Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, April 29, 2014

PERCUMA! Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki



Berita baik untuk anda yang berminat nak dapatkan CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK. Sebagai tanda penghargaan diatas sokongan dan kepercayaan anda semua,  untuk Batch-10 kali ini anda berpeluang menerima FREEGIFT yang berupa Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki!

Buku mini ini mengandungi seribu satu rahsia disebalik nikmat sebuah rezeki. Mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan buku biasa. Nipis tetapi padat dengan pengisian yang cukup bermanfaat.

Jika anda membeli CD SUFI CILIK dengan special promo yang ditawarkan, jumlah freegift adalah mengikut jumlah pembelian. So kalau anda beli 6 unit akan dapat 6 naskhah buku MMR ini tau!



Monday, April 28, 2014

Tips Keibubapaan: Bahayanya Gajet Pada Kanak-kanak

Rata-rata sekarang ini banyak yang kita lihat di internet, di dalam ruangan keibubapaan mengenai bahayanya gajet pada kanak-kanak. Saya lihat kanak-kanak umur 1-2 tahun berkepit dengan gajet adalah satu perkara biasa di condo tempat saya tinggal. Kadang-kadang kita tidak boleh salahkan kanak-kanak ini nanti jika mereka ketagihan atau 'nakal' akibat ibubapa yang telah membiasakannya dari usia ini. Ibubapa mengambil jalan mudah untuk 'menyenyapkan' anak mereka. Anak baru 2-3 kita dah pening kepala dengan kelakuan nakal biasa mereka itu lantas mengambil jalan mudah ini. Bayangkan ibubapa dahulu. Hmm... saya ada 8 orang adik beradik. Sabarnya ibu saya dan ibu-ibu zaman dahulu..**tanpa pertolong apa-apa gajet dan TV (dulu rumah saya TV pun takde)


Bagi saya samada TV atau internet, kedua-duanya sama banyak manfaat dan bahayanya. Ibarat pisau yang boleh mengukir ukiran yang cantik jika digunakan dengan betul, ia juga boleh melukakan atau membunuh seseorang yang memegangnya! Mendedahkan keduanya tanpa kawalan seolah membunuh anak kita sendiri. 

Maaf jika saya terlalu ekstrem. Bila melihat keratan akhbar dalam dan luar negeri tentang kanak-kanak seusia 4-5 tahun sudah pandai 'beraksi' rasa meremang mengingatkan zaman anak-anak kita (zaman anak saya dan zaman anak-anak Akmar) yang semakin bermasalah. Usia yang kita rasa masih mentah berhingus yang tidak tahu apa jika pada zaman kita dahulu, sekarang sudah tidak begitu. Kanak-kanak tidak lagi boleh dipandang mengikut usianya. Kita perlulah menilai mengikut pendedahannya. Samada pelajaran, kebolehan, kemahiran, kenakalan dan sebagainya. Yang baik insyaAllah ia datang dari didikan rumah dan guru di sekolah. Yang tidak baik itu, kebanyakkannya datang dari TV dan internet atau kawan-kawan mereka yang telah terdedah dengannya.


Hakikatnya, TV boleh menjadi guru kepada anak kita, dan internet boleh menjadi kawan yang sangat bermanfaat untuk anak kita. Namun jika tidak endahkan cara mengendalikannya kedua-duanya boleh memusnahkan anak kita tanpa kita sedar.

Jauhkanlah gadget dari anak-anak jika untuk bermain games. Jika mereka hendak bermain, biarlah di desktop atau di laptop. Tidak seperti gadget tablet yang boleh dibawa kemana-mana, desktop dan laptop tidak akan menghalang kanak-kanak dari belajar bersosial jika waktu untuk bersosial. Kemahiran social skill ini bukan boleh diajar oleh guru dan ianya adalah sangat mustahak untuk masa depan mereka nanti. Ini bukanlah bermakna saya ini anti gajet. Anak saya, Darwish dan Darwisya pun ada tablet mereka masing-masing. Tetapi mereka menggunakannya untuk membaca dan menghafal Al Quran. Haa.. membaca dan menghafal al Quran pun dah kena berubah ikut peredaran zaman ya. Jika nak bermain games.. mereka akan ke PC desktop. 

Sumber dari emel Lina Karim 

Friday, April 25, 2014

Kisah disebalik TELEKUNGNAJWA

Entri kali ini nak berkongsi tentang salah satu perniagaan yang dimiliki oleh kakar ipar saya diberi nama Yusniza Yusof iaitu, Telekungnajwa. Pada awal permulaan bisnes telekung ini dijalankan, saya memberi dorongan dan sokongan dengan membantu dalam aspek yang lebih kepada marketing tools sahaja. Cuba yang termampu untuk bantu beliau buatkan blog, buat banner, create akaun FB. Benda-benda basic yang tidak terlalu teknikal. Bagi pemilihan produk, material kain dan juga pembekal semuanya diuruskan oleh Kak Ngah.

Alhamdulillah, kak ngah pun dah sembuh dan sihat sekarang. Kepada kawan-kawan yang tak tahu, dulu rasanya saya pernah ceritakan tentang penyakit kanser limfoma (lymphoma) atau kanser darah yang dihidapi oleh Kak Ngah. Implikasi daripada penyakit tersebut juga lah yang menyebabkan Kak Ngah berhenti kerja sebagai seorang engineer di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan sekarang beliau boleh menumpukan sepenuh masa kepada bisnes Telekungnajwa ini. Bayangkanlah betapa tekadnya hati beliau. Beliau selalu berpesan kepada saya, rezeki ada di mana-mana.

Banyak sebenarnya kisah Kak Ngah sepanjang melawan kanser ini boleh dijadikan inspirasi. Ada satu cerita yang saya nak kongsi mengenai rezeki Kak Ngah dapat menunaikan umrah. Dalam keadaan Kak Ngah yang masih tidak sihat sepenuhnya, keluar masuk hospital, dengan kimoterapi entah berapa puluh kali, Kak Ngah gagahkan diri untuk menunaikan umrah. Semua duit simpanan beliau laburkan semata-mata untuk ke tanah haram, mungkin jauh sudut hatinya  memikirkan segala doa yang dipohon di sana dapat dimakbulkan Allah. Siapa lah yang taknak sihat walafiat kan?

Namun, hampir tiba beberapa hari beliau nak berangkat ke sana, doktor menasihatkan agar beliau membatalkan niat beliau memandangkan kesihatan beliau sangat tidak mengizinkan pada ketika itu. Seingat saya, ia berkaitan dengan darah putih yang menunjukkan keputusan darah tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik. Lalu Kak Ngah akur...niat untuk sampai ke Tanah Haram terpaksa ditangguhkan dan lebih menyedihkan lagi duit yang dilaburkan lebur sebegitu sahaja.

Selang beberapa bulan selepas itu (seingat saya), saya dan suami dimaklumkan bahawa Kak Ngah akan berangkat menunaikan umrah bersama suaminya. Saya dan suami agak tertanya-tanya adakah duit yang dikatakan lebur itu dapat refund balik. Setelah kami bertemu, Kak Ngah memaklumkan bahawa ada sepasang suami isteri yang tinggal di Johor telah menaja Kak Ngah dan suami untuk menunaikan umrah. Difahamkan anak kepada suami isteri tersebut adalah pesakit limfoma yang mana sama-sama bertarung nyawa di wad yang sama dengan Kak Ngah dahulu telah dijemput dahulu bertemu Illahi. 

Indahnya rezeki yang Allah bagi..Seolah-olah seperti cerita drama tetapi inilah realiti yang dilalui oleh pengasas Telekungnajwa ini. Kak Ngah selalu juga berpesan kepada saya bahawa percayalah kepada rezeki. Beliau tahu bahawa saya juga seperti beliau yang terlalu menginginkan ke umrah. Beliau juga tahu bahawa betapa ralatnya hati saya bila simpanan nak ke umrah terpaksa saya laburkan di tempat lain kerana ada perkara yang perlu diutamakan.

Sesiapa yang berminat dan sedang tercari-cari dimana nak dapatkan telekung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, TELEKUNGNAJWA ada jawapannya. Pelbagai jenis telekung yang di tawarkan seperti telekung travel, telekung lycra, telekung viscose dan yang pasti Telekung Smocking adalah signature beliau dan sememangnya anda akan berpuas hati dengan kualiti kain telekung ini. Selain itu, ada juga sejadah kanak-kanak, mini pelikat, telekung kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Jemput la ke TELEKUNGNAJWA, tapi jangan terkejut bila tengok model yang menggayakan telekung tu. Yang sebenarnya Kak Ngah yang sepatutnya jadi model, tetapi disebabkan time photoshoot tu kak ngah sakit mata, terpaksalah saya jadi model terjun..hihi..Serius saya memang takda bakat..

Tak banyak yang saya boleh bantu Kak Ngah, doa saya semoga perniagaan Kak Ngah ini diberkati dan akan berkembang dengan jayanya. Kak Ngah orangnya sangat baik hati, suka bantu orang lain. Niat Kak Ngah itulah yang banyak menjemput rezeki bertandang kepada Kak Ngah.Alhamdulillah Kak Ngah sekarang dah ada tailor sendiri untuk menjahit telekung produknya.

Boleh Follow TELEKUNGNAJWA di link ini:





telekungnajwa

Thursday, April 24, 2014

Birthday Party Pack - Angry Birds Theme

Kali ni birthday party pack di order oleh Kak Ngah saya. Anak teruna beliau memang takasub sangat dengan Angry Birds ni. So memang tema dia tak lain tak bukan la Angry Birds.

Macam biasa juga sebab percaya dan puas hati dengan sentuhan CreativeByTwo by Faeza Ramlay merangkap neber setaman daku. So memang decide nak order dengan beliau je. Senang..umah dekat kan. Kalau ikutkan hati tiap-tiap minggu nak order macam-macam dengan Faeza..hehehe

Ummi saya kat Kuantan pun tempah Kufi canvas dengan Faeza. Kak long pulak beli kufi arts yang ready made. Ini kakak ipar saya owner Telekungnajwa tengah order design logo and bunting company dia. Bukan saja-saja nak up kan neber..hehhe..tapi sirius memang puas hati dengan setiap design yang diorang buat. And plus, harga pun memang berbaloi!


Flag label

Food Label

For goodie bag

Banner


Otw nak ke birthday party Akif turns 3




Happy Birthday Muhammad Akif Naufal

Sedap sangat 3 ekor kek ni..hehe

Sekian, quick update dari iols.

Wednesday, April 23, 2014

Berharganya nilai sebuah penghargaan

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak menulis. Banyak benda nak share sebenarnya, tapi bila dah ada peluang nak update entri ni tetibe rasa macam tak tahu nak share apa. hehehe. Kebelakangan ni, saya kerap baca blog orang lain je, sebab memang langsung tak berkesempatan nak update pape.

Kita semua sedia maklum permulaan tahun 2014 ini memberi kesan yang teramat sangat kepada kita semua terutamanya rakyat Malaysia. Saya percaya semua rakyat mahupun serata dunia sedang menanti perkhabaran baik serta kepulangan MH370. Tidak perlu mengulas panjang kerana tragedi ini sudah cukup banyak dengan spekulasi dan kini mula menjadi polemik.

Membawa kisah MH370 ini, saya telah didatangi oleh seorang teman, yang tidak lah begitu rapat sebenarnya di pejabat. Tetapi mungkin Allah menemukan saya dengan teman ini untuk mula berbicara dan meluahkan apa yang dirasainya. Beliau sebenarnya sedang bercuti untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Tetapi beliau kerap saya lihat muncul di pejabat kebelakangan ini. Personaliti beliau cukup menghiburkan dan mudah didekati, dengan air muka yang tak pernah lekang dengan senyuman.

Tetapi, pada ketika dia datang menghampiri cubical saya..Wajah beliau tidak seperti dahulu. Air muka yang suram, pertuturan juga agak perlahan dan tidak bersemangat. Bila mana saya melihat beliau, terus saya menyapa dan menjemput beliau duduk. Saya pasti, ada sesuatu yang bermain di fikiran beliau kerana seolah-olah beliau ingin meluahkan sesuatu tetapi tidak bertemu seseorang yang betul-betul memahami isi hatinya.

Walaupun dalam keadaan saya terlalu sibuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar kepada bos sebelum tengah hari, saya kira tidak manis jika saya meneruskan tugasan saya dan dalam masa yang sama beliau berada di tempat saya. Lalu, saya menangguhkan sebentar tugasan tersebut dan terus bertanya khabar beliau. 

Ternyata sangkaan saya benar. Belum pun saya bertanya lebih mendalam, beliau sudah bercerita dengan panjang lebarnya. Tidak perlulah saya ceritakan apa sebenarnya yang dilalui oleh beliau kerana biarlah ia menjadi rahsia di antara saya dan dia. Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan di sini...Beliau berubah menjadi seperti itu kerana salah satu faktornya adalah dek kerana MH370.

Saya tidak terkejut. Tetapi beliau terkejut kerana saya tidak terkejut. Hahaha..saya hanya mampu tersenyum dan cuba menerangkan kepada beliau bahawa saya percaya perisitiwa kehilangan MH370 ini, sememangnya memberi kesan kepada setiap orang. Tetapi penerimaan cerita itu adalah berbeza pada setiap orang. Jadi saya tidak hairan mengapa beliau terlalu sedih dengan cerita itu sehingga menganggu konsentrasi beliau untuk melanjutkan pelajaran. Sampai tahap ingin membatalkan hasrat untuk meneruskan pengajian! Ya Allah..

Dalam keadaan yang penuh emosi, saya cuba menggali apa lagi yang sedang bermain di fikiran beliau. Hidup beliau cukup sempurna. Keluarga yang cukup harmoni, suami yang sentiasa menyokong dan ada ramai teman disekeliling beliau. Tetapi dalam kesempurnaan yang beliau miliki itu, beliau masih merasa kekurangan. 

Sebenarnya beliau hanya ingin seseorang yang memahami dan mungkin beliau rasa mudah untuk berkongsi dengan saya kerana saya pernah melalui fasa-fasa kekurangan dan kesedihan yang sukar untuk digambarkan. Benar, hanya insan yang pernah merasainya, akan faham perasaaan kita ketika itu. 

Saya cuba mengekalkan momentum positif untuk beliau teruskan impian beliau. Mendengar setiap kata luahan beliau itu, saya merasakan fasa kesedihan itu hanya lah baru peringkat permulaan. Saya juga turut berkongsi apa yang pernah saya lalui dalam setiap perjalanan hidup saya, dan saya tidak berniat untuk membandingkan cerita saya dengan cerita dia. 

Tetapi apa yang cuba saya kongsikan adalah terdapat titik persamaan di antara cerita saya dan cerita dia. Malah saya turut berkongsi, jika dia bertindak begini maka kemungkinan ia akan jadi begini. Dan jika dia bertindak begitu, maka mungkin juga akan jadi begitu. Pandangan saya ini hanya berdasarkan pengalaman, kerana saya percaya pengalaman adalah guru terbaik untuk kita.

Seminggu selepas pertemuan saya dan beliau. Saya menerima mesej daripada teman ini. Alhamdulillah syukur kerana dia meneruskan hasrat nya untuk meneruskan pengajian. Kata-kata beliau kepada saya cukup membuat saya gembira. Bukan kerana puji-pujian, tetapi gembira mendengar beliau kembali ceria dan positif. Rasa terharu juga turut menyelubungi diri. Alhamdulillah...kini kami menjadi teman rapat. Saya kerap juga mesej bertanyakan kabar beliau..

Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini...Tidak kiralah siapapun kita..atau siapapun teman kita..hargailah masa kita bersama. Ikhlas hanya datang setelah kita tahu menghargai sesuatu. Jika dilihat dalam konteks medium blog ini juga, tidak sampai sepuluh orang pun yang benar-benar saya kenal, dalam erti kata lain..kawan di luar medium ini. 

Tetapi, dengan medium ini saya menerima pelbagai kata-kata positif dan lebih terharu bila ramai yang mendoakan saya. Hanya Allah yang tahu betapa saya menghargainya.

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Cerita dan ceritera di blog anda banyak memberi inspirasi kepada saya. Semoga laman ini juga banyak memberi manfaat kepada anda. 


"Buang jauh-jauh sifat negatif, kawan negatif dan persekitaran negatif. Insyallah satu persatu yang datang bergolek kepada kita adalah sesuatu yang baik dan POSITIF! "

Tuesday, April 22, 2014

Puisi 'Langkah'

LANGKAH

Dulu aku takut
Aku takut dengan langkah
Langkah aku itu
Seperti tiada penghujungnya
Langkah aku kabur
Gelap tiada cahaya yang menyuluhnya
Aku berhenti
Penat dan tenat
Aku jatuh

Aku derita
Meratap sengsara
Menangis seperti tiada esoknya
Derita itu
Tiada siapa yang tahu
Hanya Dia Yang Satu

Benar derita itu
Kifarah buat aku
Memenung langkah aku yang dulu
Kosong dan hitam 

Aku bangkit
Menepis setiap nafsu
Menutup bisikan pilu
Aku buang jauh
Kau yang mengejiku
Kau yang menghinaku
Kau yang mengaibku

Langkah itu
Terpasak trauma dalam tubuhku
Langkah itu
Membuka jalanku
Dalam kekaburan itu
Ada lohong cahaya
Bila aku teruskan
Berkompaskan mata hati ku

Langkah demi langkah
Aku terus lurus menerjah
Aku mendaki
Aku menelusuri
Duri dan tebing 
Langsung tidak aku geruni

Tergelincir langkahku
Namun disambut
Cengkaman tangan itu
Memaut tubuhku
Yang hampir terbujur kaku

Detik itu, saat itu
Aku sedar
Hanya aku yang mampu
Mengubah transisi langkah ku
Syukurnya aku
Kerana tangan itulah pemangkin langkahku

Hari ini
Aku masih melangkah
Mengharap langkah ku 
Esok lusa dan hari mendatang
Tidak lagi seperti 
Langkah ku yang dulu
Kemn Azmaili


Tuesday, April 15, 2014

ORDER CD SUFI CILIK DIBUKA!

Assalamualaikum
Pengumuman untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK.

Order DIBUKA bagi Batch 09.
Harga seunit RM25 termasuk postage.
Jika beli lebih daripada 1 unit, hanya tambah RM20 untuk setiap unit berikutnya.

Special PROMO kepada sesiapa yang berminat nak beli borong pakat share dengan kawan-kawan!
Pembelian borong 6 unit dengan harga serendah RM100 (Free Postage)

Whatsapp/sms 012-2243815 sekarang untuk booking terlebih dahulu!
p/s: Tiada sebarang bayaran untuk reservation ^___^


Monday, April 7, 2014

Make Up Nikah | Simple & Natural Look

Majlis Akad Nikah
Hafizah & Shayqal
6 April 2014
Seremban 2, Negeri Sembilan







Sesi Outdoor Photoshoot : touch up lipstik & eyeshadow
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...