Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, October 21, 2014

Announcement: Jom ke Butik MOSH!!!

Assalamualaikum semua!

Alahai kesian sangat teratak Xpresi lama sangat tuan tanah nak menjengah. Super busy sampai langsung tak sempat nak update. Banyakkk benda nak share dengan korang, kalau adalah yang masih ingat lagi teratak biru ini. hehe

Ok, just a quick and short update. Nak buat announcement kat semua readers! 

Alhamdulillah dengan penuh rasa kesyukuran Popscarf maju setapak ke hadapan. Dari duk sesaja jual online, sesaja join booth, now kami dah ada physical lot sendiri. Lot saja ok, bukan physical butik lagi. Tapi papepun syukur sangat sebab usaha kami berdua (Kemn dan Manes) yang acah acah mula menapak dalam bisnes shawl pada tahun 2011 ni dah mula nampak hasilnya. Insyallah kalau ada rezeki, mana tau kami ada butik sendiri ke kan. This is just a beginning...

Kami berdua ni suka sangat berangan. Then angan-angan kami tu biasanya sama je. Nama pun best friend kan. Minat memang sama. Kenkadang kalau gi ofis tu, tak plan nak pakai baju apa tetibe jumpa je..ermmmm ok finee..nada kitorang macam dah paham sangat..sama lagi!!

Sebut pasal angan-angan, kami dulu selalu berangan nak ada butik kat area Putrajaya..Mudah nak manage sebab dekat, keja pun area sini kan. So far, Popscarf dah slow jual online sebab kitorang memang super busy kalah obama..hahaha..So, kitorang just jual offline je, biarlah cara nya agak tak berapa glemer sangat, tapi tiap-tiap bulan sales memang ada.

Dalam bulan September tu, tetibe ternampak iklan kat ig one of my bff (Farah) ni. Tetiba nampak ayat "MOSH calling for vendors". Tengok location pulak, "Presint Diplomatik, Putrajaya". Makkkkkk rasa nak lompat bintang 100 kali dalam kiraan 1 2 1!!! Ya, Allah..happy sangat ni..terus roger Farah. Confirm!!

MOSH stand for Ministry of ShopaHolic!

Pilihan nama tu memang sangat "in"lah dengan Putrajaya ni. Instead of ada 24 ministries kat Putrajaya ni, tetiba tambah satu lagi ministry yang mampu menghilangkan stress korang yang dah tahap macam "I need shopping!!", best therapy ever! hahaha

Putrajaya memang tak banyak pilihan nak ber shopping bagai. Balik balik takda la tempat lain selain Alamanda yang serba serbi mahal tu. Bila hari Jumaat je, lunch time kan lama. So berpusu-pusu lah kereta menyesakkan jalan menuju ke Bangi. Yes, bangi je yang ada pilihan. Itupun nasib lah ada Bangi kan. Kalau tak, kerass tau duduk bertapa je kat ofis! haha

So, dengan adanya MOSH ni, harap dapat bantu kekakakss gomen nak tambah satu lagi pilihan one stop centre selain berpusu pusu ke Bangi. MOSH ni terletak di Presint 15 atau lebih dikenali sebagai Diplomatik je kat sini. Butik senang sangat nak cari sebab betul-betul berhadapan dengan Mydin. Kalau korang sampai area Diplomatik ni, Mydin akan berada sebelah kiri dan MOSH di sebelah kanan. Tingkat 1, ground floor tu rasanya kedai stationeries tapi pelik jugak signboard SNOGURT terpampang besar kat situ. For the timebeing nak tunggu signboard MOSH siap, depa letak temporary banner kaler biru kuning. So, memang boleh nampak jelas sangat!

Soft Launch MOSH akan mula pada Sabtu ni 1 November 2014 uolss! Grand Opening belum confirm lagi, tapi on 1st Nov nanti korang dah boleh datang ok! MOSH ni butik berkonsepkan vendor. Ala macam SBU, MODVIER, LAWA LAWALAH, POP DONNA, RAMA RAMA STUDIO dan macam-macam vendor butik yang kian tumboh bak cendawan ni! hehe

Best nya konsep vendor butik ni, sebab korang boleh dapat semuaaa jenis item di satu tempat yang sama. Start dari atas kepala turun ke muka, turun ke leher, turun ke badan, turun ke kaki dan tak lupa jugak dalaman pun taknak kalah. Barang memang pelbagai variasi daripada 40 vendor dan bakal membuatkan korang yang datang tak tentu hala rasa nak shopping semuaa..haha over sangat marketing..

Tak lupa jugak MOSH provide Mini Cafe untuk kesayangan #moshdarling yang datang singgah sini. Bila dah ada cafe opkos ada jual makanan kudap kudapan dan minuman. So, kalau keletihan marathon shopping, boleh rehat sebentar di Mini Cafe ye. Mini tau, jangan korang nak order ayam masak merah, nasik dagang pulak. hehehe

So, apa tunggu lagi. Dear Putrajayaians!! Here we go, MOSH is coming to you! Jangan lupa sampai dan sebarluaskan pada orang kampung, orang obersi dan segala orang-orangan datang sesakkan MOSH bermula 1 November ini tau!

Follow ig/fb MOSH: @ministryofshopaholic







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...