Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Al Mubarak



Salam kepada semua!!!

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum kita melangkah ke bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Sebulan menunaikan puasa dan selepas itu diraikan pula dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kita duk sibuk memikirkan persiapan raya, jangan lah kita lupa untuk mengambil kesempatan beramal ibadat dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah dan seribu satu ganjaran pahala nya. Saya juga berpesan kepada diri sendiri juga agar tidak terlalu memikirkan persiapan raya, walaupun hati aku ni bergelodak nak sopink baju Hadif..huhu..Ini belum cerita pasal juadah berbuka,..Kalau boleh semua nak beli, padahal bukan tak tau pun semua tu tentunya mengundang pembaziran.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita amalkan konsep kesederhanaan (wasatiah). Wasatiahlah dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi perbanyakkan lah amal ibadat dalam bulan yang mulia ini. Kebetulan pula ofis baru saya ni mengadakan Program Tadarus Al-Quran. Alhamdulillah, syukur sangat kerana memang saya nantikan program seperti ini,.

Tahun lepas, masa mengandungkan Hadif, sempat juga saya khatam al-Quran dengan mengikuti program seperti ini di ofis lama. Syukur sangat sebab dapat khatam al-Quran semasa Hadif di dalam perut lagi. (cerita kat SINI). Sekarang ni, bila dah ada anak ni agak mencabar la sikit nak mengaji dirumah. Kadang-kadang tu nak baca Yasin pun dah susah bila si comel ku ini memulakan lontaran vokal (faham-faham je la ibu-ibu sekalian)..bukan memberi alasan untuk tidak berbuat demikian, tetapi ini lah hakikat yang perlu diterima dalam membesarkan anak. 

Baguslah program tadarus ni diadakan pada waktu rehat di ofis ni. Bolehlah saya gilap kan semula cara hafazan dan memperbaiki bacaan al-Quran saya yang tak seberapa ni. Dek kerana kenaifan saya dalam bacaan al-Quran inilah saya ambil kesempatan di bulan mulia Ramadhan untuk memperbaiki kelemahan saya ini. 

Bercerita pula pasal tarawikh, sedih dan hiba juga bila mengenangkan tahun ini saya tak dapat nak solat  berjemaah di masjid. Buat sendiri di rumah jela jawabnya..Yelakan, Hadif tu kecil lagi. Camne nak solat kalau saya bawa dia sekali? Takpela, tahun ni my husband je la yang pergi. Insyaallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan kami pergi bertiga !!!

Kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia!! Semoga segala hikmah disebalik bulan yang penuh mulia ini dapat dihayati bersama-sama dan memperoleh keberkatan dalam menempuh kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Ameen..

(p/s: ramadhan baru nak mula, baju raya dah siap!!Apakah???)

Thursday, July 28, 2011

Tips Menjaga Hati Suami

Sabda Rasulullah:

" Seorang perempuan yang menyakiti suaminya dengan perkataan akan dikeluarkan lidahnya pada hari kiamat daripada belakangnya. Kemudian digantung lidahnya dan ditambat tangan dan kakinya dengan rantai. Di padang Mahsyar diseru kepada perempuan ini; Inilah balasan bagi orang yang derhakakan suaminya. Kemudian dihumban malaikat Zabaniah ke dalam Neraka sambil berkata lagi; Nah...rasailah olehmu akan seksaan yang amat pedih kerana kau telah menyakiti hati suamimu di dunia dahulu."

Isteri yang beriman akan berlapang dada dengan sikap suaminya walaupun pedih dan perit untuk menerima hakikat itu kerana ia yakin setiap ujian itu datangnya daripada Allah bukan dari suaminya. Si suami hanya sebagai perantaraan atau penyebab untuk Allah menguji sejauh mana ketaatan dan ketahanan jiwa si isteri. Kalau ia sabar, akan diberi ganjaran pahala besar sepertimana pahala Siti Aishah sabar menahan ujian daripada karenah Firaun terhadapnya.

"Setiap isteri yang sabar atas akhlak suaminya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala yang diberikan kepada Aishah, isteri Firaun".

Setiap hari saya akan sentiasa akan beringat-ingat agar tingkah dan gerak laku saya tidak tersasar sehingga boleh melukakan hati suami. Selain mengumpul ilmu daripada pembacaan buku yang saya beli, saya kerap juga bertanya kepada kawan-kawan yang telah lama berkahwin dan menempuh pelbagai dugaan dalam rumahtangga ini. Kadang-kadang disebabkan kita ini kurang atau cetek ilmu rumahtangga lah yang membuatkan rumahtangga kita semakin hari semakin pudar, tiada lagi warna warni kebahagiaan yang diimpikan selama ini.


Untuk kita saling ingat-mengingati, seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ini..makanya entri hari ini, saya nak kongsikan sama-sama dengan korang mengenai Tips Menjaga Hati Suami. Mari kita sama-sama amalkan. Insyallah akan beroleh keberkatan.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi dan mengasihi kita. Bila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain. (Setakat ni, saya amalkan..alhamdulillah)

2. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' dan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami. Cium tangan, pipi, dahi dan peluk lah suami sekurang-kurangnya 10 saat sebelum pergi kerja. Kajian membuktikan melalui amalan ini jangka hayat umur akan panjang 5 tahun dan pelukan akan menghasilkan hormon endorfin (happiness hormon) yang dapat mengurangkan keresahan
. (juga amalkan)

3. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya. (suami jarang marah atau berkecil hati.. =) 

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. (tak pernah tanya lagi laa..tapi kalo tak tanya pun, dia sendiri yang bagitau nak hadiah ape..hikhik)

5. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya). (oh, selalu je puji sampai naik riakk..hehe)

6. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati. (Memang selalu tanya sebab lately dia cakap dia rasa dia maca Shrek d Orga, boring buat benda yang sama je tetiap hari g kerja..huhu)

7. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. (Hurm, memang selalu buat list, tapi ada jugak yg tertinggal..hehe)


8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Ok bai, tak pernah cakap TQ pungg..)


9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Setakat ni Saya Yang Menurut Perintah SYMP)


10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami. (Saya biasanya akan diam tanda protes, tapi dia buat dunno je, takda perasaan..huhu)

11. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. (Oh, memang ini adalah habit buruk saya.. =p)

12. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh). (Baiklah..)

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. (Oh, takyah tanya, febret dia memang tidoo..)

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. (Lebih kot 7 kali..hehe)

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. (Kadang-kadang mesej je,  I Love U..)

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir. (Okay, baiklah)

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian. (Selalu kacau dia tengah tido..hahaha)

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tidak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk. (Okay, baiklah)

19. Bila meminta bantuan suami, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yang sesuai serta lemah lembut. (Dia suka panaskan makanan dalam microwave..takkan tu je yg boleh?)

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila 'out station'. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita. (Tak pernah pesan pun sebab memang dia akan call =) )

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. ( Baiklah)

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain. (Sokong sajaaa!!)

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. (Baiklah)

24. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yang lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dengan baik)... (Kalau perlahan sangat bawak keta, boleh mengundang mengantukk, caner?)

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.(Oh, tidak pernah sama sekali berlagak pandai, sebab saya memang buta bearing. hehe)

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. (Betul!!)

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. (Sekarang febret channel kitorang sama, tapi kadang2 tukar jugak kalo memanjang channel bola! )

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. (Baiklah)

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yang disukai suami. (Dah ada anak ni, dua-dua pegang stroller je..caner??)

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?" (Oh, ni mudah saja..sebab dia suka air masak je..breakfast, lunch, dinner, hanya air kosong sajeeee..)

31. Bila makan di luar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat atau meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan di khalayak ramai ketika di sisinya. (Memang dia yang selalu pilih tempat makan ikut selera dia, lagipun saya tak tau lah port makan best2 kat sini..hihi)

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai. (Alamak, kadang2 buat juga camtu)

33. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. (Pernah buat!! Sekali je..hehe)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari masa ke masa contohnya tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya. (Ok, tak pernah lagi..sebab dia ni hightaste skit..kena kumpul duit manyak baru boleh beli..hehe)

35. Urut suami dari masa ke masa. (Jarang dah sekarang bila ada anak, Hadif la yg ganti urut daddy..)

36. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau 'pulangkan paku buah keras'. (Okay baiklah)

37. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (bersesuaian dengan situasi). (Caner kalo suami yang suruh lebihkan anak?hehe)

38. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu. (Okeyyhh..!!)

Aku Terima Nikahnya..4 Jun 2010

Wahai isteri-isteri sekalian, marilah sama-sama kita amalkan!! Kalau ada lagi tips lain, kongsilah dengan saya juga ye!! =)

Tuesday, July 26, 2011

Pahala Isteri

Salam,
Lately ni asik update pasal my baby je kan,..so petang ni rasa nak update pasal suami isteri pulak..mari kita share sama-sama..

"Wanita mudah masuk syurga, malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka"..Mana satu pilihan kita wahai Sang Isteri?

Allah itu sememangnya Maha Pemurah, Maha Pemberi. Dia yang Maha Agung, tidak ada satu pun yang bisa melawanNya. Bergelar wanita, isteri dan ibu sememangnya perkara mulia disisi Allah. Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala yang berlipat ganda. Berusahalah agar menjadi wanita sejati, ibu mithali dan isteri solehah. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermasksud:

"Ya, Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya (suami), Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titisan sirat"

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih berkesempatan untuk meminyakkan rambut dan memotong kuku suami. Saya akui kadang-kadang kesibukan menjaga dan melayani anak kadang-kadang membuat saya lalai seketika sehingga alpa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Walaupun,perkara seperti ini dirasakan remeh kepada sesetengah orang, namun pada saya perkara kecil seperti ini lah yang perlu dititikberatkan kerana kadang-kadang kita tidak berkesempatan untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar kita. Hadirnya dia, si suami..membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya nikmati hari ini. Syukur Alhamdulillah..Ya Allah, lindungilah kami dibawah lembayung rahmatMu..

Tertib Memotong Kuku. Mari sama-sama kita amalkan..


p/s: next entri nak share mengenai Tips Menjaga Suami..tunggu... =)

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Kepada semua blogger baru, mari kita sama-sama tukar link!! mari..mari..mari!!!!

My First Header!!! Tahniah untuk diri sendiri!! =)

Setelah berbulan-bulan berhempas pulas merekacipta header blog saya ni, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan header yang tak seberapa mantopp ni..Saya ni memang tak reti la nak guna Adobe Photoshop ke hape ke,..tangan ni masih belum dikurniakan anugerah untuk edit mengedit ni..ha, tau tak saya guna ape..hehehee..Microsoft Office Power Point 2007..hahahaha..sila gelak besau sekarang!!!..dungu tak aku??haha..

Simple je,k..akan cuba di improve dari semasa ke semasa..actually saya memang tak tau nak bajet saiz header mengikut kelebaran blog saya ni. Ni sebenarnya pakai agak-agak je saiz P x L..Tagline tu harus ada supaya belog aku ni tidak tersasar dari tujuan..Plus pulak, idea tu from my husband kan..Gambar tu je yang kurang gonjeng yang saya ada..Saje tak crop kan gambar ni sebab memang saje nak tunjuk stroller dan botol susu Hadif tu yang kononnya menggambarkan aku ni mak budak sebenarnya..hehe..handbag tu tandanya menggambarkan aku ni bini orang (ada kaitan ke?gasak laahh..hehe)..kalau letak gambar my 2heroes tu rasa macam crowded sangat pulak kann..takpela, ini dinamakan konsep wasatiah-wasatiah je..hehe..Ada apa nak komen? Sila kan kawan-kawan..Tinkiu!!

Pulau Jerejak: Misteri dan Sejarahnya?

Salam,

Minggu lepas saya mengikuti Kursus Induksi Khusus di Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang. Sebut pasal Pulau Jerejak ni mesti ramai yang dah tau sejarah mengenai tempat ini kan? Apa yang dimaklumkan kepada saya ialah pulau ini merupakan pulau yang menempatkan buangan / banduan yang agak hardcore pada zaman dahulu kala purba . Pulau ini juga dikatakan menempatkan orang yang mempunyai penyakit  seperti batuk kering dan sebagainya. Hurm, sejauh mana kebenaran cerita / fakta ini, wallahualam..selama 3 hari 2 malam saya berkursus disana, tak sempat la pula nak baca mengenai sejarah pulau ini. Tapi hasil daripada pencarian melalui Mr. Google, mari saya share sedikit info mengenai pulau ini:

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang yang terkenal pada suatu ketika dahulu kerana Penjara Jerejak. Pulau seluas 362 hektar ini kaya dengan sejarah, flora dan fauna. Pada tahun 1786, Francis Light, pengasas Pulau Pinang dikatakan telah sampai di Pulau Jerejak sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pulau ini telah dijadikan pusat pengawasan kesihatan untuk pendatang-pendatang sebelum ke Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1930-an, pihak British telah membina sebuah hospital yang boleh menempatkan 150 orang pesakit batuk kering di pulau ini.Pulau Jerejak kini boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Bayan Lepas.
(Klik SINI untuk info lanjut)

Pusat Pemulihan yang menempatkan pesakit-pesakit pada zaman tu. Sekarang ni, tempat ini masih lagi wujud sebagai bukti peninggalan sejarah. korang akan nampak tempat ni sebelum sampai ke resort..

Cerita pasal kursus ni pula,. Kalau korang nak tau, selain daripada pelbagai penilaian yang saya cerita hari tu, kursus ini juga merupakan salah satu syarat yang wajib dipenuhi untuk pengesahan perkhidmatan. Kursus ini tak la seberat kursus-kursus yang pernah saya ikuti sebelum ini. Umumnya hanya memberi penerangan asas kepada agensi-agensi utama di JPM yang banyak memberi impak kepada pembangunan negara.

Seronok pergi kursus ni sebab dapat jumpa kacip2 di ofis lama. Teringat pula masa-masa berjimba yang kita habiskan bersama.
Kitorang duk situ, bilik tu duk dilereng bukit. Ada la 2 3 ekor sang kancil sebagai pengangkutan disitu. kalalu sang kancil lambat, jenuh la nak menapak balik ke bilik.hehe
Jeti tiba ke Jerejak Rainforest Resort

Best dapat jumpa klik lame..
Dengan klik baru di ofis baru..
pose skit depan swimming pool.. =)
lagi
dengan kak Hasnah merangkap photographer bebas, dan sifu makan2

otw back..cant wait to meet my 2 heroes!!!

last pose
ter"meet" cik urus setia yg comel masa borong jeruk di Kedai Jeruk Madu Pak Ali..

Monday, July 25, 2011

2 Generasi

Salam,

Mood hari ni rasa nak bercerita pasal adik beradik. Fyi, aku merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Ada 2 orang kakak, 2 orang adik lelaki dan 1 orang adik perempuan. Along, Angah, Kema, Abang, Kakak, Adik. Dari dulu sampai la lening, aku masih rasa tak adil puas hati, sebab aku sorang je yang tak da nama penggilan..hehehe..Patut panggil la aku Acik ke, Ateh ke, Andak ke..iye dop??

Alkisahnya, kami berenam ni merupakan 2 generasi yang sangat lah berbeza..Kalau di rumah tu, macam ada 2 puak. Walaupun 2 generasi, tapi ia tak bererti kami tidak sehaluan atau tidak sekepala. Cumanya adalah benda-benda yang aku rasa takleh masuk ngan budak 3 ekor ni..hehe..

Aku, Along dan Angah memang rapat dari kecik dulu. Kuar bandar sesama, baju raya sama, kasut raya sama, saiz baju je tak sama, sebab aku pakai M, angah keding pakai S, along plak comel gebu saiz xxxxx...hehehe..Kitorang rapat sebab umur tak jauh beza, along beza setahun ngan angah, aku beza 2 tahun ngan angah. Tapi kalau bab-bab bagi tazkirah, aku la yg tetibe berperanan menjadi "kakak" kepada kakak2 dan adik2ku..hehehe..Nak wat caner, ni la kesan pergaulan bebas bercampur dengan orang tua sejak aku kecik lagi..hehehe..Dulu, zaman kitorang adalah zaman-zaman Feminin, BSB, Kru..dulupun asik dengor radio je.mane ada iPhone bagai ni dik non..PSP lagi la idakknyer tak gheti la aku gadjet madjet ni..So, bila sama-sama dengar radio, mulalah gatal-gatal tangan nak mendial nombor untuk tuju-tuju lagu gitu..hahahaha..lawak la..

Along & her families

Angah & her families


Citer pasal generasi kedua anak Kak Pah dan Pak Azmaili pulak sangat berbeza dengan ceritera kami..Deme bertiga ni ada satu minat yang sama iaitu muzik. 24 jam dengan muzik. Satu lagi dress up kemain lagi. nak pegi tusyen pun melawo habis. Time aku tusyen dulu siap pakai suar tido je..hehe..Belum citer kalau time hang out. Uishh tak ingat budak 3 orang ni bergaya sakan..Aku dulu masa skolah rendah pakai lagi brand kiko, kiki lala ke, Bila time diorang, dah taknak pakai dahhh..malu le konon..Dari skolah rendah lagi, adik-adik aku ni memang suke nau dressing parok..hahaha..Diorang ni juga suka layan lagu ape entah..aku pun tak tau la tajuknye, sejak lagu Melayu banyak yang best-best skrang, dah lama dah tak update pasal muzik-muzik barat ni..hehe..

From left: Abang, Kakak & Adik

Kalau dalam kereta, kitorang sibuk nak layan Hot.Fm, diorang pulak sibuk layan Hitz.Fm. Tapi cam biaselah kan..Yang senior mesti menang!! Hehe..Walaupun kami lahir dari 2 generasi yang berbeza, tetapi prinsip kami tetap sama. Hormat ummi dan abah. Teruk camne pun perangai masing-masing,tinggi mana pun kita berada..Ingatlah, jangan sesekali menderhakai orang tua kita...Love u all!!!

First day: new workplace, new environment, new boss..

Salam to all my dear readers,

Entri hari Isnin ni ku dedikasikan kepada suami tersayang yang akan memulakan kerja di tempat baru. Alhamdulillah, akhirnya impian suami termakbul untuk keluar dari jabatan lama yang penuh poliTIKUS itu..hehe..Bila dia dapat tau je yang dia dah dapat tukar, kemain eksaited bagitau saya pasal ni.

As a wife, of course la saya tumpang gembira kann..Tapi, ada tapi ye..dia kurang gemar bila dapat tau yang jabatan baru tu adalah agensi dibawah JPM (Jabatan Perdana Menteri) juga..which is, mine is also under JPM. Ohh..aku berdoa bagai la supaya new posting dia tu bukan sama agensi ngan aku..tak behh la kerja sesama ni..hehe..Fuhh..lega jugak la bila dia cakap dia ditempatkan di Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan  Maritim..haha..kena jaga laut la pulak yangg..laut? gasaklah cemane kalo dia suh u berenang ek...caner..caner..caner..hehehe..

Last week bila dia pergi report duty, tak sangka pula immediate boss dia adalah one of the boss di ofis lama saya dulu..Dun worry ye, ini bos manyak rilek punyoo..Apepun, saya doakan agar my husband, Rocky ceria dan happy dengan kerja barunya, this time cuba la lama skit 3 4 tahun duk agensi tu..Kalau i ni asik bertukar kerja atas sebab-sebab selain sebab bos, hopefully kali ni u enjoy dengan tempat baru ni ye..



p/s: hurm,,dengar citer kontrak bahagian di tempat kerja saya ni hanya dilanjutkan sehingga pertengahan tahun depan je..agak-agak mana la ye nasib saya lepas ni..den tak larat dah nak bertuko ni..aiseyy..

Monday, July 18, 2011

Resepi : Makanan Pertama Hadif hasil air tangan ummi!!

Salam,

Sabtu lepas, pagi-pagi buta saya dah bangun, semangat ni nak sediakan makanan untuk Hadif. Resepi ini saya rasa telah diketahui umum kerana rata-rata ibu akan menyediakan bubur nasi untuk si comelnya. Melalui penyediaan asas bubur ini, saya cuba mempelbagaikan ramuan dalam resepi ini.  =) .. Lepas tu, saya siap buat dessert untuk Hadif, epal puri. Sangat mudah dan cepat!!

BUBUR HADIF SAYANG UMMI
Bahan-bahannya ialah:

1) Segenggam beras
2) Setengah ubi kentang dipotong dadu
3) Sebiji lobak dipotong dadu
4) 3-4 pokok kecil brokoli
5) Satu penutup botol air zam-zam
6) Secubit habbatus sauda
7) 2 sudu kecil nestum cerelac (perasa epal dan cherry)
8) 2 sudu kecil minyak zaitun

Caranya:

1) Basuh beras dan masukkan 3 cawan air.
2) Masukkan semua bahan yang telah disediakan kecuali nestum.
3) Masak dengan api perlahan (lebih mudah jika menggunakan slow cooker)
4) Setelah masak menjadi bubur, kisar bubur tersebut untuk hasil yang lebih halus.
5) Masukkan nestum dan kacau hingga sebati.
6) Sedia untuk dihidangkan kepada baby dengan hati gembira..hehe =)

p/s: sukatan ini adalah untuk 2 kali makan. my baby makan masa tengahari dan petang. habis licin, kalau lambat suap, mesti jerit nangis..tak tau ikut perangai sape yg kurang senonoh ni..hehe

EPAL PURI SEMANIS SENYUMAN HADIF
Caranya:
1) Sebiji Epal Merah dibuang kulit dan biji ditengahnya.
2) Masukkan epal yang dipotong ke dalam periuk. Masukkan air untuk direbus sehingga empuk.
3) Setelah empuk, toskan air rebusan tadi dan lenyekkan epal yang direbus tadi..
4) Sedia untuk hidangan!!!

SELAMAT MENCUBA!! =)

Tips Pemakanan Sihat untuk Minda Anak (sesuai juga untuk ibu hamil)


Salam to all my lovely readers!!

Hari ni saya nak kongsi dengan korang mengenai beberapa tips pemakanan yang boleh diamalkan dalam menyediakan pemakanan untuk anak-anak kita mahupun bagi ibu yang sedang hamil. Semasa saya mengandungkan Hadif, pelbagai info yang saya perolehi mengenai amalan pemakanan yang boleh mendorong kepada perkembangan minda anak yang cerdas. 

Salah satu perkongsian cerita yang cukup menarik perhatian saya adalah yang diceritakan oleh seorang kakak sepejabat saya, Kak Yani yang telah mengamalkan pemakanan ini bagi ketiga-tiga anak yang dikandungnya. Menurut beliau, amalan pemakanan ini telah beliau amalkan sejak anak-anak beliau masih dalam kandungan sehinggalah sekarang. 

Sangat tertarik dengan cerita yang dikongsi kepada saya mengenai keletah ketiga-tiga anak beliau. Menurut beliau juga, walaupun anak-anaknya sememangnya mempunyai personaliti berbeza, tetapi dari aspek pembelajaran, mereka bertiga kelihatan seperti berlumba-lumba bersaing bersama. Apa yang buat saya tertarik ialah, anak-anak beliau tidak perlu disuruh, dipaksa atau dimarahi untuk mengulangkaji pelajaran. Bila yang sulungnya memulakan ulangkaji, maka yang lainnya juga akan berbuat demikian. Setiap tahun, beliau akan menghadiri ke Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk melihat KETIGA-TIGA ANAK BELIAU naik ke pentas mengambil anugerah tersebut. Saya ulang sekali lagi, tiap-tiap tahun ye kawan-kawan..wah..wah..sejuk perut ibu mengandung..

Melalui perkongsian cerita itu tadi, kak Yani tidak lokek untuk berkongsi tips yang diamalkan oleh beliau semasa mengandungkan ketiga-tiga anak beliau itu. Mari saya kongsikan kepada anda makanan-makanan yang boleh korang amalkan bukan sahaja untuk anak-anak, malah sangatlah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu hamil. Setiap satunya mempunyai khasiat masing-masing dan telahpun disokong dalam pelbagai hadis dan riwayat al-Quran.

1) KISMIS
“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering” (Imam Zuhdi)
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

2) KURMA
Catatan dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)  

3) KACANG BADAM (ALMOND)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Dimaklumkan juga orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam dikatakan dapat mengelakkan penyakit seperti obesiti, diabetis, barah dan alzheimer. Sesuai untuk ibu hamil kerana kandungan Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

4) AIR ZAM ZAM
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.  

Air zam-zam boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh mengubati penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.

5) HABBATUS SAUDA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

6) BUAH TIN
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

7) MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya)" (Riwayat Ibnu Majah)

8) MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL)
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati". Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

Kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. 

Itulah antara makanan-makanan yang boleh diamalkan dalam penyediaan makanan untuk anak-anak dan juga ketika hamil. Mesti korang tertanya-tanya kan. Camne nak makan semua ni? Lalu ke? dah pulak tengah pregnant, selera ke ek? 

Mudah saja caranya. Semua makanan tersebut dikisar dan dicampur bersama. Untuk  menambahkan selera, boleh dimakan bersama campuran susu. Seyes, memang sedap. Makan ala-ala koko krunch tu..hehe..Insyallah..Selamat Mencuba!!
Makanan yang telah dikisar (Gambar ihsan google)

p/s: Mana nak cari semua ni? Kepada kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya, semua makanan ini terdapat di Alamanda (kiosk depan Carrefour yang jual makanan dari Tanah Arab tu).

Friday, July 15, 2011

Mengenai PTD : Exam, PAC, SKMI ..lagi dan lagi..

Salam kepada pembaca semua!!

Agak-agak korang, apa tu PTD ye? Pegawai Tanah Daerah, Pegawai Tido Duduk? Pegawai Tenyeh Dokumen? PTD merupakan akronim bagi Pegawai Tadbir & Diplomatik yang merupakan salah satu skim yang ditawarkan dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia ni yang bermula dengan gred M41.

Memandangkan hari esok ramai yang menghadiri exam PTD ni, makanya entri hari ini suka untuk saya kongsikan mengenai beberapa tips yang saya rasa boleh la sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana yang mesti tengah pening, risau, kalut, blur apelah nak jawab nanti kan..Bila tiba je time nak dekat2 exam ni, ramai la kawan-kawan yang akan bertanya kepada saya ada ke apa-apa tips nak jawab or lulus exam ni.

Jawapan saya yang pertama nya ialah REZEKI. Kalau dah follow tips pun, baca macam-macam sources pun, still tak lulus jugak, itu tandanya rezeki itu belum berpihak kepada kita. Ya, saya kata 'belum'..maksudnya disini anda jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Pengalaman rakan saya sendiri, sembilan kali dia pergi exam..atlast, kali ke-9 itulah rezeki berpihak kepada beliau..Jangan give up ye kawan-kawan.

So, kepada kawan-kawan diluar sana yang baru pertama kali nak menjawab exam PTD ni, mehh saya share beberapa tips menjawab exam berdasarkan pengalaman saya sendiri..ni takda dalam buku pung..Bagi kawan-kawan yang dah ada pengalaman menjawab exam ni, saya rasa korang pun dah tau formatnya macam mana kan..

1) Soalan Kenegaraan: Update mengenai isu-isu semasa dari semua aspek : politik, ekonomi, sains, teknologi, sukan. Contohnya: Apa beza duta dan pesuruhjaya tinggi, Sukan SEA diadakan berapa kali setahun, Siapa Ketua Negara Malaysia, Definisi Wanita Pertama Malaysia, Pilihanraya, Suruhanjaya, dan lain-lain (setakat tu je yg saya ingat..hehe)

2) Soalan Matematik : Dulu bila saya tanya orang, diorang cakap try jawab dari belakang. So saya cuba lah. Memang kalau ikutkan soalan belakang lagi mudah dari soalan awal yang nak pecah kepala den menjawab tu. Apa yang penting, tau ke tak tau, sempat ke tak sempat, JANGAN TINGGALKAN KOSONG. Sila tembak sahaja menggunakan peluru berpandu mengikut had laju kepandaian otak anda..hehehe

3) Soalan Essei BM or BI: Cuba pilih tajuk yang anda rasa anda boleh goreng dengan menggunakan common sense beserta dengan sedikit fakta. Kalau boleh, susunan penulisan tu biar jelas. Setiap perenggan perlu ada Fakta + Huraian. Pengenalan dan Penutup tu jangan berjela-jela, takut nanti tak banyak dapat markah content.

4) Soalan Objektif: JAWAB SEMUA SOALAN. Kalau tak tau sangat, korang hitamkan je petak tu ikut suka suki korang lah..

Inilah antara tips-tips yang saya tak tau la berguna ataupun tidak untuk korang yang nak jawab exam ni. Saya ni sekadar berkongsi dan cuba membantu berdasarkan pengalaman saya dulu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada yang tanya saya, lepas dah lulus exam ni..apa lagi next stage yang perlu kita lalui ek..Okay, mai saya terangkan dengan ringkas apa tindakan seterusnya:

1) Lepas dah lulus exam, korang akan dipanggil untuk Pre-PAC. Dalam program ni korang akan dinilai dari segi mental dan fizikal. Ada sesi debat ala parlimen, public speaking, group discussion dan ujian ketahanan fizikal termasuk lari 2.4km. Dari semua aktiviti tu korang akan dinilai dari segi Knowledge, Skill and Attitude. Bagi sesi public speaking in english tu, korang bedal je la cakap omputih. gasak la salah grammar or pronounce ke..diorang nak tengok korang punya tahap keyakinan macam mana. Aku pun bukan excellent sangat pungg..asal participate sudah..jangan jadi passenger ye..ha, lagi satu jangan tunjuk korang hebakk sangat ye..dah pulak orang bagi bercakap, langsung tak bagi chance orang lain nak bercakap..ha, dari situ diorang akan evaluate korang ni jenis camne..

2) Lepas lulus Pre-pac, korang akan dipanggil untuk TEMUDUGA. Ha, masa ni korang berserah je la ye..sebab lain penemuduga, lain caranya..ikut rezeki masing-masing la..time aku dulu, beria duk prepare pasal hal ehwal kerajaan ni, dah pulak ditanya pasal study aku dulu..Memang aku tak prepare la jawabnya..kena tocer gila-gila dengan bapak garang interviewer tu..memang aku ingat la sampai sekarang, sampai nangis wehhh..teruk gila..Apa yang korang kena buat bila dalam situasi macam aku tu? Jawapannya, korang kena SENYUM je, cuba jangan tunjuk bengang ko pada dia. Paling tidak pun, kalau ko dah tak tau nak jawab apa, ko jawab je, " i'm sorry sir.. i have no idea about that.." hehe..Dia sengaja nak tengok ketahanan mental korang. Ha, satu lagi conversation pun terpulang pada diorang. Time aku dulu memang full in inggeris ..ada juga yang baik hati dapat penemuduga yang rilek-rilek je..tanya ko beli baju kat mana, beli kasut kat mana, mak ayah keja ape..time aku, bye..

3) Okay lepas dah lulus temuduga, makanya korang sahlah dilantik sebagai PTD. lain ye tuan-tuan dan puan-puan, sah lantik dan sah perkhidmatan. Untuk pengesahan perkhidmatan, ada lagi beberapa stage yg korang perlu lalui. Mula-mula korang akan dipanggil untuk mengikuti KURSUS ASAS PENGENALAN selama 3 - 4 hari. Agak sedikit membosankan sebab sepanjang kursus tu, korang akan dengar ceramah je. Ha lagi satu, maka bermulalah korang mengenali apa itu PT 10. hehehe..apa tu ek? pangkat ke? harta karun ke? ok ok..let me explain, itu adalah senaman "tegar" yang sentiasa sinonim dan dekat dengan korang once korang join PTD. hehehe..best, i LIKEEE!!! =p

4) Lepas kursus tu, korang akan dipanggil untuk assesment yang seterusnya iaitu Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI) selama 4 hari. Okay, time ni diorang nak tengok sejauh mana korang boleh handle sesuatu program dengan keupayaan team or batch yang korang akan join nanti.

5) Lepas dah pegi SKMI, korang akan dipanggil lagi untuk mengikuti LEADERSHIP DEVELOPMENT (Lead Camp) selama seminggu ye. Ha, dalam banyak-banyak assesment, ni lah program yang paling buat aku jatuh hati sebab program ni hanya melibatkan aktiviti luar. Diorang kira ape, ko mak budak ke, bapak budak ke, lepas pantang bersalin ke, baru lepas operate ke,..kalo korang cakap tak boleh buat, diorang terus suruh korang balik ye..sila jangan manja.. Melalui program ini, diorang nak melihat ketahanan fizikal korang dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan. Masuk hutan, baca peta, redah sungai, selut lumpur pacat bagai, naik gunung, buat strecher (haha..teringat kat mamat strecher)..dan lain-lain lagi lah..

6) Okay, ada lagi ye kawan-kawan..sila bersabar..hehe..dah Lead Camp, korang akan dipanggil untuk PENILAIAN PENGURUSAN PROFESIONAL (PPP)..ha, yang ni aku no komen lagi..sebab aku baru je habis Lead Camp, so tak tau la nak share gapo kang..hehe..tapi yang pastinya penilaian ni susulan daripada Pre-PAC sebelum ni..Diorang akan lebih tekankan kepada bidang tugas korang di Jabatan / Kementerian masing-masing.

7) Okay, yang ni last..tapi ini yang paling suffer ye kawan-kawan..hehehe..dah buat semua penilaian seperti di atas tu, korang akan dipanggil untuk KURSUS DPA (Diploma Pengurusan Awam) yang dijalankan selama 6 - 9 bulan (perubahan tertakluk kepada penganjur ye)..sepanjang kursus tu ada macam-macam program lahh..kalau ikutkan senior, ada yang melibatkan kuliah dalam kelas dan modul-modul luar..dulu time senior-senior modul luar diorang melibatkan polis, bomba dan tentera..merasalah diorang pakai uniform. tapi apa yang dimaklumkan kepada kami, modul tersebut telah ditukar kepada askar wataniah..tunggu dan lihat je la ye..lamanya nak kena tinggalkan Hadif n daddy =(

8) Ada lagi ke? hehe..dah amik diploma kan, mesti ada konvokesyen kan..okay once korang dah grad, makanya korang layak untuk DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN. sekian..

Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai PTD Lantikan SPA, bukan Lantikan JPA. Setiap PTD lantikan SPA adalah wajib memenuhi syarat-syarat seperti di atas. Ko pakailah kabel optik ke, kabel laut ke..korang tetap wajib penuhi semua perkara diatas untuk disahkan dalam perkhidmatan. Nasihat saya, biarlah orang yang pakai kabel tu, berbalik kepada pandangan saya tadi, rezeki kan di tangan Tuhan..sekian

p/s: Susah ke senang nak jadi PTD ni ye..renung-renungkan dan Selamat Beramal!! =)

[ENTRI PPP KAT SINI]

Thursday, July 14, 2011

Hadif Akhtar : Anak umi sudah 5 bulan!!

Salam to all my lovely readers!!

Setelah agak lama saya men "silent mode" kan diri, akhirnya hari ni dapat juga ku coretkan sesuatu di blog ku yang setahun jagung ni. Lepas balik dari kursus hari tu, kerja di ofis menanti dengan banyaknya..Dah pulak kena buat book review yang kena submit hari Jumaat ni. Tambah lagi bos suruh siapkan minit mesyuarat minggu ni jugak. Oh tidak!!..menggigil buah pinggang nak buat semua kerja dalam masa yang sama!! Alhamdulillah, akhirnya siap juga semua task yang diberi.

Entri hari ni agak basi sikit la sebab nak story pasal my bambam baby tu..Isnin lepas, saya bawa dia pergi checkup untuk 5 bulan. Haa, kali ni kena cucuk ye. Cemas juga la umi dibuatnya bila mengenangkan yang lontaran vokal my baby ni sekarang memang sampai ke tahap falseto..hehehe..Tengah-tengah dia duk happy sembang ngan doctor, jarum suntikan pun hinggap di pehanya..Uwekkkk!!! Okay, tak sampai beberapa saat je dia menjerit, then sambung sembang balik...anakku..anakku..

Alhamdulillah sangat, my baby ni memang setiap kali kena cucuk dia memang tak menangis kuat sangat, dan dia tak demam..Ada beberapa perkembangan my baby bila dah masuk 5 bulan ni:

a) Berat 5 bulan dah 7.6 kilogram ye..uish..uish..semangat bambam umi ni..
b) Dah pandai mamam hokehh..tadi pengasuh dia call bagitau hari ni pengasuh dia buatkan bubur lobak..my baby mamam sampai habis (3 sudu kuah)
c) Dah pandai sebut "baaa.." Tapi hari tu dia nak minta belas ihsan daddy dia, dia tersebut "Diy!!..."..terkezut ummi.. =)
d) Suke bery..sebab dah start mamam kan..hehehe
e) Takmo tidur atas katil sendiri..kalau tidur, mesti merengek-rengek nak suh letak dia atas katil kitorang..pandai ye..
f) Bertambah lasak, duduk tak diam macam beluncas..bila meniarap, dah pandai angkat lutut. dah.nak merangkak ke? Oh, umi kena buat persediaan mental dan fizikal lepas ni..hehe
g)Bila dah lasak, mesti ada accident kan..dah ada scar macam Harry Potter kat dahi tu, sebab mengensot sampai langgar dinding..tok umi cakap, takpela tu macam tanda orang kuat semayang..hehe =p
h) Dah mandi air sejuk, tapi bila petang jelaa..hehehe..

Itulah antara update pasal my lil ones ni..seronok sangat bila dapat tengok anak sendiri membesar depan mata kita kan?

p/s: nanti saye upload gambar Hadif yang latest ye..tak sempat nak upload sebab camera batery kong.. =)

Thursday, July 7, 2011

BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?


BRO, KASI KRITIK BLOG GUA SKIT, BLEH?

Saya agak baru dalam dunia blog ni. Memang memerlukan sangat kritikan membina dari blogger-blogger diluar sana. Blog saya adalah coretan peribadi daripada saya sendiri. Tidak ada spesifik tema dalam blog ini. Saya kongsikan pengalaman, tips dan kehidupan seharian saya sebagai seorang isteri dan ibu baru. Kerjasama anda untuk mengkritik blog ini amatlah dihargai. Terima kasih!!! =)

Dah pandai mamam..dah pandai menyembur... =)

Salam,

Rutin harian, lepas balik kerja saya akan terus ambil my baby dari rumah baby sitter. Walaupun rutin harian adalah sama, tapi ia tidak pernah membosankan saya sebabnya bila ambil je my baby, mesti ada je macam-macam perkembangan yang dia buat sepanjang seharian dia disitu. Semalam saya agak terkejut bila baby sitter bagitau yang makanan yang saya bekalkan tu dah habis di makan oleh Hadif!!

Saya memang tak expect pun dia boleh habiskan makanan tu, sebab bila saya suap dia kat rumah, dia macam refuse je..Fyi, saya beli organic food from Heinz..Heinz baby food ni  terdapat untuk umur bayi bermula daripada 4 bulan dan ke atas. Hurm, bila dah tau my baby dah pandai mamam ni..makin semangat pula saya nak cuba resepi-resepi untuk my baby ni dengan air tangan sendiri. Yelakan, saya ni bukan surirumah yang boleh tengok 24 jam anak membesar depan kita, atleast bila buatkan makanan untuk my baby, rasa lah juga air tangan ummi dia ni walaupun tak tau sedap ke tak..hehehe..


Malam semalam, sementara saya bersiap lepas mandi, saya minta my husband tolong jagakan my baby tu. yela kan, sekarang dia dah makin lasak, dah macam-macam ragam sekarang ni kan, so sekarang my baby ni memang tak boleh tinggalkan dia main sorang-sorang unless saya letak dia dalam playpen. Ralik juga tengok dia main dengan daddy dia tu. Tambahan pula denga lontaran suara dia yang semakin hari semakin kuat bunyinya (like daddy like son..hehe) My husband memang jenis orang yang vokalnya agak kuat ye..kalau cakap dengan dia macam sebatu jauh nya, padahal duk depan mata je..hehehe..jangan marah ye sayanggg..

Sambil saya duk tengah belek-belek muka, tepek apa yang patut..tetiba dengar my baby menyembur..!!aikk, kemain lagi dia ye..bila saya jenguk diorang berdua kat katil, rupa-rupanya daddy dia yang menjadi tok guru duk ajar Hadif menyembur ye!!..so cute bila tengok my baby yang dah sememangnya kaya dengan air liur tu, duk memuncungkan mulut dia sambil menyembur..mula-mula, dia tengok dulu daddy dia buat muncung camtu, pastu dia try apply!!amboihhh, pandai sangat anak ummi ni...tapi ada juga 2 3 kali dia muncungkan mulut tapi gagal untuk menyemburkan dirinya..hehehe..haiii budak bertuahh..

Pagi tadi, dia bangun..my baby ni memang tidur meniarap..so, bila dah meniarap tu terus la dia angkat kepala dan dada duk mencari umi or daddy dia..bila tak nampak kitorang, korang tau dia buat apa? Ha, dia teringat lesson / skill baru yang daddy ajar semalam..terus menyembur!!! (sambil muncungkan mulut)..Lawak pun ada tengok my baby ni..boleh pulak kan, tengah mamai-mamai terus teringat nak menyembur..

Semalam saya lupa nak amik gambar dia tengah menyembur tu..sangat kiut!!Tapi sempat la saya record video dalam handphone saya ni..Next entry saya upload gambar dia dengan skill baru dia ni ye!!!

Wednesday, July 6, 2011

The Simple-est Contest Ever!! The Bald Baby Contest

THE BALD BABY CONTEST
6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipance.


My look is so HALUUSSS with no hair!!

Muhammad Hadif Akhtar

Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs

*Design and Size (age) may differ from the picture based on the winner. Say baby girl wins, organizer will choose appropriate design for her :) Amir has a great taste so don't worry.



Mari ajak kawan-kawan yang lain join!!


Love,
Amir

Wordless Wednesday

Tuesday, July 5, 2011

Macam-macam ragam anakku...

Sekejap je masa berlalu, my lil ones dah hampir 5 bulan!!! Sangat teruja dengan komitmen menjadi seorang ibu zaman sekarang ni..Tambah pula anak lelaki kan, memang sangat mencabar..Sekarang Hadif dah semakin pandai beraksi!!! Rutin tiap hari, sebelum tidur malam, makanya bermulalah kelas vokal daripada anakku yang bertuah ni..Hadif memang suka menjerit tak tentu pasal..Kalau dia tetiba berjaga tu, saya kena standby awal-awal susu dia kat katil. Kalau lambat, jawabnya akan kedengaran lah jeritan dia..Boleh bayang tak kalau dia menjerit macam kena pukul? Haaaa...camtulah eksesais dia hari-hari...hehehe..

Sekarang memang tak duduk diam,..bila dukung memang dah meliat-liut macam ulat beluncas..kejap pusing depan, kejap pusing belakang..kalau baringkan dia, takyah cakap la..otomatik akan meniarap, angkat dada angkat kaki..buat badan ala-ala jongkang jongkit..hehehe...pastu mana umi dan daddy dia ada, ke situ la dia akan berpusing menghala kami berdua..haiii..anakku..anakku...

Air liur macam biasa la..memang akan membanjiri segala apa yang dialas..bedsheet umi dah berapa kali tuko akibat air liur awak yang melimpah ruah nak oii..

Walau apepun, hari-hari umi dan daddy sentiasa ceria dengan pelbagai ragam si comelku ini..Next week dah nak masuk 5 bulan..kena cucuk lagi ye sayang..Tak sabar umi nak dengar Hadif buat lontaran vokal di klinik tu nanti...hehehehe =p

air liur meleleh tak dapat ketagih mak itam meleter...hehehe

fevret food dia..

ha..sumbat jangan tak sumbat..anakkuu..

My Bestfriend kawin lagi?

Helo & Salam to all,

Kalau ada yang baca entri sebelum ni, story saya pasal my best friend's wedding kan? Yess, sekali lagi my another bestfriend telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Kalau yang kawin sebelum ni merupakan bestfriend saya zaman sekolah dulu-dulu, tapi yang kawin kali ni dia adalah bestfriend saya masa kat UUM..jangan silap tafsir dengan tajuk entri hokehh..hehe..

Best ke ada banyak bestfriend ni? nama pun BESTFRIEND kan? mesti ada satu je kan? Yeke?Oh, pada saya ia tidak semestinya lah. Saya ada bestfriend di mana-mana. Since sekolah rendah dah ada bestfriend tau!! Setiap sekolah yang saya pegi mesti ada bestfriend...best la ramai bestfriend!!..hehe..

Apapun, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada my BFF Sannah dan pasangannya Mus. Diorang ni dah kapel lama since di UUM lagi. Memang ditakdirkan jodoh korang berdua memang kuat!! Saya happy sangat tengok korang berdua dah kawin!!! Sama cantek sama padan...

Orang santek, bertambah santek..

sama cantik sama padan, sila abaikan muka saya yang sunburn tu..hehe

sweet memories..

Cantik dan berseri sangat!!
History skit pasal Kemn dan Sanah ni..
Saya dan Sanah mula rapat masa kitorang sem2. Kami ni sama course..Intaf (International Affairs) dan kami juga sama-sama committee of Intaf Society. So masa di kampus banyak kami habiskan bersama. Sama-sama sibuk dengan aktiviti society, sama-sama add&drop class, sama-sama minor class (Comm.), sama-sama group assigmnent, sama-sama skip class..hehe..Sanah ni orangnya sangat peramah, bersopan santun la nak banding ngan saya yang tak semenggah ni. Banyak benda yang kitorang kongsi bersama. Sanah juga lah salah seorang kawan yang sanggup berkorban masa saya sakit dahulu. Sanggup menjaga makan pakai saya di biliknya, sediakan sarapan (oh!!teringat makan roti bakar letak gula) dan belikan makanan tengahari masa sakit dulu. (Entri sakit baca kat sini). My dear Sannah, Thanks for being such a wonderful bestfriend!!! =)

Tetiba ada orang tanya," Ko kan cari besfren muka mesti nak lebih kurang je, nak jadik besfren ko kena macam diorang ke?"..hahaha..tergelak besau den!! Semua tu bukan ukuran dik non oi..yang penting sifat dan personaliti dia boleh diumpamakan seperti cermin kita..Lagi satu, dia juga mestilah tahu menilai erti persahabatan sebenar. takda tikam-tikam belakang ye...


p/s: pssstttt...ada lagi besfren saya yang belum kawin ni, just wait and see!!!

Friday, July 1, 2011

ShaSha & Ikram Mirwarna sah menjadi suami isteri!!


Salam Jumaat to all my dear readers!!

Entri hari ni ditulis ikhlas dari hati nurani yang bersih lagi suci untuk bestfriend ku dunia akhirat Shasha or Sasa or Maksu!! Tahniah diucapkan kepada sahabat ku Shasha Shazira dan Syed Ikram kerana telah sah menjadi suami isteri..Yippie!! Serunak nyer!! Happy sangat sebab aku bakal mempunyai geng untuk berkongsi cerita anak-anak dan para suami..haha..setelah Bai dan Nad mengikuti jejak langkahku, kini aku sedang menanti Anem dan Emysha join kita semua lah..

Walaupun aku penat gilababeng balik dari training hari tu, semangat aku lah yg membawa aku ke rumah ko untuk bertukar menjadi Cinderella versi Dayang Senandung (hitam sunburn)..hahaha..Sib baik aku datang kan, kalau tak mesti inai di jari kau masih berwarna ala-ala baru lepas makan kuah kari..hehehe..

History skit pasal Shasha dan Kemn ni, kitorang kenal masa form 4 & 5 di Mustech. Aku suka biru, Shasha suka pink. Tapi kami sama-sama sukakan accesorries!!! Dulu aku masih ingat lagi satu peristiwa yang sampai sekarang aku rasa berdarah lagi, time tu Shasha adalah salah seorang rakan yang sentiasa berada dengan aku tak kira walau susah or senang. Bila aku dicaci, dihina, disabotaj...dia turut terkena tempias nya..kerana semangat setia kawan, dia sanggup redah juga..Tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang lain, Anem, Nadia, Nisdaitul, Baizura..diorang la yang selalu buat aku happy untuk terus ke sekolah..cehh, tetibe ter 'emo' plak mengenangkan peristiwa kat skolah dulu..Hah, sampai sekarang aku memang takkan maafkan orang yang buat aku macam tu..Doa orang teraniaya akan dimakbulkan!!! hehehe..takde la aku gurau je..Kepada kawan-kawan2 Mustech yang terlibat dengan provokasi dulu, Aku Maafkan Korang ye..No heart feeling ye!!

Ok dah habis pasal story mory tu..lepas habis form 5, kitorang still contact each other. Kalau  tahun ni aku lepak umah Shasha, tahun depan dia plak datang umah aku. Macam tu la tahun2 berikutnya, sampailah aku dan dia berumahtangga..Walaupun dia Uniten, aku UUM, kitorang masih sempat bercerita tentang life masing-masing yang mana aku rasa perjalanan hidup kami tak jauh bezanya walaupun kami jauh. Jauh dimata dekat dihati...hehehe..

Aku harapkan ko bahagia Sha, disamping suami terchenta tu!! seronok ye dapat suami retis!!hehehe..semoga korang dipermurahkan rezeki dan dirahmati Allah..

Ada lagu skit kat bawah ni untuk ko:

"As we go on, we'll remember,
All the time we've, had together,
And as our life change, come whatever,
WE WILL STILL BE FRIENDS FOREVER!!!"



p/s: Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada semua sahabat handai ku di seantero dunia!!! (tengah tengok tarikh wedding kawan-kawan yang lain sambil memikirkan warna tema masing-masing..sekian, bye)

~end~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...