Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, October 4, 2011

Jus Tok Guru as a supplementary for my baby...

Salam to all my dear readers!

Seperti yang dijanjikan pada entri semalam, hari ini saya nak kongsikan kepada anda terutamanya kepada para-para ibu atau bakal ibu atau sesiapa sajelah yang ingin tahu mengenai produk minuman Jus Tok Guru ini. 

Kepada korang yang mengikuti perkembangan my baby yang untill now still not so well due to infected selsema and very bad cough di rumah pengasuh tu, korang akan tau la betapa terduganya kami nak tengok my baby kembali sihat walafiat seperti sedia kala. Kesian sangat tengok dia sebab every night tidurnya akan terganggu dengan batuk yang sangatlah teruk tu. 

According to the Paed's, kalau this week (dah masuk 2 bulan) batuk dia still not break, he will uses an inhaler / puffer. This thing is the main treatment for asthma. Dah 3 round ubat which is ada 5 jenis ubat yang  perlum diminum setiap kali round tu dahpun habis diminum oleh my baby. Tapi semuanya tak menunjukkan tanda-tanda berkurangan. So, this kind of things lah merupakan jalan terakhir yang perlu digunakan untuk mengurangkan batuk dia tu..Berat hati nak tengok anak menyedut benda alah tu,. =(

Okay, selain daripada mengamalkan minum Scott Emulsion, me and husband decide untuk memberi minuman Jus Tok Guru ini to our lil ones tu..Last week, bila my husband duk sembang dengan kawan-kawan dia pasal ni, ada lah salah sorang kawan dia recommend untuk cuba Jus Tok Guru ni. 

Katanya jus ini juga boleh menguhalang daripada jangkitan. Jus ini merupakan gabungan makanan sunnah yang telah disebut di dalam al-Quran dan Hadith. Salah satu khasiat jus ini adalah memelihara kesihatan tubuh badan dan juga dapat mengatasi masalah kesihatan. Kalau korang pernah baca entri saya mengenai Tips Pemakanan Sihat Untuk Minda Anak, terdapat banyak makanan yang saya maksudkan itu terkandung di dalam Jus Tok Guru ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat bawah ni.


Jus ini ada 3 perisa iaitu perisa Roselle, Anggur dan Strawberi. Saya belikan Hadif perisa Roselle macam rasa sirap la..Seyes Hadif memang suka sangat jus ni. Kalau dah bagi se sudu kecik tu, lepas tu mesti dia nangis nak mintak lagi..huhu..Rasa dia manis macam madu campur kurma gitu.

So sekarang, Hadif dah ada 2 makanan tambahan. Kalau di rumah pengasuh dia akan minum Scott Emulsion, di rumah pula saya akan suapkan Jus Tok Guru ini. Mudah-mudahan my baby cepat-cepat sembuh dan akan jadi seorang anak yang bijak!! Insyallah...

For Sale Mitsubishi Lancer 2.0 GT – RM92,500 only (price negotiable)

~ SOLD ~

Harga yang ditawarkan termasuk insurans dan roadtax. Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Yusri/Rocky di talian 012-2655485
<Untuk gambar-gambar lain, korang boleh visit Blog page saya di Facebook. Klik SINI>

Ada sesiapa berminat nak beli tak? My husband nak jual kereta dia ni dengan harga yang sangat berpatutan. Kereta ni baru je pakai 2 tahun (2009), dan mileage pun masih tak sampai 100,000km (94,000km) . To be frank, my husband memang sangat particular jaga barang yang dia sayang. Pendek kata, kereta ni memang dia jaga macam dia jaga bini dia lah..hehe

Ya, baiklah.. saya tau memang Lancer ni sejibik dengan Inspira. Tapi saiz dia tak sama, and colour merah Inspira (plum red) dan Lancer (metallic red) pun tak sama. So, memang boleh beza la kan. kalau colour lain tu, memang terang-terang la sama.

Sebab munculnya Inspira la my husband jual kereta ni tak mahal mana. Dia beli dengan harga RM123,980. Kalau korang tengok price Inspira 2.0 CVT pun lebih kurang dengan harga Lancer yang nak dijual ni. 

Kenapa korang boleh beli kereta ni?

- First owner
- Accident Free
- Shift tronic gear
- Well-maintained
- Multi-information Instrumental Display
- Paddle Shifters
- Front fog lamps (reflector-type)
- 18-inch wheels
- Rear Spoiler
- Side Skirts
- Reverse sensor
- Chrome Exhaust Tip

Performance:

MIVEC Technology
MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing and lift Electronic Control) adjusts intake timing for optimal performance across the rev range.

Sports Mode with Paddle Shifters
Sports Mode lets you enjoy the racing feel of changing gears with a 6-step shift control that still provides the convenience of an automatic transmission. For even greater control, paddle shifters built directly into the steering wheel make shifting as easy as a single press of your finger.

Accessories: 

Solar Film
CD Player
Leather seats
Airbag driver
Airbag passenger
ABS Brakes
Sport rims (new)
Alarm
Central lock
Adjustable steering

Kenapa nak jual?
  
Rasa membazir je.. Husband saya bukan bawak laju pun, randomly dia bawak 90km/j (kancil pun potong lancer..hihi). Buat hiasan je shift tronic gear kat stereng tu..hehe. Dia beli kereta ni before saya kenal dengan dia lagi. Bila tanya nape u beli kereta ni. Sebab kereta ni nampak muda (ha?)dan satu lagi ni den cam takleh terima..sebab warna sama ngan Man Utd. Apekahh???

Sebab nak beli family car yang harganya tak terlalu mahal. Bukan nak beli Alphard, Estima bagai ye.. kira yang boleh balance la dengan nak bayar ansuran rumah baru kami nanti. Rumah itu pelaburan, kereta itu liability. Masa untuk bijak menguruskan wang! hehehe =)

So, kepada peminat-peminat kereta diluar sana, tunggu apa lagi..anda boleh  sms or hubungi my husband di talian 012-2655485 (Yusri) atau emel di kemn5885@gmail.com. Harga boleh nego-nego skit lagi...

Sape cepat dia dapat! 

p/s: my husband nak buat interchange number, so buyer akan dapat plat no. baru! =)

Sekian. 

***** TELAH DIJUAL ******

Monday, October 3, 2011

Bubur lebih lembut, tak perlu dikisar..yummyliciouss!

Happy Monday to all!

Kebiasaannya mood Monday blues selalu menyerang hendap akan jiwa raga dan sanubari ini dikala hati sungguh gembira bila hari cuti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama famili. Sama la macam saya, biase nye Isnin lah yang akan jadi kelam kelibut hentahapeape sebab mesti lambat bangun, lambat hantar Hadif, sekaligus akan lambat ke ofis. 

Tapi ini Isnin, den rasa aman damai tenang setenang air di kali..hihi..Bukan apa, my parents belum balik Kuantan lagi, so si comel ku tak perlu lah dikelek dan berhempas pulas untuk buckle up dia dalam carseat untuk selamat sampai ke rumah pengasuh. Harap maaf intro entri agak panjang sebab pakai ikut sedap jari je menaip tanpa memikir ayat bombastikosss!

Okay..alkisahnya saya baru je beli sesuatu yang telah banyak membantu dan meringankan beban saya setelah dulunya menunggu bagaikan menangguk air keruh bilalah agaknya bubur sikecil ni boleh masak dengan jayanya. Segalanya telah berubah setelah my husband membelikan ini...memperkenalkan...

Pensonic Slow Cooker
Ya..benda alah inilah yang saya maksudkan..Ia bukan sahaja memudahkan  malah bubur si kecil juga akan rasa sangat super sedap dengan kelembutan setiap satu ramuan yang dimasukkan. Dan yang paling best, tak perlu dikisar lagi. Memang semuanya akan sebati dalam tu.

Senang kerja umi..kurang kerja umi..Kenapa saya kata senang? Sebabnya kita just campak je apa yang kita nak masuk, carrot, potato, pumpkin, olive oil dan habbatus sawda..Masuk kan je semua tu..dan tinggal je..tak payah la nak kena jenguk 10 mins sekali bila lah beras bagai ni nak jadik bubur..hehehe..

Biasanya kalau nak buat bubur hari ini, saya akan masak malam sebelumnya..senang..dah settle godek-godek dapur, Hadif n husband dah selamat diulik mimpi, kemas-kemas umah skit, saya boleh fokus men"campak" kan semua bahan tadi dalam Slow Cooker tu. Tiap-tiap hari menu Hadif berubah-ubah supaya dia tak boring dengan menu yang sama. Kalau hari ni bubur kaler oren, esok kaler hijau,..macam tu lah..beras pula saya guna beras perang..khasiat nya lagi tinggi berbanding beras biasa..

My baby sekarang memang tengah kemaruk makan..bubur tu biasanya saya ceduk 2 senduk nasi, kira penuh la satu mangkuk tu dia akan habis..anak saya ni buat masa ni tak de lagi makanan yang dia tolak..(agak-agak kalo bagi batu ngan kayu pun dia tibai kot..hehehe)

sila abaikan muka daddy yg terpakse bergambo tuh..hihi
"sedapnye camera depan ni kalo dapat makan". suara hati...
Umi....nak mamam!!! aaaaaauummmm!!


p/s: Hadif dah start minum Jus Tok Guru..Next entri saya share khasiat jus ini ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...