Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, March 29, 2012

Netball....is my old passion..

Salam semua,

Yes, netball is my old passion..nama pun situ old kan..so aku rasa, sekarang macam dah tak boleh nak jadi kan sebagai passion kot..Kenapa? Jap lagi citer ek..

Start main netball ni memang dah sangat lama..seingat aku darjah 3 dah start main untuk sekolah..Then dapat main untuk zon daerah..Masuk je sekolah menengah memang terus main start form 1 sampai la form 5. Momen paling best masa aku Form 3 kot tak silap. Melakar sejarah dapat kalahkan musuh tradisi, SHAH Pekan..Hahahahaha..best..best..Punyalah lama SHAH Pekan ni jadik juara..akhirnya dapat dikalahkan jugak oleh SMK Seri Pekan..Puas hati wooooo!!

So, bila dah masuk form 4, aku gatal kaki nak keluar dari skolah tu..Ehem..banyak kenangan kat situ sebenarnya...kalo ada sesape kacip-kacip yang tau tu, mesti akan gelakkan aku kan..hahaha..takpelah, tak kisah sebab semua tu pengalaman yg aku kategorikan sebagai so sweet!! hihi..ok, berbalik kepada citer netball ni..mudah ngat nak melalut kan.. So, bila form 4 aku masuk teknik, pun ada team netball yg hebat kat situ..seronok sangat sebab yang paling utama bila penyokong datang bertalu-talu..siap, buat "wave" lagi..Pastu lawan pulak dengan penyokong pihak lawan..hahahha..paling tak leh tahan, bila tengok player tak le tahan psiko..hihihi.. Sampai form 5 aku main netball hingga ke titisan terakhir..maksudnya disini, main tak hengat dunia ngko tu form 5 student lagi 2 minggu nak SPM pun sibuk duk terkinja-kinja. Semangat la katakannn..hahaha

Masuk UUM aku join jugak team U untuk training ke MASUM..tapi kejap je sebab rasa macam tak boleh balance dengan study dan juga kelab..Sampai Sem 2 je, then aku stop..Ada juga niat di hati nak join tapi banyak sangat halangan sampailah kejadian INI berlaku. Teruss terpaksa melupakan segala impianku..sob..sob..sob..

Akhirnya, tanggal 17 Mac 2012 berjaya jugak kaki badan jiwa dan raga melangkah masuk ke court netball..rasa macam awkward sangat sebab dah lama sangat tinggal..saja-saja nak try main nak tengok badan fit ke tak..Hasilnya..ye pancit di sana disini..Dah jadi mak budak ni memang terasa sangat tak boleh nak lincah macam dolu-dolu...nak jaga perut terbelah lagi kannn..hihi..

Papepun, moment tu sangat enjoy walaupun kami kalah bergaya..hahaha..bergaya tu bukan apa, tak tahan punya la nak matching dengan baju, sanggup pegi shopping beli tudung kaler oren..ada pulak inner biru kat rumah...memang bergaya sakannn la ahkakkk..hihihi









Tuesday, March 27, 2012

Ya Allah! Aku masih sukar menerima pemergiannya...AL-FATIHAH

Assalamualaikum...

Kalau diikutkan hati, berat sungguh rasanya nak menaip entri kali ini..Kiranya hari inilah rasanya Tuhan beri saya kekuatan untuk menulis setelah beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita yang amat tragis kepada saya sekeluarga pada hari Khamis malam Jumaat, 22 Mac 2012. Bagi kawan-kawan FB sudah tentu sudah boleh agak apa lah yang nak saya kongsikan dalam entri kali ini kan? Sejak arwah meninggalkan kami, saya seringkali update mengenai kejadian ini di FB.

Pertama sekali saya nak pohon jasa baik kawan-kawan untuk sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah bapa saudara saya yang terlibat dengan kemalangan akibat dilanggar oleh sebuah bas persiaran ketika beliau sedang bertugas mengawal trafik dan lalulintas di kawasan Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor.

Berat mata memandang, berat lagi kesedihan yang dirasai oleh isteri dan anak-anak arwah. Tarikh pemergian arwah sudah tentu menjadi tarikh keramat yang paling sukar untuk dilalui saban tahun selepas ini. Saya menerima panggilan daripada umi kira-kira jam 3.00 pagi. 

Dengan nada tenang satu persatu umi menyusun ayat, " Kema,..umi nak beritahu kema ni..tapi umi nak kema tarik nafas panjang-panjang..sabar banyak-banyak okey..umi nak bagitau Kema yang Pokdin (arwah) dah takda..Pokdin meninggal pukul 11.00 malam tadi, accident..". 

Ya Allah..luluhnya hati..bagai diragut jantung mendengar berita yang sangat mengejutkan saya. Mulai saat itu, bermacam-macam persoalan terlintas difikiran saya. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ini adalah mengenangkan nasib isteri dan 5 orang anak arwah. Ya Allah..Engkau kuatkanlah hati mereka sekeluarga..Lindungilah mereka semua Ya Allah..Berat sungguh dugaan yang kau uji ini...

Sedih tidak terkata dan sampailah ke hari ini masih sukar untuk saya gambarkan perasaan saya. Rasanya mungkin kerana masih tidak bersedia untuk kehilangan arwah dengan keadaan yang sungguh menyayat hati. Arwah merupakan anak ke-4 daripada 10 orang adik-beradik sebelah abah, yang mana abah adalah Abang Long kepada 9 adik-beradik. Arwah memang rapat dengan abah kerana perwatakan mereka lebih kurang sama. Suka bergurau, berseloroh bukan sahaja dengan anak-anak, malah begitu juga dengan anak-anak saudara dan adik-beradik beliau sendiri. Bertambah pilu bila mengenangkan sifat penyayang arwah kepada kelima-lima anaknya yang kadang-kadang dilihat gelagat mereka seperti rakan sebaya. Pendek kata, sangatlah loving family...

Walaupun hanya arwah sahaja yang tinggal nun jauh di Johor, akan tetapi hubungan mereka 10 beradik tetap akrab. Betul lah kata pepatah, air dicincang ditidak akan putus..Akan tetapi, ajal maut di tangan Tuhan. Kini, kami semua terputus hubungan dengan beliau di dunia ini..Sedih tidak terkata..

Entah kenapa hati saya ini rasa teramatlah sedih dengan pemergian arwah. Mungkin tidak bersedia dengan cara arwah meninggalkan kami semua. Hanya kerana kecuaian, kelalaian, kesilapan orang lain,..arwah menjadi mangsa. Saya beranggapan bahawa arwah pergi meninggalkan kami dengan syahid. Arwah meninggal ketika bertugas berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Melalui pembacaaan saya juga, orang yang mati syahid adalah orang yang mati pada siang atau malam Jumaat.Wallahualam...


Hanya tinggal kenangan..Arwah bersama isteri, Norsiah Amin dan 5 anak-anak: farhana, fikah, farzana, Muhammad dan Irsyad


Dibawah saya rangkumkan berita mengenai kemalangan arwah untuk dikongsikan bersama. AL-FATIHAH kepada arwah, Ismayudin Ismail, 50 tahun. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan-golongan yang syahid..

***************************
Sumber: myMetro

BAJU SERBA PUTIH

ANGKAT...rakan dan ahli keluarga mengangkat jenazah Allahyarham Ismayuddin (gambar kecil) di rumah keluarganya di Felda Taib Andak, semalam.
ANGKAT...rakan dan ahli keluarga mengangkat jenazah Allahyarham Ismayuddin (gambar kecil) di rumah keluarganya di Felda Taib Andak, semalam. 
KULAIJAYA: “Terdetik di hati saya seperti ada yang tidak kena selepas melihat arwah tujuh beranak berpakaian serba putih ketika majlis perkahwinan anak sepupu kami di Kluang, Sabtu lalu.
“Kini, terbukti apa yang saya rasakan itu benar-benar berlaku,” kata Salmah Ismail, 65, kakak ipar kepada Allahyarham Koperal Ismayuddin Ramli, 50, yang maut dirempuh bas ketika bertugas di Bangunan Sultan Ismail (BSI), di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, lebih menghairankan ketika majlis kenduri itu, arwah selama ini dikenali dengan sikap suka bergurau dan mengusik, hanya berdiam diri.

Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, Allahyarham Ismayuddin dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) bertugas mengawal lalu lintas bersama seorang lagi rakan, maut selepas dirempuh bas dipandu seorang wanita berusia 49 tahun.

**********************

Sumber: Sinar Harian

ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR BAS PERSIARAN


Jenazah
KULAIJAYA - Seorang anggota polis trafik berpangkat Koperal maut selepas dilanggar sebuah bas persiaran ketika sedang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, kelmarin.

Kejadian jam 11.55 malam itu mengakibatkan mangsa, Ismayuddin Ismail, 50, anggota yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, Ismayuddin yang sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 20 tahun lalu sedang mengawal aliran keluar masuk kenderaan dari Singapura-Johor Bahru.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa dilanggar sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran Singapura yang hilang kawalan di laluan bas di BSI.

“Kejadian ini berlaku di 200 meter dari pintu masuk BSI. Bas yang dipandu seorang wanita itu bas terlebih dahulu melanggar dua kenderaan lain sebelum melanggar tembok pengadang di tengah-tengah laluan lalu merempuh mangsa, sebelum berhenti di kedudukan 150 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera parah akibat pelanggaran ini meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang bertugas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Felda Taib Andak, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berserta anggota dan pegawai PDRM negeri ini.

Menurutnya, pemandu bas wanita warga tempatan itu kini ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan rapi akan dijalankan. Berdasarkan semakan rekod dibuat, pemandu bas yang ditahan memiliki satu saman kerana melanggar lampu isyarat.

“Pada hari ini (semalam), saya hadir mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan seluruh warga Polis Johor menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.

Selain itu, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya akan membantu mempermudah serta mempercepatkan segala urusan kebajikan balu dan lima cahaya mata mangsa berlandaskan hubungan kekeluargaan yang terwujud dalam pasukan polis di negeri ini.

*************************
Sumber : Utusan

Anggota trafik maut dilanggar pemandu bas wanita

23/03/2012 4:36pm

JOHOR BAHRU 23 Mac – Seorang anggota polis trafik cawangan Johor Bahru Selatan, Koperal Ismayuddin Ramli, 50, maut setelah dilanggar sebuah bas persiaran berhampiran persimpangan ke pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura.

Dalam kejadian pukul 11.55 malam semalam, bas terbabit yang dipandu oleh seorang wanita warga tempatan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang sedang mengawal lalu lintas, 200 meter dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Mangsa yang berasal dari Felda New Zealand, Pahang itu meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara empat hingga 22 tahun.
Terdahulu, Mohd. Mokhtar turut menziarahi jenazah Ismayuddin di rumah keluarga mertua mangsa di Felda Taib Andak di sini hari ini.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Nurussa'idah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam felda tersebut. – UTUSAN

******************************
Sumber: Berita Harian Online

Pemandu bas wanita dituduh rempuh polis
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail

2012/03/27

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas wanita dihadapkan ke Mahkamah Trafik di sini semalam, atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang anggota polis trafik dalam kejadian di Bangunan Sultan Iskandar di sini pada malam Khamis lalu.

Wong Lim Chan, 48, dituduh memandu sebuah bas bernombor pendaftaran Singapura secara melulu dan membahayakan pengguna lain di kawasan Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) Bangunan Sultan Iskandar di sini, hingga menyebabkan kematian Koperal Ismayuddin Ismail, kira-kira jam 11.35 malam 22 Mac lalu 
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 serta lesen memandu digantung.
Lim Chan mengaku tidak bersalah sejurus mendengar tuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Ravindran di depan Majistret Maslinda Selamat.

Ravindran memohon supaya Lim Chan dikenakan ikat jamin RM12,000 oleh seorang penjamin tetapi Maslinda menetapkan ikat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Beliau turut memerintahkan lesen memandu Lim Chan digantung sehingga perbicaraan kes itu selesai dan menetapkan 24 April ini sebutan semula kes itu sementara menunggu serahan dokumen sebelum menetapkan tarikh perbicaraan. Lim Chan membayar jaminan yang ditetapkan itu.

Sebelum ini pada 22 Mac lalu, Ismayuddin maut dirempuh sebuah bas dan diseret hampir 150 meter ketika bertugas di laluan keluar KIK Bangunan Sultan Iskandar dekat sini.
Dalam kejadian, Ismayuddin yang bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan memulakan kerja lebih awal seperti diamalkannya selama ini, maut di tempat kejadian selepas dirempuh bas bernombor pendaftaran Singapura terbabit.

Mangsa dirempuh bas yang hilang kawalan itu dari arah depan dan cedera teruk selain turut diseret. Seorang rakan setugas mangsa bagaimanapun sempat mengelak daripada dirempuh.

Sumber: YouTube

Video Kemalangan Maut Polis Trafik Terbunuh Di CIQ Johor Bahru


Monday, March 19, 2012

Next Top Model..

 Salam, 4 org yang terpilih NEXT TOP MODEL Pusingan 3 adalah
Najwa Shauqi
Noor Akmar (it's me!)
Nurul Atiqa
Mahanis Mahfob (my partner!)
Anda semua dikehendaki bersedia untuk produk photoshoot Butik MaMa yang bakal diadakan pada hari Rabu atau Khamis depan. Sila call 03-89264412 utk sahkan kehadiran.
Tahniah diucapkan.. Yang tidak berjaya anda akan juga dipanggil untuk mana2 job lain Butik MaMa pada masa akan dtg.. insyaAllah

Statement di atas saya copy paste from Butik Mama's wall. Kitorang berdua ni selalu je lambat keretapi. Tup..tup.. dapat tau last week pasal ni.. Itupun Manis tergerak hati nak bukak wall Butik Mama..
Alhamdulillah..syukur atas rezeki daripada Nya..Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong saya..Terima kasih juga kepada yang sudi mengundi saya dan Manis tau!

Bagi korang yang tau citer pasal apa ni kan..korang KLIK SINI..

Wednesday, March 14, 2012

Honeymoon at Bali

Salam sayang semua!
Wah..wahhh..entri ini bukan nak bagitau yang kitorang nak pegi bulan madu lagi sekali. Just nak share ngan korang pengalaman dan tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati sekiranya berminat untuk ke Bali, Indonesia. Dah ada anak baru berkesempatan nak share pasal ni..huhuhu

Ramai yang bertanya kepada saya berapa sebenarnya anggaran kos atau bajet yang perlu kita spend untuk ke Bali ni. Terus terang saya katakan, kami hanya bawak RM3k sahaja dengan penginapan selama 4 hari 3 malam. Murahh kann!! Duit 3k tu termasuk jugak la souvenir yang sempat kitorang beli untuk kedua-dua belah pihak keluarga tau. 

Tips yang pertama yang korang perlu tau adalah jangan sesekali pergi ke sana dengan mana-mana pakej yang ditawarkan from any travel agents. Based on pengalaman kawan-kawan yang ke sana melalui ejen ni, memang diorang perlu spend banyak sikit, in fact tempat pun tak banyak mana pun yang sempat diorang pergi.

Me and husband pergi ke sana betul-betul main taram dan redah je. Hanya tawakal pada Tuhan supaya kami selamat sampai dan dilindungi di bumi asing ni. First time sampai sana, rasa amat terkejut dengan keadaan di Balai Ketibaan Denpasar Airport ni.
Denpasar Airport, Bali

Ha, macam mana yang korang tengok kat atas tu, itulah realiti keadaan masa kami sampai. Memang agak mengerikan sebab memang tak boleh nak cam lah siapa kah gerangan tuan hamba yang akan amik kitorang nanti. Tapi kan..kan..kan...memang tak da orang jemput pun..kan main redah je..hihi

So, bila dah keluar dari kesesakan manusia pak supir disitu, kami pun dengan terkebil-kebil pergi ke kaunter teksi nak beli tiket, nak cari hotel. My husband ada mintak tolong kawan dia tak silapnya untuk tolong carikan hotel kat Bali ni. Sebab kakak ipar member my husband ni orang Bali. So, bila dah dapat hotel nye, mintak la pak supir hantarkan.

Sekali bila sampai, alamak..pesal jauh sangat dari bandar ni..hotel pulak dah macam rumah misteri..eee..takut..mahal pulak tu..Taknak panjang citer, kitorang terus tanya pak supir tu mana tau kalau-kalau dia tau tempat yang dekat-dekat sikit dengan Bandar Kuta.

Pak Supir ni nama dia Ketut Alit. Bukan kentut ye..Actually saya pun baru tau Ketut ni nama panggilan diorang dalam adik beradik la. Kalau Ketut ni rasanya anak nombor dua tak silap! Thanks to my bestie Manis, sebab inform benda ni kat aku..Kalau bukan sebab ko, sampai sudah lah aku duk termimpi-mimpi abang ketut ni,..hihi..So, kitorang panggil dia Alit. As usual, majoriti orang Bali ni beragama Hindu. Tapi kalau korang tengok, muka diorang lebih kurang je macam orang Melayu. So, memang rasa macam secure bila duk di Bali ni sebab environment nya still rasa macam berada di Malaysia tanah tumpah darahku.

Alit yang isap rokok baju putih tu tau..bukan yang baju oren ni..hihi

Rasa bertuah sangat dapat jumpa Alit sebab yang paling utamanya Alit ni orang Bali. So, bila kitorang ke mana-mana, Alit ni lah jadi tourist guide kitorang. Hampir semua destinasi yang kitorang pergi akan dapat diskaun sebab Alit tau. Sampai hotel yang kitorang menginap tu pun, dapat diskaun tau..Best kan?

Alit cakap kat kitorang, jangan risau-risau duduk di Bali. Sebab orang Bali semua baik-baik. Alit tambah lagi, kepercayaan agama diorang, kalau niat jahat rezeki takkan dekat dengan kita. Dia cakap kalau dalam satu kampung tu ada orang jahat macam mencuri ke, memang parah la si pencurik tu kena belasah cukup-cukup sebab jejaskan rezeki orang lain nanti.

Jommmm....Mari kita mulakan perjalanan kita di Bali...

Restu Bali Hotel, Kuta
 Destinasi bermula dengan pencarian hotel di area bandar Kuta. Hasil pencarian si Alit yang sungguh berwibawa ni, alhamdulillah ada hotel yang still available..Kalau tak jumpa orang Bali macam Alit ni memang susah nak dapat hotel kalau korang main redah walk in je. Mesti diorang akan cakap full or maybe kena ada additional charge. So, kitorang menginap di Restu Bali Hotel. Nice sangat tempat dia..dah nama pun Bali kan..So, konsep hotel ni ala Bali la kan..hehe

Bumbu Bali, Jimbaran


Perut dah lapar..tak puas makan atas flight tadi. So, destinasi diteruskan dengan mengisi perut yang bergendang gendut tali kecapi ke Pantai Jimbaran..Ye anak-anak..kalau mai sini jangan tak pegi Jimbaran ni ye..sangat la romantiksss..Diorang susun meja kusi sume ni atas pasir uols..dekat je sipi-sipi ngan gigi air..lepas tu nanti ada la sekumpulan ahli musik datang mendendangkan lagu-lagu romantis untuk korang. Siap boleh request lah korang nak lagu apa..tapi jangan lah suh nyanyi lagu Najwa Latif yangg...hehe..


Seriously memang masakan nya terbaikkkk..masih terkecur air liur den mengingatkan betapa ohsem nye sotong goreng tepung diorang ni..rasanya aku pulun habis kot..ikan masak sweet sour pun menikam gak laa..ada banyak lagi, tapi tak ingat dah order ape..

Masuk je restoran ni, nanti ada awek cun pakaikan korang bunga selit kat tepi telinga..tak kira la hang laki ka pompuan..layankan jerr lahh...hehe



Esoknya..sebelum singgah memanjakan diri di Spa, kami sempat tengok Barong Dance..Tak faham sangat depa kecek gapo..tapi boleh baca sinopsis citer ni dalam flyers yang diorang bekalkan. Takut jugak tengok macam diorang ni macam kena rasuk je..layannnzzz




Paraceiling..di Watersport..jangan lepaskan peluang anda bersukan air di sini!!

Encek asben gayat tapi demi isteri terchenta beliau sanggup redah lautan tapi bukan untuk direnangi..untuk diterbangi..hihihi

Tamara Spa..ish--ishh best sangatttt!!


Shopping time!!

Chillaxxx yo!!

Pantai Kuta..penuh umattt!!

harus lah kan!!!

dikala malam hari yang masih muda..sini pukul 3 4 pagi baru disko tutup..tapi idakk la kami ke disko yangg..

Monumen mangsa letupan di Bali yang terkorban

Love this place! Gunung Kintamani!!!

Ini gunung berapi ye kak..siap ada asap kepul-kepul kuar kat mulut dieee...takuitt..

Nice view..pandai photographer..hihi

kopi luwak

Pura..means Temple..seriau masuk tempat ni..kejap je masuk nak tgk ape rupe Pura ni kat dalam..then terus kitorang cabut sebab bulu roma dah meremangggg..eeeee
Pulang dengan kenangan yang terindah..mau ke Bali lagi!!!
Apa yang paling menarik sepanjang berada di bumi asing ni adalah melihat keunikan budaya dan kepercayaan mereka di sini. Orang disini sangat kuat berpegang pada agama Hindu mereka. Diorang semayang 3 kali sehari. Kalau korang pegi ke Bali, jangan pelik kalau tengok boleh katakan setiap rumah or kedai diorang ada campuran bungan yang diletakkan di dalam daun nipah yang dianyam menjadi segi empat seperti kotak. Itu sebenarnya tanda mereka sembahyang dengan harapan tiada unsur-unsur jahat datang mendekati keluarga dan perniagaan mereka.

Di Bali juga memang terkenal dengan budaya "pim..pim..". Bunya hon la tu,,..hehehe..seawal 5 pagi, korang dah dengar bunyi hon yang bingit dan boleh menghilangkan ketenteraman jiwa di kala sedang diulik mimpi..hehehe..Budaya men hon kenderaan memang sangat terkenal disini..tak silap saya orang cakap kalau ke Jakarta pun sama jugak macam ni, sory i tak pernah sampai lagi..Tujuan mereka hon bukan nya sama seperti tujuan kita disini..Kalau di Malaysia ni, kita akan hon bila kita rasa orang tu bawak keta macam haremm kann..tapi bezanya di Bali, tujuan hon adalah untuk memohon supaya beri laluan kepada mereka, dan juga akan dibalas dengan hon juga sebagai tanda berterima kasih..Unik kan?

Orang Bali sangat suka kalau orang Malaysia datang ke sini. Dan kita sangat terkenal dengan kartun Upin & Ipin tau! Kebetulan my husband ada simpan ringing tone "Betul..betul..betul..", terus Alit mintak transfer ke hanphone dia..budak-budak kat sana memang suka banget kartun ni tau! Proud to be Malaysian! ^___^

Apa-apapun memang seronok belajar tentang budaya dinegara orang. Tapi bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik dinegeri sendiri"..Bersyukurlah berada di bumi Malaysia..cukup serba serbi..aman damai..

Wednesday, March 7, 2012

My husband ada kawan retis?? Lah VE tu...

Ngeh..ngeh..ngeh..tajuk tak menahan gile glemer kann?hahaha..Weekend hari tu kan kitorang pegi KLCC. Actually kitorang ni memang jarang teramat sangat pegi KLCC ni. Satunya sebab jauh, and yang keduanya sebab KL kan memanjang je jamm..and lastly bangunan kembar pencakar langit ni memanjang jugak ramai umatnya. Nak kench2 pun susah, takda paip..kena beratuq pulak tu..hihi


Misi utama ke destinasi tersebut adalah nak borong puting susu budak kecik tu. Hadif pakai botol susu brand MAM. Teat size 2. Puas mencari area Putrajaya dan Bangi, saiz 2 ni menjadi rebutan dan pilihan ramai kot. Habis and susah nak restocked. Memang kena beli jugak sebab anak orang ni kan dah ada gigi penuh atas bawah. Habis digigitnya dah bocor susah nak minum. Nak taknak kitorang pegi Mothercare Alamanda, mintak tolong diorang check kat mana ada lagi teat size 2 ni. Atlast, KLCC here we go..go..go...go..(nyanyi lagu Najwa Muhyudin) ^_____^


So, bila sampai Mothercare KLCC, terus berdesup den berlari-lari anak menuju ke section feeding bottle. Nahhhh..terus dapat rembat size 2, then amik la sampai 6 pcs buat stok kepamm kat rumah..haha..Then on the way nak gi bayar tu, tetiba my husband selisih ngan sorang mamat pakai topi Maher Zain ni.


Diorang pun bersapa..Time tu seyes memang langsung tak cam mamat tersebut adalah seorang retis kak..! Sebab nengok ke gayenyer macam diorang dah lama kenal sangat. So, I assumed maybe member lama my husband lah kan...Husband aku kan member dia kan ramai 1 Malaysia! hihi..Lagi la rasa macam biasa-biasa je sebab wife dia sangat simple and humble je muka dia. Sangat simple dengan baju kurung, bertudung bawal ala  Mak Jemah (pin kat depan). Then, friendly sangat. I pun sembang macam biasa je la kan. Kebetulan time tu dia bawak anak diorang sepasang boy n girl. Apa lagi topiknya, opkoslah pasal anak kan.


Nak dipendekkan citer, rupa-rupanya mamat yang dia sembang tadi tu Lah VE...!!hahaha..sengal betul aku boleh tak cam retis..bukan apa, sebab bila nengok kat tv dengan live mmg lain..rasa macam dalam tv mamat ni tinggi macam jerangkung..tapi bila live, biasa-biasa je..Yang lagi macam tak leh nak cam nye sebab aku asik duk dengar dia duk sebut 'Insyallah..insyallah..Alhamdulillah..alhamdulillah..' Perut husband aku buncit pun dia cakap, "Alhamdulillah..alhamdulillah..".hehe.. Husband aku pun heran jugak apesal mamat ni alim bebenau kan..


Bila my husband tanya dia, buat apa sekarang ni..Dia cakap dia sibuk dengan Mawlid. Husband dengan selamber je jawab tak tau sangat pasal hiburan-hiburan ni, tetibe je kan petik nama bini dia..Dia cakap aku tau la kot pasal benda ni..Memandai je kan u! (padahal kalo gosip retis cepat je dia tau). Then dia cakap pe lagi ek,..oh, now dia duk Putra Heights menyewa kat sana sebab dekat skit dgn ofis wife dia. Btw, wife dia yang very the very humble n simple tu keja kat Alamanda ye, Office Management Dept. Baru ku tau...Pastu tetibe, kitorang complain pasal Alamanda..tak pasal isteri dia kena dengar luahan hati kami. hihihi..Kena extend kan Baby Room kat situ..tak mesra alam pun Baby Room..Susah nau nak salinkan pampers anak..kalo ramai sangat tu, salin je la kat sinki..Sampai sekrang aku heran apesal Baby Room Alamanda banyak sangat sinki..motif?


Seyes, saya memang tak tau pun yang Lah pun join dakwah sama macam Azan (ruffedge), Amir (Ruffedge) dan Zhaf (VE). Dia siap cakap dengan my husband, "Dulu dah selalu nyanyi lagu cinta-cinta, sekarang dah buat lagu dakwah..lebih kepada keagamaan"..Then dia sambung lagi, " Ada jugak ajak Zain dan Cat, tapi takpela diorang berdua belum bersedia lagik...". Takpela kan, semua benda ni tak boleh nak dipaksa. Eloklah dengan rela hati dan niat yang ikhlas untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Then diorang berdua exchange number handphone..Poyo je my husband cakap, "Mana tau nak invite ko ada show-show dakwah kat opis aku...". Pastu mulut gatal lagi tanya, "Takda ke nak buat show area Putrajaya ni?". Then Lah jawab, "Insyaallah..insyallah..bulan April ada buat ceramah kat Masjid Besi..nanti aku roger ko, ek". Ha! Mula gelabah la laki aku..,"Caner yang kalo Lah ajak I pegi dengar ceramah tu?". Lohhhhh..bukan dia ajak featuring pun yang nak gelabah tu..ajak pegi ceramah,..pegi lah..benda-benda baik macam ni lah yang kita nak ikut yang oiiiiiii....husband..husband... =P


Disebabkan kesengalan aku yang langsung tidak menjangkakan mamat itu adalah Lah VE, makanya terlepas lah satu peluang keemasan nak bergambar dengan retis..Seyes kak, aku tak pernah pun ada gambau dengan retis..hehehe..So, time tu memang takda pun perasaan nak bergambar diorang..Takpela, mungkin Tuhan taknak aku riak dan takbur...gagagagaga..


So, kepada korang yang masih belum tahu mengenai kewujudan kumpulan Al-Mawlid, korang boleh baca artikel daripada Berita Harian ni.



Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan Allah dan teruskan perjuangan! Oh! lupe nak bagitau, my husband n Lah ni skoolmate sesame masa skolah kat Tmn Tun dulu..Dia panggil husband aku Yus,..eee...gelimattt.. =D

Monday, March 5, 2012

1 tahun 1 bulan, Hadif dah pandai jalan!!

Salam,

Entri ni sepatutnye kena post before entri sebelum ni..tapi takpela, baru teringat ada gambar Hadif saya snap then upload dalam fb..Alhamdulillah, selamat dah anak bujang saye berjalan..Jenuh jugak menunggu bile la agaknya dia boleh rajin berjalan..Kalau sebelum ni, ada la 3 4 tapak, then jelepuk dia duduk terus merangkak..Tapi now dah nampak lain sikit gayenyer. Hari Sabtu lepas, kitorang pegi birthday party anak my opismate..haa time kat umah tu Hadif start eksaited kemain practice berjalan..


I guess maybe ramai toddlers yang datang tu yang sedikit sebanyak menyuntik semangat dia nak rajin melangkah. Eh, pendek kata memang kat rumah my friend tu dia memang berjalan memanjang. Naik heran jugak sebenarnya tapi saya tengok kan aje gelagat dia berjalan yang tak berapa nak stabil tu. Bila dah baru dapat kaki tu, standard la kan jatuh tergolek tertiarap dan tertonggeng..hehehe..Ada sekali tu boleh pulak dia tertonggeng jatuh, pastu tetibe kaki tersangkut atas baldi..mau tak meraunggg!! hehehe..



Apepun, rasa lega sikit bila tengok Hadif dah start memanjangkan langkahnya walaupun dah terdetik rasa kepenatan yang bakal dirasai selepas ini akibat nak mengejor dia ke sana ke mari..Bukan apa, penat dah sebenarnya nak jawab bila orang tanya, " Anak dah jalan ke belum?". Ni bila dah berjalan, orang tak tanya pun..umi rajin je bagitau.."Anak saya dah jalan. Sekian, terima kasih". =P

try.testing power..

First time bawak Hadif naik train!!!

Salam!

Hari semalam (Ahad), me and husband bawak Hadif naik train! So, destinasi kami adalah menuju ke KLCC. From Putrajaya, kitorang naik ERL sampai la ke KL Sentral..Then tukar train PUTRA menuju ke KLCC..Hadif had so much fun time along his 1st adventure journey !! Duk kebil-kebil ralik nengok manusia sekeliling dia..And yang tak tahan tu, sibuk nak turun merangkak atas lantai train tu..maybe dia ingat rumah bergerak kot..hihi..











Actually yang beriya nak naik train ni daddy dia..Disebabkan terlalu taksub dengan novel Lagenda Budak Setan tu, dia try nak amik feel macam mana si Aqasha tu bawak anak dia naik train tanpa isteri di sisi..Then jumpe Kathrina dalam train...masa elah nyer,..ni isteri ada tercongok depan die..berani ke nak jumpe Kathrina..(tetibe membawa watak)..huhu

Friday, March 2, 2012

Kisah Putrajaya BLACKOUT semalam!!

Sepanjang 3 tahun lebih menetap di Putrajaya, ini lah first time rasanya Putrajaya BLACKOUT!! Mesti banyak cerita lawak dari penduduk kat sini kan? Alamanda pun blackout tau..Tapi ada juga Presint yang terkena sipi-sipi je.

Aku ni dahla baru lepas masak..Takda la masak mana pun, husband nak makan roti sosej salut cheese goreng. So masak le cincai-cincai je, chicken ball skit, fries sikit. Macam biasa lah, spesies malas nak mandi. Ingat lepas makan baru la nak mandi, nanti kalau mandi before masak kang, berbau minyak la badan kan..hehe

Sambil-sambil makan 3 beranak tu, kitorang layan 999. Kebetulan pulak topik hari tu pasal curi kabel. Pastu kemain la laki bini ni duk berbincang seyes pasal syarikat bekalan letrik TNC tu,..rugi tak untung-untung la, banyak rasuah la, bonus beriban la..eh, macam-macam la..

Tetiba tengah je nak telah chicken ball, lampu rumah slow-slow malap..Mula-mula lampu kat dining, pastu kipas, pastu lampu atas...pastu baru la TV!! Gulppppp!!..apekah? Dah la semalam malam Jumaat..Pastu husband pulak buat-buat cuak kan..eeee..gerammm..

Dalam aku duk terkebil-kebil cari lilin kat laci dapur tu, tetiba je anak ngan laki aku takda..Ish, rumah dah gelap gelita..luar rumah pun gelap gelita..mane diorang ni? takut wehhh..Dengan selamba badak je aku keluar rumah, aku jerit, "Daddyyyyyy!!!! u kat mana???". Then dengan suara happy dia jawab, " Ada ni kat umah sebelah..Hadif seronok main ngan kawan-kawan kat luar...". Boleh pulak kan? Ada ke patut tinggal je daku sensorang diri kat dalam umah tu, pastu dia 2 beranak boleh buat2 happening kat luar..

Dia suruh aku keluar join sekali..Dah melangkah setapak ke luar, baru aku teringat aku tak pakai kain..hahahhaha..bukan, maksudnya aku pakai baju kurung je..duk rumah kan..nak masak pulak tu..hihihi..aiseyhh..macam mana nak amik kain ni? kain kat bilik atas pulak..

Aku paksa laki aku balik semata-mata teman aku amik kain kat atas..hahahaha..berani tak? berani tak? pastu dia berkeras tak nak teman sebab panas duk dalam umah..Aku pun dengan muka sememeh naik atas sambil ditemani lampu suluh terus laju je melangkah tangga, masuk bilik tak tengok lain dah..terus terkam kain dan akhirnya selamat lah kain tu aku pakai...hihihi

Nak call TNC tu line busy memanjang, so husband start kereta kitorang keluar jenjalan menikmati Putrajaya yang mandom suram tanpa lampu-lampu neon di tepi jalanraya tu agak sibuk jugak sebab maybe ramai jugak yang decide nak kuar dari rumah kot. 

Baru teringat, Achik (babysitter Hadif) pegi Alamanda. So, kitorang call dia cakap biar kitorang yang amik dia. Bahaya tu, dahla anak dara kan..nasib dia ajak kawan dia teman..Ada jugak la peneman nak naik tangga ke rumah dia tu nanti..

Sampai je umah Achik, Putrajaya pun kembali cerah semula..Tak lama sangat la duk bergelap sebab aku tau ni mesti diorang takut kena marah ngan PM..hahaha..bertuah badan duduk dibumi Putrajaya...hehehe

Punca blackout tu dikatakan sebab stesen pencawang TNC tu terbakar kat area Bangi..

Terima kasih TNC kerana berjaya mengganggu gugat kehidupan kami buat seketika..Eh, boleh pulak aku fikir time tu ada konspirasi nak serang Putrajaya..Siap pegi tengok umah PM tu..ok ke idakk..tapi dapat tengok luar je la..Lampu-lampu i-City kat luar tu pun blackout jugak..hahha..tahpape..tapi aku tak rasa umah dia blackout kot! opss..no komen..hehe

p/s: Sediakan payung sebelum hujan. Simpan la 2 3 kotak lilin kat umah or nak moden lagi beli la 2 3 lampu picit..

Thursday, March 1, 2012

Masih kah anda ingat pelakon veteran ini?





Jika anda pernah melihat wanita ini di kaca tv satu ketika dahulu, benar...anda tidak tersilap kerana wanita yang kelihatan sangat gembira bersama anak-anak kecil ini merupakan seorang bekas pelakon drama pada satu ketika dahulu. Beliau sanggup menjadikan rumah yang beliau diami ini sebagai tempat perlindungan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Tatkala saya sempat menjengah ke Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah terletak di Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur ini , kedengaran suara riuh rendah di halaman rumah menyambut kehadiran saya dengan senyuman dan penuh kegembiraan.

Sedikit sorotan kisah mengenai Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah...




Penglibatan awal hanya sebagai sukarelawan
Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah ini diasaskan oleh Puan Zainab binti Othman, seorang wanita kental yang ikhlas dan berhati mulia memberi perlindungan kepada anak-anak yatim di luar sana. Beliau sanggup menamatkan kerjaya beliau sebelum ini sebagai seorang bekas pelakon veteran dan juga pernah mempunyai perniagaan katering semata-mata untuk menjaga serta mendidik anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Beliau tekad menjadikan rumah yang beliau diami ini sebagai sebuah rumah perlindungan kepada 18 orang anak yatim yang tinggal bersama-sama disini. Sehingga kini, beliau yang dahulunya juga merupakan seorang sukarelawan mampu memberi perlindungan tempat tinggal, pakaian, makan dan minum kepada anak-anak yatim ini.



Mengutamakan didikan agama sejak dari kecil
Seramai 7 orang penghuni lelaki dan 11 orang penghuni wanita dalam lingkungan umurnya bermula daripada 8 bulan hingga 17 tahun. Menurut Puan Zainab atau lebih mesra dipanggil Kak Nab, mereka yang bersekolah telah dihantar ke sekolah tahfiz yang berdekatan agar dapat mempelajari dan memperolehi didikan agama yang sempurna. Beliau percaya melalui didikan agama yang sempurna, kehidupan anak-anak ini kelak akan sentiasa diberkati dan mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.



Keadaan persekitaran yang agak terhad
Hasil lawatan pertama kami ke Raudhatul Jannah ini mendapati bahawa rumah perlindungan tersebut tidaklah seperti rumah-rumah kebajikan yang lain di sekitar ibu kota ini. Keadaan persekitaran rumah yang agak sesak dengan barang-barang yang disumbangkan oleh orang ramai terpaksa diletak di luar rumah memandangkan keadaan di dalam rumah yang agak terhad. Terdapat 4 buah bilik di rumah ini yang masing-masing dikongsi seramai 4 orang setiap satunya. Lebih menyedihkan lagi, Puan Zainab sanggup menyediakan semua bilik tersebut untuk anak-anak yatim di sana, manakala beliau memilih untuk tidur di ruang tamu sahaja.



Tidak suka meminta-minta
Selain daripada itu, kami dimaklumkan oleh Puan Zainab bahawa rumah perlindungan ini tidak menerima bantuan kewangan daripada JKM kerana menurut beliau bantuan kewangan yang ditawarkan itu amat sukar diperolehi memandangkan JKM menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh sesebuah pertubuhan sukarela kebajikan seperti rumah perlindungan ini. Menurut beliau juga, walaupun beliau tidak menerima bantuan bulanan dari mana-mana pihak berwajib, namun rezeki untuk menyara kehidupan anak-anak yatim ini tidak pernah putus kerana sentiasa mendapat bantuan dan sumbangan daripada orang ramai dan juga badan korporat. Jelas kelihatan sifat dan personaliti beliau yang tidak suka meminta-minta ini mampu membesarkan anak-anak yatim ini dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.



Menerapkan nilai-nilai murni
Walau bagaimanapun, perhatian kami lebih tertumpu kepada kekemasan dan kebersihan yang diamalkan serta diterap oleh semua penghuni di sini. Walaupun, keadaan rumah yang agak sesak, Puan Zainab mampu mendidik anak-anak di sini agar menjaga kebersihan dan mendisiplinkan diri. Sikap dan personaliti setiap penghuni di sini yang sangat menghormati tetamu turut membuatkan kami tersentuh hati dan amat bangga dengan kewibawaan Puan Zainab yang juga digelar sebagai “ummi”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...