Hye semua!!!
Ingat lagi tak entri
Rumah Qu Syurga Qu hari tu? Saya sebenarnya sangatlah teruja nak menghias rumah sendiri ni. Alhamdulillah, akhirnya saya dan suami telah mempunyai rumah sendiri. Insyaallah, rumah yang bakal kami duduki akan siap pada Jun 2012. Sebenarnya kami dah lama mencari rumah yang bersesuaian dengan kehendak kami berdua. Nasiblah kehendak kami ni sama, kalau berbeza tak taula bila agaknya kami boleh beli rumah sendiri.
Setelah banyak juga tempat yang kami survey, akhirnya pada bulan April lalu, kami telah membuat keputusan untuk membeli rumah di Sepang. Saya tau ramai yang akan cakap jauh dengan bandar KL. Tetapi kami memang bersetuju memilih lokasi ini kerana ia merupakan salah satu daerah yang berhampiran dengan Putrajaya, tempat kami mencari sumber rezeki. Bukannya tak survey kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan Putrajaya ni, tapi nasib tak menyebelahi kami kerana kebanyakan rumah yang kami cari telah habis dijual.
Selain itu juga, kami sedaya upaya cuba untuk mengelakkan daripada memilih lokasi yang tidak jammed, sesak dan ber tol. Pada pandangan kami, daripada habis melabur duit kepada syarikat tol dan stesen minyak, lebih baik pelaburan jangka panjang dihabiskan untuk membeli rumah yang diidamkan. Memandangkan my husband menggunakan loan kerajaan, kami tidak perlu membayar progress payment dalam tempoh pembinaan rumah tersebut. Sehinggalah siap dan mendapat CF, baru lah pinjaman tersebut akan ditolak..Inilah kelebihan kerja kerajaan walaupun gaji tak sehebakk private..hehehe..
Rumah ni ada banyak jenis. Ada Type A, Type B dan Type B Premier. Rumah kami adalah Type Premier, yang mana ada sedikit perbezaan dari segi furnishing. Den bukan ape, maleh dah nak pikio nak buat renovate bagai nanti..Cuma kitchen je la kena bikin sebab developer hanya sediakan sinki dan rak bawah sinki je.huhu
Jom, kita cuci-cuci mata tengok kawasan rumah saya. Gambar ni tak pernah reveal lagi kat public sebab nak buat surprised dekat keluarga mertua. Diorang tak tahu lagi yang kami dah beli pun rumah ni. So, hari ni adalah paparan secara eksklusif untuk tatapan semua. Kalau diorang dah tau, maknanye mereka bace lah belog saye ni..hehehehe =P
|
Taraaa!!! Simple je kann.. Ini Rumah Contoh Type Premier, ada 4 bilik, 5 bilik air |
|
Ruang makan |
|
Dapur, ciput je kalo nak compare ngan dapur umah kuarters ni..hehe |
|
Ruang rehat |
|
Ruang tamu |
|
Ruang depan pintu utama |
|
Bilik Tidur Tingkat Bawah |
|
Bilik Tidur Hadif, hehe |
|
Ruang Study Hadif..hehe |
|
Ruang TV kat atas |
|
Bilik Tidur Utama |
|
Rumah Type A, nak beli yang ni tapi dah habis. Harga beza skit je tapi tambah 1 bilik tidur lagi.. |
Semalam kami terima surat daripada developer, maklumkan bahawa rumah kami dah siap 10%. Dah agak lama tak jengk perkembangan rumah kami tu. Lepas raya ni kena pergi tengok lah.. = )
13 yang mengekspresikan diri:
exora ke yang?
i dok nilai. ari² berulang putrajaya. tapi sabtu ni nak pindah semula ke putrajaya. dpt apartmen presint 5. hehe
eh kemn, gmbar bilik dah ada. rumah tak siap lagi...cmna tu.. hehe.=p
nih area2 mana nih?
so, u gonna move out from P11 la after this?
MRS. K,
bukan, Tiara Heights under Seri Pajam Development..
owh dapat apartment ye? i tak tau lagi bila nak pindah..berat hati nak tinggalkan putrajaya.. =( hehehe
Farah,
Itu sume kan rumah contoh je..berangan je nak deko bilik hadif camtu..hehehe
as i said, dekat Tiara Heights, betul2 belakang IPD Sepang. Jom la farah beli rumah kat situ!!!
mmg akan pindah, tapi tak tau lagi bila..
cantik sekali rumah ittew. berapakah harganya? dekatlah dengan airport kan
abg ede,
dekat sikit kot..harga..kena tanye encik suami.. =p
Cantek2..umahnye lebih kurang la design dari exterior dia ngan bakal umah fa..ingatkan under developer same..nnt kta pn akn update..semangat slimax!
ye ke fa!!!
kalo rumah kita kawasan yg sama lagi behhhh....
slimax..slimax.. =)
salam,
dear yang ni lease hold ke free hold? i pun baru beli double storey semiD tapi kat BBST..
@yienjr
free hold, kat Tiara Heights under developer Seri Pajam..betul2 belakang IPD Sepang..BBST tu stand for what ye? Bandar Baru Salak Tinggi ke?
yup.bandar baru salak tinggi :)
teruja tengok rumah u! sangat chantek (^_^)
@yienjr
ic..same lar, rumah i pun kat situ jugak, maybe under developer berlainan kot..kat area sana dah byk perumahan cantik2..btw, thanks...tp kat ats ni rumah contoh je..rumah sendiri tak siap lagi..huhuhu
Wow...
En. Hambali
Post a Comment