Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Tinggalkan link BLOGSHOP anda di X-presi!!

Assalamualaikum...


Hari ni sejuk je kan..
Hujan rahmat..syukur..
Ada special offer untuk korang yang ada BLOGSHOP..
Kemn dengan baik hati nak buat amal jariah...
Saya ada buat special Bloglist for Blogshop tau..
So, sesape yang ada blogshop or website online shopping..
Boleh la korang bagi link kat Kemn ek..
Kemn letak kat bloglist tu..
Free je..
Blog muruk sayer ni bukannyer tinggi sangat trafik nak kena bayar tapak..hehe
Dipersilakan dengan tangan yang terbuka tau..
Maybe ada yang kemn dah letak dalam list tu..
Mana yang tau je tu..
Kat luar tu ramai lagi kan yang ada blogshop!!

Termasuklah diri sendiri..
Tapi diri sendiri ni bukan bisnes sensorang diri..
Ada sharepartner nama Mahanis yang manis..
Tu yang kat atas tu..
Jemputlah ke PopScarf tengok-tengok tudung/shawl..
Mana ada yang berkenan dihati..
Murah-murah je..
Tapi murah bukan sebarang murah..
Kualti dijamin (pinjam tagline Seri Pajam..hehe)
Kalau sudi lagi letak la link PopScarf di blog korang jugak..
Kalau sudi la..tak sudi takpe..tak marah pungg..hihi

Friday, December 2, 2011

Review: Johor Premium Outlet (JP0) - Part II

Okay...bukan sengaja nak buat entri Part I & Part II ni. Saya takut panjang berjela kalau saya cerita dalam satu entri je. Tambah nak letak gambau eksen lagik..berat pulak loading nanti..hehehe


Untuk list brand yang ada di JPO korang boleh baca Review: Johor Premium Outlet (JP0) - Part I

Kitorang menginap di Nouvelle Hotel, Lagenda Putra, Kulai, Johor. Hotel ni macam hotel bajet tapi memang murah je. Kitorang amik single bed RM78 including breakfast / each. Tapi kalau gov rate dapat RM66 only. Murah kann!! Hotel ni kat tepi jalan korang dah boleh nampak dah. Macam rumah kedai tapi bila masuk je..pehhh tetiba rasa macam perasan duk hotel 4 star. Cuma breakfast macam awkward sikit la sebab biasanya buffet kan, tapi kat hotel ni diorang served. So, makan takat yang diorang bagi je..hehe..Tapi takleh la nak komplen bagai, RM66 only!..


Hotel ni baru lagi operasi awal Februari hari tu. Kalau korang berminat nak duduk sini, booking dulu ye sebab diorang dah inform banyak dah orang booking awal-awal sebab nak ke JPO ni. Dari hotel ni ke JPO dekat sangat tak sampai 10 minit. Korang masuk balik highway, then keluar ke exit Senai. JPO tu betul-betul tepi highway je. 

Nouvelle Hotel, Kulai, Johor
Cantik gak toilet ni

Ni diorang tersilap key in dalam sistem. Kitorang mintak single bed, tapi nasib duit menyebelahi JPO. Tidur katil queen, bayar rate single bed..hehehe

Alamat Hotel: No.1, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda Putra,, 81000 Kulai, Johor.
No Tel: 07-6623555 
Dari hotel ni ke JPO dekat sangat tak sampai 10 minit. Korang masuk balik highway, then keluar ke exit Senai. JPO tu betul-betul tepi highway je.

Okay, taknak citer banyak..lets the pics talk!! Oucchh!!


From Senai Highway..keterujaan sunggul menebal time ni.

omg!! dah ada kat signboard !

lagi signboard

terasa bahang dari jauh..hehehe

okay dah sampai..besau nye skooter pak guard..

Burberry..Ramai gila orang..!! Nak beli tapi tak mampu lagi sebab dah diskaun 50% pun mahal..

Armani Outlet

Salvatore Ferragamo..Berangan nak handbag tapi tak banyak pilihan lagi..

Ramai gila orang sebab hangbag banyak gila..diskaun up to 60%!! I tak minat Coach, ada yang berkenan warna biru tapi taknak la..nak usha kedai lain plak..



Raoul..opening soon

Tommy Hilfiger..opening soon

Royal Selangor

Bonia pun opening soon..Oroton, baru firstime dengar brand ni from Australia..Husband beli wallet after 25% diskaun RM345, then dapat diskaun 30% lagi RM240..calf leather

Samsonite

Pedro

Cosmetics & Designer Fragrance

Padini n Vincci..murah gile t-shirt Padini RM9 only

Guess..murah jugak..handbag RM120 only..husband beli jam RM450 , beli baju hadif RM195..both item diskaun30% = RM350 only

CK..i beli handbag diskaun 50%, husband beli kemeja diskaun 60%

DKNY n Lacoste..barang tak banyak lagi

Armani Exchange..opening soon

Gap..beli swimming suit hadif RM30 only, n kemeja Hadif RM50 only. buy 5 items, additional 20% diskaun


La Senza and Esprit

Okay..i borong ini juge sebab murah gilerrrr...

Roxy n The Body Shop

Charles & Keith..I beli handbag diskaun 70%

Ini hasilnya...kami gumbirasss!!

Husband pun gumbira

Happy Shopping!!


Mungkin ada lagi yang tak tau mengenai JPO ni..

Klik Review: Johor Premium Outlet (JP0) - Part I untuk info lanjut.

Review: Johor Premium Outlet (JP0) - Part I

Salam to all my dear readers!!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini anda semua akan disajikan dengan pelbagai info tentang Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor. 

Sedikit latar belakang mengenai JPO.

JPO merupakan salah satu inisiatif pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia yang mana merupakan hakmilik Genting Group dengan kerjasama Simon Property Group. JPO merupakan salah satu premium outlet yang pertama di Asia yang mana ia merupakan model yang sama seperti 69 premium outlet yang terdapat seluruh dunia (57 di US, 1 di Puerto Rico, 8 di Japan, 2 di Korea, 1 di Mexico).

Mengapa di Kulaijaya?
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Iskandar Malaysia, oulet-outlet yang terdapat diseluruh dunia sememangnya kedudukannya jauh dari kepesatan bandar. Ini merupakan salah satu ciri premium oulet yang unik yang mana tujuannya adalah untuk membangunkan kawasan sekitar ini. Dimaklumkan juga pihak Genting Group akan mewujudkan shopping complex dan juga hotel-hotel yang turut akan dibangunkan disekitar JPO ini. JPO juga bukan sahaja dapat menarik pelancong dan rakyat tempatan, malahan tujuan utamanya adalah menarik pelancong asing dan secara tidak langsung dapat menandingi pelbagai tempat menarik yang terdapat di negara jiran, merangkap pesaing terdekat, Singapura.

JPO menawarkan 80 koleksi jenama designer dan pada masa yang sama terdapat 80 stores yang menjanjikan harga yang amat berpatutan dengan tawaran diskaun sekitar 25% sehingga 65%. Setiap outlet mempunyai pelbagai tawaran hebat yang mana setiap produk yang ditawarkan adalah asli (original) diambil daripada luar negara (2 season past).

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Anda boleh membeli mengikut kemampuan dan bajet yang minimum. Pelbagai outlet yang terdapat disana mempunyai tawaran diskaun yang berbeza. Setiap design adalah terhad. Stok baru akan sampai sebulan sekali. 

Oppss..hampir terlupa nak senaraikan brand/oulet di JPO. =)

DESIGNER FASHIONS & SPORTWEAR
  • Adidas
  • Armani Exchange
  • Armani Oulet
  • Brook Brothers Factory Oulet
  • Berberry
  • Canali
  • CK
  • Cotton On
  • DKNY
  • Esprit
  • Flow
  • G2000
  • GAP
  • Guess
  • Lacoste
  • La Senza
  • Levi's
  • Nike
  • Padini
  • Pink Jambu
  • Polo Ralph Lauren
  • Poney Oulet
  • Puma
  • Quicksilver
  • Raoul
  • Rip Curl
  • Roxy
  • Salvatore Ferragamo
  • Shanghai Tang
  • Timberland
  • Tommy Hilfiger
  • Universal Traveller
  • Versace
  • Zegna
SHOES
  • Charles & Keith
  • Clarks
  • Geox
  • Pedro
  • Skechers
  • Vincci
ACCESSORIES & JEWELLERY
  • City Chain
  • Evita Peroni
  • Swiss Watch 
  • Tomei
  • Wear + When
HOUSEWARES & HOME FURNISHINGS
  • Akemi Uchi
FINE LEATHER & LUGGAGE
  • Bonia
  • Carlo Rino
  • Coach
  • Coach Men's
  • Fossil
  • Micheal Kors
  • Oroton Factory
  • Samsonite
  • Tumi
GIFTS & SPECIALTY ITEMS
  • Cosmetics & Designer Fragrances
  • Fidani Chocolate
  • Royal Selangor
  • The Body Shop
  • The Cosmetics Company Store

Okay, setakat ini sahaja untuk Review JPO Part I. Selepas ini saya akan share banyak lagi info..Nak cari hotel mana, nak jalan ikut mana..dan juga akan disajikan dengan gambar-gambar perasan ala-ala shopping di obersi..hehehehe..Tungguuuuu........!!!

JPO Part II

Friday, November 25, 2011

Dapat Invitation ke Johor Premium Outlets (JPO)..Mari serbu!!!

Salam to all,




Tahukah korang tentang kewujudan Johor Premium Outlets (JPO) ni??toink..toink..mesti tak tau kan..kan..kann..Ha,,ni den datang nek kobau kan pada korang la tentang pusat sehenti menjual barang berjenama yang bakal akan dibuka di Kulai, Johor. 

Actually projek ini adalah salah satu projek di bawah Iskandar Malaysia. My clique kat ofis yang jaga Iskandar Malaysia ni dapat invitation for open ceremony JPO ni. So, i pun menumpang la. At first tu, macam berat hati nak pegi. So, bila depa kata boleh bawak spouse, terus laju tanya husband dan laju jugak dia menjawab "tentulah nak pegi!!" (asben saya kaki shopping). Bila dah asben pegi, tak payah pikir panjang lah, serbu sajaaa...hehehe

Dengar citer, untuk first opening ni, depa buat diskaun sampai 60% - 70%. Uishh..manyakkk tu! Ada Salvatore Ferragamo, Gucci, Calvin Klein, Burberry, Chanel, Dior, Louis DKNY, A|X, Armani Exchange, COACH, Burberry, Canali, Giorgio Armani, Gap Outlet, Lacoste, Levi's, Tumi, Michael Kors and Swiss Watch Gallery. 

Konsepnya 1 brand, 1 banglo. Teruja sangat nak pegi tengok camne rupe outlet ni. Apa yang saya tau JPO is modelled after Woodbury Common Premium Outlets, dekat dengan New York. Lepas ni takyah dah berangan nak pegi New York! =D

Gambar semasa awal pembinaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...