Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, April 25, 2012

Perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru

Hola!

Dah lama tak update pasal rumah kan? Bukan tak nak update, tapi lepas je dapat kunci tu..developer tak siap-siap lagi baiki defect yang ada. Defect takdala banyak sangat, tapi kena fahamla nak baiki sana sinun kena ikut turn kan. Dalam pada tu, kami bukanlah berdiam diri duk sesaje tanpa memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah.

Alhamdulillah, setelah mengambilkira bajet dan kos keseluruhan khas untuk masuk rumah baru ni, rasanya kami dah berpuas hati dengan tawaran harga daripada kontraktor kedua kami. First kontraktor tu terpaksa reject sebab quotation depa bagi fuhhhh...memang tak masuk akal. Tapi sebab depa ni kontraktor Kelas A, dah biasa buat renovation rumah juta-juta gamaknya, maybe diorang tak tau macam mana nak buat quotation untuk rumah yang sedang-sedang je ni kot. hihi..

Berbalik kepada tajuk entri, actually nak share dengan korang pasal pemasangan alarm system. Itulah padahnya bila beli rumah kat sini. Kalau kat kampung halaman, umah umi dan abah tu...Jangan kata alarm system...gate kat depan tu semenjak azali memang tak pernah berkunci..hihi..So, this is my first experience lah kan..Kena banyak study pasal alarm system ni..Besok gasakla silap tekan..hari-hari bunyi siren memekak kat rumah aku ni..hehe

Tapi sebelum nak share dengan korang pasal alarm system yang kami pilih ni, saya nak share something yang rasanya mungkinlah berguna untuk korang semua yang bercadang nak pindah/masuk rumah baru. Perkara-perkara asas seperti ini perlulah dilakukan mengikut keutamaan yang terdahulu. Actually kalau takda consultant rumah, kami pun tak tau yang mana patut dibuat dulu. A million thanks to kawan husband, Ijan sebab sudi jadi consulant tak berbayar kami..hehe

Pertama: Alarm Wiring
Before kita nak buat segala bagai mak nenek kat rumah ni, kita kena panggil orang yang nak pasang alarm tu untuk diorang buat kerja wiring dulu. Ye la, benda ni memang agak leceh bila ada siling, dinding yang perlu dihacking untuk kerja-kerja wiring yang berkaitan dengan pemasangan alarm ni.

Kedua: Wiring
Dah siap suruh orang alarm tu wiring, now baru la panggil orang yang nak buat wiring satu rumah. Before tu kita dah kena kenalpasti jugak mana-mana tempat yang nak kena tambah point untuk plak atau suis.

Ketiga: Plaster ceiling
Then baru la boleh buat plaster ceiling. Yang ni pun kena bincang betul-betul nak buat design lagu mana. Sat lagi, dah siap buat takleh nak cabut-cabut dah.hehe...

Keempat: Mengecat rumah
Dah setel sume perkara-perkara yang melibatkan benda-benda tersorok diatas, baru la boleh mengecat rumah. 

Kelima: Kitchen Cabinet/Build in wardrobe/build in tv cabinet
Dah siap wiring, plaster ceiling dan  mengecat, boleh la nak panggil orang buat kitchen cabinet. Kalau ada yang nak buat wardrobe pun dah boleh suh depa buatkan. Sebab semua kerja-kerja "kotor" dah selesai kan, baru la buat kerja-kerja "cantik" pulak.
Keenam: Tinted cermin
Dah siap cat apa yang patut, pasangla wallpaper siap-siap kalo nak..baru la kita pasang tinted cermin. Tinted ni kena tengok juga brand apa. Kalau brand from China or Korea memang murah, tapi faham-fahamla kualiti dia macam mana. Tujuan utama pasang tinted ni bukan je sebab nak cantik semata, tinted juga boleh mengelakkan langsir kat rumah kita tu kualitinya sentiasa maintain, tak lusuh dek panas sang mentari..cewahh! =D

Ketujuh: Grill
Dah siap pasang tinted, barulah korang pasang grill. Diingatkan, korang kena bagitau kat orang yang nak buat grill tu, kena buat satu tingkap kecemasan yang boleh dibukak bila ada kecemasan. Biasanya buat kat tingkap dalam bilik. Kalau kat tingkat atas tu dah ada pintu, kalo boleh korang mintak jugak buat untuk tingkap kecemasan. Just incase ada kebakaran or penyamun ke, boleh la korang keluar ikut tingkap tu. Tapi makesure la kat luar tingkap tu ada tempat nak landing..

Kelapan: Pasang alarm & auto gate
Dah siap godek-godek satu rumah..lastttttt sekali baru la korang panggil orang pasang alarm & auto gate tu. Ni kira benda paling last la korang buat sebelum nak masuk pindah rumah..Ok !
p/s: setakat ni kami baru start yang mula-mula sekali tu..Next week nak suruh orang buat kitchen cabinet datang amik ukuran kat rumah. At the same time nak suruh jugak orang buat grill datang amik ukuran. Sekarang kerja kena buat multi-tasking..nak pindah cepat kannn...itupun kali sempat nak pindah before kursus 6 bulan.. ;(



Okay setakat tu je sesi knowledge sharing pada pagi ni.. Sharing is Caring!! Next entri kita update pasal Alarm System okey! ^_______^

Tuesday, April 24, 2012

Sabarpun ada tahapnya kakk...!!

Hari ni entri sedikit mengawal amarah..
Gua paling pantang la orang yang suka amik kesempatan..
Amik kesempatan pada kuasa yang ada..
Yang kononnya Yang Maha Hebat..
Konon la..

Tadi dapat tau..
Husband dapat surat untuk pemotongan gaji..
Sebab last year dia ada terlebih cuti satu hari..
Itupun sebab selalu cuti jaga anak..
Pahamla anakanda saya tu kan selalu tak sihat..

Yang menghangenkan aku satu badan..
Ada ke patut..
Ada ke logik..
Surat tu di quote kan..
Bawah tindakan tatatertib????
Apa kes ko ni minah??

Logik ke korang rasa..
Sebab terlebih cuti..
Kena tindakan tatatertib?
Gilokapo??

Bila husband bagitau tadi..
Terus rasa berderau je darah den ni ha..
Mana taknya..
Nak dengar lagi kisah menyayat hati?

Sebelum ni minah ni dah penah buat hal..
Dengan staf dia, which is kenalan kitorang jugak..
Disebabkan member ni selalu cuti jaga anak..
Habis dia porak perandakan hidup member ni..

Dahla kena tindakan tatatertib..
Alasan sebab apa aku pun tak tau apa yang dia reka..
Dia tu bukan merujuk kepada member aku..
Dia tu adalah minah senget ni..

Tambah sedih lagi..
Member ni bukan je tak dapat naik pangkat..
Habis ditarik elaun memangku..
Ini baru betul durjana!

Dahla member ni anak selalu masuk sepital..
Risau kan anak..
Karier pulak habis jadik camni..
Bukan apa..
Kalo dah ada rekod tatatertib..
Tak elok la buku servis kan?
Buku servis tu dah kira macam nyawa kita dalam gomen ni..

Aku punya la simpati kat member ni..
Alih-alih kena plak kat husband..
Akhirnya Tuhan memudahkan perjalanan hidup member ni..
Dia dapat transfer ke agensi lain..

Dia cakap dia redha dengan dugaan Tuhan ni..
Tapi dia tak berdiam diri..
Berani kerana benar..
Takut kerana salah...

So, minah...
Nasihat aku la kan..
Tu pun kalo ko baca blog muruk aku ni..
Jangan la suka aniaya orang..
Esok lusa Tuhan balas balik..
Setepek je kat muke comel awak tu..
Jangan pandai-pandai sekat rezeki orang..
Sebab Allah bagi elok-elok rezeki memasing...
Hari ni hari ko..
Esok lusa tau tak?

Sekian, celoteh mak jemah..
Jarang mak jemah hapdet entri "busuk" camni..
Tapi mak jemah pun ada hati dan perasaan jugak..
*__*   toink..toink!

Monday, April 23, 2012

Pergimu Takkan Kembali...

As salam...

Berat mata memandang..
Berat lagi bahu yang memikul kesedihannya..
Siapa menduga..
Anak yang sihat membesar..
Sehingga satu tahun empat bulan..
Pagi yang suram ini..
Si anak dijemput kembali...
Pulang ke rahmatullah..

Masih teringat si ayah berkongsi..
Ketika kami melawat adik Yanie di ICU semalam..
Rakaman video si anak yang diambil setiap hari..
Melihat gelagat si  anak yang tidak pernah jemu
Hilai tawa si anak menjadi tatapan setiap hari..

Entah kenapa hati sungguh hiba dan sedih
Melihat adik Yanie di atas katil tidak sedarkan diri..
Hanya bergantung kepada life support semata..
Si ayah mengusap dahi..
Menggenggam tangan dan jari jemari si anak..
Sambil menyebut "Siannn yanie..sian dia..siann yaniee"

Air mataku tidak mampu menahan sebak didada..
Tidak sanggup rasanya membayangkan..
Bagaimana jika dugaan ini terjadi kepada ku..
Mungkin aku tidak sekuat mereka..

Dan kini..
Semuanya hanya tingal kenangan..
Kenangan di video hanya boleh diabadi..
Si ayah dan si ibu meredhakan permergian Yanie..
Yang hilang dengan sekelip mata..
Besar sungguh dugaanMu Ya Allah...

Al-fatihah kepada adik Yanie..
Sedikit kronologi..
Jumaat lepas adik Yanie muntah di taska..
Teruskan dikejarkan ke hospital akibat kekejangan..

Besar sungguh dugaan Tuhan..
Disebalik sakit yang tiba-tiba muncul itu..
Rupa-rupanya adik Yanie menghidapi brain tumor last stage..
Sebesar genggaman..
Yang sudah berusia satu tahun..
Bermakna tumor tersebut telah berada di dalam otak arwah..
Ketika arwah berumur 4 bulan lagi..

Ajal maut ditangan tuhan..
Siapa sangka Allah memberi peluang beliau hidup..
Menikmati erti kasih sayang ibu dan ayah..
Selama 1 tahun 4 bulan..

Dan hari ini..
Adik Yanie tenang bersama Maha Pencipta..
Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui...  

AL-FATIHAH UNTUK ADIK SARAH IZZYANIE,..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Ella Couplebirds Featured in HIJABISTA!

Salam Jumaat para-para gadis!

Tadi baru berkesempatan beli majalah HIJABISTA
Eh, ke ada yang tak tau pasal majalah ni?
Takpela tak tau pung...
Lambat laun korang akan tau jugak ^___^

Misi utama nak beli nak tengok my cousin, Ella..
Ella Couplebirds..
Nape Couplebirds gok?
Tu nama blogshop dier..
Dia jual pakaian ala vintaj..
Cantik dan murah..
Banyak dah beli apparels from Couplebirds ni..
Sape nak beli boleh tengok blog dia..
A Couplebirds..
Boleh jugakla nak add dia kat FB..

Ella ni memang pandai berbisnes..
Memang darah orang meniaga..
Ummi dan walid dia pun berbisnes..
Bagus..bagus..hehe..

Sekarang Ella ada jual barang-barang Tefal..
Imported from Oversea tau..
Murah teramat sangat kalu nak banding ngan market price kat sini..
Almost 50% murahhh..
Sesape nak order, boleh direct je contact dia..
Banyak sangat pilihan..
Emel dia untuk tengok katalog..
shuhaila_salim@astro.com.my

Berbalik citer HIJABISTA..
Double Thumbs up to Ketua Editor..
Edisi Pengenalan yang baik..
Cumanya ada komen sikit..
Sikit je tak banyak..
Nape ada gambar orang yang tidak berhijab?
Eventhough tak banyak..
Tapi boleh buat orang konfius nanti..
Apatah lagi orang bukan muslim..
Janganla hanya sekadar branding semata ye..


Part yang best dalam HIJABISTA ni..
Tengok masing-masing cantik je..
Stylo mylo belake..
Ada banyak tips untuk mereka yang berhijab..
Mereka yang ada niat nak berhijab pun elok beli majalah ni..
Banyak ilham dan perkongsian idea dan pendapat..


Cadangan saya kalau ada ruangan ikon muslimah lagi best..
Contoh amik la Kak Wardina..
Boleh dia berkongsi kisah penghijrahan dia..
Sampai la jadi seperti sekarang...


Akhir kata..
Tahniah kepada team HIJABISTA..
Tahniah jugak to my sweet kazen..Sharifah Shuhaila @ Ella
Pasni boleh la jadi part time model muslimah..
^__*









 
Ha, sesape nak order Tefal boleh contact Ella tau!!
Boleh bayar 3 kali..
Barang direct dari UK..
Worldwide Warranty..

Thursday, April 19, 2012

You are God's Greatest Gift...

Dah lama tak update pasal anak..
Bukan sebab malas, tapi tiap kali nak update mesti nak sedih..
Sedih la tak lama je lagi anak teruna ni nak kena tinggal..
Ummi dia kena pergi kursus 6 bulan..
Waaa..mesti ummi dia nangis hari-hari..

Berbalik citer pasal anak..
Hadif Oh Hadif!!
Tiap-tiap hari ada je benda baru yang dia explore..
Hadif sekarang dah pandai cakap.."abidaaa" (habis dah)
Dah pandai sebut "keeyy" (cat)
Dah pandai sebut "berrr" (bird)
Dah pandai sebut "boaa" (ball)
Sume abjad belakang tak dengar..
Yang paling tak tahan mulut memang banyak..
Tu menurun la makpak dia memang mulut banyak..hihi

Dah pandai tiru gaye kite..nak-nak kalau time solat..
Masa tu lah dia sibuk jugak menonggeng kat depan kite..
Ada satu hari tu ummi dia tengah sujud dia pun duduk atas kepala ummi dia..
Puaslah umi tunggu mana la daddy nak selamatkan ummi dia takut lemas sujud lelama..

Kalau bercakap bahasa "jerman" dia tu mesti ada nada..
Entah ape dibebel tapi mesti nak berlagu..
Sekarang suka sangat Upin Ipin..
Bila tengok Top-to-Toe wash dia gambar Upin Ipin..
Otomatik suara jadi halus sebut "to..to..to" (betul..betul..betul)
Jangan kata la kalo dapat eePad tu..jari tu laju je suh bukak Upin Ipin..
Sampai habis la ranap eePad..sian daddy baru nak merasa pakai..
Mogok dengan anak..sampai anak cedera..

Hari tu pegi Jakel, jatuh tersadung kat kayu bidai..
Berdarah belakang telinga..
Ada la menangis seminit..
Pastu sambung balik..
anak..anak..

Hari-hari balik rumah keja dia main ball
Dah puas main ball..dia ngemas book..
Tak kira la book umi ke or book dia..
Paling dasat bila habis lunyai book dia kunyah..

Naik je masuk bilik..dia sepahkan bakul make up dia..
Target utama mesti curah bedak ke lantai..
Pastu amik kain buat-buat lap lantai..
Sambil-sambil tu berenang atas bedak..
Nak sedap lagi sembamkan pipi gembol tu atas bedak..

Dah puas main bedak..
Main mammut pulak (bangku Ikea)
Terbalikkan mammut, then dia duduk celah tu..
Pastu dia tunggang la mammut..siap mammut boleh bergerak sendiri ke depan..
Ummi dia nak layan..ummi buat bunyi sound effect kude..
tegedek..tegedekk..tegedek..tegedek..
Dia pun tunggang la mammut sampai naik sekh..
Pastu terantuk kepala..nangis seminit..
Pastu penat mintak tolong angkat..
Sebab takle kuar sendiri tersepit tengah-tengah mammut..

Dah penat..dia mintak susu..
Tapi kalau botol susu ada dengan botol air masak
Dia 'bias' air masak..susu podaaa...
Bila dah ngantuk tahap gaban..
Baru la kawan ngan susu dia...

Nak tido kemain susah..
Kalo dia ngantuk before maghrib..
Ummi paksa dia jangan tido..hahaha
Nanti dia bangun pukul 9 malam..
Memang jawabnya kul 2pagi baru tido..
So nak taknak kena main ngan dia sampai la dia penat..

Umi beli rumah untuk Hadif..
Rumah tu ringan boleh lipat..
Tapi sebab rumah tu ringan..
Dia boleh heret je rumah tu sebelah tangan keliling rumah..
Nak brutal lagi..
Dia tak jumpa pintu masuk rumah..
Dia masuk kut tingkap..
boleh gitu?

Selain rumah, hadif ada banyak transport..
Paling berjasa tricycle dia..
Weekend pepagi paksa daddy bawak jenjalan pegi playground
Naik tricycle..
Dalam rumah main motorbike..
Tak berapa nak main pun..
Cuma rajin jadi pomen moto..
Habis siren tercabut..
Mini Cooper pulak sekali sekala je main..
Sebab dia cepat boring..bazir je beli..

Anak Oh Anak...
Tak boleh imagine lagi nak tinggalkan kamu Dif..
2 minggu berjauhan pun dah tak keruan ummi..
Nanti malam-malam umi terjaga..
Mesti tersasul nak basuhkan botol susu kamu..
Sekarang buka je mata,.,
Nampak kamu bergelimpangan atas katil..
Nanti buke je mata..
Umi sorang je atas katil..
Hadif tido gelimpangan kat kampung rupenye..
hempap muka tok umi n tok abah dia..

Umi pergi sekejap je nak ye..
6 bulan tu tak lama (ok tipu)
Ummi pergi berkorban kerana terpaksa demi bangsa dan negara.. (ok tipu lagi)
Kalau ummi tak pergi kursus ni ummi takle bawak kuar duit EPF..hehe
Camne ummi nak bawak Hadif gi umrah.. (ok part ni tanak tulih dah..air mata otw nak jatuh)

Be a good boy ye sayang..
Ummi sayang Hadif infinity..
Hadif duk dengan tok umi jangan naughty..
Nanti tok umi menjerit kalau wat sepah umah dia..
Kalo duk ngan ummi..ummi jarang jerit..
Umi meraung je...hihi..








Resepi: Macaroni Bolognise Cheese

Hye semua!!

Dah lama sangat tak share resepi dengan korang kan..
Entah ada ke idak orang yang berminat dengan resepi cikai saye ni..hikhik
Ok, takpe tak kisahla..janji sharing is caring kan?

Hari ni nak share resepi yang paling simple kot.
Nama je macam gempak kemain..
Ini cara cincai saye je tau..
Mana tau korang ada resepi lebih menarik..
Boleh la share dengan saye jugak!

Daddy dengan Hadif memang suke!
Sebab ada Cheese..
Daddy dah macam Mickey Mouse suke cheese..hiihi
Hadif dah macam Ratatouille..hehe

Jommmm....Mari kita ke dapur!!

Bahan-bahan:

- 4 ulas Bawang Merah ditumbuk kasar
- 2 ulas Bawang Putih ditumbuk kasar
- Cili Sos
- 1/2 biji Capsicum dipotong dadu
- 1/2 biji Lobak dipotong dadu
- 5 ulas cendawan butang di potong dadu
- 5 sosej dipotong dadu
- Cheese (saya guna cheesedale je)
- Macaroni
- 1 tin Prego tradisional
- 1 1/2 bungkus daging kisar
- 2 sudu besar minyak masak

Caranya:

- Panaskan minyak
- Masuk kan bawang merah dan bawah putih yang di tumbuk kasar dalam kuali. Biarkan bawang sehingga nampak kekunigan
- Masukkan daging kisar tadi. Biarkan sehingga air daging kering sedikit.
- Masukkan capsicum, lobak, cendawan butang dan sosej.
- Masukkan pula sos Prego..biarkan lama sedikit sehingga naik bau harum
- Tambah cili sos
- Tambahkan garam secukup rasa
- Last sekali baru masukkan cheesedale 3 keping
- Kacau hingga sebati

- Macaroni direbus selama 10 minit. Tambah secubit garam semasa direbus. Siap, toskan. Kemudian, masukkan ke dalam sos yang dah siap atas dapur tu. Nak campur pun boleh, nak makan asing pun boleh. Biasa saya campur je sebab makan 3 beranak je. tak ramai mana...

SELAMAT MENCUBA!!


Tinggalkan link BLOGSHOP anda di X-presi!!

Assalamualaikum...


Hari ni sejuk je kan..
Hujan rahmat..syukur..
Ada special offer untuk korang yang ada BLOGSHOP..
Kemn dengan baik hati nak buat amal jariah...
Saya ada buat special Bloglist for Blogshop tau..
So, sesape yang ada blogshop or website online shopping..
Boleh la korang bagi link kat Kemn ek..
Kemn letak kat bloglist tu..
Free je..
Blog muruk sayer ni bukannyer tinggi sangat trafik nak kena bayar tapak..hehe
Dipersilakan dengan tangan yang terbuka tau..
Maybe ada yang kemn dah letak dalam list tu..
Mana yang tau je tu..
Kat luar tu ramai lagi kan yang ada blogshop!!

Termasuklah diri sendiri..
Tapi diri sendiri ni bukan bisnes sensorang diri..
Ada sharepartner nama Mahanis yang manis..
Tu yang kat atas tu..
Jemputlah ke PopScarf tengok-tengok tudung/shawl..
Mana ada yang berkenan dihati..
Murah-murah je..
Tapi murah bukan sebarang murah..
Kualti dijamin (pinjam tagline Seri Pajam..hehe)
Kalau sudi lagi letak la link PopScarf di blog korang jugak..
Kalau sudi la..tak sudi takpe..tak marah pungg..hihi

Wednesday, April 18, 2012

Sama tapi tak serupa..


Ini hadif..

Dengan tok abah..

Sama kan saya dengan tok abah..

Kepala sanggol same..

Rambut kurang same..

Mata sepet same..

Perut boroi pun sama..hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Fuhhh..setelah blog hampir jahanam..

Salam,

Just a quick update di petang hari..
Entah kenapa blog i jadi mengong..
Yang mengongnya i kot..
Gatal gi godek-godek coding..
Kononnye nak upload template blog..
Sekali habis kucar kacir jadiknye..
Berdebar makk lapanplohlapansaat..
Now, dah cuba bekki..
Tapi still in progress nak mencantikkan lagi..
Blog yang muruk ni..

Header pun dah bertukor..
Tak tau la header hok ni ok ke dop..
Ke yang before ni lagi ok ha?
Saja nak tuka angin..
Asik gambo pakai baju pengantin jerkk

Lain kali buat lagi Kemn..
Tangan tu tak bedung kecik-kecik dulu kot
Ko dahla kabur mata
Kabur IT lagi..
Pandai sangat tu gi main-main coding..
Ingat ko ni Ratu Tutorial? hehe

Ok..celoteh melalut di kala senja...

^__^

Tuesday, April 17, 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa

 
AHLAN WA SAHLAN!
Kali ni saya nak join 1st Giveaway from Telekungnajwa sebagai tanda sokongan saya pada my SIL, Kak Ngah (Yusniza). Untuk pengetahuan korang, kakak ipar saya ada menjual pelbagai jenis telekung untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Harga yang ditawarkan sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran. Actually, saya sangat kagum dengan semangat kental kakNgah kerana terus aktif berbisnes walaupun terpaksa menjalani radioterapi susulan daripada kanser lymphoma yang dihidapinya. Semoga KakNgah terus kuat menghadapi ujian Allah ini dan saya terlalu berharap agar kesihatan KakNgah kembali seperti sedia kala. Ameen...
Untuk itu, saya nak jemput kawan-kawan tersayang semua untuk join Giveaway ni sebagai tanda sokongan moral kepada beliau untuk terus kuat bersemangat meneruskan bisnes Telekungnajwa ni!!! Mana tau, berkat sokongan dan bantuan korang..bisnes kecil-kecilan beliau ini sedikit sebanyak dapat menanggung kos rawatan dan perubatan beliau...
Dengan syarat yang sangat mudah,
1. Letak tajuk entri seperti di atas (Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa)
2. Follow blog Telekungnajwa   (CLICK HERE)
3. LIKE dan SHARE (to public) fanpage kami dan berikan serba sedikit komen/promosi/cadangan mengenai Telekungnajwa. (CLICK HERE) 
4. Tag kepada 3 orang rakan. (saya nak tag lebih boleh?)
 MAMA ICHA
MAMA SAQLAIN
UMMI ILYAS
MAMA HUMAIRAH
MAMALEEN
Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi, Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa! Hadiah yg menanti  adalah:-
1st prize: Telekung Q2 bernilai RM 80 ( mengikut size muka anda)
2nd prize: Telekung Travel Satin bernilai RM 29 -kaler mengikut stock yg ada eh..
3rd prize: Kain batik solat Cap Padimas bernilai RM 17
 
 

Monday, April 16, 2012

Cuba dahulu, baru tau...

Selamat petang semua!

Petang ni nak kongsikan dengan korang pasal kopi "magik" (bak kate Mahanis..hehe). For those yang mengikuti perkembangan blog saya, sudah tentu sudah sedia maklum mengenai kopi yang pernah saya jual ni kan. Untuk makluman semua, saya merupakan pengedar rasmi produk SALINA'Z Herbs dan  menjual salah satu produknya iaitu Slimax White Cafe plus Habbatus Sawda.

Formulasi dari Garcinia Combogia yang menghalang pembentukan lemak yang berlebihan dan membuatkan fasa kenyang. Membantu melangsingkan badan, merendahkan kolesterol dan mencerahkan kulit. Habbatus Sawda dapat merawat penyakit, masalah rambut, insomnia, mengurangkan sakit-sakit otot dan sendi, juga menambahkan tenaga.

Khasiat-khasiat lain yang ada pada Slimmax White Cafe Plus Habbatus Sawda adalah seperti berikut :

-Membantu melangsingkan badan
-Membantu merendahkan kolesterol
-Membantu mencerahkan kulit
- Membantu merawat penyakit
-Membantu masalah rambut
-Membantu masalah insomnia
-Membantu mengurangkan sakit sendi & otot
-Membantu menambah tenaga

HARGA : RM39.90 (WM) / RM43.90 (EM)

Disebabkan ramai yang tanya lagi saya jual ke tak Slimax White Coffee ni, so hari ni saya buka untuk order..For those yang berminat nak cuba, boleh cuba sekotak, RM39.90 (WM) / RM43.90 (EM) sahaja (15 sachet) .sesiapa yang pernah order dan  nak order lagi boleh lah nak order dengan saya. 

Promosi sempena Ramadhan yg bakal tiba, beli 2 kotak RM75.00 sahaja. Kopi ni bukan je sedap, tapi baik juga untuk kesihatan dan kecantikan luar dan dalam. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sesuai juga untuk ibu yang sedang bf baby jadikan sebagai milkbooster kerana kopi ni ada campuran serbuk habbatus sawda.

Korang boleh baca TESTIMONI daripada customer saya sendiri. Insyallah, berbaloi. 

Nak cantik, nak sihat jugak kan? Slimax White Cafe pilihan terbaik untuk anda!! Cuba dahulu sekotak, memang tak rugi...Insyallah..



Monday, April 9, 2012

Misi mencabut siren... Status: Accomplished!!

Cubaan pertama : sanggup duduk terbalik semata-mata nak cabut siren

Bersungguh!

Sikit lagi....

Yeaaaahhh..berjaya mendogolkannya!!! sory tok abah n tok umi...

Thursday, April 5, 2012

A little tent in da house!! tinkiu to ummi..

Yeayyy...hadif pun dah ada rumah sendiri..so jangan sibuk nak sepahkan umah ummi ye nakkkk...baru je beli semalam little tent ni sempena hadiah besday si anak..Umi ni stress sebab daddy selalu duk pressure bila umi nak beli present hadif..Actually memang takda pape plan nak beli hadiah apa lah kak anakanda sorang ni..Kalo nak beli transport tu rasanye idakla..kat dalam rumah ni dah macam-macam jenis transport dah ada..

Semalam pegi Manjaku dalam duk kalut-kalut nak cari barang, ternampak la benda alah ni..So, rembat je lah sebab tengok cara nak menyimpannya pun senang..itu yg penting sebenarnya..just lipat n pusingkan aje, then boleh simpan dalam cover dia..

Hadif memang eksaited kemain duk dalam rumah kecik dia ni..tapi yang umi kurang eksaited nye dia memang kreatif dengan idea-idea nak mengkaghakkan benda alah ni. Mentang-mentangla benda ni ringan, dia memang suka hati je tunggang terbalikkan rumah dia ni..nak ekstrem lagi, tak keluar ikut pintu tu pun..rajin kan nak keluar kut tingkap..gasakla nakkkkkkkkkk...

Papepun, rasa dah lega sangat sebab tak terbeban dengan rasa bersalah tak belikan present untuk hadif..kalo tak, mesti stress je asik kena pressure ngan daddy..

p/s: mengkaghak = jahanam/rosak binasa (bahasa Pahang)

Wednesday, April 4, 2012

Kulit wajah kusam dan bermasalah? Segalanya terjawab dengan produk ini..

As salam,

Setiap wanita sudah tentu mengimpikan kulit wajah yang cantik dan menawan bukan? Mungkin ada sesetengah daripada kita yang sanggup berhabis duit melabur beriban-riban semata-mata nak pastikan kulit kita kekal berseri dan anggun sepanjang masa. Mungkin juga ada yang menggunakan produk yang murah harganya kerana produk tersebut sudah cukup berbaloi menjadikan wajah bertambah anggun dan menawan.

Saya ni rasanya sepisis yang berani mati suka sangat bereksperimen muka..Cepat sangat bosan pakai produk yang sama..Tengok je orang pakai ni okay, tu okay, mesti sibuk jugak la nak teraiiii..Tapi apa yang saya perasan, kalau saya try pakai produk selain daripada produk buatan Asia macam Jepun or Korea, muko den mesti habih bertukar menjadi gordon...hahaha

Okay..nak cakap dulu..saya memang dari dulu lagi pakai produk from Korea or Jepun ni..Masa study dulu pakai Nano White, then bila dah start je keja banyak duit sikit kasi upgrade skit pakai Bio Essence Tanaka White..Aku ni memang sibuk berangan nak muka putih..hihi..bukanla taknak bersyukur, tapi saje la nak try test mane tau tetiba je muka putih gebu macam Zizi Izzete, kakak Shahizi Sam tu..hihi....

Lepas je beranak, time berpantang tu dah sibuk dah nak melawakan kulit muka ni..Suruh la ummi tolong tanyakan kawan-kawan dia mana yang ada jual local produk..Bukan apa, murah sikitt..masa tu kena jimat lah sebab dah kuar si hadif tu banyak la belanja nanti...Kononla,..padahal daddy je yang banyak perabis duit..hihi..So, dapatlah satu produk ni namanya De Bella..Kalau korang pernah dengar la kan..Before this, memang pernah tau keberkesanan produk ni. So, bila pakai je produk ni..tak sampai seminggu kulit muka jadi gatal-gatal..Dah pulak tumbuh biji-biji kecik-kecik kat muka...!!tensi sangat sebab muko den tak ponah laie jadi macam ni!! help meeeeeee..................

Lepas tu, terus bitau husband nangis-nangis keciwa nengok muka teruk segitu..tak sanggup dah nak hadap cermin nengok muka berbintat-bintat macam tu..So, ajak la husband pegi Guardian nak beli balik Bio Essence..Kebetulan time nak beli tu, BE baru je launch produk terbaru nya, Bird's Nest Nutri Collagen & Whitening Cream. So, dengan pantasnya terus merembat satu set!!

Perubahan nya memang ketara sangat lepas pakai BE ni. Tak sampai seminggu..semua bintat-bintat dimuka kembali susut dan terus hilang..!!Syukur alhamdulillah..Serunak tidak terhingga rasanya time ni..So, aku terus meneruskan misi menggunakan BE sehinggalah......

Muka habis hitam dek sunburn masa main netball hari tu.. Mau taknya, dengan selamba tak pakai sunblock, ingatkan main kejap je..rupanya sampai ke matahari betul-betul terik mencanak atas kepala..Gila boleh biul aku dibuatnya punyalah penat nak mampuihhh...hihihi..Habis je last game, terus balik, masuk je kereta perkara pertama yang dibuat adalah melihat muka di cermin..Yessss...aku berjaya bertukar menjadi Dayang Senandung tanpa perlu ditepek atau ditenyeh dengan arangpun...hahahahha..gelak palsu sebenarnya ni..help me againnnnnnn!!!!!!!!!

Dengan perasaan tak malu nya aku sibuk tanya one of our netball team tu dia pakai apa nengok ke muka dia putih melepuk tu..So, dia cakap dia pakai SF Beauty. Ye..sekali lagi aku memang tau pasal keberkesanan produk ni. Korang google je lah, banyak dah testimoni pasal keberkesanan produk ni. Banyak customer yang berpuas hati pakai produk ni..Siap kat kotak tu dia tulis, TIADA KESAN SAMPINGAN..sekali nahhhhhhhhh....sekali lagi aku bertukar menjadi raksasa gordon seperti dulu...help..helpppp...helpppppp!!!

Memang cukup lengkap la pakej Dayang Senandung ni..Dahla hitam, kelam, kusam..muka pulak berbintat-bintat..minggu depan tu ada photoshoot pulak..Masak la ahkak nak putih balik ni memang tak sempat la kan..So, aku gagahkan diri untuk teruskan guna produk ni..Entah-entah manala tau produk ni "bongkar" anasir-anasir jahat dalam kulit muka aku ni....Tapi kan..kan..ahkak memang tarak boleh tahan laaa..muka punye lah gatal rasa macam nak garu je dengan berus sabut..!!

Dengan perasaan gundah gulana bercampur baur dengan moraldown skit-skit aku gagahkan jugak pegi photoshoot hari tu..Sebelum kakak MUA tu komen, baik aku bagitau dulu napela muka aku kusam, kelam dan itam ni..

Balik je kampung, sekali lagi kena marah dengan umi dan along..suka sangat tukar-tukar, cuba-cuba produk..dah tau tak boleh pakai, gatal tangan nak pakai..dah habis gatal-gatal ke muka tu..So, terpaksa akur dengan kekhilafan sendiri..Akhirnya..pulang ke pangkal jalan..back tu Bio Essence lah...

So, aku pegilah menghabiskan duit beli mana-mana item yang dah habis kat umah tu..Kebetulan ada buat promosi kat Alamanda, kat ruang legar tu..baguslah, ada promoter kan..senanglah nak tanya semua benda..Untuk kesan yang lebih efektif, promoter tu sarankan aku tambah beberapa item lagi. Aku tambah Cleansing Milk, Exfoliating Gel, dan Eye contour Lifting Gel. Haa..ada lagi Mask whitening cream..

Seperti yang dijangkakan, dalam masa 5 hari je kulit raksaksa gordon bertukar menjadi kulit Snow White....hehehe..takdela white sangat punnn..To be frank, Bio Essence Bird's Nest ni lebih kepada mengembalikan kulit yang kusam menjadi lebih berseri. Kalau nak putih, memang kena amik masa skit lagi..Tekstur kulit pun akan jadi sangat halus dan lembut. Yang penting, pemakaiannya adalah konsisten..Jangan celap celup, nanti hasilnya pun celap celup jugakkk...




Hurmmm..apa jadi pada SKII? Orang beli, ko sibuk nak beli Kemn..Kena stopkan pakai SKII dulu, mau baiki betul-betul ini kulit muka..baru boleh continue balik guna..rugi tak guna mahal bebenau belinya tuuuuuuuuuuuu... 
*masihtidakserik*

p/s:muka ni memang spesies yang sesuai pakai produk Asia, except for Malaysia..bukan tak menyokong produk buatan Malaysia..2 kali dah cuba, tapi hasilnya menjadi gordoonnnn.. *___*

Wordless Wednesday: Little Mini Cooper in da house!!!

Tuesday, April 3, 2012

Mustech's Mini Gathering

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Malaysia!!!

Dah lama tak update entri..bukan malas, tapi lately ni kekangan masa yang sangat tak mengizinkan. Banyak benda nak story mory dengan uols tau..Tapi sebagai pembuka bulan April ni, saya nak share dengan korang tentang Mini Gath hari Ahad lepas..

Okay, sebelum tu..Mesti korang tertanya-tanya apekebende lah Mustech ni kan? Actually Mustech ni adalah singkatan daripada nama sekolah kitorang. Form 4 to Form 5 saya sekolah di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang..Haiii...rasa macam mimpi ngeri je teringatkan kenangan kat sekolah ni..Macam-macam hado kakk..Dengan cikgu yang kuat merajuk nye, cikgu yang garang tahap gaban nye..sekali dia menjerit kau..bergegar satu bangunan!!! haha.. 

Tapi apa yang indahnya yang saya rasa sukar diganti adalah semangat setiakawan dan persahabatan yang bermula di sekolah ini. Sekolah ni eventhough lokasi nya di pahang, tapi boleh katakan majoriti student kat sini are from KL or Selangor..Entah kenapa aku pun tak tau nape depa sume kena campak kat sini..Mesti korang tertipu dengan nama yang indah ni kan? hahaha..

Berbalik kepada citer kengkawan kat Mustech..Biasalah baik laki or pompuan, jarang sangat kalau kat sekolah tu ada yang loneranger. Paling sikit pun, mesti ada yang berdua..Dulu masing-masing semuanya selim kemain..Pinggang stok cutting 23 je kot..hahaha..masing-masing badan semua kering melayang-layang..hahahahaha..

Bila dah lama 10 tahun kot tak jumpa..masing-masing dah bertukar menjadi transformer..hahaha..maksud ahkak..pada yang dah ada anak tu, alligment pinggang ada lari sikit..hahaha..tapi yang penting..happening tu tetap maintain..Seronok sangat gathering kali ni, walaupun last minit, depa tetap commit nak datang kerana semangat setiakawan..tak gitu?

Sangat somell anak-anak uols!! Kire anak aku lah yg paling otai sebab dia paling tua kan..tua dah Hadif..hahahaha..habis anak-anak korang dilenjan nye si Hadif..Sorry bebanyak la sebab anak hamba ni memang spesies ikan pirana..Entahlah kenapa suka sangat menggigit!!! eeee....gerammm..habis lebam-lebam badan umi awak ni..Muka pun bercalar balar habis dicakarnya...Ko baru setahun Dif dah pandai dera-dera mak ko..kalau umi dah tua nanti..apalah agaknya nasibku nanti..huhuhu

Anak Bai namanya Balqisse..sangat bambam pipi macam roti pau..nasib tak sempat pipi Balqisse digigitnya Hadif..Anak Nad namanya Akil Naufal..so gooooood boy..diam je dia..sikitpun tak meragam..baik je ye kau nakkk...takpela, bagi la can mak kau nak bergosip..sikit hari lagi, tunjuk la skit-skit skill..Anak Shiken namanya whooaaa..suke nama ni sangat unik, Dhabit Haider..Dhabit ni suka jumping...macam ada potensi nak jadik macam Hadif,..hihi..takpe Shiken, cepatlah slim nanti bila Dhabit dah start mengganas..hehe..

Shasha pulak dah 2 bulan pregnant..So, masa bergosip tu sibuk la meneka anak Sasa boy or girl..Aku ni banyak lost dengan gosip-gosip yang depa duk cerita sebab sibuk berkejar dengan budak kecik tu..langsung tak tenteram jiwa dan raga umi ko Dif..habis berpeluh-peluh duk menangkap Hadif je..Siap kepung buat pagar lagi taknak bagi Hadif keluar..Bila dah dapat je peluang dia keluar...masakkkkkkklaaaaa nak kena kutip...

Hanem pulak belum ber"isi" lagi..Ahnem jangan sesedih tau..Insyallah ada rezeki tu nanti..Kitorang tau Ahnem stress bila ramai yang tanya kan..Jangan stress sangat tau...Tak elok jugakk tu..Ko pun keja kuat sangat..mesti badan kurang rest..Kena planning betul-betul pegi bercuti lelama skit kat hujung dunia..Takpun aku suggest ko gi Bali..sebab hadif made in Bali....ngeeeeeeee

Sorang lagi kawan aku yang busy like hell ni, Nis nama glemernye..Ko pun Nis jangan stress jugak takda colan-colan pilihan suami..Aku pun tengah stress ni tengah carikan colan untuk ko..hehehe..Nis ni as usual, ceria memanjang..Tanya bila nak kawin, Nis cakap dia takda calon macam mana nak kawin..Insyallah nis, sebelum hujung tahun ni aku pastikan ko dah ada calon suami..Dah keja kat bank tu, takkan la takda yang berkenan..Heran aku tengok orang manis menggula macam ko ni takda boyfren..Ko garang macam singa ke?hahahahha..gurau jekkk..

So, kesimpulannya..mini gath yang sangat best sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah 10 tahun menghilang..eventhough tak ramai sangat yang join, tapi rasanya kitorang tetap happy. Aku je yang rasa macam kurang bersosial hari tu sebab sibuk duk berambat dengan budak bertuah tu..Pasni tobatlah tak bawak anak dah..Kalau bawak pun kena hangkut daddy dia sekali, senang boleh nengokkan dia..Aku pun senang lah sikit nak bergosip..hehehehe










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...