Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 12, 2014

Dekorasi berkonsepkan kombinasi 3 warna berani

Hari ni nak share dekorasi di kediaman kakak saya di Bandar Damansara Kuantan. Jangan tak tau kat Kuantan pun ada Damansara..hehehe..Rumah kakak saya ni teres 2 tingkat yang bercirikan rekabentuk moden memudahkan beliau untuk memilih konsep moden sebagai tema dekorasi kediamannya.

Bila masuk rumah dia ni dah memang menggambarkan personaliti Angah. Angah ni anak nombor 2 kan. Anak no. 2 ni kan terkenal dengan sifat hot n spicy sikit kan. And lantang dan berani bersuara. Memang Angah saya ni kalau bercakap mulut macam nak kena salotape, laser manjangg..haha

Angah memberanikan diri menggunakan 3 kombinasi warna berani iaitu merah, hitam dan oren. Ini memang konsep yang jarang sikit orang pilih sebab biasanya 2 kombinasi warna merah dan hitam dah boleh bagi impak yang berani, apatah lagi ditambah dengan 1 lagi warna garang si oren ni kan.

RUANG TAMU
Ruang tamu dimuatkan dengan sofa 1+2+3 berwarna hitam bercorak damask dengan dihiasi dengan candeliar di tengah-tengah syiling. Syiling kapur ini di cat dengan warna oren kekuningan dan disisinya dicat dengan warna coklat gelap bagi memberi efek seperti ada ruang di antara tengah syiling dan sisi syiling. Kreatif kan? Siapa yang berani boleh lah cuba!


BILIK TIDUR UTAMA
Beliau memilih warna hitam dan merah disesuaikan dengan perabot warna putih. Masuk je bilik tidur ni rasa macam romantik je gitewww...ampunkan lah patung kat celah katil tu, tempat tidur anak gamaknya. haha

RUANG KELUARGA
Ruang keluarga ni aku macam tak berapa berkenan dengan wallpaper munge munge 2 3 kuntum ni..hahha..angah tersilap order rasanya wallpaper ni. Aku rasa kalu kuntuman bunga tu takda lagi vavavom kot ruang ni. Ni memang port anak teruna dia tu nampak kaki terjulur tu tengah melayan kartun. Anak angah si akif ni memang hantu kartun, dia tidur malam sensorang kat luar ni pun tak takut sebab seronok melayan kartun sensorang diri. Haishh Akif, lain benor karakter awok dengan Hadif...hihi

RUANG MAKAN
Ni pulak ruang makan yang cukup simple. Ruang ni pun dia main dengan kombinasi merah dan hitam jugak. Then kerusi dia pilih warna terang untuk tidak nampak tenggelam dengan warna wallpaper. Nak cun lagi, aku ada cadang kat angah letak frame kat dinding wallpaper tu. Slow-slow ye la ngah, awak pun baru je duk sini kan. *____*


RUANG REHAT (BAWAH TANGGA)
Ruang ni angah letak sofabed and rak hiasan then ada jugak bean bag untuk santai-santai. Biasa lepak-lepak baca paper pun best jugak kat sini.

RUANG DAPUR
Berani. Haha..kan dah cakap kaler-kaler hot kan. Angah pilih kaler oren untuk kitchen cabinet kat dapur ni. Tapi memang kaler ni cantik. Rasa macam bersemangat nak memasak hari-hari ! haha

PLAYROOM
Ini pulak playroom Akif. Tempat Akif menyepah and berimiginasi. Akif ni memang peminat tegar Angry Bird. Memang semua benda kalo boleh dia nak angry bird ni. Tengoklah kerusi dan bola tu pun nak angry bird. Angah tak banyak deko lagi bilik anak dia sebab baru je pindah kan.

GUEST ROOM
Ini bilik tetamu kat tingkat atas. Kat bilik bawah tu Angah buat stor seems rumah ni takda stor. Bilik ni pun simple jugak sebab Angah tak sempat nak deko-deko lagi kot.


6 yang mengekspresikan diri:

Fizah said...

sy pun...angah! hihi ;)

MOMMYLIN said...

cantik... tp saya along... hot temper... =D

mamaairis said...

saya pon angah...hot n spcy...ahahahahaah

fazianbatrisyia said...

merahnya mak ngah...
asalnya penghuni rumah suka..
yg dah lama pindah pon tak habis kemas & x byk progress.
semua mengaku along, angah...ehem2...sy adik...

Cik Ecah said...

cantik susun atur...
warna yg digunakan pun tenang...
sukeee ;)

MamaDaniel said...

Waaa... cantik....
rumah Ngah saya pun ada berani deko nya.. semua dinding ditepeknya kayu jati.. hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...