Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!!
Syukur sangat-sangat kerana urusan kami dipermudahkanNya. Betapa gembiranya rasa hati dan sanubariku ini taktala melihat sumbangan yang korang semua hulurkan melimpah ruah di bilik gerakan kami. Al kisah sehari sebelum misi ini bermula, perut aku penuh digelumangi rama-rama dek kerana risau dengan macam-macam la dugaan yang kami hadapi sepanjang misi ini bermula.
Dalam beg Ikea tu kami dah pakejkan semua famili akan dapat benda yang lebih kurang sama. So sampai sana, tinggal nak agihkan sahaja ikut bilangan famili yang ada. Dalam beg itam tu kami letak segala jenis sabun, tak sekalikan dengan beg biru tu satgi semua makanan dalam tu bau sabun..hehhee
Ini pampers terkumpul yang korang semua sumbangkan dalam 3 hari je tau. Memang banyak, kami agihkan juga ikut keperluan keluarga. So, keluarga yang ada anak kecik akan dapat, yang tak da tu tak dapat la ek.
Ini gambar dari bilik gerakan kami. Ofis ni sebenarnya dalam proses perpindahan. Memang takda orang la kan. Macam kebetulan je tau-tau barang sumbangan ni banyak. Apa yang kami buat masa sorting, kami kategorikan semua barang ini ikut jenis dan keperluan. Pakaian pun kami sort jugak ikut gender dan golongan supaya senang diorang nak nak cari nanti.
Ini pulak section beg dan peralatan skolah. Memang seronok bila bekerjasama ni. Masing-masing datang ke sini macam dah tau apa nak buat. Macam aku cakap hari tu, kami pergi memang tak ramai, tapi tulang belakang misi ni memang ramai. Nak-nak part yang paling kritikal ni bab-bab sorting, packing and loading. Alhamdulillah jam 8.00 malam semua barang siap loading dalam lori.
Betul, benda yang baik Allah pasti permudahkan. Sebab tu aku sangat bersyukur kerana misi ini selesai dengan jayanya. Sasaran kami di luar jangkaan sebenarnya. Dalam sibuk memikirkan nak bantu satu kampung, rupanya bantuan sumbangan ini mampu menampung 3 kampung sekaligus. Bayangkanlah betapa banyaknya sumbangan yang korang bagi..
Kami bertolak ke Kuantan seawal jam 5.00
pagi. Pukul 4.30 pagi dah gegas gerak Hadif, kesian tapi bila sebut nak
balik Kuantan Hadif memang eksaited. Dah mandikan dia pun ala kadar je
asal ada la bau wangi tu kan. Then kitorang karpul je, 2 kereta dengan 6
orang kawan-kawan. Serius memang ada rasa kebimbangan melihat tenaga
kerja yang akan membanting tulang tu tak berapa ramai. Tapi kami tetap
positif dengan beranggapan adalah orang kampung yang akan membantu kami.
Tiba
di Kompleks Penyayang JKM Kuantan pada jam 11.00 pagi. Kami berbincang
dengan wakil JKM, En. Hamizan selaku PIC yang menguruskan bantuan banjir
disekitar Pahang. Beliau menyarankan agar bantuan-bantuan yang
berbentuk peralatan elektrik tidak diagihkan di pusat pemindahan
memandangkan kuantiti barang tersebut tidak dapat menampung jumlah
keluarga yang terlibat. Bimbang akan timbul pula ketidakpuashatian.
Jadinya kami setuju dan terus menurunkan beberapa peralatan elektrik dan
set pinggan mangkuk di situ. Beliau memberi jaminan bahawa barangan
tersebut akan beliau agihkan kepada keluarga-keluarga yang amat-amat
memerlukan terutamanya di kawasan pedalaman.
Setelah
mendapat senarai pusat pemindahan daripada JKM, kami terus bertolak ke
kawasan tersebut. Kawasan kampung yang akan kami agihkan ini masih
ditelenggami air dan impian untuk hantar dari rumah ke rumah tu
terkubur. Ada juga rasa ralat disitu tapi apapun misi tetap diteruskan.
Hasil perbincangan kami berenam, kami memang decide akan agihkan semua
barang tersebut di pusat pemindahan mengikut senarai jumlah keluarga
yang berada di pusat-pusat pemindahan tersebut.
Kami
ke Kg. Cheruk Paloh, Kg. Semangat dan Kg. Ubai. Ketiga-tiga kampung ini
masih ditelenggami air dan penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah.
Mereka juga perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua yang dijangka
berlaku pada 15 - 18 Disember ini. Apapun kita berdoa lah sama-sama
agar gelombang ini tidak akan berlaku lagi.
Ini Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna Kg. Semangat. Hampir 500 orang mangsa disini dan korang tengoklah betapa tidak selesanya mereka disini. Tapi apa yang kami kagum kerana mereka tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak. Kat sini kami loading tak banyak sangat barang sebab kami tengok dah banyak sumbangan disini terutamanya stok makanan. Kami hanya loading sumbangan pakaian je disini.
Ini di pusat pemindahan SK Kg. Ubai. Last pitstop kami disini. Ada 53 keluarga yang berada di pusat pemindahan ini. Alhamdulillah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah dapat semua beg sekolah yang disumbangkan. Sebenarnya di Cheruk Paloh pun kami sempat agihkan beg skolah mengikut jumlah pelajar di kawasan tersebut. Di Kg. Semangat je kami tak dapat nak agihkan beg skolah memandangkan kuantiti beg skolah tak dapat menampung jumlah kanak-kanak disitu. Jalan yang lebih adil, kami pilih untuk tidak agihkan di situ.
Mungkin..mungkin..mungkin kami menjalankan misi ini secara "freelance" omputeh kata, tak bersandarkan pada pihak ketiga, adalah salah satu faktor kami tidak terbeban dengan apa-apa arahan dari semasa ke semasa. Buat kerja amal ni, tak pressure langsung cuma pada awal tu hanya dugaan dengan transport. Bila dah dapat lori, lebihan pulak muatan. Dah kena tambah lori. Akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Last day before nak gerak, 4 lori nak offer angkut barang sumbangan ni. Memang kami terharu sangat especially sokongan dari kawan-kawan. Meeting pun dalam wassap je, 3 hari collect barang tu pun viral via emel, fb, dan instagram, bab dana pulak memang 100% dana daripada korang di luar sana, tiada langsung dana khas yang kami terima dah sangat cukup dapat membantu mereka di sana.
Dikesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami merealisasikan misi ini. Bermacam-macam bantuan yang kami terima daripada korang semua dan kami hanya mampu mendoakan bahawa anda semua dipermurahkan rezeki. Sikit ke banyak tu hanya nilai fizikal, apa yang penting adalah tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita.
Terima kasih...JAZAKALLAH!!!!
Dari kami bukan siapa-siapa,
2 mak budak, 2 bapak budak, 2 anak dara
2 yang mengekspresikan diri:
Alhamdulillah tumpang gembira. Masa ni jugak sy & hb kemas almari boleh agihkan pakaian yg masih elok & sayang kpd yg memerlukan...jubah, seluar slack, kemeja, t-shirt, blause, cadar, maternity blause & pants
@fazianbatrisyia
Terima kasih dear. Semoga Allah sahaja yang membalasnya..semoga dipermurahkan rezeki juga....
Post a Comment