Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, January 22, 2014

Dekorias : Family Hall

Hari tu Mrs. Aishieteru merangkap jiran kiter ada share jugak pasal ruang keluarga bersama singer ni...hehe..macam Faeza maklumkan dalam entri beliau tu, memang ruang ni comel je, tak luas mana pun. Kalau anak dah 5 ni, rasanya macam kurang sesuai dah nak panggil family hall. haha...takdela gurau je. Ruang ni biasanya akan jadi port baek untuk aku melipat kain yang gunung membukit. Salah satu strategi untuk taknak nampak berkecah kat bawah, so ini lah tempat yang paling sesuai aku lambakkan kain yang berbondong-bondong.^__^

Macam biasa, kalau dah nama family hall mestilah ada TV kan. TV ni amat jarang bersiaran diatas memandangkan rumah aku ni TV atas ni pakai wireless. Apa yang bersiaran di bawah..itu jugaklah channel yang akan berkumandang kat atas ni. Biasalah nak jimat, aku rasa tak perlu la sampai nak ada 2 decoder kat rumah ni memandangkan kami amat jarang bergaduh nak berebut channel. Anakanda pun bukan spesies tengok kartun, serius rumah aku memang aku tak subscribe channel cartoon dan seangkatannya. Jimat...hehe

Family Hall ni pun simple je dekorasinya. Aku pilih tema kaler hitam putih dengan sedikit highlight pada curtain yang berjalur biru. TV wall tu aku letak wallpaper 3D. Hari tu janji nak up entri wallpaper tapi sampai sekarang berhutang lagi. Ada skit info wallpaper aku share kat SINI. Suspen sungguh dengan wallpaper ni masa mula-mula installer nak pasang. Takut luar biasa sangat jadi rumah aku..hehe..Tapi bila dah siap..alahai jatuh cinta terus..Inilah wallpaper design yang paling aku suka dalam rumah ni. Nampak mahal tapi murah je uols. hehe


Curtain ni memang aku sengaja pasang tinggi sampai siling. Konon la nak bagi ruang yang sempit dan comel ni nampak luas katernye.


Wall belakang sofa tu buat masa ni tertangguh lagi nak men drill cermin yang ada ayat qursi. Dulu cermin tu aku letak kat sudut bacaan, tapi bila mak aku datang mak aku suh tanggal sebab macam kurang sesuai ayat-ayat suci Al-quran letak bawah tangga, tak elok katanya sebab tangga tu orang duk turun naik kan.


Aku tak tau nak kategorikan sofa ni berjenis apa. Sebab set ni didatangkan bercerai satu-satu. So, kita boleh letak ikut lah suka suki kita nak macam mana. Disebabkan ruang ni terlalu comel, so aku amik 2 set sofa ni untuk letak kat sini. Kalau korang perasan ada 2 set lagi aku letak kat Reading Corner. Btw, hari tu ada yang tanya aku beli kat mana kan, sofa ni aku beli kat Plaza Perabot kat Sg. Besi.


Aku tak gemar sangat nak letak ornamen-ornamen kecil a.k.a perangkap habuk. Biasalah area rumah aku ni memang tengah banyak lagi fasa baru yang still under construction. So korang faham la berapa hari sekali nak kena lap habuk je kejanya..hehe..Ha.. Sebenarnya frame gambar tu baru je letak. Kalau tidak, ada la seketul table lamp duk sensorang kat situ. So kita bagi can la table lamp berkawan dengan frame tu..hehe


Curtain tu memang macam tu je sepanjang masa. Nak bagi pengudaraan skit kat atas ni. Ruang ni belum ada bajet nak letak aircond, so memalam sambil melipat kain tu aku bukak jugak tingkap bagi aircond luar masuk feel sikit nak melipat kain.

Curtain ni aku buat sekali harung satu rumah punya pakej di Jakel Shah Alam. Aku ada share pasal curtain KAT SINI. Tapi dalam banyak-banyak curtain dalam rumah ni, hat ni yang paling lari bajet. Curtain ni berat gila sebab material velvet, tebal memang kalau aku tutup akan bergelap la ruang ni. Punya la kempunan nak jugak curtain ni, husband suh amik jugak la takut aku nanges kan kalo tak dapat. haha.. Material curtain ni sebenarnya untuk buat sofa. So paham tak betapa desperate nya aku kempunan nak curtain ni..? =D


Ini zoom sikit design wallpaper ni. Tak silap aku ada 3 kaler je, ni aku amik kaler Grey. Ada kaler hitam dan putih. Masa tengok dalam katalog memang dah jatuh hati terus.

 Ni pandangan dari jauh. shine bright like a diamond..hehe

Dekat wall sebelah ni ada project DIY sebenarnya. Aku plan nak buat wall of frame memandangkan siling ni tak setinggi siling yang ada wallpaper tu. Aku letak lazy chair je buat masa ni, then ada seketul frame kenangan la dolu-dolu zaman rumah kuarters masuk paper. kahkah..Tak boleh letak kat bawah, nanti orang cakap kita poyo la pulak, haha..Nanti project DIY dah siap, aku share k. Buat masa ni, roh rajin belum singgah lagi...

18 yang mengekspresikan diri:

cik pinkee said...

sis..leh share berape kos tok semua wallpaper yang sis pasang....

Fizah said...

cantik dgn sentuhan minimalis!=)

Rosniena said...

rumah katne ni kem

mama leen said...

cantik kemn.. i like..

Kemn Azmaili said...

@cik pinkee

nanti kt up entri wallpaper ek...tq for visiting.. =P

Kemn Azmaili said...

@Fizah

less is more omputeh kate dakk..hehe tq dear..

Kemn Azmaili said...

@Rosniena

rumah kat sepang dear..

Kemn Azmaili said...

@mama leen

time kaseh mama leen..

Ayu Rashid said...

Cantiknya. Sofa tu menawan kalbu betul.

Mrs.aisheiteru said...

alahai kemn...very the beautifulllllllll. Tlg tatahias bilik cik merah bleh x? loose idea..

Kemn Azmaili said...

@Ayu Rashid

thank u dear..simple2 je ni..

Kemn Azmaili said...

@Mrs.aisheiteru

alahai neber ni..rumah dia cantik jugak tau..wahhh bestnye nak deko bilik gegirl!!

ryyhan kamarudin said...

cantik..kena up entry wallpaper cepat2 semua nk tau nih :)

Tautan Hati NabilaHasyim said...

jenis kain velvet ye sesuai untuk sofa?

maknanya kain tu sejuk@boleh serap peluh lah kiranye ye?
*tgh dok cari info ttg kain yg sesuai utk sarung sofa

cantik sgt, kemassss...suka

fazianbatrisyia said...

cantik I pun berkenan

sya said...

canteknye...jatuh cinta dengan wallpaper tuh...

Xeea said...

Simple yet elegant!

namsy said...

Curtain tu sangat nice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...