Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, March 19, 2018

"GONG NEKARA" karya puitis anak didik Malique Ibrahim

Terpanggil untuk membuka tirai 2018 dengan entri pertama yang berkisarkan tentang isu hangat industri muzik hip hop yang sedang tular di media sosial. Bukan kerana aku ini berada di dalam bidang yang sama, tetapi rasa sedikit tempias kerana melibatkan adik ku, Kmy Kmo si penulis karya. Kisah bagaimana Malique melamar adikku pernah aku kongsikan DISINI.

Lagu yang diberi nama "Gong Nekara" ini merupakan genre hip hop nusantara yang heboh diperkatakan membidas lagu "Mambang" yang dihasilkan oleh Altimet. Spekulasi ini mula timbul apabila Altimet mengeluarkan single terbarunya bertajuk Mambang dan dikatakan bait-bait lirik yang disusun agak sinikal mengkritik Lagenda Hip Hop Malaysia tak lain tak bukan, Malique Ibrahim.

Mutakhir ini, industri muzik hip hop tanah air heboh kembali apabila lagu Gong Nekara yang sepenuhnya dihasilkan oleh dua orang anak didik Malique ini dikatakan menyahut balas seruan Altimet di dalam "Mambang".

Ramai yg masih menganggap lirik lagu ini ditulis oleh Malique. Kerana gaya penulisannya  dikabarkan persis Malique. Ya benar Kmy dan Sham (LS) adalah anak didik Malique.  Mereka berdua bukan sahaja rapper, malah kedua-dua anak didiknya ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kalau Kmy Allah bagi anugerah untuk dia menyusun dan mencipta lirik, LS pula bijak menyusun  muzik. Sebab itu Malique memberi kepercayaan kepada dia sebagai sound engineer sewaktu di Qarma Musiq. Percaturan Malique tidak silap apabila menyunting dua rapper underground ini berada dibawah labelnya dahulu kerana mungkin dapat menjangkakan mereka mampu memberikan impak pada industri muzik hip hop tanah air satu hari nanti.Sebelum ini mereka di bawah label Qarma Musiq tp kini sudah tidak terikat dengan mana-mana label, lebih selesa bergerak bersama kumpulan underground YMYFAM, cuma karya & lagu diterbitkan oleh Luncai Emas atas tiket sebagai penulis lirik & komposer. Malique & M.Nasir sangat terkenal dengan lirik yang puitis. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka boleh menghasilkan lirik persis gaya penulisan Sifu.

Ternyata Malique sedang tersenyum melihat 2 anak didiknya ini kerana itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Qarma Musiq di laman twitter adalah sebagai satu tanda sokongan. Orang yang mengagungkan seni muzik ini cukup berbeza dengan orang yang jadikan muzik untuk popular. Mereka menghargai setiap bait lirik dan runut bunyi, bukan asal boleh tangkap muat semata.

Sayangnya industri muzik kita hanya menilai pada popular dan meraih untung. Belum cerita unsur kronisme dan favouritsme yang semakin menjadi-menjadi. Sebenarnya bukan sebab pendengar mahu dengar, tapi pendengar mendengar lagu yang kerap diputar, itulah yg akan didengar, dihafal dan dilagukan. Stesen radio tidak educate pendengar dengan lagu-lagu berkualiti. Maaf kalau salah tapi ini yang aku rasalah sebagai seorang pendengar setia radio-radio tempatan. Mungkin sudah tiba masanya, stesen radio menjamukan hidangan lagu yang lebih berkualiti dari segi lirik, nilai moralnya dan penggunaan bahasa ibunda yang cukup indah, variasi dan klasik.

Dari pandangan mata kasar aku, aku melihat ini sebagai petanda yang baik. Kebangkitan lagu seperti ini meniti di bibir rakyat bukan sekadar untuk dibahas, malah ia memaksa kita yang tidak tahu atau malas berfikir ini mula mentelaah kamus untuk mengenal maksud dan istilah di setiap bait-bait lirik. Lagu Mambang mencetuskan provokasi, lalu Gong Nekara menempelak dengan bahasa yang cukup padu dan kontroversi. Altimet sudah lama berada di layar perdana, dicabar oleh KmyKmo yang sudah lama berada di arus bawah tanah, dan dari sini sinergi dan komparatif mula berlaku. 

Buat Kmy & LS, abaikan mulut buruk yang bersuara. Jujurlah berkarya kerana ramai yang berada bukan di belakang kamu tetapi bersama kamu. Bila orang cakap lagu ini lagu Malique. Kau patut senyum saja sebab aku percaya Malique juga sedang tersenyum.


Naskhah ini cukup berat, 
Bait bait lirik tersurat dan tersirat,
Begitu juga dengan kisah Gong Nekara ini,
Ada yg mentafsirkan pertembungan dua budaya, 
Ada pula yang menganggap kisah hidup suami isteri, 
Ada yang spekulasi bermacam lagi. 
Hanya si penulis yang tahu apa yg terbuku dihati.

Biarkan Oh Bulan berbicara
Biarkan The Vocket merengsa
Biarkan Haters menyalak mula

Pandanglah ia petanda yang elok 
Karya kamu sedang direlai
Dinilai setiap selok dan belok
Usaha jaya pasti digapai

Cuma satu yang aku minta
Berilah peluang kepada adikku berkarya
Mengkayakan irama lagu dan seni malaya
Yang semakin dimamah popular semata
Isi kosong nan tiada makna

Dia hanya biasa biasa
Bila disarung topeng Agenda
Dia bikin jadi berbisa
Ya benar Malique Mahagurunya

Dengarkan, bicarakan, alunkan.

Diberi nama "Gong Nekara"

======================================

Artis : Kmy Kmo ft Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo ft Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo
Produser : Luca Sickta


Tubuh berbulu,
matanya merah dalam rimba,
aku keliru angkatan ke lembaga menjelma?
urat kepala,
berdenyut cemas tak tenteram,
aku keliru,
berbaur seram dan geram.

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!



Verse 1 Kmy Kmo,

Dilontar lampiran yang tak se berapa mengusik,
nak dionarkan sakinah yang sebati di bumi muzik,
buncah dek,
tertumbuk akal tua picik yang mula semakin uzur kufur,
nikmat yang diberi percuma lantas nafsunya terus menggelupur,
rongga ritma rambang gila,
"kuku bima' bacok lidah,
longgar rima lambang nila,
susu dijaga rosak dah diludah,
separuh baris salam sua,
kenal dalam dunia nista,
pelaris dicari dalam gua,
untuk diguna demi dusta cita,
invasi kritikal,
silap ritual,
basi fizikal,
membengkak mual,
injaksi lirikal,
gilap visual,
salah magikal,
katak berbual,
mahu klasikal,
beli dan jual,
beli mistikal,
jual misitkal,
beribu tahun,
berkali lantun,
berjuta pantun,
berjujuk lakon,
Ya !
pungkur panas berdarah gusi ke ?!
hilang nafas yang tata susila !
ukur ganas pada kerusi je !
bilang "Emas" hmm jauh lagi la..
ukur agas dengan burung hantu,
cari nahas di gua puaka,
mantera lahir dari jari hantu,
matra ganas tak cari suaka,


Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!



Verse 2 Luca Sickta,

Pantun angkuh lantun rakus rumus,
Santun patuh jakun kamus kubus,
Seru jangan sampai tamak nama,
Deru arus angan, tambat, lambai saka,
Mata merah tangan santai,
Bila,
Diam duduk tak berantai,
Maka, Tindak tanduk pun ter urai,
Dendam silam tusuk terburai,
Wooh
Naik bongkak susah sampai otak,
Sambil dongak waktu tolak,
Makhluknya rongak kepala botak, 
Minda todak namun masih hidup dalam kotak,
Tayang usah , jika jiwa tu mudah melayang,
Resah tenang diri sendiri sudah di karang,
Apa lagi?
Mahu jadi?
Terikat dengan bayang sendiri dari dulu sampai hari ini, haaaa...

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!


Verse 3 Kmy Kmo

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan
yang tak dihirau,
mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau,
Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau,
makin hari makin resahjiwa yang cuba ditenang,
tewas juga hujung hari lepas baru menang,
nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang,
bila jauh  jadi abdi "Masuth" puji pakai tendang,
"Murrah" gelakkan kau, aku, kita kerna dah berjaya,
lumrah gerakkan si alpa mudah lena lepas kaya,
bukan harta , atau benda di kejar nya hanya batu,
bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya Satu (Allahuakbar..Allahuakbar)

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!

Outro

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau.

3 yang mengekspresikan diri:

nhhas said...

well said sis.

"Mungkin sudah tiba masanya, stesen radio menjamukan hidangan lagu yang lebih berkualiti dari segi lirik, nilai moralnya dan penggunaan bahasa ibunda yang cukup indah, variasi dan klasik."


bukan radio je... tv dan novel pun perlu di educate semula.
bahasa yang huru hara.
jalan cerita tiada kualiti.

Unknown said...

Perghhhhh....abg/kakak pun power.boleh tahan...saya minat sangat dgn rap.teringin nak jdi rapper..tapi tidak pandai bahasa ibunda.tiada bakat lagi dalam tulisan..from malaysia maliquie is my no.1 , in a west eminem.
Sbb dua2 rapper ni ada persamaan.tulis lirik ttg real life.dan bahasa yg di gunakan cukup2 unik..dan kadang sukar utk d tafsir..menyesal saya tak master sastera...saya minat nak berkarya.tapi tak pandai..semakin d makan usia.semakin lemah bacaan.tapi minat tetap ada..salute all of you.
Love from sabah
Wawan
0168817600

Bralin Allison said...

Wow! I have read your article and it's so good I will share it with family and friends. I want to inform the travelers who want to visit Turkey that they need to fill a Turkish visa application form through the online process which is easy to track and get on email.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...