Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Barang. Show all posts
Showing posts with label Barang. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

A little tent in da house!! tinkiu to ummi..

Yeayyy...hadif pun dah ada rumah sendiri..so jangan sibuk nak sepahkan umah ummi ye nakkkk...baru je beli semalam little tent ni sempena hadiah besday si anak..Umi ni stress sebab daddy selalu duk pressure bila umi nak beli present hadif..Actually memang takda pape plan nak beli hadiah apa lah kak anakanda sorang ni..Kalo nak beli transport tu rasanye idakla..kat dalam rumah ni dah macam-macam jenis transport dah ada..

Semalam pegi Manjaku dalam duk kalut-kalut nak cari barang, ternampak la benda alah ni..So, rembat je lah sebab tengok cara nak menyimpannya pun senang..itu yg penting sebenarnya..just lipat n pusingkan aje, then boleh simpan dalam cover dia..

Hadif memang eksaited kemain duk dalam rumah kecik dia ni..tapi yang umi kurang eksaited nye dia memang kreatif dengan idea-idea nak mengkaghakkan benda alah ni. Mentang-mentangla benda ni ringan, dia memang suka hati je tunggang terbalikkan rumah dia ni..nak ekstrem lagi, tak keluar ikut pintu tu pun..rajin kan nak keluar kut tingkap..gasakla nakkkkkkkkkk...

Papepun, rasa dah lega sangat sebab tak terbeban dengan rasa bersalah tak belikan present untuk hadif..kalo tak, mesti stress je asik kena pressure ngan daddy..

p/s: mengkaghak = jahanam/rosak binasa (bahasa Pahang)

Thursday, January 12, 2012

STOCK CLEARANCE SALES!! Telekung | Kids and Babies Stuffs|

Helo helo helo and Salam to all my dear readers!



Hari ini saya ada special promotion untuk korang semua especially for mommies la kann..Actually, saya tak jual semua ni tau..Just tolong my sister in law untuk jualkan barang-barang dia yang nak di clear kan..So, apa tunggu lagi..Jom shopping...Sape cepat, dia dapat!! 

HAPPY SHOPPING!!!


















Kids Telekung

 N2 |Kain cotton biasa, kain bergetah
Standard Size Young Girl (age / length from chin / price):
Year 4-6 / ~ 21 inch (unstocked)
Year 7-9 / ~ 25 inch | RM30 only (stock available)
Year 10-12 / ~ 29 inch | RM35 only (stock available)

Q2 | Pink 
(kualiti lagi bagus dari N2)

Available size: Year 7 - 9 (RM45 only)

 Q2 | Purple
(kualiti lagi bagus dari N2)

Available size: 10 - 12 years (RM50 only)


Baby Gift Bag

3 for RM3 only

Buzz-LSPJ_Sleepwear

5 years - RM25 only

Fridge Magnet

RM5 only

Campbell Storybook


RM10 only

Garden Frog

RM28 only


Intereseted?? 3 Simple Step to order:

1 - Listkan kod barang & order by emailing to : yusniza14@gmail.com or SMS ~ 016-3304302. Any enquiries also alre welcome.

2- Buat bayaran melalui Maybank (164276506140) atau CIMB (12610000192106) dan email / SMS bukti pembayaran kepada kami.

3- Penghantaran dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja .Untuk memudahkan proses penghantaran sila berikan butiran berikut:

Nama
Alamat Penghantaran
No. Telefon


Korang juga boleh intai-intai barang-barang lain yang dijual oleh my SIL di blogshop beliau disini:


http://telekungnajwa.blogspot.com

http://nanadamkidzcollection.blogspot.com/


HAPPY SHOPPING!!!!


p/s:
Our new blogshop will be launching soon..
VOLUME 1 : 40 pcs only.
''first come first serve basis''.
grab it on this coming 16 January!!

"A Touch of Style"
(Kemn &  Manis)

Tuesday, November 15, 2011

Lain yang dibeli, lain yang dimain..

Salam kepada semua pembaca X-presi!!

Hari ini baru la berkesempatan nak update blog. Kalau korang perasan entri sebelum ni, saya hanya sempat ping kan emel daripada kak Lina Karim yang saya langgani mengenai pendidikan anak-anak. Seyes, hujung tahun memang banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum 2011 melabuhkan tirainya. 


Entri hari ni nak story mory pasal my prince yang dah masuk 9 bulan ni. Disebabkan ketekalan dia yang suka sangat nak berdiri sekarang ni, so daddy hadiahkan satu lagi transport baru untuk Hadif..


Taraaaa......

Step Start Walk n' Ride by Playskool


Transport baru ni 2 in 1. Boleh tolak macam skooter tu or boleh jugak  converts to a first ride-on toy. Memang sangat sesuai untuk bayi yang baru nak belajar berjalan..Punye lah semangat umi dia jadi poreman pasang wheels, handle, sidemirror lah..tapi yang ini jugak dia berkenan...

Eksaited leteww dapat tolak walker..

Sekarang ni, dah taknak duduk dalam walker..dia nak duduk luar walker sambil rajin-rajin tolak walker tu ke sana ke mari (macam la awak tu stabil lagi berjalan)..Padahnya, kelmarin jatuh tersembam ke lantai..Menangis kuat kemain lah jawabnya,..Umi pujuk kejap je, that was a lesson for u ye sayang..


p/s:
Biasanya, saya akan biarkan je dia explore sendiri. Unless kalau saya rasa apa yang dia buat tu sangat lah dangerous, baru saya akan say NO, then explain pada dia kenapa saya dia tak boleh main benda tu. Hadif sekarang dah pandai panjat 2 anak tangga. Bila dia start nak ke tangga tu, dia akan usha line dulu. Agak-agak dia tengok macam saya bagi green light, dia pegi lah. Papepun, umi awak ni tau agenda kamu ye sayangg!  




Thursday, October 13, 2011

Islamic Learning & Education start from baby..let's do it mama!!

Salam to all my dear readers!

Seperti yang pernah saya kongsikan kepada anda, sejak umur Hadif 4 bulan lagi saya telah biasakan dia dengan buku. Daripada buku berwarna hitam putih, beralih kepada buku yang bercermin dan beralih pula kepada buku untuk mengenal warna dan bentuk. 

Kini, saya melangkah setapak ke hadapan lagi untuk memperkenalkan kepada Hadif huruf-huruf Hijaiyah melalui kaedah "Flash Card" dan pembelajaran berbentuk audio visual. Pandangan saya, tak salah sekiranya kita dahulukan mendidik anak dengan mengenal huruf Hijaiyah terlebih dahulu, berbanding mengenal ABC kerana rata-rata di mana-mana taska atau pusat pembelajaran sudah tentu akan mengajar anak mengenal ABC dahulu kan.

Walaupun seperti amalan sebelum-sebelum ini, setiap pagi dalam perjalanan menghantar Hadif saya akan nyanyikan lagu Hijaiyah tersebut, dan ada juga video yang saya muat turun melalui Youtube, saya mengambil inisiatif lain untuk memperkenalkan huruf-huruf ini dengan menambahkan pelbagai tools yang lain agar Hadif tidak berasa jemu dengan kaedah pembelajaran ini.

Saya akui saya masih sangat cetek tentang ilmu agama. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum nak mendidik anak sendiri kan? Tapi berbekalkan semangat saya yang kuat untuk melihat perkembangan anak yang semakin hari semakin membesar dengan pelbagai cabaran pada zaman serba canggih ini...saya gagahkan juga untuk cuba mendidik anak dengan cara saya tetapi ilmu sedikit demi sedikit dikutip daripada pelbagai sumber yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

Ada 2 contoh ikon muslimah sejati yang menjadi inspirasi saya pada hari ini. 

Seperti yang diketahui umum, Wardina Saffiyah tentulah orangnya. Saya memang meminati malah sangat kagum dengan cara beliau mendidik anaknya. Menurut beliau, solat lah yang merupakan tunggak utama dalam mendidik anak menjadi muslim atau muslimah sejati. Buktinya, Amna anak sulung beliau telah berjaya solat 5 waktu dengan sendirinya seawal umur 6 tahun. Ketahui lebih lanjut mengenai Amna di blog Prefect Amna N (Jangan tak percaya, Amna pun ada blog ye..kagum lagi)

Keduanya ialah Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang ibu kepada 2 orang anak cilik ini. Puan Lina Karim merupakan pengasas kepada Islamic Parenting Network yang menawarkan pelbagai produk seperti kaedah pembelajaran, pemakanan yang bercirikan Islam. Apa yang membuatkan saya kagum dengan kesungguhan beliau ialah beliau hanyalah insan biasa yang berjaya mendidik anak yang boleh menghafal 30 surah akhir seawal umur 3 tahun. Masyallah! Ketahui lebih lanjut mengenai kehandalan 2 anak kecil ini di blog DarwishnDarwisya. (Banyak info menarik kat blog ni, cepat baca!)

Saya amat kagum dengan 2 orang ibu ini. Mereka juga ibu yang berkerjaya tetapi dapat meluangkan masa untuk mendidik anak-anak. Alangkah bagusnya jika saya sekuat mereka..

Semalam saya beli beberapa set pembelajaran untuk si kecil Hadif, tak sabar nak ber eksperimen ni!! =D




Saya mengambil langkah awal untuk persediaan pembelajaran ini kerana jauh di sudut hati ini sangat bimbang bila mengenangkan terlalu banyak cabaran untuk membesarkan anak dalam era yang serba canggih ini. Saya dibesarkan bukan di kota raya seperti ini, tak banyak benda menarik yang boleh saya explore. Pagi ke sekolah, petang bersukan, malam ke kelas agama. Itulah rutin saya semasa kanak-kanak dahulu. Saya harap usaha awal saya ini berbaloi untuk membentuk anak yang mampu menggoncang dunia! Insyallah...

Tuesday, October 4, 2011

For Sale Mitsubishi Lancer 2.0 GT – RM92,500 only (price negotiable)

~ SOLD ~

Harga yang ditawarkan termasuk insurans dan roadtax. Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Yusri/Rocky di talian 012-2655485
<Untuk gambar-gambar lain, korang boleh visit Blog page saya di Facebook. Klik SINI>

Ada sesiapa berminat nak beli tak? My husband nak jual kereta dia ni dengan harga yang sangat berpatutan. Kereta ni baru je pakai 2 tahun (2009), dan mileage pun masih tak sampai 100,000km (94,000km) . To be frank, my husband memang sangat particular jaga barang yang dia sayang. Pendek kata, kereta ni memang dia jaga macam dia jaga bini dia lah..hehe

Ya, baiklah.. saya tau memang Lancer ni sejibik dengan Inspira. Tapi saiz dia tak sama, and colour merah Inspira (plum red) dan Lancer (metallic red) pun tak sama. So, memang boleh beza la kan. kalau colour lain tu, memang terang-terang la sama.

Sebab munculnya Inspira la my husband jual kereta ni tak mahal mana. Dia beli dengan harga RM123,980. Kalau korang tengok price Inspira 2.0 CVT pun lebih kurang dengan harga Lancer yang nak dijual ni. 

Kenapa korang boleh beli kereta ni?

- First owner
- Accident Free
- Shift tronic gear
- Well-maintained
- Multi-information Instrumental Display
- Paddle Shifters
- Front fog lamps (reflector-type)
- 18-inch wheels
- Rear Spoiler
- Side Skirts
- Reverse sensor
- Chrome Exhaust Tip

Performance:

MIVEC Technology
MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing and lift Electronic Control) adjusts intake timing for optimal performance across the rev range.

Sports Mode with Paddle Shifters
Sports Mode lets you enjoy the racing feel of changing gears with a 6-step shift control that still provides the convenience of an automatic transmission. For even greater control, paddle shifters built directly into the steering wheel make shifting as easy as a single press of your finger.

Accessories: 

Solar Film
CD Player
Leather seats
Airbag driver
Airbag passenger
ABS Brakes
Sport rims (new)
Alarm
Central lock
Adjustable steering

Kenapa nak jual?
  
Rasa membazir je.. Husband saya bukan bawak laju pun, randomly dia bawak 90km/j (kancil pun potong lancer..hihi). Buat hiasan je shift tronic gear kat stereng tu..hehe. Dia beli kereta ni before saya kenal dengan dia lagi. Bila tanya nape u beli kereta ni. Sebab kereta ni nampak muda (ha?)dan satu lagi ni den cam takleh terima..sebab warna sama ngan Man Utd. Apekahh???

Sebab nak beli family car yang harganya tak terlalu mahal. Bukan nak beli Alphard, Estima bagai ye.. kira yang boleh balance la dengan nak bayar ansuran rumah baru kami nanti. Rumah itu pelaburan, kereta itu liability. Masa untuk bijak menguruskan wang! hehehe =)

So, kepada peminat-peminat kereta diluar sana, tunggu apa lagi..anda boleh  sms or hubungi my husband di talian 012-2655485 (Yusri) atau emel di kemn5885@gmail.com. Harga boleh nego-nego skit lagi...

Sape cepat dia dapat! 

p/s: my husband nak buat interchange number, so buyer akan dapat plat no. baru! =)

Sekian. 

***** TELAH DIJUAL ******

Friday, September 30, 2011

Empunya blog Younique Nurdani, thank you sebab sudi doodle kan gambar kami !!!


Sangat teruja melihat anak-anak muda kreatif zaman sekarang. Lukisan doodle ini adalah hasil tangan kreatif cik adik manis blogger kita Cik Dani. Korang boleh intai-intai hasil-hasil kreatif dia yang lain di blog beliau Younique Nurdani. Yang paling den rasa macam tidak berada di dalam kotak fikiran, lukisan-lukisan doodle beliau hanya menggunakan Excel semata-mata. Tak payah guna software2 canggih lain untuk beliau curahkan idea kreatif beliau men doodle kan gambar!! 

Terima kasih buat Dani kerana sudi men doodle kan gambar kami bertiga. Tau-tau je kan akak suka biru!! =)

So, ini gambar sebenar sebelum menjadi doodle...

doodle Hadif pun suar terselak..hehe..so cute!

Thursday, September 22, 2011

Rezeki Terpijak

Eee Pas Transformer by Asus
Thank you, husband..thank u sebab tak tau gune benda alah ni..makanya ia kira macam hakmilik den lah..hihi..Tab ni my husband dapat free masa outstation di Redang hari tu..semua committee dapat, kira macam surprised gift lah..baik hati sunggoh la pihak penganjur ni..macam tetau je bini encek yusri ni kepingin banget dengan benda alah tab ni..

As usual, lah..saya pun tak tau guna benda ni..kata kabur IT kan (up skit dari buta IT..hihi)..so, benda alah tab ni saya bawak pegi ofis minta la tolong my boss set up, nak cakap lebih-lebih pungg den tak tau..so, apa yang saya tau setakat ni download game, lagu, untuk si kecil ku, Hadif..

Sangat jatuh chenta dengan transformer tab ni sebab yang utama opkos lah tidak bergantung kepada touch screen semata-mata..(kalau iPhone cenggini kan best!).. 


Wednesday, September 7, 2011

Pre-loved Item to Let Go: Baby Stroller & Baby Carseat/Carrier Brand GRACO = RM500 only

GRACO ALANO FLIP IT TRAVEL SYSTEM

SOLD OUT

Hye!!

Just a short entry. Saya nak jual stroller & carseat Hadif!! Ada sesiapa yang berminat tak? Saya jual separuh harga, RM 500.00 sahaja termasuk caj penghantaran (kecuali Sabah & Sarawak).
Harga sebenar RM1,300.00

Carseat ni juga boleh dijadikan carrier which is boleh letak atas stroller juga. Baby pun selesa sangat baring sebab dia rasa dekat dengan kita. Still in a good condition. =)

Bila ur baby dah pandai duduk, tak perlu guna carrier tadi dah. handle boleh adjust depan dan belakang. nak buka or tutup pun senang je, just klik button atas handle tu dan pusing ke bawah, then tarik tempat letak makanan kat depan tu ke belakang. nak buka or tutup guna kekdah yang sama.

Murah je saya jual, bukan sebab nak untung sangat..kenapa let go? sebab dah ada 2 stroller. rasa membazir ada banyak-banyak.. =)

Sesiapa yang berminat boleh emel saya di kemn5885@gmail.com.

p/s: kalau korang tinggal di sekitar KL or Selangor, saya hantar sendiri je ke rumah korang.. =)

Graco® alano™ flipit™ car seat and stroller travel system - circa™

  • Travel system includes Alano stroller and SnugRide® car seat for your baby's on-the-go lifestyle.
  • Deluxe padded seat with multi-position recline keeps baby comfy.
  • Convertiblethree- or five-point harness grows with your child.
  • One-hand, self-standing fold closes easily withno bending necessary.
  • Lockable front swivel wheels with suspensionensure superior maneuverability.
  • Reversible handle allows you to face your child while pushing the stroller.
  • Extra-large, drop-down storage basketand zippered pouch holdessential items.
  • Parent’s tray with storage and deep cup holderslend added convenience.
  • Child’s tray with cup holder pivots...

Tuesday, June 7, 2011

We got our wedding ring back!!!

Hari sabtu hari tu kan our 1st anniversary kan..so, kitorang celebrate kat luar je, tak plan pun nak pegi bercuti ke mana-mana seems our baby tu "baby" lagi kan..kalo nak bawak pegi water park or theme park ke, alamatnya umi and daddy dia jela yang excited..Kitorang celebrate di TGI Friday, Sunway Pyramid and malam makan di Victoria Station, Subang..my husband ni selera tekak dia ni western memanjang, jadi saya ikut jela bagi memenuhi kehendak dia.

Mungkin ada yang tau dan ada juga yang tak tau pasal peristiwa handbag ku dicuri di surau Midvalley last year (for more details, kindly read THIS ENTRY), berikutan dari kejadian itu, me n husband kehilangan cincin perkahwinan kami (taknak citer panjang nanti sedih lagi..hukhuk..). So kitorang decide nak beli cincin sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kali ini. Untuk tidak mengenangkan kembali tragedi pahit itu, kitorang decide untuk tidak memilih design yang sama seperti cincin perkahwinan kami yang dicuri itu (Walaupun beli di kedai yang sama). Di kedai tu, saya perasan masih ada cincin yang sama design dengan cincin lama saya tu, sayu nya hati bila teringat kembali betapa kejamnya manusia yang durjana tu!!..Ok..ok..cukup..takmo teringat dahla...!!

Nak tau saya beli di kedai mana? takpela, let it be our secret je la. Buat nya pencuri tu baca entri saya ni, tak pasal-pasal dia pegi gadai cincin saya tu kat kedai ni..menurut supervisor kedai emas tu, cincin lama saya tu akan ber"nilai" apabila digadai di kedai ini sahaja. Haha..padan muke ko, pencurikkk!!!

Cincin Saya
My husband belikan saya cincin batu biru!!! yeaaa...!! seronok sebab dah lama dah teringin nak cincin batu nilam ni. Cincin saya masih berada di kedai, ambil masa skit sebab nak kecilkan saiz..tak sabar nak pakai!

Gambar ini hanyalah sekadar illustrasi (Ihsan Google)


Cincin Dia
Juga masih mengekalkan pilihan kedai yang sama tetapi design memang totally different. Cincin lama dia ada campur warna hitam, kali ni dia nak yang simple je..
Juga sekadar illustrasi Ihsan Google

Ada sikit gambar saya snap masa celebrate our anniversary. Tema color brown n yellow (cuba lari dari biru..hehe):


Daddy with lil prince!!

Badmood sbb dah kena buckle up

Tambah kapsyen


I love my 2 heroes!!
Umi sayang Hadif

Thursday, May 12, 2011

Daddy is 31 years old..Hadif is 3 months young!!

Happy belated birthday to my dear two heroes!! Actually, birthday my husband is on 7th of May hari tu. Dah plan nak celebrate kat luar first time dengan Hadif..but unfortunately, he was admitted at Pusrawi on his birthday..Last year, sempatla saya buat surprised card untuk daddy Hadif ni, tapi tahun ni tak dapek den nak buek sebab duk asik layan ke anak 24jam..hehe..

Semalam baru sempat nak beli hadiah seperti yang dipohon ye. My husband memang dah request suruh belikan dia parfume set. So, dalam keadaan my husband yang masih in recovery ni, sempat jugak singgah ke Alamanda jap untuk usha-usha parfume yang berkenan. Memandangkan parfume yang dah dia usha tu tak da kat Parkson Alamanda ni, tanpa membuang masa kitorang singgah di booth Gucci..


Taraa...

Happy Birthday Sayang!! Please get well soon, daddy!!
Semalam juga, saya dan husband bawa my little prince cucuk 3 bulan. Alhamdulillah, my baby macam sebelum-sebelum ni juga, akan menjerit time cucuk je, lepas pada tu dia kembali ceria..Good boy, Hadif!! Nurse advice suruh selalu ajar dia duduk sebab leher my baby tak boleh betul-betul tegak lagi..And one more thing, nurse suruh bagi kerap minum susu sebab berat Hadif tak memuaskan (tapi badan semangat semacam). Pulak dah.. Masa check up 2 bulan hari tu, doktor suruh control minum susu, takut obes..ni lain pulak advise nye..ish..ish.. Supposely berat baby normal akan naik 1kg sebulan. So, Hadif punya berat naik tak sampai 1/2kg pun. Tapi tak risau sangat, sebab still dalam berat badan ideal,.

So, ni saya tepek gambo latest Hadif umur 3 bulan..

3 bulan : Berat = 6.4kg, Panjang = 64cm


p/s: Sebenarnya saya sempat kerja sehari je hari Isnin hari tu, saya minta cuti rehat start hari Selasa - Khamis untuk jaga suami di rumah. Tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang diri di rumah dalam keadaan tak berapa sembuh sepenuhnya lagi. Mudah-mudahan my husband, Rocky cepat sembuh..Insyaallah..ameen..

~end~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 6, 2011

Hadif join Kelab Nuri!!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang bersesuaian dengan amalan menabung. Saya dan husband decide nak buka akaun Hadif selepas terima duit sedekah daripada insan-insan yang melawat Hadif masa seminggu Hadif di Putrajaya sebelum pulang berpantang di Kuantan. Tapi, timbul kemusykilan jugak la time nak buka akaun Hadif ni. Kami tak tau bank mana yang nak dipilih..Dah alang-alang saya pergi ke Bank Rakyat untuk buka akuan Tabung Haji, saya dan husband decide untuk buka akaun Hadif di Bank Rakyat. SAYA MESTI PILIH!!! hehe


Rupa-rupanya, Bank Rakyat ni ada KELAB NURI untuk akaun simpanan kanak-kanak!! Kami tak tau punggg!! Yang best nye, bila dah ada kelab ni of course la banyak dapat hadiah kan!! Time buka akaun tu, Hadif dapat ni,..
key chain Kelab Nuri..SAYA MESTI PILIH!!!

Lunch Box - ada bekas minuman dan makanan
Lepas kenduri Aqiqah di Kuantan tu, alhamdulillah rezeki Hadif dipermurahkan lagi,..So, saya cepat-cepat pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan sebab nak bank in duit sedekah tu plus excited nak dapat hadiah.!!hehe.. Sebelum ni saya dah pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan ni untuk beli saham. Dalam pada tu, sempatlah saya cuci mata tengok hadiah-hadiah yang diorang pamerkan untuk ahli Kelab Nuri. Hurm..Macam lagi banyak je hadiah kat sini berbanding di cawangan Putrajaya.??

Kalau korang nak tau, syaratnya senang je kalau nak dapat hadiah Kelab Nuri ni. Kena masukkan duit guna buku dan ke kaunter ye, kalau pakai CDM je, alamatnye melepass..


Bila sampai ke kaunter nak masukkan duit Hadif tu pegawai bank tu tanya, "Puan, anak berapa tahun ye?". Saya jawab sambil tersenyum, "Anak saya baru 2 bulan..kenapa ye?"..Dia jawab balik,"Alahaiii..keciknye ahli baru Kelab Nuri ni..apa yg saya nak bagi pada anak puan ni,,nak bagi pencil case kang tak sesuai pulak..Takpe-takpe, saya bagi inilah...."

Tabung puzzle, set berus gigi dan kaca mata hitam
wah..wah..saya senyum sampai ke telinga..hehe..hadiah yang paling febret yang Hadif dapat dari Kelab Nuri ialah KACA MATA HITAM!!..Tak sabar nak tunggu Hadif besar skit, nak gayekan dengan spek mate hitam tuh..hehe..


p/s: To all mommies out there yang tengah pening nak buka akaun anak, Bank Rakyat pilihan yang tepat untuk anak anda!!! Tak semua bank ye ada kelab melab macam ni..Saya promote ni tak berbayar ye..Saya kan orang 'gomen'..mesti lah support 'gomen'..hehe..SAYA MESTI PILEYYHH!!!

~end~

Tuesday, February 1, 2011

My lil prince first gift!!!

The first baby gift!!!

Mood hari ni sangat serunaks dan gumbirass!!! (sgt seronok dan gembira)..wah..wah..my little baby belum pun kuar lagi, tapi dah dapat hadiah ye..a million thanks to SUSK Chief, Dato' Azlinda for the baby gift!!! me..sgt terharu hokehh!! Actually hari Jumaat lepas dah dia bgtau suruh datang amik baby gift ni di parlimen..seems my ex-team mate, Kwajihah pun preggy..dia pun dapat juge..besh..besh..kami sgt terharusss...so hari ni, memandangkan kami berdua perlu melapor diri di tempat baru, dah sudah report duty tu..kami decide nak belilah sumtin utk dato' linda sbg tanda terima kasih kami sepanjang bekerja dengan beliau..lagi satu sebab dah tau kan dia nak bg baby gift, so pepandaila adat org melayu ye..hehe..thank you so muchoss again dato'!! Atleast, ada juga kenangan bersama dato'.. 


The blue wish card..suratan atau kebetulan?hehe..

Thank you..keep in touch!!
So cute kan!!!

Ni ada lagi!!!

~end~

Sunday, January 23, 2011

Belated & In Advance!!!!

Hello & Salam to all!! So, how's ur weekend? i'm surely banyak aktiviti yg dibuat kan..it same goes to me..my weekend sangat la pax dgn aktiviti2 menemani my husband 'menyopink' (he's a shopaholic hokeehh)..it's okay la, sbb sy rasa dah lama dia tak belanjakan duit dia utk beli brg keperluan dia..selagi dia tau nak saving tang mana..me hokeehh je..ala, sambil2 tu sy pun boleh menyelit 'sopink' skit2..my husband mmg x worried kalau saya 'menyopink'..sbb saya ni bukan jenis 'high demand / high mantainence' punya orang..as long as i know how to mix and match, that would be fine for me..branded or not..ada aku kesahh..!!noway hozaayy..tapi ada jugak certain items yang pada saya perlu mahal sikit, which is yang berkualiti skit utk tahan lebih lama..kalau dah top-to-toe nak branded..sory, i'm not that type a lady..


But this weekend, saya rasa terharu sangat..sebab dapat hadiah birthday (last & this year) from my beloved husband!!! Thank you so muchhosss sayang,..last year, my husband tak sempat nak belikan saya hadiah, sbb kedudukan ekonomi yang kurang kukuh, seems kitorang memang fokus utk beli keperluan baby dulu..but then i'm quite surprised bila dia cakap nak belikan hadiah birthday untuk tahun ni (biar betik!!besdayku bulan 8,setengah taaun lagi)..A doubletriple thanks to you my dear hubby!!! 


Seems i love to collect handbags, so he bought it for my both birthday gift!! untill now, me..still speechlesss!!

Terima kasih sekali lagi untuk suami tersayang atas pemberian yang sangat bermakna ni. Saya tanya dia, "kenapa you belikan semua ni,.. to me,.. you lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup i tau..plus our baby lah..(ayat ku..sungguhh...hehe)"..Then my husband jawab," tak pe lah, sebab i dah lama niat nak hadiahkan you apa yg u suka, rasa terbeban selagi tak belikan u something..lagipun i tau you memang suka kan?"..me rasa nak nangis je time tuh..tapi mmg betul la..pempuan mana la yg tak suka handbag kan? ada ke?hehehe...

p/s: pesanan penaja hadiah besday (my husband lah), "ha..lepas ni 5 tahun takyah beli handbeg okay..kalau nak sila beli sendiri.." .kuikuikui...


~end~

Tuesday, January 18, 2011

Done For All Baby's Equipments!!

Hujung minggu lalu merupakan hujung minggu yang terakhir untuk saya persiapkan semua keperluan baby yang bakal lahir ini. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menyediakan semua keperluan ini sebelum kandungan 34 minggu. Terima kasih kepada suami tercinta kerana tak jemu menemani saya sepanjang mencari semua keperluan baby (psstt..bukan sahaja peneman, tapi juga banker saya..hehe) I love u sayang!!


Kalau diikutkan memang dah tak banyak barang-barang baby yang perlu dibeli. Sebabnya kami dah pun prepare sikit-sikit since my 24 weeks pregnancy lagi. So, just tinggal barang-barang ni saja yang kami beli last weekend:

Most of ppl yg sy tanya, Medela Breast Pump Mini Electric is the best!! (Kimora pun pakai ni tau..hehe)

Dah survey sume brand stroller, tapi Graco jugak yang ada my fav color..so umi picked this one for u, my dear prince!!
seems Graco jual one set dgn baby car seat, saya rasa ianya berbaloi..


Inilah antara barang-barang keperluan lain yang telah kami beli untuk persediaan kelahiran baby nanti:

1) BABY GEAR
  • Baju Lengan Pendek
  • Baju Lengan Panjang
  • Seluar Pendek
  • Seluar Panjang
  • Sarung Tangan
  • Sarung Kaki
  • Rompers
  • Baby Bip
  • Sapu Tangan
  • Barut 
  • Topi 

2) DIAPERING
  • Lampin Kain
  • Lampin Pakai Buang
  • Diapers Wipes
  • Safety Pin
  • Changing Mat
  • Detergent Khas Untyk Mencuci Pakaian Baby
      
3) BABY CARE & GROOMING
  • Bedak Bayi
  • Losyen Bayi
  • Minyak Bayi
  • Tisu
  • Sikat
  • Putik Kapas
  • Pengepit Kuku
  • Nasal Aspirator
  • Termometer
  • Baby Vicks
  • Cotton Balls
  • Minyak Yuhi Cap Limau (untuk kembung perut)
      
4) FEEDING
  • Botol Susu (standby untuk isi breastmilk selepas mula bekerja)
  • Puting Botol susu
  • Pembersih Botol Susu
  • Berus Botol Susu
  • Nipple Cream
  • Nursing Pad
  • Nursing Bra
  • Termos
  • Breast Pump (Medela Mini Electric)

5) NURSERING
  • Selimut Bayi
  • Bedding Set
  • Playpen
  • Kelambu Bayi
  • Bakul Baju Kotor
  • Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
  • Bakul Baby (Simpan Baby Care)
  • Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan/kaki)

6) TRAVELLING
  • Beg Bayi
  • Stroller
  • Baby Car Seat
  • Baby Basket

7) BATHING
  • Tuala
  • Baby Bath Tup
  • Syampu
  • Sabun Mandi
  • Top-to-Toe Wash

8) EXTRA
  • Album
  • Air Zam Zam 
  • Madu

Harap-harap dah takda barang-barang yang tertinggal..actually checklist ni saya dapatkan daripada pelbagai sumber, n then kumpulkan semuanya..mana yang saya rasa tak penting sangat tu, saya abaikan je.. 


*p/s: Dear all aunties and uncles out there, kindly start thinking for my baby's gifts yaa...!!hehehe..

~end~



Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru!!!

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun 2011 kepada semua. Rasa macam sekejap je kan masa berlalu. Tahun 2010 saya bergelar isteri dan tahun 2011 saya bakal bergelar ibu pula!! i'm extremely soopaa dopaaa excited uols!!! Mana tak nya, saya pasti bagi kawan-kawan yg baru melangsungkan perkahwinan,.. selain dari kebahagiaan dunia dan akhirat yg ingin diperolehi, cahaya mata juga adalah perkara yg paling diinginkan..tapi ada juga segelintir daripadanya yang ada perancangan tersendiri..terpulangla kepada semua..tapi pada pandangan saya, anaklah yang bakal mencorak warna-warni kehidupan berumahtangga..ada juga segelintir yang sangat menginginkan zuriat, tetapi belum ada rezeki..utk rakan-rakan diluar sana, teruskanlah berdoa dan berusaha..nescaya Allah akan makbulkan juga permintaan kita satu hari nanti..Insyaallah..

Semalam 4 Januari 2010, genaplah 7 bln usia perkahwinan kami yang tak sampai setahun jagung..saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana ikatan perkahwinan kami semakin hari semakin utuh dengan sulaman cinta dan kasih sayang..cewahhhh!! yelakan, memandangkan usia perkenalan kami sebelum bergelar suami dan isteri boleh dikatakan terlalu singkat, rasanya saya dan suami masih di dalam mood bercinta disamping mengenali hati budi masing-masing. Saya bersyukur sangat kerana ditemukan dengan seorang suami yang sangat baik budi pekerti, matang dlm membuat keputusan dan yang paling penting mempunyai pegangan agama yg kuat. mungkin perbezaan umur yg menjadi faktor kepada setiap buruk baik tingkah lakunya. walaupun beza antara kami 5 tahun, suami saya tetap mengamalkan "open door policy"..saya akui sebagai seorg suami, dia tetap dominan dalam menguruskan keluarga, namun dia sentiasa bersikap terbuka jika ada yg saya rasakan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa demi menjaga keharmonian dan kerukunan rumahtangga kami.

Beralih pula cerita pasal my little baby dlm perut ni...today dia dah 31 minggu, esok saya akan ke Hospital Putrajaya untuk check up for me n also my baby la kan..lately ni my baby sangatla aktif duk wrestling dalam perut umi dia ni..ha lupa nk bgtau, hari tu masa buat detailed scan dah tau dah gender my baby ni..It's a BOY!!! yeaaa..sangat gumbirasss!! my husband maybe lagi triple excited kot, sbb mmg dia nak baby boy for our 1st baby..tapi sebnanye kalau ditakdirkan my baby gegirl pun, kami terima dengan tangan yang terbuka luas...yg penting sekali, my baby sihat, sempurna sifat dan akalnya..itu yg plg penting kann!! seems masa 28 minggu tu my doctor ckp possibly sy akan lahirkan pre-matured baby, sy rasa sedikit depressed time tu..sedih sbb xsanggup tgk my baby kena duk dalam incubator smpailah dia betul2 sihat dan normal..according to the doc, kepala my baby dah duduk dibawah infact dah masuk ke laluannya...doc ckp maybe sbb sy byk sgt bergerak dan kurang rehat...so dapatla m.c 3 hari dan "light certificate" due to this problem..tapi as long as my baby keep kicking n active everyday, insyaallah he will deliver on his expecting due date (EDD) on 11 March 2011..insyaallah..

Hurm..barang2 n keperluan baby pun saya dah prepare..infact brg2 yg nak bawa ke hospital pun dah ready..yelakan just for precaution..mana la tau kan tetibe je my baby kuar awl..so xyh kelam kabut dah..ada beberapa kpg gmbr yg smpt sy captured masa tgah mengemas..hopefully semuanya cukup utk my baby..















~end~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...