Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, November 30, 2011

Hadif dah pandai panjat tangga!!

Hello and Salam to all,

Setelah agak lama tidak bersiaran di X-presi, hari ini baru ada kesempatan nak update entry. Weekend hari tu sibuk dengan attend wedding kawan-kawan dan sedara-mara. Semalam kena jadi usherer untuk office event di PICC, supposely saya kena cuti jaga Hadif (Bs pegi kursus). At first tu pening gak kepala nak letak mana budak bertuah tu, atlast dapat juga letak dia kat Taska Presint 9 kejap (bayar RM20/day).


Entri hari ni nak bercerita pasal budak bertuah intan payung pengarang jantung ummi ni. Alahaiiiii..makin hari makin macam-macam gelagat dia. Berdiri pun tak stabil lagi, dah sibuk ambitious kemain nak panjat tangga!! Omaigad, kalau lah umi tak perasan awak memandai naik tangga, mau tergolek-golek awak jatuh ke bawah. 


So, apa yang saya buat? Memang tak melarang, cuma duduk dekat-dekat dengan dia, tengok panjang mana akal dia. Kalau lah time tu umi boleh rakam kannn..takleh..takleh..kegusaran hati umi ni lagi mendalam dari sibuk nak merakam aksi awak. Kalau naik pelan-pelan ok gak la..Ini aisshhh...naik macam pro bebenor..umi pun speechless tengok awak, Hadif!


Sekarang pun dah pandai turun katil sendiri. Bukan katil dia, katil kitorang la. (kalau katil dia memang magik la kan..) Macam tak caye tengok, tapi kena percaya la kann..Ini pun sama, turun katil macam pro sangat, macam terer sangat! Hadif ni kalau korang nak tau, dia memang tak serik jatuh. Jatuh tergolek tu dah macam normal. Kalau setakat terhantuk kepala tu dia macam dah immune..Umi and daddy dia pulak yang cuak, dia muka selamba habis.Unless kalau jatuh yang sakit teramat, baru dia meraung habis. Bagus tu memang bagus sebab dia memang lasak (macam daddy umi dia..hehe), tapi kekadang tu tak larat jugak la ummi ni sayanggg..

Ape-apepun, saya dan husband sangat seronok tengok keletah si kecil kami yang sorang ni. Walaupun penat teramat sangat kadang tu, hati ni pasti terubat dengan gelagat buas beliau! 

Kena kurung dalam big bean..perasan seksi letewww

Tengok la dia cabut sebelah kasut..sory la peranten saya dtg kenduri xpakai baju cantek, baru balik dari rehearsal event..huhu


p/s: Today Hadif tinggal dengan BS, tidur semalaman dengan Acik (BS). Umi and daddy nak ke JPO, bukan taknak bawak awak, tapi mengenangkan this weekend pun kita dah nak pegi family vacation kan..kesian awak, umi takut awak penat..take care ye sayang, jangan buli-buli Acik pulak! =D

Friday, November 25, 2011

Please Vote Iman Damia Khan for GAP Casting Call on Facebook!

[THIS IS STICKY POST, PLS SCROLL DOWN TO READ MY LATEST POST.TQ]


Helo readers!!

This is special entry for Iman Damia Khan a.k.a Kukak. She is a daughter of my friend's sis, Kak Asmah Haneem.


Nak mintak tolong kawan-kawan vote Iman Damia Khan untuk terpilih dalam contest GAP Casting Call Facebook.

Jumlah vote yang terbanyak akan dipilih mewakili Malaysia untuk bertanding dengan wakil daripada Singapura and Indonesia. So, secara tak langsung Kukak ni macam Harimau Muda, eh bukan baby tiger  lah kot..hehehe

Setakat ni saya tengok Kukak dah dapat 41 votes, which is berada pada 2nd place after Gabrielle Ch'ng En (51 votes). Macam ada harapan je nak dapat ni.


So, kalau sudi nak mintak korang vote for Kukak!!


Hello mommies and friends!! I'm Iman Damia Khan binti Ahmad Nazran Khan. I need much much more votes to win this contest!! Please vote for me..Thank you, love u all.. muah..muahh!!




Caranya mudah saja:


1. First, please LIKE Gap Malaysia Page. 

Klik this link: 

http://www.facebook.com/gapmalaysia?ref=ts&sk=app_185222568225902

2. Klik this link to VOTE : 


https://apps.facebook.com/gap-casting-call/index.php?country=1&cat=babygap&photo=1260&page=2&_=_

IMAN DAMIA KHAN's Vote now : 63 votes

Thank you for voting her... =)

Dapat Invitation ke Johor Premium Outlets (JPO)..Mari serbu!!!

Salam to all,




Tahukah korang tentang kewujudan Johor Premium Outlets (JPO) ni??toink..toink..mesti tak tau kan..kan..kann..Ha,,ni den datang nek kobau kan pada korang la tentang pusat sehenti menjual barang berjenama yang bakal akan dibuka di Kulai, Johor. 

Actually projek ini adalah salah satu projek di bawah Iskandar Malaysia. My clique kat ofis yang jaga Iskandar Malaysia ni dapat invitation for open ceremony JPO ni. So, i pun menumpang la. At first tu, macam berat hati nak pegi. So, bila depa kata boleh bawak spouse, terus laju tanya husband dan laju jugak dia menjawab "tentulah nak pegi!!" (asben saya kaki shopping). Bila dah asben pegi, tak payah pikir panjang lah, serbu sajaaa...hehehe

Dengar citer, untuk first opening ni, depa buat diskaun sampai 60% - 70%. Uishh..manyakkk tu! Ada Salvatore Ferragamo, Gucci, Calvin Klein, Burberry, Chanel, Dior, Louis DKNY, A|X, Armani Exchange, COACH, Burberry, Canali, Giorgio Armani, Gap Outlet, Lacoste, Levi's, Tumi, Michael Kors and Swiss Watch Gallery. 

Konsepnya 1 brand, 1 banglo. Teruja sangat nak pegi tengok camne rupe outlet ni. Apa yang saya tau JPO is modelled after Woodbury Common Premium Outlets, dekat dengan New York. Lepas ni takyah dah berangan nak pegi New York! =D

Gambar semasa awal pembinaan..

Thursday, November 24, 2011

Kembali tenang...

Helo everybody!

Hidup saya kembali tenang seperti sedia kala taktala selesai sudah last task for this yaear. As i told u dalam entri sebelum ni, itulah kerja saya kat ofis ni. Semalam ada Exit Conference untuk kajian tersebut, as usual ditugaskan untuk jadi Emcee. Nampak macam senang, tapi quite mencabar sebenarnya. Biarlah berpuloh kali pun jadi emcee, perasaan gementar tu memang tak boleh lari. Tapi, apa yang saya amalkan bacalah doa Iftitah sebelum berucap, insyallah dipermudahkanNya. 

Tolong abaikan muka saya yang kemain serius. Dah memang air muka camtu kalau tak senyum, sekian.

Bila keadaan mulai tenang, of course la dalam kepalehotak ni fikir nak enjoy kan. Hujung-hujung tahun ini, memang padat dengan kenduri kawin. Banyak tempat nak kena attend, jalan pun mula lah jam sana sini. Minggu ini saja ada 3 orang kawan saya akan naik pelamin. So far, belum decide lagi nak attend yg mana satu. Sebab tempat jauh-jauh, kalau semua sekitar KL ni, boleh la bahagi sorang sikit.

ini dia Maksu nak tawen lagi

Next month, reception my besfren Shasha. Dia dah nikah tengah tahun hari tu, tapi disebabkan depa dua orang terlalu sibuk baru la boleh buat reception bulan depan. She gave me a kain pasang untuk sedondon dengan bridemaid lain. Laku lagi mak orang ni jadi bridemaid! hihi...So, last week pegi rumah dia kat Maluri to take that kain pasang tu.

happy face from us




Papepun, berbalik kepada tajuk entri, perasaan saya ketika ini teramatlah lega kerana keadaan kalut malut yang dilalui 2 3 minggu sebelum ini telah kembali tenang. Alhamdulillah.

Tuesday, November 22, 2011

Thanks to my boss.. wink!

Helo and Salam to all my dear readers,

Kenapa tetibang je nak say thank you to my boss? Nak bodek ke? Aish..dak eh..Okay, actually ada perhimpunan bulanan kat MAMPU Putrajaya. You all kalo yang tak tau, gomen agencies ni memang ada perhimpunan bulanan tiap-tiap bulan..tinggal rajin ke idak je nak pegi. 


Tapi rajin or malas, hari ni saya kena pegi jugak. Sebab nak kena naik pentas. Hik! Guess what? 











Yup. Sebab nak kena amik sijil kat atas tu. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah di atas penganugerahan ini. Ya, kalau nak ikutkan memang biasa je, semua orang pun boleh dapat kan. Apepun saya tetap bersyukur...


Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih to all my bosses, iaitu En. Fairuz, my immediate boss (M48), En. Zaimy (M52) and the most fofular boss in MAMPU, my Timbalan Pengarah, En. Azman (M52). Eh, korang paham ke idak benda alah hape yang dalam bracket tu? hihi.. 


Rasa macam bertuah sebab dapat bos-bos yang sungguh super sempoi di abad ini. Nama pun bos laki kan. Biasanya kalau bos lelaki memang sempoi. Kalau ikutkan bos-bos saya ni, buatlah macam mana kerja sekalipun, yang paling penting nya at the end nampak apa outcome nya. 


Saya rasa kalau nak dibandingkan dengan 2 gomen agensi yang pernah saya kerja sebelum ni, rasanya Bahagian inilah yang paling rileks kerjanya. Betul orang cakap, tuhan tu Maha Adil. Kalau kat agensi sebelum ni, pukul 11 malam baru balik, sabtu ahad kerja. Belum kira nak gi outstation lagi. Tapi kat sini, mostly pukul 5 dah lengang, takde orang sume dah balik rumah. Biasanya saya lah yang selalu duk menanguk sensorang sampai pukul 6pm. Ish, bukan sebab rajin sangat pun, sebab nak update belog..hehehe


Ape-apepun nak cakap sekali lagi thanks to my boss diatas pemilihan saya sebagai Pegawai Contoh Bulanan di Bahagian eKL ini. Sebenarnya jauh disudut hati, rasa macam belum layak untuk saya terima anugerah ini. Tak sampai setahun pun lagi bekerja di sini...



p/s: kerja gomen ni sebenarnya, ikut nasib. Kalau duk tempat busy teramat, kadang-kadang nak gi toilet pun tak sempat. tapi kalau duk tempat rileks, 10 minit sekali pun boleh ke toilet..hehe..apepun, bersyukur lah.. =D

Monday, November 21, 2011

Our Home Progress...hampa..

Salam,

Weekend hari tu, kitorang pergi melawat rumah. Fokus utama sebenarnya nak amik ukuran dapur kitorang untuk buat kitchen kabinet. Tapi bila sampai sana, rasa macam hampa. Hampa bukan sebab apa, sebab tak dapat tengok rumah. Dapat tengok dari jauh je.

According to salesperson tu, rumah kitorang dah siap 80%, sekarang jalan pun dah ber tar. Kitorang tak dibenarkan masuk ke kawasan tu sebab diorang tengah standby untuk inspection by JKR, Bomba dan sebagainya. Kalau dah okay, insyallah bulan 12 rumah dah dapat CF. Tapi kunci still dapat on next February 2012.

Hampa betui perasaan saya time tu. Mana tak nye, dah lama sangat tak menjenguk rumah. Alih-alih bila semangat berkorbar-korbar nak cari idea men deko-deko rumah, tak kesampaian pulak niatnya. So next month baru diorang akan bukak semula untuk public and owner. 

Dah alang-alang sampai kan, kitorang sempat la jalan-jalan kat rumah Fasa 1. Depa dah dapat kunci bulan Ogos hari tu. Jom layan gambau..


Fasa 1 - Type A





Type B

Type B Premier - our home!! dapat snap dari luar pagar je..

ok..nak balik dahh..

5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur

Setiap kediaman tentunya mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Kebiasaanya, fokus di ruang dapur adalah tertumpu kepada kabinet dapur. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?


Bajet. Ya, bajet adalah perkara pokok yang perlu kita titikberatkan sebelum berangan tinggi kemain nak kabinet dapur yang camtu, cenggini. Kalau mempunyai bajet yang agak terhad, jangan risau. Tak semestinya apa yang anda idamkan tidak dapat direalisasikan. Sekarang ni dah banyak pilihan menarik yang bersesuaian dengan bajet anda. Memandangkan saiz dapur di kediaman saya sangat minima, plus bajet pun minima jugak. Saya hanya estimate RM10k untuk kitchen cabinet. 

Konsep. Sudah tentu konsep yang dipilih amat penting dalam pemilihan kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden kan? Samalah dengan saya, konsep moden bukan sahaja kelihatan simple, ringkas dan kemas, malah dari segi bajet yang terhad juga dah boleh kita dapat kabinet dapur berkonsepkan moden.

Material. Sekarang ni dah kena study sikit-sikit pasal material untuk kabinet dapur. Tak kiralah bagi material table top , pintu mahupun handle. Untuk material table top pasang siap, saya difahamkan material jenis akrilik (acrylic) adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan material-material lain. Tapi untuk tahan lasak dan lebih lama, disarankan untuk membina table top konkrit. Untuk material nya, bergantung lah kepada bajet kita tu tadi. Kalau ada bajet lebih, batu granite yang terbaik. Kalau biasa-biasa je, boleh je pilih macam-macam jenis tile sekarang yang cantik-cantik. Untuk pintu pula, trend sekarang adalah tertumpu kepada melamine dan UV gloss. Terpulang la pada anda nak memilih yang mana.

Warna. Kombinasi warna putih dan hitam turut menjadi trend masa kini dalam pemilihan warna. Dua warna ini bukan sahaja sering diterjemahkan dalam pemilihan perabot hiasan, malah kabinet dapur turut
menjadi pilihan sang pemilik rumah. Setakat ini, saya masih belum decide nak pilih warna apa. Untuk effect saiz dapur yang lebih besar, putih mungkin menjadi pilihan saya. Tapi bila difikirkan semula, susah nak maintain sebab putih memang mudah je nampak celanya. Apa kata warna biru? hehe...

Rekabentuk. Kebiasaannya, rekabentuk kabinet dapur ditentukan berdasarkan citarasa pembeli. Namun, ada juga sesetengah kedai yang telah menetapkan rekabentuk tersendiri. Pandangan peribadi saya, lebih baik ianya mengikut citarasa kita, tetapi dalam masa yang sama tugas mereka adalah memberi khidmat konsultansi. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai  opsyen tambahan jika tidak mahu menggunakan dining table sedia ada.

Aksesori. Amalan kita biasanya akan mengabaikan faktor ini sebagai pelengkap kepada kabinet dapur. Apa yang akan berlaku jika kita mengasingkan faktor ini dengan tidak mengambilkira dalam pembinaan kabinet dapur? Sudah tentu dapur yang siap tersergam indah akan dipenuhi dengan aksesori tambahan yang akan dibeli berasingan. Kebiasaannya, rak pengering pinggan akan dibeli berasingan. Kesannya, akan memakan ruang untuk meletakkan rak tersebut. Belum tambah lagi dengan cawan, sudu dan garfu. Lagi lah bertambah messy. Sebenarnya saya juga mengingatkan diri saya, takut nanti saya pun terlepas pandang dengan aksesori ni. hihi...

******************


Sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira dalam membina kabinet dapur ni. 5 faktor yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan survey dan pembacaan saya mengenai kabinet dapur ini. Saya bukanlah profesional yang layak untuk berhujah lebih mengenai perkara ini. Mungkin sebelum anda merujuk kepada pakar, mana tau 5 faktor ini yang perlu anda pertimbangkan.

Baru-baru ini saya ke Kubiq showroom. Kubiq mempunyai konsep yang lebih kurang sama seperti anda menempah kitchen cabinet di Ikea. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Ada serendah RM1,000 +++ tau, tetapi tidak termasuk upah installation dan delivery. Yang menariknya, anda boleh menggunakan khidmat installation and delivery dengan orang lain. Banyak boleh jimat kat situ. Jika anda berminat untuk ke showroom Kubiq, ia berdekatan dengan Tropicana Medical Centre dan Segi College di Damansara. Untuk maklumat selanjutnya, layari lamanweb Kubiq di SINI.


Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! =)

 Ermmm bestnye ader KC warna biru macam ni...




Saturday, November 19, 2011

Tragedi di pagi hari...

Hye uols,


Pagi Rabu hari tu, masa nak hantar hadif ke umah BS, saya terbabas atas divider jalan..Dah tu terlanggar papan tanda anak panah atas divider tu, habis pecah side mirror kereta saya (again..kereta ku di bengkel). 

Macam mana keadaan saya? 
Alhamdulillah ok, takde apa-apa kecederaan..Cuma masa kejadian tu berlaku, carseat Hadif terbalik, so my baby nangis jugak sebab takut..kesian sayangg ummi..(rasa macam hari ni lupa baca bismillah sebelum drive)


Apa puncanya?
As u all know la kan, my baby ni memang sangat lasak orangnya. Eventhough dah buckle up sekalipun, dia still boleh pusing kan badan dia meliat liut ke atas ke bawah (boleh imagine tak macam mana?, mesti takleh kann..hihi). Tak payah kata duk dalam carseat, dalam stroller pun dia boleh buat. 


So, masa dia duk memberontak nak keluar dari carseat tu, carseat tu jadi macam tak stabil dan senget. Saya pun betulkan la semula carseat dia tu, plus tolak la balik badan dia masuk dalam carseat tu. Dek kerana tu, saya tak perasan jalan tu berselekoh, so sedar tak sedar dah naik atas divider, unfortunately dapat elak membahan papan tanda depan tu. Walaupun dah elak, terkena jugak sikit pada side mirror...

Memang saya akui lah, carseat tu macam dah padat sangat dengan saiz my baby sekarang. Plus dia memang tinggi, maybe dia tak selesa duduk dalam carseat tu dah. Kitorang memang plan nak tukar carseat dia tu. Infact semalam dah pun survey kat Mothercare, tapi stok dah habis (agaknya carseat Hadif merajuk kot tau kitorang nak beli yang baru). 


So, after this memang kena cepat cepat beli carseat baru untuk gantikan carseat lama tu. Semalam sempat beli stroller baru untuk Hadif kat Mothercare (Dah beli kat situ, merasa lah jadi membercard kan). Kebetulan ada sales kat Mothercare, so kitorang beli brand Mc Laren untuk stroller baru dia. 


p/s:Baru saya tau, Mc Laren adalah stroller yang paling ringan dan boleh digunakan sehingga kanak-kanak berumur 6 tahun = 25kg. So, untuk kegunaan jangka panjang kami rasa telah membuat pilihan yang tepat.=)


Thursday, November 17, 2011

Checklist Pindah Rumah Baru

Hye semua!

Memandangkan lebih kurang 4 bulan lagi, kami akan dapat kunci rumah baru kami, so saya dah ready untuk checklist bagi persediaan sebelum urusan perpindahan rumah nanti. Hurm, untuk pengetahuan korang semua, nama perumahan kami telah ditukar kepada Desa Salak Puteri (no more Tiara Heights). Kenapa bertukar? Dengar kata tak dapat kelulusan from MP Sepang. Tak tau kenapa MPS tak setuju. So sekarang ni, our commitees (taman kami dah ada persatuan..huhu) tengah fight untuk pakai nama taman yang lama. Apapun saya tak kisah ape nama sekalipun, yang penting rumah kami dapat siap... =D

Klik SINI untuk maklumat lanjut


Okay, maybe ramai yang diluar sana dah beli rumah kan? Rata-rata ramai yang cuba mencari kediaman pada tahun ini memandangkan dijangka tahun depan dan seterusnya harga rumah akan  melonjak naik mencanak. Infact, rumah saya sekarang pun dah naik 100 ribu daripada harga sebelumnya. Nasib baik my husband paksa juga saya setuju untuk beli rumah awal tahun hari tu (teringat kena datang sign agreement masa tengah pantang), kalau tidak, tak merasa lah kami nak beli rumah idaman..huhu


Baiklah kawan-kawan, kat sini saya ada buat checklist untuk pindah rumah baru nanti. Checklist ni bukan saja berguna untuk saya, sudah tentu untuk saya kongsikan bersama dengan korang semua. Kalau ada yang saya tertinggal dalam checklist ni, kindly please do inform me! =)

EXTERIOR

  1. Grill
  2. Lampu + Wiring (lampu sisi pagar, lampu carporch, lampu balkoni, lampu keliling rumah)
  3. Auto gate
  4. Plug
  5. Kipas
  6. Getah Paip
  7. House number plaque
  8. Landskap - rumput carpet, yard lamp, fountain

INTERIOR

a) Living Hall
  • Lampu + Wiring (Downlight)
  • Plaster ceiling
  • Wallpaper
  • Kipas
  • Air cond
  • Plug
  • Sofa set
  • TV Cabinet
  • Carpet
  • Langsir (day and night)
  • Railing langsir
  • Frame
  • Cermin besar
  • Coffee table

b) Dining Hall
  • Lampu + Wiring
  • Plaster ceiling
  • Kipas
  • Aircond
  • Dining table
  • Plug
  • Carpet
  • Langsir (day and night)
  • Frame
  • Cermin besar

c) Kitchen
  • Kitchen cabinet
  • Fridge
  • Microwave
  • Stove
  • Hob & hood
  • Water Heater
  • Water Filter
  • Dishes Rack
  • Lampu + Wiring
  • Plug
  • Wall Fan
  • Bakul Sampah

d) Bedroom x 4
  • Katil
  • Meja solek
  • Wardrobe
  • Carpet
  • Towel hanger
  • Bakul sampah
  • Wallpaper
  • Langsir (day + night)
  • Railing langsir
  • Air cond
  • Kipas
  • Lampu + wiring
  • Plug

e) Toilet x 5
  • Lampu + Wiring
  • Toileteries rack
  • mirror
  • Tower hanger
  • Slipper toilet

e) Laundry
  • Washing machine
  • Laundry basket
  • Bathmat

f) Services
  • ASTRO
  • TNB
  • JBA

g) Lain-lain
  • Lampu + wiring for stairway
  • Lampu + wiring for bilik stor


Hopefully checklist ini dapat membantu saya untuk proses perpindahan nanti. Kalau ada pape tambahan, bagitau ye!


p/s: next entry nak share ngan korang pasal kitchen cabinet..tungguuuuu....... =D


Wednesday, November 16, 2011

Proudly present my another new header!!

Helo and Salam to all my dear readers,

Actually dah lama buat header ni, cuma nak tacap2 sikit je..



Mempersembahkan...




Yea, header baru ni masih mengekalkan biru sebagai latarbelakang nya (opkos!), cuma gambar saya tu masa akad nikah dulu, saje mood berangan macam peranten baru gitu! hehe..


Sebenarnya nak letak gambar my 2 heroes tu, tapi sampai sekarang masih takde lagi gambar yang santek dan bertepatan dengan warna tema blog ni. Maybe nextime, gambar saya sorang kat atas tu akan ditemani dengan 2 hero pujaan hatiku.


Kalau korang perasan header sebelum ni macam tangkap muat je gambo yang saya letak atas tu, dengan tak crop nye, dengan botol susu, handbag and stroller hadif lagi, nampak macam gile pandir la kan..


My first try..taktau ape motif letak backgroud jeti..hihi


Harap boleh bagi komen yang membina untuk improve my blog yang cikai ni..Thanksss... =)



Tuesday, November 15, 2011

Lain yang dibeli, lain yang dimain..

Salam kepada semua pembaca X-presi!!

Hari ini baru la berkesempatan nak update blog. Kalau korang perasan entri sebelum ni, saya hanya sempat ping kan emel daripada kak Lina Karim yang saya langgani mengenai pendidikan anak-anak. Seyes, hujung tahun memang banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum 2011 melabuhkan tirainya. 


Entri hari ni nak story mory pasal my prince yang dah masuk 9 bulan ni. Disebabkan ketekalan dia yang suka sangat nak berdiri sekarang ni, so daddy hadiahkan satu lagi transport baru untuk Hadif..


Taraaaa......

Step Start Walk n' Ride by Playskool


Transport baru ni 2 in 1. Boleh tolak macam skooter tu or boleh jugak  converts to a first ride-on toy. Memang sangat sesuai untuk bayi yang baru nak belajar berjalan..Punye lah semangat umi dia jadi poreman pasang wheels, handle, sidemirror lah..tapi yang ini jugak dia berkenan...

Eksaited leteww dapat tolak walker..

Sekarang ni, dah taknak duduk dalam walker..dia nak duduk luar walker sambil rajin-rajin tolak walker tu ke sana ke mari (macam la awak tu stabil lagi berjalan)..Padahnya, kelmarin jatuh tersembam ke lantai..Menangis kuat kemain lah jawabnya,..Umi pujuk kejap je, that was a lesson for u ye sayang..


p/s:
Biasanya, saya akan biarkan je dia explore sendiri. Unless kalau saya rasa apa yang dia buat tu sangat lah dangerous, baru saya akan say NO, then explain pada dia kenapa saya dia tak boleh main benda tu. Hadif sekarang dah pandai panjat 2 anak tangga. Bila dia start nak ke tangga tu, dia akan usha line dulu. Agak-agak dia tengok macam saya bagi green light, dia pegi lah. Papepun, umi awak ni tau agenda kamu ye sayangg!  




Langkah Pertama Mengajar Bayi

Artikel oleh: Lina Karim

Assalamualaikum Akmar,

Begitu cepat masa berlalu.. Setiap minggu baru bermula, pejam celik dah hari Jumaat.. Terasa baru lagi masuk tahun 2011, sekarang dah habis setengah tahun berlalu. Begitulah kehidupan kita sehari hari.. Kita sentiasa sibuk berlari mengejar hari. Itu adalah tentang kita dan dunia kita.


Bagaimana pula dengan dunia anak kita? Adakah mereka merasa begitu. Mereka adalah sebaliknya pula. Masa berlalu begitu lambat dan amat membosankan. Kadang-kadang terlihat dengan jelas kebosanan di mata mereka. Jika bayi, mereka akan menangis kerana kebosanan berbaring, jika kanak-kanak mereka akan bosan kerana terperap dirumah kerana belum lagi bersekolah. 

Walaupun ada aktiviti menonton TV, tetap mereka akan jadi bosan menonton TV jika ianya sepanjang hari. Sayang sekali, jika masa yang mereka lalui setiap hari ini disia-siakan. Ia nya begitu setiap hari hinggalah mereka mula bersekolah, barulah pengisian ilmu juga bermula. Jika kita dapat meluangkan masa walau hanya setengah jam setiap hari bagi mengisi masa-masa bosan mereka ini, akan menyebabkan anak kita jadi beberapa langkah lebih cerdik dari kanak-kanak lain.


Bagaimana bermula? Saya tidak mengenali secara peribadi Akmar. Namun nasihat saya, jika mempunyai anak yang masih bayi, ajarkan dengan menggunakan pendengaran dahulu. Cuba kita perhatikan  hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Tanpa mengetahui dan mempelajari fakta sains pun, jika kita adalah dikalangan dari orang yang memerhati, kita diberi pelajaran bahawa bayi boleh diajar dengan pendengaran.


Alam bayi semasa dalam kandungan adalah gelap, tiada apa yang dapat mereka lihat. Tanpa penglihatan, deria pendengaran mereka sangat tajam. Hanya deria pendengaran sahaja yang mereka boleh gunakan ketika didalam kandungan. Bila lahir, deria inilah juga yang kita boleh gunakan untuk mengajar mereka bukan sahaja kalimah Allah dalam azan dan iqamat, malah kalimahNya yang lain dalam Alquran.


Yang menjadi masalahnya, kebanyakkan ibu dalam tempoh berpantang, mungkin kerana kebosanan, berbagai telenovela dan cerekarama jadi santapan mata. Bayi yang baru lahir yang selalunya berada di sebelah ibu yang berpantang, yang masih tidak membuka mata, turut mengisi pendengarannya dengan bermacam-macam masalah dunia dari cerekarama yang tiada kesudahannya itu. Jadi jangan salahkan anak kita bila dah besar, dia pula buat cerekarama dan menyusahkan hati kita.


Alangkah baiknya jika, bayi tersebut, setelah pulang kerumah, diisi dengan ayat alquran setiap hari. Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya dan secara automatik, susu yang di hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep letak air ketika kita membaca Yassin. Air Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang kerasukkan histeria dan lain-lain. 


Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang didedahkan dengan kata kata yang elok atau ayat alquran mempunyai susunan molekul yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan susu badan kita jika kita sendiri mendengar ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya dengan penuh DHA (minyak ikan yang dimakan ibu yang menyusu), ekstrak daun zaitun olive oleo, kismis, badam, dll, malah susu badan kita  tersebut penuh dengan khasiat kerohanian yang akan menjadi darah daging anak kita. Jadilah anak ini secara semulajadinya suka akan alquran.


Nasihat saya, gunakanlah pendengaran. Perdengarkanlah.. Maka, jika ingin membeli produk saya, produk pertama yang saya cadangkan adalah CD Audio Al quran yang boleh didapati di http://www.islamicparentingnetwork.com. Ia sesuai untuk bayi baru lahir dan keatas. Apa lagi kalau CD Audio tersebut bersuara kanak-kanak, yang memang secara semulajadi disukai oleh kanak-kanak lain.


Ada juga yang bertanya, anak saya dah besar. Dah nak masuk sekolah. Macam mana tu? Elok juga diperdengarkan dengan ayat Al Quran terutamanya Juzuk Amma tu kerana senang untuk mereka menghafalnya bagi dibawa sebagai surah dalam solat. Dah nak hampir umur wajib solat dah tu. Bila dah hafal, jika mereka disekolahkan ke sekolah agama rakyat ke, senanglah nak lulus periksa. (Dengar ayat pasal nak lulus periksa, haha)


Apapun, langkah permulaan atau langkah pertamanya adalah mendengar dan diperdengarkan! Ini akan membantu ketika kita ingin mula mengajar mereka menghafal. dan mulakan seawal yang boleh. Dan percayalah mengajar mereka mengenal 26 huruf hijaiyah lebih susah dari mengajar mereka 26 huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang akan sentiasa berada ditengah-tengah kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Alquran bila ia dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah akan itu sebenarnya dari syaitan.

Ikhlas dari,
 

Lina Karim




Monday, November 14, 2011

Memasukkan Al Quran Ke Minda Bawah Sedar

Artikel oleh: Lina Karim
Salam Akmar,

Baru-baru ini kedua-dua anak saya, Darwish dan Darwisya, telah membuat persembahan di hadapan 5,000 orang di Kediaman Rasmi Menteri Besar. Seperti biasa mereka seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku sebelum persembahan tersebut. Yang terlebih 'nervous' adalah mama mereka. Alhamdulillah mereka membacakan hafazan mereka dengan baik.

Bayangkan, semasa gangguan dari mikrofon mengumumkan nombor plet kereta yang menghalang laluan keluar masuk diumumkan, mereka tetap masih meneruskan bacaan seolah tiada gangguan langsung yang berlaku ketika itu. Alhamdulillah mereka berjaya untuk tetap fokus pada bacaan mereka. Kadang-kadang terlihat anak saya melambai lambai pada kanak-kanak yang berpusu-pusu menyaksikannya menghafaz sambil tersenyum. Saya percaya ini adalah kerana Al Quran itu telah masuk ke dalam minda bawah sedar mereka. Ini berbeza jika kita menghafal cara biasa, dimana ibu saya sendiri pernah berkata, contohnya jika dia ingin membaca surah panjang seperti As Sajadah, jika dia tidak duduk diam dan tunduk betul-betul mengingatkan ayat yang ingin dibacanya, dia tidak boleh menghafaz dengan lancar! Ibu saya sendiri hairan melihat Darwisya dapat menghafaz Surah Sajadah sambil mewarna buku lukisannya atau bermain basikal! Atau Darwish menghafal Surah Al Buruj sambil memanjat kerusi..

Berbalik kepada Majlis di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, saya mempunyai cara saya sendiri untuk memotivasikan anak saya untuk tidak takut dan bersemangat untuk membuat persembahan. Suami saya panggil saya ni ibu yang kejam (haha..) tapi saya tak kisah lah. Saya akan beli barang mainan yang mereka suka dan kemudian mereka tidak dibenarkan untuk membukanya. Kejam ke tu? Kalau ia masih dalam kotak dan berplastik, mereka hanya boleh memegang dibahagian luar sahaja dan tidak boleh membukanya hinggalah mereka membuat persembahan tersebut.  Dan selepas mengaji saya selalu menceritakan akan meriahnya 'Birthday Party' yang akan diadakan selepas persembahan tidak lama lagi tersebut. (takdelah semeriah mana pasal celebrate pun dgn anak-anak sedara mereka je). Saje untuk bagi mereka semangat.. Akhirnya mereka look forward untuk membuat persembahan.

Alhamdulillah kerana Allah Maha Pemurah kepada saya. Bayangkan kalau anak saya cuma pandai menghafaz tapi bila di suruh ke pentas atau berdepan dengan orang ramai, mereka jadi kaku. Tak ke aniaya jadinya? Seperti konsert di Sekolah Darwisya baru-baru ini, ada kanak-kanak berdiri ditepi pentas sambil menangis kerana tidak mahu beraksi padahal dah pun disiapkan dengan costume yang cantik untuknya beraksi. Kasihan saya melihat dia. Oklah.. Untuk gambar dan sebahagian video anak saya pada majlis tersebut, boleh lihat di http://www.islamicparentingnetwork.com/blog.html

Ikhlas dari,
 

Lina Karim




Wednesday, November 9, 2011

Hadif is 9 months old!! Baru tumbuh gigi!!!

Hari ini, tanggal 9.11.11 my lil prince Muhammad Hadif Akhtar telah pun menjangkau 9 bulan. Pejam celik pejam celik cepat nya masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk 1 tahun..Makin hari makin lasak putera hati umi sorang ni. Balik kampung hari tu, semua orang tak larat dukung Hadif. Mana taknya, badan nak kata tembam tak la sangat, tapi berat nya mak ai..kus semangat!! Plus dia memang tak reti duk diam, kejap pusing depan, kejap belakang, kejap kanan, kejap kiri..

Dah masuk 9 bulan ni ada nampak seketul gigi tumbuh kat bahagian depan belah bawah. Lambat nau tumbuhnya..tapi nasi dulu dah dia makan..Dia memang suka makan, apa saja dia telan (rasanya kalo bagi batu dan kayu pun dia telan kott..hehe). Tapi mana yang boleh je la awak makan ye, umi dia ni memang melarang sekeras-kerasnya Hadif makan benda-benda yang kurang berkhasiat. Biasanya yang selalu gatal tangan duk huluq aiskrim kerja daddy dia lah..Dengan daddy sekali umi marah..hoho

Sekarang ni memang dah berani berdiri sendiri. Orang tak tolong pun takpe. Kalau jatuh pun memang tak nangis sebab eager sangat nak berdiri menyusur tepi tepi kerusi, katil, kabinet dan sebagainya. Dah pandai nak lepas lepas tangan pulak. Cepat cepat jalan ye sayangg!!

Raya Haji melawat abah di hospital

Salam to all my dear readers,

Agak jarang berkumandang sejak akhir-akhir ini. Tidak, bukan sebab merajuk hati ke, sakit hati ke..tapinya masa memang sungguh mencemburui den untuk update entry dalam belog biru ni. Hujung tahun memang banyak sangat kerja. Tambah tambah lagi buat double kerja, lagi lah kann..Kalau tengah-tengah tahun dulu (kalau korang perasan la kan) memang banyak je masa nak update. Pernah la satu hari sampai  2 3 entri gua update (punyalah buhsangg takde keje). Tapi hujung-hujung tahun ni, nak tempek satu gambo pun payah.

Pada asalnya Raya Haji hari tu my husband dah plan nak ke Penang, tapi dek kerana my baby kena demam campak hari tu, terpaksa la plan tu dibatalkan. Tapi best jugak la sebab dapat balik kampung saya di Kuantan. Boleh la saya rest skit bila ramai yang rajin melayan budak bertuah tu..
Sabtu malam tu saya, Along dan Angah dah sibuk di dapur nak menyiapkan juadah raya esoknya. Dalam duk sibuk bersiap, abah mengadu sakit perut. Kebetulan pula abah baru habis dialisis, memang ketara sangat nampak muka dia lesu dan badan pun lemah. Abah mengadu jugak bila dia buang air besar, keluar darah..Bila dengar je macam tu, kitorang adik beradik ni terus suruh abah ke hospital. 

Bila sampai di hospital, doktor mengesahkan bahawa kemungkinan berlaku pendarahan dalam perut abah. Abah terpaksa ditahan dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi oleh doktor pakar yang berkaitan. Menurut doktor, pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan yang menyebabkan pendarahan berlaku. Kalau korang baca entri saya yang INI korang tau lah apa punca abah ambil ubat tahan sakit tu. 

Menurut doktor pengambilan ubat tahan sakit tidak akan memberi kesan sampingan kepada abah kerana abah sememangnya mempunyai kegagalan buah pinggang (both of his kidneys are fully damaged). Persoalannya tidak pula doktor maklumkan bahawa akan memberi kesan sampingan kepada organ-organ lain? Bila dah jadi macam ni, sapa yang tanggung? Doktor ke?

Keesokannya, kami sekeluarga menziarahi abah dihospital disamping ditemani umi di situ. Kami bawa juadah raya (Nasi Impit dan Laksa Penang) untuk bekalan umi menunggu abah di hospital. Sayu hati melihat abah terlantar di katil. Jauh disudut hati saya dapat rasakan betapa abah mahu menghabiskan masanya bersama anak-anak dan paling utama bersama cucu-cucu tersayang.

Ketabahan dan ketekalan abah melawan sakitnya membuatkan saya bangga dan berasa sangat bertuah kerana Allah telah kurniakan abah seperti abah. Sedih kami secara tidak langsung telah terubat bilamana melihat abah kuat menghadapi segala dugaan Allah yang diuji kepadanya.

Hari esok abah dijangka akan keluar dari hospital. Alhamdulillah, beliau kembali semakin sembuh seperti sedia kala. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan  kepada abah tersayang.

Thursday, November 3, 2011

Testimoni dari Sudan...

Ini feedback yang saya terima daripada Kak Dian, pemilik blog Curhat. Beliau sekarang berada di Sudan mengikuti suami posting di sana. Before raya hari tu dia ada balik Malaysia dan ingin mencuba Slimax ini. Kak Dian beli 3 kotak untuk mencuba minuman kopi herba ini. 

Masalah yang dihidapi oleh Kak Dian ialah sakit belakang dan lenguh badan. Ternyata hasil daripada mengambil minuman ini sebagai suplemen, beliau merasai kesan positif seperti customer yang lain.


Anda mahu mencubanya? Tak rugi..hanya RM39.90 sekotak, mengandungi 15 sachet. Untuk pertanyaan lanjut emel di kemn5885@gmail.com.

Hadif kena demam campak...=(

Salam,

My baby kena demam campak..So semalam terpaksa amik EL sampai la esok..kena jaga dia sampai betul-betul sembuh baru lah boleh hantar ke rumah BS. Nanti berjangkit pulak dengan baby lain..Saya bagi dia minum air kelapa untuk bagi sejuk dalam badan dia, plus orang cakap air kelapa ni pun membantu untuk keluarkan semua campak dia ni..

Semoga my baby cepat sembuh..badan pun dah susut skit..lepas baik ni makan banyak-banyak ye sayangg!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...