Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, January 27, 2017

MY NEW HEADER

Blog bertukar wajah! 

Kali ni tiba-tiba rasa nak ubah skit konsep nya. Dah lama sangat kan guna templat nan biru. So, this time rasa nak berimej lebih simple dan sederhana sealiran dengan perkembangan umur yang semakin "menginjak" usia..Bahahaha

Selama bertahun-tahun aku berblog, rasa ni la yang paling simple, kalau tengok yang dulu..hadoiii terlalu sangatlah put an effort nye punnn. Cukup lah simple-simple gini. Sedap, ceroh mata membacanya. Biarlah nampak plain pun, yang penting content, dan nak loading pun laju sebab dah banyak kurang kan aksesori tambahan. hahaha

Font tu, aku donlod je. Selari jugak la dengan zaman sisthur hipstur sekarang ni, so aku rasa nak guna font cenggini. Sebab nampak macam serabut tapi berseni..Gicuu..hahha eh ikut suka lah nak font guane gaye pung!

Semoga korang tak boring dengan konsep baru iols ni ye! Apa kata survey? #mintakkenakecamplease

Eh, aku masih #PencintaBiru tau! hehe

Tuesday, June 5, 2012

Hibanya hati ini... ;(

Sory dearies,,

Rasa macam takda mood je nak update blog lepas kejadian gambar dalam blog ni terus hilang. Now, i dah tau kenapa semua gambar hilang begitu saja. Disebabkan SEMAKFON yang sungguh semak ni lah punca semua gambar i hilang tau. Actually saya memang tak perasan langsung rupa-rupanya gambar dalam blog ni di auto sync kan ke dalam handphone Samsung saya. Kebetulan hari tu memang ada saya delete gambar dalam handphone ni. Tapi memang seyes tak tau langsung yang semua gambar yang saya delete tu bersekali lah dengan gambar yang ada dalam blog! Nanges!

Memang rasa teramat sedih sebab blog ni dah macam rumah kedua saya. Hias cantik-cantik  dengan hasil titik peluh sendiri (ceh macam berpeluh je), tetiba terus hilang macam tu je. Yang sedihnya, masa delete gambar dalam handphone tu, Blogger or Picasa WebAlbum memang takda bagi pape notification pun. Sepatutnya Google kena la bagi warning ke ape ke before semua gambar dalam blog kita ni dipadamkan. Sedih!

Tapi, untuk tidak menghampakan kawan-kawan dan diri sendiri juge, saya akan cuba uploadkan semula semua gambar yang ada dalam setiap entri, insyallah. Kalau ada simpan dalam external hardisk ni, adalah. Kalo takda...............................nanges lagik!

Tapi rasa nya macam takda sentimental value bila kite reupload gambar dalam entri kan. Untuk fasa pertama ni, maybe saya akan upload gambar yang boleh bagi info or tips pada korang dulu. Then for the next phase baru saya upload gambar yang related to my personal life.

Sedih sangat tapi kenalah terima semua ni. Setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya kan?

Mood nak menaip entri macam hambar je sekarang... ;(

Monday, June 4, 2012

Gambar dalam blog semua hilang!!!! Nanges!!!

Tolong!!!

Nape my blog jadik camni??????anyone can help me please!

Kenapa semua gambar tak appear dalam my blog ni? Apa dah jadi ni? Virus kah? Hackers kah? warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tolong..tolongggggg

Thursday, April 19, 2012

Tinggalkan link BLOGSHOP anda di X-presi!!

Assalamualaikum...


Hari ni sejuk je kan..
Hujan rahmat..syukur..
Ada special offer untuk korang yang ada BLOGSHOP..
Kemn dengan baik hati nak buat amal jariah...
Saya ada buat special Bloglist for Blogshop tau..
So, sesape yang ada blogshop or website online shopping..
Boleh la korang bagi link kat Kemn ek..
Kemn letak kat bloglist tu..
Free je..
Blog muruk sayer ni bukannyer tinggi sangat trafik nak kena bayar tapak..hehe
Dipersilakan dengan tangan yang terbuka tau..
Maybe ada yang kemn dah letak dalam list tu..
Mana yang tau je tu..
Kat luar tu ramai lagi kan yang ada blogshop!!

Termasuklah diri sendiri..
Tapi diri sendiri ni bukan bisnes sensorang diri..
Ada sharepartner nama Mahanis yang manis..
Tu yang kat atas tu..
Jemputlah ke PopScarf tengok-tengok tudung/shawl..
Mana ada yang berkenan dihati..
Murah-murah je..
Tapi murah bukan sebarang murah..
Kualti dijamin (pinjam tagline Seri Pajam..hehe)
Kalau sudi lagi letak la link PopScarf di blog korang jugak..
Kalau sudi la..tak sudi takpe..tak marah pungg..hihi

Wednesday, April 18, 2012

Fuhhh..setelah blog hampir jahanam..

Salam,

Just a quick update di petang hari..
Entah kenapa blog i jadi mengong..
Yang mengongnya i kot..
Gatal gi godek-godek coding..
Kononnye nak upload template blog..
Sekali habis kucar kacir jadiknye..
Berdebar makk lapanplohlapansaat..
Now, dah cuba bekki..
Tapi still in progress nak mencantikkan lagi..
Blog yang muruk ni..

Header pun dah bertukor..
Tak tau la header hok ni ok ke dop..
Ke yang before ni lagi ok ha?
Saja nak tuka angin..
Asik gambo pakai baju pengantin jerkk

Lain kali buat lagi Kemn..
Tangan tu tak bedung kecik-kecik dulu kot
Ko dahla kabur mata
Kabur IT lagi..
Pandai sangat tu gi main-main coding..
Ingat ko ni Ratu Tutorial? hehe

Ok..celoteh melalut di kala senja...

^__^

Saturday, January 14, 2012

Our new blogshop!!! Follow us @ PopScarf !!!!

Klik gambar untuk ke blog PopScarf

PopScarf is inspired by our dreams and passion for style. Founded on December 2011, the idea for an online blogshop sparks in the midst of lunch and our enthusiasm finally made it a reality.

PopScarf takes customer satisfaction very seriously and every comments from our customers are welcomed to further improve our services and fulfills your expectation.

So, feel free to browse and shop & don’t forget to follow us at PopScarf  and likes us on Facebook!

Stay tuned!


With love,
Kemn & Manis

Wednesday, November 16, 2011

Proudly present my another new header!!

Helo and Salam to all my dear readers,

Actually dah lama buat header ni, cuma nak tacap2 sikit je..



Mempersembahkan...




Yea, header baru ni masih mengekalkan biru sebagai latarbelakang nya (opkos!), cuma gambar saya tu masa akad nikah dulu, saje mood berangan macam peranten baru gitu! hehe..


Sebenarnya nak letak gambar my 2 heroes tu, tapi sampai sekarang masih takde lagi gambar yang santek dan bertepatan dengan warna tema blog ni. Maybe nextime, gambar saya sorang kat atas tu akan ditemani dengan 2 hero pujaan hatiku.


Kalau korang perasan header sebelum ni macam tangkap muat je gambo yang saya letak atas tu, dengan tak crop nye, dengan botol susu, handbag and stroller hadif lagi, nampak macam gile pandir la kan..


My first try..taktau ape motif letak backgroud jeti..hihi


Harap boleh bagi komen yang membina untuk improve my blog yang cikai ni..Thanksss... =)



Friday, September 30, 2011

Empunya blog Younique Nurdani, thank you sebab sudi doodle kan gambar kami !!!


Sangat teruja melihat anak-anak muda kreatif zaman sekarang. Lukisan doodle ini adalah hasil tangan kreatif cik adik manis blogger kita Cik Dani. Korang boleh intai-intai hasil-hasil kreatif dia yang lain di blog beliau Younique Nurdani. Yang paling den rasa macam tidak berada di dalam kotak fikiran, lukisan-lukisan doodle beliau hanya menggunakan Excel semata-mata. Tak payah guna software2 canggih lain untuk beliau curahkan idea kreatif beliau men doodle kan gambar!! 

Terima kasih buat Dani kerana sudi men doodle kan gambar kami bertiga. Tau-tau je kan akak suka biru!! =)

So, ini gambar sebenar sebelum menjadi doodle...

doodle Hadif pun suar terselak..hehe..so cute!

Tuesday, August 16, 2011

Earnings di Nuffnang dah bergerak?

Salam to all my readers?

Bagaimana dengan hari ini? Alhamdulillah hari ini sudah 16 Ramadhan dan sudah 16 hari lah kita menjalani ibadah puasa. Harap korang semua sihat-sihat ye!! =)

Entri hari ini merupakan entri yang pertama saya nak cerita pasal Nuffnang. Saya rasa semua blogger sudah sedia maklum dengan kewujudan Nuffnang sebagai salah satu komuniti pengiklanan blog di Malaysia ni kan? Pada awal penglibatan saya dalam dunia blog ini, saya sedikitpun tidak menghiraukan tentang iklan yang ditawarkan Nuffnang ni. 

Pada saya, saya menulis bukanlah kerana untuk dapatkan duit tetapi hanya sekadar suka-suka dan lama kelamaan ia menjadi minat. Cara penulisan saya pula tidak lah konsisten, kadang-kadang ayat teratur je, kadang-kadang tu ayat berbelit..hehe. Melalui penulisan di dalam blog ini juga, ia telah memberi kredit kepada saya untuk saya memperbaiki kelemahan saya dalam setiap penulisan yang saya coretkan disini.

Saya mula menulis pada Januari 2011, pada asalnya saya hanya seorang "silent reader" sahaja. Pada tahun 2006 saya kerap membaca blog adik junior yang sama sekolah dengan saya di syamsulariff.com ataupun vangadx.net. Melalui blog beliau lah saya mengenali Redmummy pada masa tu. Masa tu juga Syam pernah lah create satu blog untuk saya, tapi saya ni agak "kabur IT" (up skit dari buta IT..hehe). Tambahan pula time study dulu sangat sibuk dengan assignment dan aktiviti club. Mengadap laptop pun hanya untuk siapkan assignment. Tambahan pula laptop saya awal-awal dah "kiyok" (rosak), memang banyak la kekangan time tu.

Okay, bila mula-mula ber"blogwalking"?2 bulan selepas menulis blog, baru la saya pandai BW ni. Dulu langsung tak faham bila orang duk cakap blogwalking ni..tapi dah lama-lama fahamla..So, bila saya BW saya tengok setiap blog ada tepekkan iklan kat sidebar, kat header dan footer blog diorang. So, dari situ saya cuba la slow-slow letak benda alah tu, walaupun hakikatnya saya tak tau pungg apa tujuan letak benda alah tu..huhu..jumut aku kan!!!

Bila dah review pasal nuffnang, baru la saya tau rupanya benda alah tu lah yang jana duit..Dulu saya ingatkan nak dapatkan duit ni nak kena jual barang melalui blog je, rupanya ada jugak orang baik hati macam Nuffnang ni nak tolong jana duit untuk kita..(orang ke?hehe)..So, saya decide untuk kekalkan sahaja iklan Nuffnang ni dalam blog saya sebab pada saya ia tidak lah menjejaskan penulisan saya.

Masa awal-awal letak iklan, tiap kali menulis, tiap kali tu lah saya akan buka akaun saya di Nuffnang nak tengok mana la tau berlaku keajaiban dalam "Earnings" saya kan..hehe..tapi saya tak menaruh harapan tinggi mana pun sebab saya tau dimana tahap blog saya jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain..hihi..Nama pun tak menaruh harapan kan, so saya memang jarangla buka akaun Nuffnang kebelakangan ni. 

Tetiba hari ni saja lah rasa nak buka akaun Nuffnang..Tetiba tangan saja gatal klik kat "Earnings" tu..Omg!! betul ke ape yg aku nampak ni???wink!!wink!!..Dah bergerak la earnings aku!! Walaupun jumlahnya masih lagi dibawah RM50, tapi ia membuatkan saya sangat kaget (cewahh) dengan pergerakan earnings di Nuffnang ni..Persoalannya, macam mana boleh bergerak ek?

Apepun, saya bersyukur sangat sebab akhirnya bergerak juga earnings Nuffnang ni..Happy pun ada dan ia umpama menyuntik semangat saya untuk terus berblog. Terima kasih kepada semua pembaca, tak kiralah siapa pun anda, silent blogger ke, silent reader ke, newbie blogger ke, Mr/Mrs Sifoo Blogger ke...saya sangat menghargai kunjungan anda di X-presi ni. Pada kawan-kawan yang teringin nak menulis blog, jom la kita ramai-ramai memeriahkan dunia blog ini.




Sekian.

Monday, August 15, 2011

Ini Jawapan Arlene Tan...

Salam,

Sebenarnya kalau diikutkan memang dah taknak bangkitkan isu panas ni..Kepada korang yang terlepas dengan isu yang saya maksudkan ini, korang boleh klik SINI

Okay, susulan daripada entri saya di SINI, ada seorang pembaca / blogger yang mohon saya untuk tanya sesuatu kepada Arlene. Ini soalan beliau:


Makanya, untuk menjawab persoalan tersebut, saya telah bertanya kepada empunya badan, dan ini jawapannya:


Okay Mr./Mrs InvinceZ, ini lah jawapan daripada beliau. Harap segalanya terjawab. Saya sekadar membantu anda untuk mencari jawapan dari persoalan anda. 

Sebelum tu, saya copy paste sekali lagi comment yg saya reply daripada entri saya sebelum ni mengenai isu ini hanya sebagai Friendly Reminder @ Peringatan Mesra.


Dear all readers / bloggers,

Entri ini merupakan luahan peribadi saya yang mana saya kongsikan kepada anda siapa Arlene yang saya kenal dahulu. Untuk makluman semua, saya memang sudah lama tidak berhubung dengan beliau, So that saya tidak mengikuti perkembangan hidup beliau. Saya setuju dengan pandangan yang menyatakan kita tidak tahu kadang-kadang manusia ini depan lain, belakang lain. Luahan saya ini tidak berbentuk "bias" walaupun saya mengenali beliau. Apa yang mahu saya tekankan disini, biarlah pihak berwajib yang siasat sehingga kita semua dimaklumkan siapakan Hjh Sitt yang dimaksudkan. Saya akui juga penulisan dalam blog beliau seperti menunjukkan beliau adalah freethinker. Sebab itulah saya mahu kita sama-sama fikir, mungkin sikap terlalu keterbukaan beliau dalam penulisan tentang agama, bangsa dan negara telah menjerat beliau dan lebih malang lagi dituduh sebagaai Makcik Hjh Sitt yang dimaksudkan..Saya tekankan disini, entri ini adalah pandangan peribadi. Terimakasih kerana sudi baca dan meluahkan pendapat anda. Saya sangat menghargainya. =) 


p/s: Setiap manusia melakukan kesilapan. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sekian.

Tuesday, August 9, 2011

Arlene Tan tampil buat kenyataan: I AM WRONGLY ACCUSED!!!!

Salam,

Tengahari tadi saya buka je FB dapat mesej from Arlene. Actually, semalam saya ada pm beliau nak mohon penjelasan daripada beliau. Hari ini segalanya sudah terjawab.




Public Statement dalam blog beliau:

"I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment".


Untuk maklumat lanjut mengenai public statement mengenai perkara ini, korang boleh ke blog "sebenar" beliau di SINI

***************

KAWAN-KAWAN BLOGGER, KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI UNTUK MENYEBARKAN KENYATAAN RASMI DARIPADA BELIAU INI...

Sekian.

Monday, August 8, 2011

DIA KAWAN SAYA: PEMILIK AKAUN MENGHINA ISLAM

Salam semua!!!

Pagi tadi buka je belog Abg Ben ,saya dikejutkan dengan berita mengenai INI . Sangat mengejutkan saya apabila melihat orang yang dimaksudkan itu merupakan KAWAN SAYA!!!! Ya Allah, macam tak percaya!!! Betul ke ni!! Ye ke!!! Kitorang sama course masa kat UUM ni. Dia juga salah seorang MPP time tu. Beliau seorang yang sangat friendly tetapi lebih suka memilih lone ranger daripada mempunyai klik tersendiri. Kalau betullah dia sebagai pemilik akaun menghina Islam tu a.k.a Kickam HjhTtis Arazuwla, Ya Allah sedih nya saya..saya kenal dia seorang yang sangat baik. Teringat dulu pergi kelas swimming sama-sama!!!

Tapi gerak hati saya rasa macam dia bukan Kickam HjhTtis Arazuwla. Kalau ikutkan cara penulisan dia, nampak macam dia fluent gile bahasa Melayu. Pelik!! Kawan saya ni cakap Melayu pun penuh teratur dan sopan, sangatlah jarang guna bahasa-bahasa pasarni dan biasanya conversation dia banyak campur English sebab dia mix Chinese. Saya dimaklumkan beliau dah pun buat laporan polis!! 

Sejauh mana kesahihan dan kebenaran mengenai perkara ini, kita masih tidak tahu selagi tiada maklumat rasmi yang kita perolehi. Lebih kuat jika my dear friend Arlene Tan tampil membuat pengakuan terbuka bahawa anda bukanlah Kickam HjhTtis Arazuwla yang dimaksudkan.

Saya harap juga kawan-kawan blogger tidak menyebarkan maklumat yang kita tidak tahu kebenarannya 100%. 

Kasihan dia kalau betul-betul dia tak bersalah... =(


FIKIR-FIKIRKAN....

Follower ke 132 : ABG BEN ASHAARI... omg, bangge seminit!!!!


OMG!!! terkezut den bila buke blog tengok follower ke 132..rasa nak melompat sekarang juga...!!! =)

Terima kasih to Abg Ben kerana sudi follow belog saya yang cikai ni. Kerana segmen abg Ben juga la yang menaikkan jumlah follower saya. Basically, blog saya takda spesifik kepada mana-mana kumpulan pungg..Hanya mengenai diri saya dan orang-orang yang berada dalam kehidupan saya. Baru awal tahun berjinak-jinak dengan dunia blog ni..memang banyak yang perlu belajar...

Kalau korang nak tau  siapa Ben Ashaari ni, beliau merupakan salah seorang sifu blogger di Malaysia ni. Jumlah follower beliau dah hampir menjangkau 20,000. Nak compare ngan aku ni alahaiiiii....semut merah je dik non oiii..hehehhe..Ape-apepun, saya menulis sekadar ingin berkongsi sesuatu yang dirasakan boleh dikongsi untuk kebaikan dan peringatan bersama. Walaupun dulu masa kat U aku belajar politik, oh!! terimakasih..penulisan saya tidak pernah mempunyai unsur-unsur tersebut...(Bila belajar tentang politik, saya tahu poltik itu macam mana..no komen)

Ape-apepun, terima kasih Abg Ben kerana sudi follow belog saye..Kalau abg Ben baca entri ni, ini adalah satu penghormatan untuk Abg Ben sebagai penulis blog dan sebagai suntikan semangat untuk saya terus menulis...

Terima kasih sekali lagi!!!! 

*****HAPPY*******

Tuesday, July 26, 2011

My First Header!!! Tahniah untuk diri sendiri!! =)

Setelah berbulan-bulan berhempas pulas merekacipta header blog saya ni, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan header yang tak seberapa mantopp ni..Saya ni memang tak reti la nak guna Adobe Photoshop ke hape ke,..tangan ni masih belum dikurniakan anugerah untuk edit mengedit ni..ha, tau tak saya guna ape..hehehee..Microsoft Office Power Point 2007..hahahaha..sila gelak besau sekarang!!!..dungu tak aku??haha..

Simple je,k..akan cuba di improve dari semasa ke semasa..actually saya memang tak tau nak bajet saiz header mengikut kelebaran blog saya ni. Ni sebenarnya pakai agak-agak je saiz P x L..Tagline tu harus ada supaya belog aku ni tidak tersasar dari tujuan..Plus pulak, idea tu from my husband kan..Gambar tu je yang kurang gonjeng yang saya ada..Saje tak crop kan gambar ni sebab memang saje nak tunjuk stroller dan botol susu Hadif tu yang kononnya menggambarkan aku ni mak budak sebenarnya..hehe..handbag tu tandanya menggambarkan aku ni bini orang (ada kaitan ke?gasak laahh..hehe)..kalau letak gambar my 2heroes tu rasa macam crowded sangat pulak kann..takpela, ini dinamakan konsep wasatiah-wasatiah je..hehe..Ada apa nak komen? Sila kan kawan-kawan..Tinkiu!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...