Hye para-para readers semua!
Memandangkan lebih kurang tiga bulan lebih lagi anakku akan melangkah ke satu tahun, saya sedang membuat persediaan mental dan fizikal bagi menyambut hari lahir buah hati pengarang jantung saya tu. Mesti korang rasa macam awal sangat kan? Haah ye lah, saya pun rasa awal juga sebenarnya. hihi. Sengaja perah-perah otak penat-penat nak fikir awal-awal kan..hehe
Apa yang boleh saya buat sekarang adalah menyediakan checklist untuk persediaan menyambut hari lahir my baby ni. Baby lagi ke? erk..
TEMA
Randomly, saya tengok culture kat sini akan tetapkan satu tema untuk buat birthday party anak-anak depa. Dulu kalau kat kampung, kitorang main belasah je, tadek tema-tema bagai ni. Asal meriah sudah. Tapi kan..tapi kan..macam best la pulak tengok majlis anak orang lain bertema-tema ni. Tak kiralah apa tema sekalipun, nak warna sedondon ke, nak tema Boboiboy ke, nak tema Upin Ipin ke. Before this, penah pegi birthday party anak kawan my husband, depa buat tema Football. So, habis lah semua guest yang datang pakai Jersey, siap kek anak depa bentuk bola gitu, ade plak seketul player pakai baju MU kat atas kek bola tu! So Happening! Tapi kalau saya nak senang, buat tema warna sudah...hehe
DEKO
Macam-macam dah dalam kepalehotak ni berlegar-legar. Nak buat itu, nak buat ini, nak letak itu, nak tampal ini. Ish..kalau boleh semua nak buat sendiri, handmade, takyah tempah-tempah..jimat duit skit. Tapi, mampu ke nak buat semua tu dengan budak bertuah yang tak reti duk diam tu..Ni nak kena bincang dengan my husband ni..
MENU & CATERING
Haaa..yang ni antara yang terpenting ni. Bab-bab makan ni memang kena bagi priority. Yelah, kita kan nak jemput orang datang makan, bukan nak happening semata je. Kalau makan pun tak mencapai kepuasan utiliti sut, saja je bagi depa dosa kering duk mengata kita.hehehe..Kalau boleh makanan tu biar lah orang tua dan budak-budak boleh makan. Ini kang pegi tempah makanan podeh, menggagau la budak-budak ni nak cari air. Kalau boleh, sediakan makanan yang pelbagai dan of course yang menyihatkan!
GOODIES
Part ni pun dah rasa macam culture kat sini. Dulu kalau kat kampung, depa yang mai umah akan bagi present kat budak yang dirai tu. Tapi kalau kat sini, rata-rata yang saya tengok tuan rumah pun akan bagi present macam goodies kat budak-budak yang datang party tu. Depend jugak, kalau pegi party anak-anak yang makbapak dia kaya skit, makanya kaya lah benda alah yang diorang letak dalam goodies tu. Kalau yang biase-biase je, dapatlah jeli sumi, cekelat hacks, ngan snek..Ape-apepun, kita terima je semua tu rezeki kan...
GAMES
Dulu kat kampung main bola beracun je, tapi kat sini macam-macam games yang diorang buat. Ada tu siap buat jigsaw-puzzle, warna-warna lukisan, tiup belon sampai pecah, kutip gula-gula. macam-macam lahai..memang seronok, nak-nak bila tengok budak-budak happy kan. Dulu, my SIL ada buat birthday party anak dia kat KFC Shah Alam. Happening jugak, tapi agak terbatas la aktiviti sebab buat kat premis kan. So, kalau jerit terbelahak sangat, ada la mata-mata sipi memandang semacam. Bestnye sebab supervisor kat KFC tu yang control game untuk budak-budak yang datang. Yang penting, penat nye kat situ jelah, takde la nak kena cuci pinggan mop lantai lepas habis party tu..hehehe..
GUEST LIST
Ini pun penting jugak. Sebab kalau korang jemput ikut sedap mulut je, alamat adalah nanti yang kena korek periuk. hehe..Kita kena buat list sape yang kita nak jemput. Senang, bukan apa. Bila dah buat list ni, takde la kita nak teragak-agak makanan tu cukup ke idak. From my prev experience masa buat house warming hari tu, salah satu sebab makanan tak cukup sebab jemput orang main ikut sedap mulut. My husband leteww..buat majlis from 12 to 5pm. Pukul 7.30pm membe-membe dia sedap lagi melepak kat luar, dah tu membe dia ajak macam satu Kelumpo ramainya. Nasib baik la ada my parents n of course my PIL also yang tolong top upkan makanan yang tak cukup..SO, learn from experience, buat list jemputan!
KAD JEMPUTAN
Yang ni sebenarnya kalau takde pun takpe, tapi macam best jugak kalau ada kad kan? Yang ni nak kena tempah la kot kalau ramai sangat jemputan yang kita ajak. Tapi kalau setakat 50 orang tu, kita buat sendiri je kot. Buat cecantik pakai Powerpoint (tu je skill yang mampu..hehehe), potostat je yang lain tu. Nak yang kaler, print je lah kat ofis hangpa tu..hehe.. Apa yang perlu ada dalam kad jemputan? Paling penting ialah Tarikh, Tempat, Masa, Tema (jika ada), pastu tepek la 2 3 keping gambau anak kita dan kita juge..hihi
BIRTHDAY CAKE
Hok ni pun kena senarai dalam checklist jugok! Kebiasaanya orang buat kek besday ikut tema yang diorang pilih. Kalau tema ala-ala Pincess, kek itu ada la gambar princess cumey. Kalau Upin Ipin pun sama jugak. Tapi kalau tak ikut tema pun tak pe je. Asalkan ia cantik tertarik menarik dabommm yang boleh meriang riakan hati si kecil yang dirai tu.
BAJET
Sila catat bahawa ini yang paling penting. Patut duk kat atas sekali tajuk ni tapi malas dah nak alih-alih (hehe). Perlu ada bajet ye para-para ibu bapak sekalian alam..Tak kira lah RM200 ke RM400 ke RM1000 ke..Bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kalau dari awal-awal kita dah allocate bajet untuk sambutan besday anak kita ni, mungkin ia tidak menjadi masalah kan. Kalau last minit, tetibang je fikir macam nak buat esok besday party tu, pandai-pandai la korek duit ye. Kalau sederhana pun takpe, asalkan meriah kan? Tak gitu?
Nota: Tengok gambar-gambar dalam internet ni kemain semangat nak buat birthday party Hadif nanti. tak tau la jadi ke idokk..just wait n see je la yepp.. =D
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment