Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, September 1, 2015

Ruang Membaca

Dedulu dah pernah up entri Ruang Membaca ni. Kalau sudi korang boleh la tengok asal usul ruang ni kat sini ye. Actually takda apa sangat pun berubah, dulu takda meja, sekarang aku letak coffee table gedabak yang dulunya aku letak kat ruang tamu tu pindah ke sini. 

Nak citer pasal ruang tamu tu nanti la ek lain entri. Sebab ruang tamu aku tu aku dah clearkan banyak benda kat situ. Nanti datang roh rajin aku share ye, sekarang macam tak reti nak amik angle mana yang boleh nampak ruang tamu tu rupa ruang tamu..hihi..Yang aku nengok rupa padang bola je...

Ok la berbalik pada citer ruang membaca ni. Ruang ni bukan sahaja tempat untuk membaca, tapi memang kat sini port selesa aku nak melipat kain sambil mata layan tv. Ruang ni macam berhadapan dengan ruang makan jugak, so sesambil melipat kain bergunung ganang tu, boleh la kunyah-kunyah apa yang patut.






Maap ye, gambar tak berapa clear. Maklumla guna hp cokia je ni, so terima lah seadanya..hihi

Nampak kan..bessor sungguh coffee table kat tengah tu, sampai tutup separuh daripada carpet. hihi..then kosong je takdak apa pun aku letak atas meja tu untuk hiasan. Dah umur meningkat 30-an ni rasa jugak nak letak pasu bunga atas tu. Tapi bila fikirkan anak teruna aku yang sorang tu suka main bola dalam rumah ni, terus rasa serammmm...tunggu dia besar sikit lagi lah.

Dekat ruang aku letak frame gambar kawen tu, sebenarnya nak letak rak buku. Rak buku tu ada kat area depan skit, sebelah pintu bilik, antara ruang makan dan ruang membaca ni. Tapi kenangkan aku belum ketemu lagi console table pujaan hati, makanya aku letaklah rak buku tu kat tengah tu dulu. Kalo idok, memang kosong je kat tengah tu. 

Pintu kat tepi tu pintu stor. Hari tu ada letak stand lamp kat tepi, tapi rasa tak kenan design yang aku beli kat ikea tu, aku pun sedekahkan la dekat adik aku. Tetibe rasa macam tak kena design tu nape tah, hihi..nasib baik murah je, kalo mahal rasanya bernapas lagi lampu tu kat tepi tuuu...

Sofa tu pulak, rasa macam dah pernah share pasal ni. Ini Sofa L-shape, sofa yang aku paling sayang. Disebabkan sayang, aku memang takkan la sanggup nengok dilenjan. Sebab tu sanggup beli sofa lain untuk ruang tamu. Sofa ni separuh je aku letak kat sini, separuh badan lagi aku letak kat atas, kat ruang keluarga.


0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...