Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, February 26, 2015

Tahniah adikku Kmy Kmo a.k.a Agenda di atas Pelancaran Single Terbaru "RINDU" bersama Shae & Nukilan!


Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update blog. Belum diberi kesempatan ruang dan masa untuk berkongsi di blog suam dan sendu ini. hihi..

First of all, nak ucapkan TAHNIAH kepada adik ku Kmy di atas pelancaran single terbaru "RINDU" bersama Shae & Nukilan. Rasa macam tak percaya sebab impian hingusan beliau telah jadi realiti. Kmy atau dikenali sebagai "Agenda" di dalam kumpulan terbaru yang diberi nama NUKILAN  juga buat masa ini merupakan satu-satunya kumpulan yang berada di bawah naungan Qarma Musiq (Malique Ibrahim).

Lagu RINDU mula berkumandang serentak di semua stesen radio Melayu pada 24hb Februari 2015, jam 2:42pm baru-baru ini. Seperti yang diramalkan, lagu ini telah mendapat tempat di hati pendengar yang baru pertama kali mendengarnya dan lebih-lebih lagi susunan dan bait-bait lirik yang cukup mendalam ini ditulis oleh saudara Malique Ibrahim (dulu dikenali sebagai Malique Too Phat). 

Warner Music Malaysia membuat percaturan yang bijak dengan mula menggunakan hashtag #rindu242 sebagai trending lagu RINDU ini di media-media sosial dan peminat mula tertanya-tanya apakah maksud di sebalik #rindu242 ? So sekarang, korang dah tahu kan? Cepat klik hashtag #rindu242 di instagram! hehe

Aku rasa korang boleh google je pasal lagu RINDU ni sebab beberapa blogger hiburan dah mula berkongsi sebaik sahaja selepas Sidang Akhbar yang turut diadakan pada tarikh yang sama 24/2 yang lalu.

So, biar lah aku share benda yang orang lain tak tahu sangat k. Aku tahu ramai yang mengharapkan Malique sendiri yang muncul sebagai rapper dalam lagu RINDU ini. "Agenda" memikul tugas yang cukup berat dengan membawa nama Malique sebagai membuka tirai 2015 ini. Malique lebih selesa menjadi tulang belakang NUKILAN kerana NUKILAN juga sebahagian daripada usaha beliau. So, kita doa-doakan la mana tahu Malique pula akan featuring bersama NUKILAN satu hari nanti ye!

NUKILAN ni terdiri daripada 3 ahli. Zizi yang dikenali sebagai "Kirana"dan Afif sebagai "Kelana" yang kedua-duanya masing-masing bekas pelajar AF dan juga pernah berada dibawah naungan Cat Farish yang dikenali sebagai The Fabulous Cat. Kirana dan Kelana masing-masing memutuskan untuk mencuba haluan baru memandangkan mereka berdua juga kerap membantu Malique dalam urusan susunan muzik sebelum ini.

"Agenda" pulak macam mana? Yup, sebab dia adik aku, so aku boleh cerita panjang sikit pasal adik sendiri kan..hehe. Untuk pengetahuan korang, Agenda sangat obses dengan muzik hiphop dan rap sejak dibangku sekolah lagi. Bermula dengan minat yang sangat mendalam dengan seni, bukan muzik semata sebenarnya..Agenda juga mahir dalam bidang seni tari dan seni lukis grafik and guees what, he also can cook very well!. 

Tapi beliau lebih cenderung dengan seni muzik. Mula menulis lirik sendiri, compose lagu sendiri..dan kami sekeluarga lah yang selalu menjadi bahan ekseperimen beliau. Ada lagu yang betul-betul sedap di dengar, lirik nya puitis..kena dengan irama lagu yang disusun...tapi ada juga yang nak pecah gegendang telinga..haha..tapi dia memang sangat obses dengan muzik hip hop..lagu rnb pun ada jugak dia pernah buat, then aku ingat sangat masa zaman aku kat UUM dulu pernah member aku viralkan lagu adik aku yang cukup syahdu mendayu-dayu tu. Kmy pun pernah hantar demo lagu dia kepada Malique masa zaman-zaman sekolah dulu. Tapi dia dah tanya Malique, Malique pilih dia bukan sebab lagu yang dia hantar pun. Infact Malique tak berkesempatan pun dengar demo yang dia hantar tu.

Rezeki. Percayalah pada rezeki sebenarnya. Mesti orang akan cakap. Hebat sangat ke Agenda ni sampai Malique boleh approach dia. Banyak kot rapper yang tengah "in" sekarang ni, tapi kenapa Agenda menjadi pilihan Malique? Itu lah soalan yang sama yang bermain di fikiran aku dan family  juga yang sampai sekarang masih mencari jawapan. 

Especially ummi dan abah, paling paling terkesan adalah abah aku. Kmy adalah anak lelaki sulong (anak ke-4 daripada 6 beradik). So korang boleh imagine la betapa manja dan dimanjakan masa kecik dulu lah. Bila dah makin remaja, masuk sekolah menengah.. abah aku hampir putus asa dengan Kmy sebab Kmy terlalu obses dengan muzik. Pagi petang siang malam hidupnya di studio memerah otak menyusun bait-bait lagu dan lirik. Kmy bukan tak pernah usaha untuk menurut segala permintaan abah. Macam-macam dah dia buat, tapi penghujungnya dia tetap dengan muziknya.  

Kmy dulu cukup aktif dengan show kecil-kecilan di area Kuantan. Kmy bersama LS bersepakat membawa muzik hiphop dibawah kumpulan yang diberi nama YMY (Young Malaysian kalau tak silap). Diorang berdua survive sendiri. Mana la ada yang sudi nak menaja kan bila dah freelance semuanya sendiri. LS (Syam) pula cukup hebat dengan susunan muzik dan bunyi. Bila Malique melamar Kmy untuk join NUKILAN, LS memberi sokongan sepenuhnya kepada Kmy kerana ini bukan calang-calang peluang yang dapat diperolehi. Malique nama yang cukup gah dalam industri muzik hip hop seantero nusantara, siapa lah tak teruja kan?. 

Aku mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Malique kerana memberi kepercayaan kepada Kmy (Agenda) untuk menterjemahkan hasil karya beliau, menurunkan ilmu seni muzik beliau kepada Agenda terutamanya lirik-lirik yang sangat dalam maksudnya. Lirik nya sentiasa membuat kita terfikir disebalik mesej yang cuba disampaikan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati seorang ayah yang dulunya pernah jauh hati dengan anak sendiri kerana obsesi yang sangat tinggi kepada seni muzik. Hanya Malique yang boleh menjelaskan mengapa Agenda menjadi pilihan beliau. Mungkin ada sesuatu yang kami sendiri tak nampak dengan mata kasar tetapi Malique boleh menilai dari sudut jiwa (soul) yang cukup kental yang menjadi pegangan Agenda dari dulu sehingga terhasilnya NUKILAN ini. 

Betapa luasnya rezeki Allah. Allah itu Maha Pemberi. Allah memberi ujiannya sama hebat dengan hikmah yang Allah beri disebalik ujian tersebut. 

Kepada Agenda,
Semoga berjaya dan teruskan berkarya. Hanya kami sekeluarga yang tahu betapa bertuahnya kamu. Ingat lah kejayaan kamu hari ini adalah berkat doa abah dan ummi serta kami adik beradik.Paling penting, jangan lupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Hidup kita umpama roda, kayuhan roda yang berpusing hari ini adalah refleksi kepada liku-liku hidup yang kamu lalui sebelum ini. Kepada sesiapapun yang mengenali Agenda/Kmy, doakanlah kejayaan beliau bersama NUKILAN.

Kepada Kirana dan Kelana,
Terima kasih banyak2 atas segala bantuan kamu berdua. Mungkin Malique tidak mengenali Agenda tanpa Kirana dan Kelana. Teruskan perjuangan seni ini dan bantulah Agenda yang masih muda dengan industri yang penuh dengan cabaran ini. 

ALL THE BEST NUKILAN!!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai NUKILAN, korang boleh ke laman web QarmaMusiq


LIRIK LAGU "RINDU" (Shae & Nukilan)

Verse 1 (Shae)
Di malam yang sepi
aku sendirian
dengar bisik hati
kupejamkan mata
biarkan dibawa
kembali ke suatu
ruang dan masa
indahnya bila
dibuai sejarah
di dalam keasyikan
terlihatkan seraut wajah
Chorus (Shae & Nukilan)
Rindu
membelenggu
terkenang masa lalu
hati jadi
rindu
tak terkata
manapun kau berada
semoga berbahagia
Verse 2 (Agenda)
Ku bertanyakan mana Sita
kembalikan warkah cinta
moga manis jangan tangis hakis tinta
semua janji yang pernah dideklarasi
tinggal puisi sepi minta dideklamasi
aku masih bergelut memeluk takdir
detik bermula sehingga kemelut berakhir
apapun juga keputusan
aku terima walau jujurnya tak keruan dan
yang dah berlaku biarkan berlalu
nescaya nestapaku kan diubat waktu
kau harus bahagia walau tak bersamaku
khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
nahu lagu berbaur tabu ku tahu
namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
semoga kau pun merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
Bridge (Kelana)
Rindu
sejujurnya ku menginginkanmu
di sini
bersama menempuh dunia ini
(Chorus)
Verse 3 (Kirana)
Andainya diberi kesempatan
banyak yang mahu kuperkatakan
menyusur rekahan mengukur punca retakan
sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
mungkin semuanya berpunca dari aku
yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
memorabilia, paraphernalia cinta
setia mencerita sisa memori tercipta bila (rindu)
ku mengadu ke purnama
bertanyakan khabar pujanggaku di sana
puisi cinta lama sibuk dihidupkan
menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
(Chorus)
Outro
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua
Credits
Composed by Malique, Dedeq and Tripdisz
Lyrics by Malique and Dedeq
Music arrangement by Tripdisz
Piano by Ahmad Izham Omar
Additional piano by Dedeq
Guitars by Rizal Halim
Bass by Kelly
Drums by Ujang Exist
Recorded at Odyssey Studios by Illegal and Qarma Studios by Voodoo and Tripdisz
Drums recorded at Modjo Studios by J-Nivus
Mixed by Illegal at Odyssey Studios
Mastered by CL Toh at Mastering One (cltoh@mastering1studio.com)
Co-produced by Tripdisz
Produced by Malique for Warner Music Malaysia
Performed by Shae and Nukilan
Shae appears courtesy of Warner Music Indonesia
Nukilan appears courtesy of Qarma Music Sdn. Bhd.
Published by Qarma Music Sdn. Bhd.
All rights reserved, Warner Music Malaysia



AGENDA - NUKILAN

KELANA, KIRANA, AGENDA (NUKILAN)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...