Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, March 9, 2015

Preparation & Checklist For Birthday Party | Hadif is Transforming to 4 | Tema Bumblebee Transformers

Assalamualaikum semua,

Hari ni baru rasa ada berkelapangan nak berkongsi tentang Birthday Party Hadif bulan lepas. Dulu pernah je aku up entri mengenai Checklist For Birthday Party. Masa tu Hadif kecik lagi, aku pun macam kurang experience nak uruskan majlis untuk anak-anak ni. Korang boleh baca kat SINI.

So, kali ni memandangkan Hadif pun dah mencecah 4 tahun. Masyallah bercakap pun macam orang tua. So, kali ni aku memang diskas berdua je dengan dia especially bab nak menentukan tema birthday dia. Siap ingatkan aku tu "Ummi..jangan lupa tau kita kena bagi plastik beg untuk budak-budak yang datang nanti....".. errr..budak la sangat kan...

So hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua beberapa checklist dan servis yang korang boleh cari untuk memeriahkan lagi birthday party anak-anak korang nanti. Sambil-sambil tu biar aku share la dulu apa yang patut korang buat untuk merealisasikan majlis ni ok!


Bajet
Ini adalah terpenting. Berapa bajet yang korang boleh tetapkan tu terpulang ikut kemampuan. Aku pulak untuk birthday Hadif kali ni memang aku dah siap-siap menabung. Menabung uolss gigih kan! Haha. Aku bajet untuk birthday Hadif ni RM2,500 - RM3,000. Sebulan aku menabung RM500. So korang imagine la persiapan birthday Hadif ni aku dah start survey 6 bulan sebelum hari kejadian. Macam nak kahwinkan anak pulak kan.. 

Bilangan Tetamu
Bila dah ada bajet tu baru boleh plan berapa orang nak jemput kan? Untuk birthday kali ni aku jemput dalam 100 - 150 orang sahaja. Aku jemput rakan-rakan dan saudara terdekat sahaja. And lebih spesifik lagi, aku jemput family yang dah ada anak je la. Bagi diorang happy-happy kan!

Tema
Kemudiannya baru aku decide nak cari tema yang sesuai dengan Hadif. Untuk kerja ni, aku memang suruh Hadif yang tentukan apa tema yang paling dia suka. Kalau ikutkan dia memang suka sangat superhero, Segala jenis mak nenek superhero dia suka layan bila dah masuk 4 tahun ni. Before nak tidur, aku akan google je mana-mana superhero yang dia suka, then dia decide lah. Jadik setelah mendapat mutual understanding bersama Abang (Hadif), beliau dengan happynya memilih Bumblebee Transformers. 

Warna
Bila abang dah spesific pilih bumblebee, aku dah macam tak perlu pusing kepala dah sebab dah tahu kali ni punya birthday adalah warna kuning dan hitam. Last year aku buat tema warna biru merah, upin ipin dan Man Utd. Kira macam pening skit nak pikir banyak benda. Tapi kali ni, bumblebee dah memudahkan urusan persediaan majlis ni.

Kad Jemputan
Kad jemputan macam biasa tempah dengan Creativebytwo. Aku just request untuk design je, hardcopy memang aku tak buat pun. Boleh je kalau nak DIY sendiri, tapi memandangkan memang aku sibuk memanjang, memang tak jadik-jadik la sekeping kad ni kan. hehe.



Thirts
Bila dah tahu tema bumblebee ni, aku dah start buat research skit. Aku memang dah plan nak tempah tshirt ikut tema bumbleebee ni. Plan nak tempah untuk kami 3 beranak je. Tapi bila aku share idea nak tempah tshirt ni dengan family aku, habis semua pakat nak join the team jugak! Memang rasa teruja sangat lah. So, aku tempahkan tshirt transformers untuk diorang semua berserta dengan gelaran nama masing-masing. Opss bajet ni aku bayar untuk kami bertiga je ye. Diorang punya tshirt bajet sendiri2. hehehe


Rompers pun boleh buat tau!

Aku tempah tshirt ni dengan @syidyacreation. Korang boleh search dalam instagram ye! Servis memang tip top memang suka sangat berurusan dengan kakak ni. Kedai dia kat Puncak Alam tak silap, tapi aku memang berurusan via online je. Asalnya boleh jadi close dengan kakak ni sebab aku tempah kad jemputan wedding adik ipar aku. So untuk pertanyaan lanjut korang boleh whatsapp diorang di 010-2262501. Berapa total untuk 3 tshirts? Lebih kurang RM80 sahaja.

Goodie Bag, Flag Banner, Banner, Plain Label, Mineral Sticker, 
Untuk semua yang tersebut di atas, tak lain tak bukan opkos aku order dengan my favourite neighbour CreativebyTwo. Senang, sebab memang very close dengan faeza. Plus nak hantar or amik pun senang. Harga? Sangat-sangat berpatutan. Untuk 100 pas goodie bags dan semua brg yang aku order ni lebih kurang RM200.

Apahal bola takraw photobomb kat situ? aptb



Birthday Cake
Untuk birthday cake pula, juga order dengan my close friend @sugarbytes by Zura. Korang boleh search je dalam instagram hasil dan airtangan dari Zura ni. Seriously sedap ya ampun!! Kali ni memang aku mementingkan isi dalam cake tu dari rupa paras. Plus Hadif memang suka chocolate cake. So aku order chocolate ganache untuk isi dalam cake ni. Then yang best tu dapat lagi complimetary vanilla buttermilk cupcakes and congo bar. Memang puas hati sangat sebab semua semua sedap.... Fondant cake sangat kurang sesuai untuk kanak-kanak, sebab kita sedia maklum kulit luar tu sangat tebal dan isi tu kadang seciput je. Alhamdulillah kek yang seberat hampir 3 kg tu, habis licin! Untuk cake or any desserts yang korang rasa nak try, boleh contact Zura di 013-3397937. Harga kek bumblebee 3kg adalah RM300.



Catering
Untuk catering ni aku import jauh skit dari rumah iaitu @miecord_ . Miecord ni terletak di Sg. Penchala. Tauke kedai ni member husband so senang juga nak berurusan sebab dia memang tak berkira. Korang kalau teringin nak makan CHAR KUE TEOW yang sedap, boleh la try datang miecord ni. Rasanya sedap tak payah pi jauh ke Penang baq hiang. hehe. Korang boleh search instagram @miecord_ or boleh juga terus contact 016-3804482. Bajet untuk katering dalam RM900.

Inflatable bouncer, Sand Arts & Ballon Arch.
Kali ni aku rasa berbaloi bila amik servis from @kidsparty_ipohsandart. Berbaloi sebab anak aku dah besar. Dah reti nak main semua benda ni. Ni memang request by birthday boy. Alkisahnya sebab kitorang pernah begi birthday party anak kawan husband. Kebetulan pulak servis ni diorang amik dengan sedara mara diorang jugak. So, bila aku try compare harga dia dengan orang lain, aku rasa agak murah. So, aku dan murah kan takdapat dipisahkan. Teruslah confirm! Untuk servis ni aku amik pakej lebih kurang dalam RM600. Untuk pertanyaan korang boleh contact 012-5071701.



Magician / ballonist
Ni pun best jugak. Sebab magician a.k.a ballonist ni kawan aku. So, korang faham la kan lagi senang berurusan dengan kawan-kawan sebab harga tu boleh kasi adjust skit hehe. Untuk ni bajet dia dalam RM200 je. Suka la budak-budak ada belon banyak, tengok magik lagi. Memang enjoy! Boleh terus contact Dayat di talian 013-7786500 atau boleh search instagram/fb di @sipengacara.

Official Photographer
Ni aku rasa perkara orang selalu abaikan. tapi aku pun dah belajar dari kesilapan dulu. Last time aku tak hire mana-mana photographer pun menyudahnya adalah beberapa keping gambar dari henfon sendiri dan ihsan daripada kawan-kawan. hehe. Tapi kali ni aku rasa aku nak amik official photographer lah. Senang, kita boleh fokus dengan melayan tetamu dan budak-budak. Untuk photographer ni pun member ofis @afrizalalimin. Dia charge untuk upah tangkap gambar je, untuk cuci aku cuci sendiri lah. Best..aku suka tengok dia captured gambar-gambar masa majlis ni sebab rasa macam bernyawa. Korang boleh la tengok hasil karya dia di afrizalalimin.blogspot.com.

Kanopi
Aku sewa satu je kanopi kali ni sebab birthday party je. Kanopi ni Faeza yang rekomen kan. Berbaloi sebab aku minta tambah table dia tak charge pun. So untuk bajet kanopi ni sekali dengan deco and sarung kerusi dalam RM400. Kalau korang berminat especially area Salak Tinggi or Nilai, boleh contact Hairi di 018-2344686

Lain-lain
Apa yang aku letak dalam goodie bag? hahaha..ni memang sedih skit nak citer. Yang sebenarnya aku dah memang ada plan nak letak macam-macam. Especially mainan untuk aktiviti budak-budak. Tapi disebabkan seminggu sebelum majlis ni aku misscarriage (nanti bebila aku blog pasal ni) , so semua tu tinggal angan-angan je. So, dalam goodies tu aku letak la dalam 3 pcs ballons, gula-gula dan jajan skit. Sory sangat takda pilihan sebab benda tu je yang aku boleh cari kat ngan area rumah ni. Kat mana aku beli? Aku beli kat kedai 2Ringgit. Bila aku dah beli jajan gula-gula semua tu, dah siap bayar..laaaa baru nampak dalam kedai ni ada jual lego la itu la ini la.....so, aku sarankan korang kalau mana yang jauh nak gi kedai borong tu, datang la memborong di kedai 2 Ringgit ye. Semua benda ada! Btw, air mineral tu nak praktikal korang beli yang kecil skali tau, yang ada skali dengan straw tu. 

So berapa total semua?

Tshirts - RM80
Catering - RM900
Kanopi - RM400
Birthday Cake - RM300
Inflatable, Sand Arts, Ballon Arch - RM600
Photog - RM200
Ballonist - RM200
Party Deco - RM200

TOTAL: RM2,880.00

Ditekankan disini, nampak macam pembaziran ya amat kan? Tapi korang kena ingat betapa mahalnya sesuatu moment tu. Aku ni memang cheapscake, sebab tu aku menyimpan 6 bulan sebelum. Kali ni punya birthday, memang majority bajet aku yang kuarkan. Husband tau pun nak buat majlis ni dalam seminggu dua before tarikh kejadian. Then husband just tambah beli barang-barang basah je. Aku memang taknak serabutkan kepala dia sebab dia pun tengah superbusy dengan keja sekarang (macam dia sorang busy =P )

Aku tak plan nak buat tiap-tiap tahun meriah segini. Saja nak bagi anak merasa betapa indahnya satu majlis untuk meraikan dia. Masa semua duk kerumun nyanyikan lagu happy birthday and Allah Selamatkan Kamu tu muka dia sipu-sipu macam siput. Malu sangat kohnonnye. Tapi nak compare dengan last time, ni lagi behave la. Kalau last time dia meraung-raung menangis bila orang start nyanyi. hahah. Now, dia dah faham sangat, so aku rasa berbaloi segala penat aku prepare semua benda ni sorang-sorang. Imagine la time aku uruskan ni aku dalam tempoh berpantang (gugurpun berpantang ok). 

Aku gagahkan diri setelkan jugak majlis ni demi sorang anak. Plus, sokongan family aku pun menguatkan aku untuk teruskan majlis ni. Diorang semua memang all out tolong aku. Malam sebelum majlis tu pun dah setel deco-deco skit. Terima kasih tau! Love you all so much!!

Terima kasih jugak kepada yang sudi hadir. Harap sangat semua enjoy especially anak-anak lah. Walaupun panas terik amat time tu tapi sebab banyak activities anak-anak tetap enjoy je. Minta maaf kalau ada yg terkurang. Minta maaf jugak mana yang tak dapat invitation tu ye. Memang niat nak happy happy dengan bebudak. So memang bagi priority pada parents yang ada anak-anak. Harap korang faham bajet kakseri ni idak lah tinggi mana. hehehe.. Pada yang tak dapat datang tu pun, takpe. Faham sebab time majlis ni cuti panjang CNY kan, ramai yang dah ada program lain.   

Sekian, perkongsian kakseri pada kali ini. Insyallah kita berjumpa di next entri! tata!

korge maili seripoh




Thursday, February 26, 2015

Tahniah adikku Kmy Kmo a.k.a Agenda di atas Pelancaran Single Terbaru "RINDU" bersama Shae & Nukilan!


Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update blog. Belum diberi kesempatan ruang dan masa untuk berkongsi di blog suam dan sendu ini. hihi..

First of all, nak ucapkan TAHNIAH kepada adik ku Kmy di atas pelancaran single terbaru "RINDU" bersama Shae & Nukilan. Rasa macam tak percaya sebab impian hingusan beliau telah jadi realiti. Kmy atau dikenali sebagai "Agenda" di dalam kumpulan terbaru yang diberi nama NUKILAN  juga buat masa ini merupakan satu-satunya kumpulan yang berada di bawah naungan Qarma Musiq (Malique Ibrahim).

Lagu RINDU mula berkumandang serentak di semua stesen radio Melayu pada 24hb Februari 2015, jam 2:42pm baru-baru ini. Seperti yang diramalkan, lagu ini telah mendapat tempat di hati pendengar yang baru pertama kali mendengarnya dan lebih-lebih lagi susunan dan bait-bait lirik yang cukup mendalam ini ditulis oleh saudara Malique Ibrahim (dulu dikenali sebagai Malique Too Phat). 

Warner Music Malaysia membuat percaturan yang bijak dengan mula menggunakan hashtag #rindu242 sebagai trending lagu RINDU ini di media-media sosial dan peminat mula tertanya-tanya apakah maksud di sebalik #rindu242 ? So sekarang, korang dah tahu kan? Cepat klik hashtag #rindu242 di instagram! hehe

Aku rasa korang boleh google je pasal lagu RINDU ni sebab beberapa blogger hiburan dah mula berkongsi sebaik sahaja selepas Sidang Akhbar yang turut diadakan pada tarikh yang sama 24/2 yang lalu.

So, biar lah aku share benda yang orang lain tak tahu sangat k. Aku tahu ramai yang mengharapkan Malique sendiri yang muncul sebagai rapper dalam lagu RINDU ini. "Agenda" memikul tugas yang cukup berat dengan membawa nama Malique sebagai membuka tirai 2015 ini. Malique lebih selesa menjadi tulang belakang NUKILAN kerana NUKILAN juga sebahagian daripada usaha beliau. So, kita doa-doakan la mana tahu Malique pula akan featuring bersama NUKILAN satu hari nanti ye!

NUKILAN ni terdiri daripada 3 ahli. Zizi yang dikenali sebagai "Kirana"dan Afif sebagai "Kelana" yang kedua-duanya masing-masing bekas pelajar AF dan juga pernah berada dibawah naungan Cat Farish yang dikenali sebagai The Fabulous Cat. Kirana dan Kelana masing-masing memutuskan untuk mencuba haluan baru memandangkan mereka berdua juga kerap membantu Malique dalam urusan susunan muzik sebelum ini.

"Agenda" pulak macam mana? Yup, sebab dia adik aku, so aku boleh cerita panjang sikit pasal adik sendiri kan..hehe. Untuk pengetahuan korang, Agenda sangat obses dengan muzik hiphop dan rap sejak dibangku sekolah lagi. Bermula dengan minat yang sangat mendalam dengan seni, bukan muzik semata sebenarnya..Agenda juga mahir dalam bidang seni tari dan seni lukis grafik and guees what, he also can cook very well!. 

Tapi beliau lebih cenderung dengan seni muzik. Mula menulis lirik sendiri, compose lagu sendiri..dan kami sekeluarga lah yang selalu menjadi bahan ekseperimen beliau. Ada lagu yang betul-betul sedap di dengar, lirik nya puitis..kena dengan irama lagu yang disusun...tapi ada juga yang nak pecah gegendang telinga..haha..tapi dia memang sangat obses dengan muzik hip hop..lagu rnb pun ada jugak dia pernah buat, then aku ingat sangat masa zaman aku kat UUM dulu pernah member aku viralkan lagu adik aku yang cukup syahdu mendayu-dayu tu. Kmy pun pernah hantar demo lagu dia kepada Malique masa zaman-zaman sekolah dulu. Tapi dia dah tanya Malique, Malique pilih dia bukan sebab lagu yang dia hantar pun. Infact Malique tak berkesempatan pun dengar demo yang dia hantar tu.

Rezeki. Percayalah pada rezeki sebenarnya. Mesti orang akan cakap. Hebat sangat ke Agenda ni sampai Malique boleh approach dia. Banyak kot rapper yang tengah "in" sekarang ni, tapi kenapa Agenda menjadi pilihan Malique? Itu lah soalan yang sama yang bermain di fikiran aku dan family  juga yang sampai sekarang masih mencari jawapan. 

Especially ummi dan abah, paling paling terkesan adalah abah aku. Kmy adalah anak lelaki sulong (anak ke-4 daripada 6 beradik). So korang boleh imagine la betapa manja dan dimanjakan masa kecik dulu lah. Bila dah makin remaja, masuk sekolah menengah.. abah aku hampir putus asa dengan Kmy sebab Kmy terlalu obses dengan muzik. Pagi petang siang malam hidupnya di studio memerah otak menyusun bait-bait lagu dan lirik. Kmy bukan tak pernah usaha untuk menurut segala permintaan abah. Macam-macam dah dia buat, tapi penghujungnya dia tetap dengan muziknya.  

Kmy dulu cukup aktif dengan show kecil-kecilan di area Kuantan. Kmy bersama LS bersepakat membawa muzik hiphop dibawah kumpulan yang diberi nama YMY (Young Malaysian kalau tak silap). Diorang berdua survive sendiri. Mana la ada yang sudi nak menaja kan bila dah freelance semuanya sendiri. LS (Syam) pula cukup hebat dengan susunan muzik dan bunyi. Bila Malique melamar Kmy untuk join NUKILAN, LS memberi sokongan sepenuhnya kepada Kmy kerana ini bukan calang-calang peluang yang dapat diperolehi. Malique nama yang cukup gah dalam industri muzik hip hop seantero nusantara, siapa lah tak teruja kan?. 

Aku mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Malique kerana memberi kepercayaan kepada Kmy (Agenda) untuk menterjemahkan hasil karya beliau, menurunkan ilmu seni muzik beliau kepada Agenda terutamanya lirik-lirik yang sangat dalam maksudnya. Lirik nya sentiasa membuat kita terfikir disebalik mesej yang cuba disampaikan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati seorang ayah yang dulunya pernah jauh hati dengan anak sendiri kerana obsesi yang sangat tinggi kepada seni muzik. Hanya Malique yang boleh menjelaskan mengapa Agenda menjadi pilihan beliau. Mungkin ada sesuatu yang kami sendiri tak nampak dengan mata kasar tetapi Malique boleh menilai dari sudut jiwa (soul) yang cukup kental yang menjadi pegangan Agenda dari dulu sehingga terhasilnya NUKILAN ini. 

Betapa luasnya rezeki Allah. Allah itu Maha Pemberi. Allah memberi ujiannya sama hebat dengan hikmah yang Allah beri disebalik ujian tersebut. 

Kepada Agenda,
Semoga berjaya dan teruskan berkarya. Hanya kami sekeluarga yang tahu betapa bertuahnya kamu. Ingat lah kejayaan kamu hari ini adalah berkat doa abah dan ummi serta kami adik beradik.Paling penting, jangan lupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Hidup kita umpama roda, kayuhan roda yang berpusing hari ini adalah refleksi kepada liku-liku hidup yang kamu lalui sebelum ini. Kepada sesiapapun yang mengenali Agenda/Kmy, doakanlah kejayaan beliau bersama NUKILAN.

Kepada Kirana dan Kelana,
Terima kasih banyak2 atas segala bantuan kamu berdua. Mungkin Malique tidak mengenali Agenda tanpa Kirana dan Kelana. Teruskan perjuangan seni ini dan bantulah Agenda yang masih muda dengan industri yang penuh dengan cabaran ini. 

ALL THE BEST NUKILAN!!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai NUKILAN, korang boleh ke laman web QarmaMusiq


LIRIK LAGU "RINDU" (Shae & Nukilan)

Verse 1 (Shae)
Di malam yang sepi
aku sendirian
dengar bisik hati
kupejamkan mata
biarkan dibawa
kembali ke suatu
ruang dan masa
indahnya bila
dibuai sejarah
di dalam keasyikan
terlihatkan seraut wajah
Chorus (Shae & Nukilan)
Rindu
membelenggu
terkenang masa lalu
hati jadi
rindu
tak terkata
manapun kau berada
semoga berbahagia
Verse 2 (Agenda)
Ku bertanyakan mana Sita
kembalikan warkah cinta
moga manis jangan tangis hakis tinta
semua janji yang pernah dideklarasi
tinggal puisi sepi minta dideklamasi
aku masih bergelut memeluk takdir
detik bermula sehingga kemelut berakhir
apapun juga keputusan
aku terima walau jujurnya tak keruan dan
yang dah berlaku biarkan berlalu
nescaya nestapaku kan diubat waktu
kau harus bahagia walau tak bersamaku
khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
nahu lagu berbaur tabu ku tahu
namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
semoga kau pun merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
Bridge (Kelana)
Rindu
sejujurnya ku menginginkanmu
di sini
bersama menempuh dunia ini
(Chorus)
Verse 3 (Kirana)
Andainya diberi kesempatan
banyak yang mahu kuperkatakan
menyusur rekahan mengukur punca retakan
sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
mungkin semuanya berpunca dari aku
yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
memorabilia, paraphernalia cinta
setia mencerita sisa memori tercipta bila (rindu)
ku mengadu ke purnama
bertanyakan khabar pujanggaku di sana
puisi cinta lama sibuk dihidupkan
menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
(Chorus)
Outro
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua
Credits
Composed by Malique, Dedeq and Tripdisz
Lyrics by Malique and Dedeq
Music arrangement by Tripdisz
Piano by Ahmad Izham Omar
Additional piano by Dedeq
Guitars by Rizal Halim
Bass by Kelly
Drums by Ujang Exist
Recorded at Odyssey Studios by Illegal and Qarma Studios by Voodoo and Tripdisz
Drums recorded at Modjo Studios by J-Nivus
Mixed by Illegal at Odyssey Studios
Mastered by CL Toh at Mastering One (cltoh@mastering1studio.com)
Co-produced by Tripdisz
Produced by Malique for Warner Music Malaysia
Performed by Shae and Nukilan
Shae appears courtesy of Warner Music Indonesia
Nukilan appears courtesy of Qarma Music Sdn. Bhd.
Published by Qarma Music Sdn. Bhd.
All rights reserved, Warner Music Malaysia



AGENDA - NUKILAN

KELANA, KIRANA, AGENDA (NUKILAN)


Wednesday, December 31, 2014

Update : Misi Pasca Banjir kali ini kemungkinan akan ke 2 buah negeri


Alhamdulillah, syukur..sumbangan makin hari makin bertambah. Bilik gerakan kami di KPKT pun dipenuhi dengan pelbagai jenis sumbangan daripada anda diluar sana yang cukup-cukup prihatin dan pemurah. Sehingga hari ini wang terkumpul telah mencecah RM5,000 lebih. Dijangkakan minggu hadapan kutipan wang dan sumbangan barangan akan bertambah meningkat. Hari ini, dah mula yang sumbangkan kelengkapan dapur macam pinggan mangkuk, cawan, jug dan lain-lain lagi. Alhamdulillah syukur sangat...

Syukur Ya Allah. Betapa besar dan kaya nya rezeki yang Kau limpahkan, dan rezeki ini dikongsikan pula bersama-sama mereka yang amat-amat memerlukan. Anda di luar sana lah pemangkin kepada misi ini dan kami hanya mampu menadahkan doa agar anda dipermurahkan rezeki diatas segala amalan yang sangat mulia ini. 

Hasil perbincangan bersama team semalam, ada cadangan yang mengesyorkan untuk sekali lagi turun menjalankan misi ini di negeri Pahang. Kemungkinan kali ini kami memerlukan sukarelawan yang agak ramai memandangkan misi ini menfokuskan kepada aktiviti pembersihan kawasan dan mencuci rumah kediaman dan fasiliti-fasiliti tetentu seperti masjid/surau. Bagi misi di Kelantan, kami akan turun kesana untuk tujuan pengagihan sumbangan dan barang keperluan mengikut bilangan keluarga di beberapa buah kampung.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi wakil-wakil team seperti yang tertera di poster.

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...