menjadi lomak dan terus bertukar menjadi otot yang berat. hehe

Sampai lah masuk universiti, semua orang kata "kemn, kurusnyerrrr...". Grrrrrrrrrr!!! Memang rasa nak pangggg je muka sesekor. Tau tak betapa stressnyer bila orang kata macam tu? hehehe..

Selepas kejadian yang menyayat hati itu berlaku, taraaaaaa...badan semakin mempunyai isi dan paling ketara dibahagian pipi. Oh, tersangat ohsem rasanye bila muka yang cengkung manajam dah ada isi sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul sangat pepatah tu, itulah padah bila tak bersyukur dengan kejadian yang Tuhan anugerahkan. 

So, lepas bersalin c-zer memang terasa sangat berat nak membawak badan. Masa pregnant badan naik sampai 71kg, dan hanya sukses turun sebanyak 11kg hokeh. Tensi mak tau..Sebab memang rasa berat lagi nak membawakkan badan ni..nak-nak kalo naik tangga sambil dukung anak. Pernah la aku jatuh tangga tertonggeng tapi yang magiknya boleh pulak aku maintain pegang hadif..malaikat tolong gamaknye..hehe..

So, sekarang berat 60kg ok! Bila aku mengenang kembali zaman remaja dan muda mudi yang tak bersyukur tu, mesti aku insappp sangat. Kenapa susah sangat nak turun berat la ni. Dah pulak ada la certain-certain part yang payah nau nak turunnya (tak perlu tau ok). Target aku nak turun 10 kg dalam masa 2 bulan, boleh gitu? Pingsann..

Masalah yang sama berlaku dengan my husband. Lepas kawin, berat dia naik mendadak. Paling-paling ketara tang pipi yang dah macam pakai botox tu. hihihi..Dulu before ada anak, memang la aku rajin masak. So, ada la reason nape badan dia naik. Tapi sekarang, aku sangat jarang masak sebab kitorang memang jarang sangat ada kat rumah. Baik weekend or weekday juge. Senantiasa sibuk dengan urusan luar. Dia pun bukan jenis spesies kuat makan sangat. Tapi berat dia dah naik sampai 80kg hokeh! Pingsan lagikk...

So, kitorang sepakat nak amik suplemen untuk misi diet kitorang ni. Kitorang jadikan pasangan ni benchmark kitorang untuk jadi ideal macam diorang ni. Pasangan yang aku maksudkan ni adalah pakcik aku sendiri. Hehehe..so jeles dengan Ami Husain & Enda Sulina ni. Anak-anak depa dah besar panjang, 5 orang pulak tu, tapi diorang tetap maintain nampak sangat ideal gitewww..Oh, jeles sungguh!


Ella with Ami Husin & Enda Sulina.

Okay, ini dia 5 orang anak my uncle. Kalau anak dia dah semua besar macam ni, cer teka lah berapa umur Ami & Enda? Jeles ok!

Suplemen yang saya maksudkan adalah Acai Berry. Terbukti ramai yang berjaya kuruskan badan hanya dengan sebotol sahaja. My kazen sendiri (dalam gambar dengan Ami & Enda) turun 5kg dalam masa sebulan! Sila percaya sebab saya pun rasa sangat magik tengok dia boleh slim secepat itu.

Dah 3 hari makan Acai Berry ni, seyes memang sedang merasa seperti apa yang orang lain rasa. Rasa sangat dahaga macam duk padang pasir. Asik minum air je tau. Memang makan ni kena minum banyak sangat air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Makan boleh je macam biasa, tapi entah kenapa saya memang takda selera makan sangat lepas makan ni. Tapi yang saya rasa best nye, sebab sentiasa bertenaga tau. Biasa bangun pagi rasa malas nak bangun. Rasa macam penat je badan. Tapi lepas makan je Acai Berry ni, saya sangat perasan yang saya sangat senang nak bangun pagi!

Ayuh, mari kita sama-sama tunggu hasil sebulan selepas saya makan Acai Berry ni. Atleast turunlah ke 55kg!

Macam tak percaya tapi kena percaya botol air penuh 1 liter ni saya boleh habiskan dari pagi ke tengahari.

Kamus X-presi: 
Ami >> Pakcik
Enda>>Makcik

Tuesday, June 19, 2012

Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Kenyataan itu berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Ali.
Dr Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.
"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA
Sumber: Berita Harian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...