Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 31, 2013

Deko Rias : Reading Corner


Tetiba ada mood nak share
Ini ruang bacaan
Kononnya
Padahal baca merata je duduknya
Ruang ni bawah tangga
Memang letak sofa bawah ni
Sebab ada extra sofa set
yang set nya boleh dialihkan setiap satu
Nak jadi I-shape ke, L-shape ke, pair shape ke
Suke hati je..
So kat bawah ni i buat pair set
So that boleh la buat ruang membaca majalah
Before this letak cermin yang ada ayat qursi
Tapi setelah ditegur oleh ummi saye
Tak elok katanya letak kat bawah tangga

So, kita pun tanggal la
Dah letak wallpaper checkered ni
Still nampak boring walau ada textured 3D
So, cuba lah memikirkan apa yang boleh buat
Supaya idak la nampak bosang
Sebab tu suka baca merata je

Before
Kadang nampak dark brown, kadang nampak dark grey, entahla 3D la kohnon..hee
Wallpaper ni kaler selamat
Corak pun selamat je hehe
Bukan taknak letak corak kebabom
Nanti aku takut cepat bosang
Pening pulak nak kena tukar wallpaper lain
Duit lagi kos lagi tu
Aku kan cheapskate
Beli barang rumah
Buat renovation rumah
Mesti nak cheapskate
So korang kalo spesies macam aku
Boleh la baca tips aku dalam blog yang muruk ni
Marilah kita tengok hasil deko rias yang tak seberapa ni


After
Okay, ni setelah aku men DIY kan ruang ni
Beli je cermin RM3.90 ni kat IKEA 8 keping
Dah siap
Jimat pun jimat
Simple je
Tapi bila lalu mesti nak toleh jugak kat sini
Sebab apa
Sebab ada cermin
Comel sangat cermin ni
Bila aku tengok cermin ni
Aku pulak yang rasa comel
Hehehe
Gurau je jangan meluat pulak


Kata reading corner kan
Buku takdak nampak satu pung
Kena ingat ini semua strategi
Prinsip men deko rias rumah aku ialah
Praktikal didahulukan
Cantik di kendiankan
Jadikan anakku sedang membesar dengan bertenaga super energetik
Tak berapa praktikal nak tayang buku kat situ
Disebalik arm sofa tu
Ada rak buku
Situlah aku menyorokkan buku dan majalah ku
Buku dia aku taruk sume dalam bilik dia
Bawah ni kaklong punya kawasan hehe
Sekarang kaklong membaca memang rajin baca kat ruang ni.. *tipu

Okay, sekian.
Sharing is caring,
Cepat-cepat beli cermin kat IKEA! ;P

10 yang mengekspresikan diri:

ikafantasi said...

cantik la..kagum dgn idea akak deco rumah..suke..

Kemn Azmaili said...

Thank u sis..biase biase je ni..simple je ni dik..

UMIE SUE said...

nak tanya camne nak letak cermin tu kat dinding ye.pakai ape

nurdani said...

geram saya tengok orang pandai menghias rumah ni. saya pun cadang nak hias balik bilik dengan workstation saya. lebih moden. sebab sekarang ni sangat lame.

Mrs.aisheiteru said...

catik & kemas. tolong la deko rumah neber plak :)

Kemn Azmaili said...

Dear ni drill mcm biase je ni. Sbb cermin ni dh sedia dgn lubang utk gantung.

Kemn Azmaili said...

Dani..umah akak ni biasa je. Simple je xda deko2 beria pun. Deko la bilik dani cantik2. .akak bleh je nak share idea.. hehe ;)

Kemn Azmaili said...

Ala neber ni..rumah dia pun dah cantik tau..lagi la kreatif tauuuu..hehe

Linda said...

Cantiknya!

Kemn Azmaili said...

Thank u dear. Biase je lah ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...