Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 4, 2015

Bilik Tetamu 2.0 dah bertukar cadar patchwork

Korang mana yang ada godek-godek entri pasal Bilik Tetamu ni, mesti dah tahu kan yang rumah aku ni ada dua Bilik Tetamu. Pehh sampai dua tak tahan macam la ramai sangat tetamu nak datang rumah aku.hihi..Yang sebenarnya bukan apa, aku and husband ni memang daripada keluarga yang ramai. So, kalau depa datang rumah aku, boleh la selesa sikit bila kita sediakan bilik yang proper untuk diorang kan. 

Untuk Bilik Tetamu tingkat atas, memang multifunction. Dalam rumah ni, aku memang pastikan semua bilik akan digunakan dengan semaksimum yang mungkin. Takdalah bilik yang jarang-jarang guna, sebab semua memasing ada kegunaannya. Macam Bilik Tetamu tingkat atas, dah macam bilik persalinan aku jugak, fefeelinglah kan ada wardrobe room walaupun berangan je dulu. haha. Pepagi nak bersiap, memang aku bersiap kat bilik ni, make up bagai pun kat sini, sesi ironing baju pun juga disini. So, tidaklah bila tetamu tak datang bilik ni sunyi je kan. Korang boleh baca Entri Ini untuk dekorasi Bilik Tetamu 1.0.

Hari ni sesaje nak citer yang aku dah bertukar minat mengumpul cadar patchwork sekarang ni. Dah pulak neber ku Faeza tu memang menjualnya, so bila datang stok baru je memang ada la hasil tangkapan skit-skit. hihi..

Kalau kat entri dulu, aku pakai cadar from Ikea, cantek menarik tertarik je, tapi kurang praktikal aku rasa. Nak-nak bila time nak ngemas and dan tegangkan comforter. Dia punya lama tu ya rabbi naik stress pepagi nak ngemas. Bila dah bertukar ke patchwork ni kan senang, tidur nakal cemaner pun bangun pagi just regangkan skit-skit zass dah siap!

Bilik tetamu ni jugak yang akan jadi bilik dalam tempoh berpantang nanti, Insyallah. Aku macam plan nak berpantang sendiri je. Tengah fikir-fikir ni nak balik kampung ke tidak. Bukan pe, rasa macam kesian plak kat ummi nak jaga aku, dalam masa yang sama nak jaga abah juga, dalam masa yang sama anak aku si abang ni mesti nak ikut aku balik kampung kan.

So, buat masa ni aku ready je la. Mana tau, aku berpantang kat sini, atleast bilik dan kelengkapan lain dah ready.

Simple deko je bilik ni. Frame tu aku DIY je. Tulisan kaligrafi dalam frame tu aku beli dengan budak jual kat masjid Bangi, then aku potong masuk kan je dalam frame. Frame beli kat Ikea.

Dalam almari tu nampak sarat kan? haha..gasak lah...Almari ni khas aku simpan segala jenis comforter, bantal, selimut dan cadar. Aku prefer letak dalam bilik ni sebab biasanya tetamu yang datang nak bermalam  rumah aku lebih suka tidur bawah je. Tidur sepah-sepah je kat luar. Bukan ape, tingkat atas rumah aku ni agak panas. Maklum ler, air cond pun aku pasang satu je dalam Master Bedroom. hihih

Bilik ni juga tempat kami bertiga solat jemaah bersama. Kalau cuben takda, aku jemaah dengan abang berdua. Abang la jadik pak imamnya. Itu yang sejadah dia tu mesti ada kat situ. Sejadah tu macam biasalah made by Telekungnajwa (sempat promote)..haha



Inilah juga port aku melipat kain, selain kat ruang bacaan. Rasa-rasa ngantuk nak terlelap, zass terus melompat atas katil. haha..Bilik ni bilik kegemaran semua orang, sebab bilik ni sejukkk..Tak pasang aircond pun sejuk. Bilik ni perabot fully sponsored by abah. Thank u abah..


p/s: Tengah fikir ni..mana nak letak katil baby nanti?

Thursday, September 3, 2015

Luaskan Ruang Tamu Mu

Inilah rupa ruang tamu sekarang..hahaha..Macam padang bola dah rasanya kan..Actually sofa Lshape ni aku duk alihkan macam ni masa buat birthday party Hadif hari tu. Lepas pada tu, rasa macam lapang pulak bila susun macam ni, Hadif pulak memang happy la sebab boleh la dia duk training bola dalam rumah ni. errr.. Korang boleh tengok keadaan sebelum sofa ni di rombak di ENTRI INI.

Citer pasal sofa ni, rasa macam tersilap beli sofa la pulak. Hahaha..saje je kan..Dah masuk 4 tahun duk rumah sendiri baru nak rasa sofa ni tak sesuai..alasan sangat nak beli sofa baru..hihi..Bukan pe, rumah aku ni berpetak petak, pastu keadaan petak tu tak simetri, agak susah jugak masa memula nak pikir nak mendekorasi kan rumah sendiri ni.

Bila dah booking sofa, aku ni sibuk nak beli sofa yang besor godang. Iye lah nak mengoptimumkan dengan harga la kengkonon. Sofa ni pulak memang aku rasa teruja nak beli sebab dapat free sekali dengan ottoman. Tapi ottoman tu aku letak kat foyer area. Yang best lagi sebab ottoman tu boleh isi barang. Memang segala jenis alat kesukanan Hadif aku campak je dalam tu. Praktikal kan?

Bila sofa ni dah masuk parking dalam rumah, alahaiii rasa apsala kecik nya space ruang tamu ni..Itulah, kuasa membeli mengatasi segalanya. Tahu dah pun, ruang tamu tak besar mana, tapi tetap nak positip kengkonon macam pandai la adjust nanti. Nahhh...sekali masuk...betul-betul muat-muat je.

Last week, pegi la jenjalan kat kedai perabot yang aku beli sofa ni. Kedai ni nama Benotti, dekat dengan Jakel Shah Alam. Aku kengkonon berangan nak tukar sofa Lshape ni dengan single seat or cecampur lah janji bukan Lshape. Pastu bila tanya tokey, alahaiiii depa tak amik plak barang trade in. Frust betul makkk..Terpaksa angan-angan yang diimpikan terkubur layu di tasik madu..

Haruslah Plan A tak jadik, kita perlu bersedia dengan Plan B khenzzz..Setelah dipikirin dan dikaji, aku rasa aku perlu lebih bersabariah untuk tukar sofa ni. Sofa ni pulak lenjan cemaner pun memang tahan lasak. Jadiknya aku plan nak tukar baju dia je lah. Tengah duk survey jugak kalau ada yang amik tempahan jahit sarung kusyen sofa ni dekat-dekat area Nilai. So, this week nak ajak cuben pegi Nilai. Plus, boleh la cecuci mata nak beli carpet. Cuben takleh kate tidak tau sebab ini permintaan ibu nandongg..hihih






p/s:
Aku macam perasan aku ngandung kali ni gemor betul mengemas rumah. Apsal entah..macam-macam perangai kan? haha

Tuesday, September 1, 2015

Ruang Membaca

Dedulu dah pernah up entri Ruang Membaca ni. Kalau sudi korang boleh la tengok asal usul ruang ni kat sini ye. Actually takda apa sangat pun berubah, dulu takda meja, sekarang aku letak coffee table gedabak yang dulunya aku letak kat ruang tamu tu pindah ke sini. 

Nak citer pasal ruang tamu tu nanti la ek lain entri. Sebab ruang tamu aku tu aku dah clearkan banyak benda kat situ. Nanti datang roh rajin aku share ye, sekarang macam tak reti nak amik angle mana yang boleh nampak ruang tamu tu rupa ruang tamu..hihi..Yang aku nengok rupa padang bola je...

Ok la berbalik pada citer ruang membaca ni. Ruang ni bukan sahaja tempat untuk membaca, tapi memang kat sini port selesa aku nak melipat kain sambil mata layan tv. Ruang ni macam berhadapan dengan ruang makan jugak, so sesambil melipat kain bergunung ganang tu, boleh la kunyah-kunyah apa yang patut.






Maap ye, gambar tak berapa clear. Maklumla guna hp cokia je ni, so terima lah seadanya..hihi

Nampak kan..bessor sungguh coffee table kat tengah tu, sampai tutup separuh daripada carpet. hihi..then kosong je takdak apa pun aku letak atas meja tu untuk hiasan. Dah umur meningkat 30-an ni rasa jugak nak letak pasu bunga atas tu. Tapi bila fikirkan anak teruna aku yang sorang tu suka main bola dalam rumah ni, terus rasa serammmm...tunggu dia besar sikit lagi lah.

Dekat ruang aku letak frame gambar kawen tu, sebenarnya nak letak rak buku. Rak buku tu ada kat area depan skit, sebelah pintu bilik, antara ruang makan dan ruang membaca ni. Tapi kenangkan aku belum ketemu lagi console table pujaan hati, makanya aku letaklah rak buku tu kat tengah tu dulu. Kalo idok, memang kosong je kat tengah tu. 

Pintu kat tepi tu pintu stor. Hari tu ada letak stand lamp kat tepi, tapi rasa tak kenan design yang aku beli kat ikea tu, aku pun sedekahkan la dekat adik aku. Tetibe rasa macam tak kena design tu nape tah, hihi..nasib baik murah je, kalo mahal rasanya bernapas lagi lampu tu kat tepi tuuu...

Sofa tu pulak, rasa macam dah pernah share pasal ni. Ini Sofa L-shape, sofa yang aku paling sayang. Disebabkan sayang, aku memang takkan la sanggup nengok dilenjan. Sebab tu sanggup beli sofa lain untuk ruang tamu. Sofa ni separuh je aku letak kat sini, separuh badan lagi aku letak kat atas, kat ruang keluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...