Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, January 31, 2011

Tips: Bajet & Persediaan Majlis Perkahwinan

Hello & Salam to all..I'm not single hokehhh!! (Jangan terpedaya dengan tajuk entry saya tu)..memandangkan ramai yg sedang sibuk membuat persiapan sebelum menjelang hari kebahagiaan..entry ni ku buat spesel to all readers / bloggers / followers n especially to my BFFs yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini, tahun depan, 2 tahun lagi..ikutlah tahun berapa pungg.. Memandangkan ramai yang tanya saya mengenai bajet/kos perbelanjaan bg persediaan majlis perkahwinan, hari ni suka saya nak share beberapa tips mengenai persiapan mengadakan Majlis Perkahwinan serta anggaran perbelanjaan yg perlu lah diambilkira bermula daripada bajet membeli barang hantaran hinggalah ke majlis perkahwinan. Tips yang ingin saya kongsikan ini adalah melalui pengalaman saya sendiri dalam merancang majlis perkahwinan saya pada tahun lalu..Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana untuk membuat perancangan yang lebih teliti dalam merealisasikan majlis perkahwinan impian anda!!!

1) BUKU NOTA
Oh..oh..tidak sama sekali..buku nota ni bukan untuk bawak pegi kelas ke or catat minit mesyuarat ye..hehe..buku ni purposely untuk anda catatkan semua maklumat berkenaan persiapan perkahwinan. kalau boleh, sume resit or bil2 pembelian bagai tu tampal je dalam buku ni..senang kan kalau dah semua benda kita boleh review je dalam satu buku..kalau boleh beli la buku yang cecantik reromantis skit..boleh buat kenangan..me, as usual lah..biru tatap menjadi pojaan hati qu...
This book belongs to us ::Kemn&Rocky::


2) WARNA TEMA
Ha..bila dah ada buku..terus tulis warna tema yang korang idamkan..Warna tema saya ialah putih, hitam, merah..(sebab akad nikah dah berbaju biru, jadinya ramai yang tak setuju kalau ku sibuk nak enterprem my fav color masa bersanding nanti..huhu..takpela saya ikut undian majoriti..)

3) SENARAI BARANG HANTARAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Kalau boleh barang hantaran ni korang belilah 6 bulan sebelum majlis berlangsung..dulu saya beli sikit-sikit je..sebulan beli satu..yela kau, baru je grad kan, nasib rezeki murah terus dapat kerja..tiap bulan saya beli satu brg, sama la dgn my husband jugak..untuk bajet hantaran, saya dan husband bajet dalam RM5k untuk beli barang hantaran kedua-dua belah pihak..tapi tak termasuk cincin me lah..sebab my husband dah janji nak beli special skit (oh cincin ku!!..hanya tinggal kenangan dek manusia durjana..tetibe je emo..)
Senaraikan barang hantaran bersekali dengan Kos Anggaran dan Kos Sebenar

Untuk hiasan hantaran, saya beli sendiri je sume tu..bajet ni pun termasuk dalam bajet RM5k tu..saya beli semua hiasan hantaran di Nilai 3..senang sbb byk pilihan..lagipun dekat je dgn Putrajaya ni..takyah dah pening2 nak sesak2 ke KL..n yg plg best sebab umi saya yg deko semua hantaran..mmg jimat byk lah..nak puji jugok le yg my umi ni mmg tersangat la kreatif dan rajin orangnya..dalam duk jaga 2 cucu tu, boleh je dia curi masa siapkan hantaran kami..tqsm umi!!!

4) WEDDING PLANNER
Haa..tang wedding planner ni..ikut suka korang lah nak pakai wedding planner ke dop..saya mmg ambil wedding planner purposely for majlis resepsi di dewan shj..untuk majlis akad dirumah, kena arrange sendiri..me, bukan sengaja nak grand2 buat kat dewan ye..sbbnya rumahku nun di lereng bukit, agak susah nak buat kenduri besar2an..jalan mmg dari bwh smpai ke ats mencuram, so based on experience of my eldest sis's wed dulu..mmg byk lah dugaannya..my wedding planner ni mmg agak ngetop la di area Kuantan..D'Nora Collection..bertuah la saya time tu sebab rate nye belum naik lagi..(dia pakai 100% fresh flowers..sbb tu la rate nya mahal skit)..plus pulak, saya kahwin combine ye dgn my 2nd sis (Angah)..so pakej utk 2 pasang mempelai ni dia charge RM10k only (so kalo devide by 2 = RM5k / each)..murahkan!!! pakej RM10k yg ditawarkan termasuklah:
a) Mini pelamin di rumah - 1
b) Make up di rumah - 2
c) Hiasan Bilik Tidur - 2
d) Pelamin di dewan - 2
e) Hiasan meja pengantin 
f) Hiasan dewan 
g) Baju bersanding - 4 
h) Baju bertandang
i) Photographer (Abg Kamal & team)
j) Cake

From top to toe, D'Nora memang loyal dengan sentuhan Man Kajang ye..so baju dia semuaaaa cecantik hokehh..infact masa saya bertunang pun saya ambil D'Nora sbb sangat jatuh chenta dgn dress MK ni..simple, not too crowded dgn bidding sana sini..wasatiah2 je..hehe

Kalau ada yang korang berkenan dgn khidmat mana-mana wedding planner ni, korang memang kena grab cepat2..booking awal2 takot nanti melepasss..
Pelamin berkembar di dewan
Semuanya dlm pakej yg sama
Mini Pelamin di rumah

5) KAD JEMPUTAN
Bagi tempahan kad jemputan, 3 bulan sebelum majlis tu dah boleh tempah dah..bajet pun kena siap-siap asingkan ye..saya dulu bajet dlm RM1.5 k utk jemputan 2ribu orang (bukan sengaja nk cari yg memahal ye..sy kan kahwin combine, so kena tempah 2 kad berasingan sbb tak muat..hehe),,jemputan 2 ribu org tu sekali dgn side lelaki ye (tak kan la ku nk jemput 2 ribu org kan..ingat ku ni artis ke..haha)

Untuk kad jemputan, saya tempah di KandaDinda..Kedainya dekat Puchong..senang je nak cari..lgpun Puchong pun dekat jugak dekat Putrajaya..so sy takyah pening2 nak survey di KL..Nak cari kad jemputan yang simple, murah tapi npk mcm grand..Kad kahwin saya merupakan salah satu koleksi dlm jenis Kad Maisa dalam Kategori Kad Elegan..banyak pilihan kat situ..korang pilih je..servis pun baguss..sy tempah skali sticker utk doorgift, dpt diskaun lagi!!


6) DOOR GIFTS & GOODIES
Untuk door gift & goodies ni saya bajet dlm RM1k je..doorgift untuk tetamu biasa dan goodies utk tetamu VIP & rombongan lelaki..untuk kanak-kanak, saya beli candies (lollipop)..byk sangat jimat tau..budak2 pun suka..

7) CATERING
Untuk catering, terpulanglah ye pada korang..saye mmg sangat concerned kalau bab makan ni..sebab makan ni adalah bualan febret tetamu kalau datang makan kenduri..ye dop?pada saya biolah mahal skit tapi berbaloi untuk dijamu kepada tetamu..itu dikira balasan tanda terima kasih kita kpd mereka yg sudi memeriahkan majlis kita..kan? Time saya dulu, bajet utk 1 kepala = RM12 (meriah woo lauk pauk nye..including makanan pengantin ye..tingat pulop dgn my husband yg langsung xcover makan depan tetamu..org nak tgkp gambo kite, dia sibuk duk ratah ayam..huhu)


8) PERSEDIAAN DI DEWAN
Yang paling penting, korang kena ada senarai aturcara majlis..time saya dulu, me mmg dah standby dengan aturcara majlis siap dgn layout setting dewan awal2 lagi untuk my wedd planner..yang lain-lain tu korang kena ready jugak macam:
a) Pengacara Majlis (MC) - ku import my batchmate, Speeker Guy
b) Pembaca Doa - ustaz terbaik dari Ladang Paloh Hinai..hehe
c) Dayang Pengiring - sepupu2ku yang comel2 belaka..
d) Pengapit Pengantin - my besties Shasha n tunang nye  Ikram Mirwarna
e) Senarai Perenjis - saudara-mara
f) Life Band - sponsored by abah ye..so takda dlm bajet..huhu
g) Persembahan tarian - sama..abah juge..
h) Pasukan kompang - last minit cancel, so pakai cd je..huhu
i) Flower girl - takda hokehh..
j) Bunting / banner - mmg taknak pungg sbb mcm membazir 


So, agak-agak berapa total bajet yang perlu korang standby untuk menguruskan majlis perkahwinan ni? Kalau ikutkan pengiraan bajet yg saya spend utk majlis perkahwinan ni adalah lebih kurang pecahan seperti berikut: 
a) Bayaran kepada Wedding Planner = RM10k
b) Bayaran Catering = RM12k
c) Bayaran Kad Jemputan, Doorgifts & Goodies, Hiasan Hantaran, Sewa Dewan = RM8k
TOTAL = RM30k sahaja (nampak je mcm mahal, tapi bajet ni including catering which is sy dan Angah gunakan separuh wang hantaran yg diberi oleh husband msg2..tak silap saya kos kenduri di rumah pun lebih kurang bajet ni jugak..ye dop?)

Inilah serba sedikit pengalaman saya menguruskan majlis perkahwinan ku sendiri..disebabkan saya ni sukakan kesempurnaan (spt maksud nama saya ye..hehe)..jadinya my husband siap lantik me jadi "Ketua Darjah" bagi persediaan majlis perkahwinan kami ni..Saya dan Angah memang dah niat dari awal taknak susahkan umi dan abah untuk keluarkan duit poket mereka untuk majlis kami (itupun ada jugak a few things yg umi dan abah sendiri nak sponsor)..cukuplah mereka habiskan belanja untuk sekolahkan kami dulu..takkan kawin pun nak minta duit mereka lagi kan..tak gitu?Tapi semua ni terpulanglah pada invdividu masing2 kan..Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan juga seperti yg saya impikan..Impian saya takda la tinggi menggunung pungg..sekadar mahukan majlis perkahwinan yang sederhana, tidaklah sampai menelan belanja yang terlalu tinggi sehingga membawa kepada pembaziran dan yg paling penting ianya diberkati oleh Allah s.w.t.
 
Bagi Majlis Sambut Menantu, my husband's side just buat kat rumah je di TTDI..seyesli mmg ku tak sangka ramai sungguh tetamu yg datang..dah mcm kenduri belah perempuan dah..tapi mmg sangat meriah la, tau lah kan mcm mana suasana kenduri kalau buat di rumah..riuh rendah sana sini..seems DNora dah pakejkan sekali baju menyambut menantu, so saya tak pening2 dah nak fikir..cuma ambil pakej pelamin dan make up dengan Zaifi Zainal..saya mmg suke sangat kak Zai make up..very the natural hokehh..infact pelamin pun santek n so shuwiittt..even kak Zai just pakai artificial flowers tapi decoration tetap buat saya jatuh chenta lagi..simple but nice!!! 
on the top tu sebnanye ada lg artificial flowers tp, beselah photograher amatur..hehe
Make up by Zaifi Zainal
Baju Pengantin : Man Kajang

Kepada rakan-rakan di luar sana yang bakal menuju ke hari kebahagiaan, selamat melayari alam perkahwinan!! Sama-samalah kita saling mengingati dan menjaga kerukunan rumahtangga agar kehidupan berumahtangga akan diredhaiNya...Insyaallah..ameen!!!

p/s: pssttt...nak tau story mory about my cincin, kindly read THIS ENTRY..panjang nau citernyerr..sob..sob..sob..

~end~

Thursday, January 27, 2011

Sayonara LPKP!!!


Hanya tinggal beberapa hari je lagi jabatan saya bekerja ni akan dibubarkan..sob..sob..sob. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan dibubarkan pada 31 Januari 2011 berikutan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan mula berkuatkuasa Februari 2011 ini..

Sebelum itu, suka saya nak kongsi beberapa fakta mengenai LPKP ini. Saya tau ramai yang blur apekebendanya LPKP nih..samalah dengan saya time mula2 dapat posting kat sini..ku ingatkan Lembaga Perikanan ke hape..rerupenye core business nya adalah pelesenan..LPKP merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)..Saya difahamkan LPKP ni baru sahaja bernaung dibawah JPM susulan daripada pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawa & Koperasi (MECD)..asik2 bubar je kan..sadis..sadiss..LPKP ni duk jaga lesen public transport dan jugak lesen good vehicle kat Malaysia ni..kalau korang pasan lah..ala..sticker yang duduk blakang body teksi, bas, lori, van tu hok tulis ADUAN LPKP..haaa..itulah tmpt saya cari punca rezekinya..penat hokeehh nak kena hafal sume jenis kenderaan atas jalanraya ni..smpai skrg gua still tak khatam lagi..hikhikhik...


Saya ditempatkan di salah satu bahagian yang sangatlah glemer dgn ke 'isolate' tannya iaitu Bahagian Rayuan..takpelah walau selalu bahagianku dipinggirkan, kami tetap happy together2..hehe..sebabnya sumenye bunga-bungaan disini..dulu ada la sorang staf laki, tapi kejap je dia kat sini, dah tukar ke lain..haha..nama je bahagian, mcm gempak pulop bunyinya, padahal team kami hanya 4 orang je..plus lagi takda immediate boss pungg..best ke takda bos? mestilahhh best..tapi akan jadi tak best sbb takda sesape yg cover once kalo kami di asak bertubi-tubi..huhu..tapi secara pentadbirannya, ada super senior saya yg lama duk bahagian ni..4 tahun kau duk buat keja rayuan je..dah jeluak dah katenye...huhu..seronok bekerja dgn Kak Wajiha ni sebab nye seorang yg positive thinker..so bila keja ngan org positif ni, makanya byklah ion2 positif mendekati kita (ye dop?huhu) ada 2 orang lagi dlm team kami, Fidah dan Wan..Fidah ni dikira hustler lah dlm rayuan..keja tip top kau!! baguih budaknya..Wan pulak baru je kat sini, tapi pungg rajin orangnya..Kami bekerja ala-ala Keluarga Bersama Singer..bolehlah nak ber "hungga-hungga" (kata takda laki kan..)..yg penting kerja siap..udahh..Keja kami tak banyak deal dgn bahagian2 lain (sbb tu selalu isolated kot..hehe)..satu2nya bahagian di ibu pejabat yg melaksanakan tugas pemprosesan keputusan rayuan ni kuasa Menteri ye (bio lah takdapat Blackberry pungg..haha) apa yang penting pengalaman bekerja kan..tak gitu?


Kami diberi pilihan sama ada bersetuju ataupun tidak untuk dipinjamkan ke SPAD ni..untung wooo sape yg dipinjamkan ni..dahla baik untuk rekod perkhidmatan, dapat increment pulak tu..Tapi yang pastinya saya tentunya tidak bersetuju untuk dipinjamkan (sbb tak lyk dpt increment, saya baru dlm service..huhu)..bukan sbb tu je ye (mmg la ku berkira bab gaji ni)..tapi masing2 ada pendirian masing2 mengenai SPAD ni..so terpulanglah pada diorang nak menilainya bagaimana..


Apepun, banyak kenangan pahit manis saya dan warga LPKP ni..oh..tak lupa juga pada Dato' Chairman Rayuan (Dato' Lah & Dato' Din), kedua2nya merupakan Ketua Pengarah Bah. Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), The very the hot stylo mylo gorgeous Dato' SUSK Chief (Dato' Linda)..best sangat dapat kerja dengan dato'2 sekalian..me, smpai bebila pungg takkan lupakan segala teguran, didikan dan pengalaman bekerja bersama Y.Bhg Dato'..and last but not least, of course lah ku punya Pengarah, Y.Bhg Datin Naimah Ramli..terima kasih juga atas tunjuk ajar yg diberi..


Yang paling saya rindu nanti..of course la kawan-kawan kan..sob..sob..sob..Ni ada sedikit gambar2 yg bakal menjadi kenangan..jauh dimata dekat dihati@tv9..










 




p/s: agak-agak JPA nak campak ku ke mana ye lepas ni..debor jugok nihh..huhu


~end~





Tuesday, January 25, 2011

Rumah Qu Syurga Qu

Hari ni saya nak share dgn semua pasal deko2 rumah..Saya pasti korang mesti ada pilihan konsep tersendiri kan? Saya memang suka menghias rumah ni..tak yah kata rumah la..dulu zaman kat UUM, bilik yang kecik cuit tu pun ku hias bagai..ehem2 nak bgtau jugok le,..me dgn roomate ku, Kak Nana tetiap tahun dapat award tau!!! (Anugerah Kamar Idaman Kolej MISC, Universiti Utara Malaysia) ..hehe..alololo..tingat pulop dengan kakak roomate ku yg comey tuh..Memang best duk sebilik ngan roomate yang pembersih, sebab dia suka bersih..saya suka hias..so mmg jadilah kann..(kami siap bela ikan tau dlm akuarium biru)..oh..oh..sungguh rindu saat itu!!


So, bila sekarang dah berkeluarga..me ada chance la nak deko2 rumah pulopss..walaupun kediamanku sekarang hanyalah sekadar rumah kuarters kerajaan..ku peduli hape, nok jugok deko2nya..yela, sementara nak ada rumah sendiri kan, kita curahkan dulu idea deko ni di rumah kuarters..takpelah takleh selok2 (beria) sangat nak deko, meaning that takleh lah nak selok cat feature wall lah, wallpaper lah, candeliar lamp lah..me, deko mana yang boleh je..


Konsep yang saya pilih adalah lebih kepada moden kontemparari plus minimalis..rumah yg saya diami skrg ni tak lah terlalu besar dan tak lah terlalu kecil (wasatiah2 je)..so pada saya, tak perlu lah dipadatkan dengan kabinet or perabot bagai..mana yang perlu saja la kan..omputeh kata "less is more"..hehe..saya memilih gabungan warna hitam dan putih untuk menampakkan rumah ku tidak la terlalu sempit..warna mmg betul2 main peranan dlm deko2 ni..


Untuk highlight, of courselah akan ku pilih warna febret kan..kata Pencinta Biru ye dop? Tapi tu lah..saya ada sedikit ralatlah dgn men'deko' umah ni..sampai la ni, saya still tak jumpa lagi furnishings or sofa yang menepati ciri2 kebiruan yang saya kehendaki..kata my husband, "tak yah la beria nak cari, nanti umah sendiri ikut you la nak biru dari siling sampai ke lantai"..hikhikhik..setepek kena kan..padan muka ku..tapi cam tetiba nak cari frame beso kat Ikea, saya penah nampak hok warna biru..huhuhu..nok jugok kan..


Ni saya ada la snap beberapa keping gambar di rumah saya untuk tatapan umum..kalau korang ada any idea sudilah kiranya share dgn saya..sharing is caring!! (ground floor je okehh..tingkat atas plan nak deko pas beranak..huhu)















Monday, January 24, 2011

Untung RM1 juta!!


Blogger Untung RM1juta!!! For those yang ada beli Berita Minggu (Ahad lepas), mesti ada baca pasal ni kan..Front page gitu!! Disebabkan saya selalu duk citer ngan husband pasal RedMummy (RM) ni..Pepagi Ahad lagi my husband dah kejut bangun becos of  hot story nih..me agak terkezut jugak la bila citer Kak Red jadi frontcover Berita Minggu..!! Tahniah untuk RM a.k.a Kak Red!! Tapi pagi tadi RM dah explain panjang lebor dalam HotFm yang dia takda lah untung sampai ke RM1juta..kate Kak Red kena baca betul2 intipati berita tuh, jangan terus buat assumption ye..Giloss..kaya kau kalo dah untung segitu kann..sebenarnya RM nak bagi kesedaran pada semua blogger diluar sana tentang betapa pentingnya bayaran cukai pendapatan for those yang buat duit dengan blog nih..Double Thumb's up to RM!! Me dah agak lama follow blog RM ni since 2007 senyap-senyap je sebab best baca entry dia..plus suka tengok addicted dia dgn warna Merah ni, sbb saya pun ada minat yang sama tapi bukan la merah...I'm a BlueLova ya!! (sib bek scan baby confirm boy, bleh la sakan gayekan ngan biru, kalo gegirl rasanya biru bias jugak kot..huhu)


Saya mmg dah lama menjadi pencinta setia membaca blog2 diluar sana..Alkisahnya bila one of adik junior SPian (sekolah menengah) yang mula kenalkan blog dia pada saya pada tahun 2007. banyak info menarik yg buat saya tertarik lahh..pernah la dia offer nak buatkan blog untuk saya time tuh..gilo ko..aku dahla buta IT pastu mana la nak paham setting2 bagai mcm skang ni..infact dulu syam dah bermurah hati buat buat blog untuk saya time tu..tapi still blur hokehh..lampi betui aku time tuh..huhu..(lampi a.k.a lambat pickup)..tak ingat dah ape address blog saye tuh..sory ye syam...huhu..


Tahun ni baru saya tergerak hati nak ada blog sendiri..selain dapat full support dari my husband, banyak coretan pahit manis yang mana boleh dikongsi tu, bolehlah saya share..fyi, tajuk blog saya ni adalah inspirasi dari my husband sendiri, tagline je saya fikir sendiri..Thank you for supporting me, darl..saya sangat menghargainya..


Berbalik pada citer blog boleh buat duit ni..so far, saya belum bersedia lagi nak involve dgn hal-hal duit-muit nih..my husband dah duk sibuk suh jual itu ini utk buat s/income la kononnya..takpelah yang..saya suka hidup wasatiah je..dah bersyukur..lagipun saya ni kan kabur IT (up skit dari buta IT), so bila pegi bab2 duit ni, mmg la perlu ada kepakaran yang lebih dalam hal-hal teknikal..(yeke?entah tak tau lahh..)

Kalau ikut bacaan saya pasal blog boleh jana duit ni, you all yang buat bisnes online pun tak terlepas dari serangan LHDN tau!! termasuk jugak la jualan online melalui facebook..apepun saya nasihatkan you all declare dgn LHDN once dah ada pendapatan..takdalah nanti LHDN dtg ambushed plak umah korang..contohilah RM!!

p/s: Tetiba baru pasan yang Penulis citer RM dalam Berita Minggu hari tu adalah penulis yang sama time saya buat Project Group subjek Comm (PR) masa kat UUM dulu..huhu..A thousand thanks to Diyanah Anuar sbb kerana kamu lah kami dapat extra carrymark!!! Lec Noyah garang kau!!

~end~

Sunday, January 23, 2011

Belated & In Advance!!!!

Hello & Salam to all!! So, how's ur weekend? i'm surely banyak aktiviti yg dibuat kan..it same goes to me..my weekend sangat la pax dgn aktiviti2 menemani my husband 'menyopink' (he's a shopaholic hokeehh)..it's okay la, sbb sy rasa dah lama dia tak belanjakan duit dia utk beli brg keperluan dia..selagi dia tau nak saving tang mana..me hokeehh je..ala, sambil2 tu sy pun boleh menyelit 'sopink' skit2..my husband mmg x worried kalau saya 'menyopink'..sbb saya ni bukan jenis 'high demand / high mantainence' punya orang..as long as i know how to mix and match, that would be fine for me..branded or not..ada aku kesahh..!!noway hozaayy..tapi ada jugak certain items yang pada saya perlu mahal sikit, which is yang berkualiti skit utk tahan lebih lama..kalau dah top-to-toe nak branded..sory, i'm not that type a lady..


But this weekend, saya rasa terharu sangat..sebab dapat hadiah birthday (last & this year) from my beloved husband!!! Thank you so muchhosss sayang,..last year, my husband tak sempat nak belikan saya hadiah, sbb kedudukan ekonomi yang kurang kukuh, seems kitorang memang fokus utk beli keperluan baby dulu..but then i'm quite surprised bila dia cakap nak belikan hadiah birthday untuk tahun ni (biar betik!!besdayku bulan 8,setengah taaun lagi)..A doubletriple thanks to you my dear hubby!!! 


Seems i love to collect handbags, so he bought it for my both birthday gift!! untill now, me..still speechlesss!!

Terima kasih sekali lagi untuk suami tersayang atas pemberian yang sangat bermakna ni. Saya tanya dia, "kenapa you belikan semua ni,.. to me,.. you lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup i tau..plus our baby lah..(ayat ku..sungguhh...hehe)"..Then my husband jawab," tak pe lah, sebab i dah lama niat nak hadiahkan you apa yg u suka, rasa terbeban selagi tak belikan u something..lagipun i tau you memang suka kan?"..me rasa nak nangis je time tuh..tapi mmg betul la..pempuan mana la yg tak suka handbag kan? ada ke?hehehe...

p/s: pesanan penaja hadiah besday (my husband lah), "ha..lepas ni 5 tahun takyah beli handbeg okay..kalau nak sila beli sendiri.." .kuikuikui...


~end~

Tuesday, January 18, 2011

Kelas Antenatal : Excitement & Infotainment!!


Salam to all!! Still remembered about my previous entry (Kelas Antenatal) ? So, hari ini saya nak share dengan semua mengenai Kelas Antenatal yang telah saya hadiri pada 17 Januari 2011 (Isnin). Kelas tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Kelas ini dianjurkan oleh Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G), Hospital Putrajaya. Peserta yang hadiri pun tak ramai, hanya 8 pasangan je termasuk lah saya yang tidak ditemani suami ni..sob..sob..sob..It's okay lah, walaupun suami terpaksa bekerja demi negara yg tercinta, saya tetap rasa sangaaatttlahhh berbaloi menghadiri kelas ini !!! Memang berbaloi..loi!! 


 So, ini adalah antara skop program / ceramah / aktiviti sepanjang Kelas Antenatal ini:



Ceramah 1 : Pengenalan Mengenai Kehamilan & Proses Bersalin
Highlight Topic: Tayangan Video
  • We're so lucky sebab diberi peluang untuk menonton video mengenai proses semasa bersalin tau!! Real punya!! Masa tengah tengok video ni, saya boleh lihat para suami yang menemani para isteri pegang erat tangan isteri masing-masing..shuwittt gitu..(me, tengok je la..huhu)..Paparan video ini bermula daripada contraction yang di alami oleh si ibu (orang Thai)..jelas kelihatan kesakitan yang dialami oleh si ibu sepanjang contraction berlaku..seterusnya paparan diteruskan dengan bukaan pada faraj ibu yang menampakkan kepala bayi yang akan ditarik oleh doktor dan pada masa yang sama si ibu sedang bertarung nyawa untuk menolak keluar (push out) bayi. Bila mana bayi selamat dikeluarkan, jelas kelihatan perasaaan yang sangat lega bercampur gembira pada raut wajah si ibu !!! (me, rasa nak nangis time tu..)..Setelah itu, tiba pula giliran kakak or adik (uri / plasenta) untuk dikeluarkan..dengan perlahan ia dikeluarkan. Bayi yang dilahirkan tadi dicuci dan ditenangkan dengan meletakkannya di dada si ibu bagi pemberian susu pertama (kolostrum).

Ceramah 2: Pemakanan Semasa Hamil dan Postnatal
Highlight Topic: Komponen dalam Pertambahan Berat Badan Ibu Mengandung

SEMASA KEHAMILAN

3 Komponen Makanan Seimbang:
a) Makanan yang bekalkan tenaga - karbohidrat dan lemak (nasi, roti, keledek, jagung, minyak masak, gula)
b) Makanan yang membina tubuh - protein (ikan, daging, telur, susu, kacang, tauhu)
c) Makanan yang elakkan penyakit - vitamin dan mineral (sawi, tomato, lobak, buah-buahan)

SEMASA POSTNATAL

* Makan makanan yang seimbang sama seperti semasa kehamilan.
* Tambahan nutrisi: -
  • Sayur-sayuran - brocolli, saleri, sawi jepun
  • Buah-buahn - limau sunkist, pear, lai
  • Meminum air yang banyak untuk tujuan penghasilan susu
  • Makan ikan yang segar untuk dapatkan protein (jauhkan ikan kering)
  • Elakkan makanan yangmempunyai campuran halia (boleh menyebabkan jaundis)

Ceramah 3: Persediaan Bersalin
Highlight Topic: Demonstrasi Memandikan Bayi 

  • Me mmg teruja sangat time nih!! Yelakan, asik ceramah je mesti ada sedikit boring kan..so bila ada pratikal mcm ni saya terus grab peluang ni untuk jadi volunteer demo mandikan baby..walaupun saya dahpun biasa mandikan anak adik-adik / anak sedara masa diorang baby dulu, tapi rasanya tak salah kalau kita belajar dengan sebetulnya teknik-teknik mandikan baby ni..Seronok experience ni, buat saya tak sabar pulak nak mandikan my baby nanti..!!!

Ceramah 4: Penyusuan Ibu
Highlight Topic: Konsep Rakan Bayi dan Kebaikan Susu Ibu

KONSEP RAKAN BAYI
  •  Hospital Putrajaya sememangnya menekankan kepada kepentingan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan. Lekapan badan bayi di dada si ibu merupakan salah satu cara mengekalkan penyusuan. Bayi akan ditempatkan 24 jam sehari bersama ibu mereka (kecuali bagi yang bermasalah) untuk tujuan penyusuan dan puting tiruan adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke hospital ini.

KEBAIKAN SUSU IBU

Penyusuan ibu banyak memberi kebaikan sama ada kepada ibu, bayi dan juga keluarga. Antara kebaikannya ialah:
  • Mengeratkan kasih sayang di antara si ibu dan bayi (bonding)
  • Mempercepatkan pemulihan kesihatan si ibu (mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan yang berpanjangan)
  • Mengurangkan risiko selepas bersalin (kanser ovari, kanser payudara dan berlebihan berat badan)
  • Mengelakkan alahan kepada bayi (kaya dengan antibodi dan sel darah putih)
  • Mencegah pelbagai jangkitan (kaya dengan vitamin A dan vitamin B)
  • Faktor tumbesaran dan pertumbuhan (kematangan usus dan cegah alahan)
  • Anak lebih bijak
  • Mengurangkan kos perbelanjaan (tidak perlu membeli susu formula)

Ceramah 5: Urutan Selepas Bersalin 
Highlight Topic: Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari
  • Unit ini merupakan unit khas yang menyediakan kemudahan urutan selepas bersalin kepada ibu-ibu yang melahirkan anak di Hospital Putrajaya sahaja. Di Malaysia, unit ini hanya terdapat di 8 buah hospital kerajaan sahaja dan hanya 2 daripadanya yang menawarkan perkhidmatan urutan selepas bersalin, dan Hospital Putrajaya adalah salah satu daripadanya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah PERCUMA!!! (FPP pun dapat free jugak ye!!).
  • Antara perkhidmatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh unit ini ialah MANDI SERUM, BERTUNGKU, URUTAN DAN MEMBENGKUNG (BARUT).

Ceramah 6: Senaman Antenatal & Postnatal
Highlight Topic: Demonstrasi senaman

Masa ni nurse2 duk prepare utk senaman yang kami akan pelajari..
  • Sesi ini merupakan sesi penutup bagi Kelas Antenatal yang saya hadiri ini. Memang seronok!! Banyak ilmu-ilmu baru yang saya pelajari dan insyaallah akan saya praktikkan selepas ni. Balik je rumah, terus buat demo depan my husband senaman yang telah saya pelajari. Pastu terus terbungkang tidur sebab sangatlah penat hokehhh!! Badan dah rasa sengal, sebab urat dah lama duk diam tak exercise..Yelakan, sebelum ni kita tak tau yang banyak jugak rupanya senaman yang boleh kita buat time pregnant ni..Lepas pregnant pun ada senamannya jugak tau..siap doktor ajar senaman nak ketatkan semula rahim..hehe (penting tu tau!!, kalau nak tau saya sedia membantu dan berkongsi!!)
Selepas selesai Kelas Antenatal, urus setia telah memberi peluang kepada kami semua untuk melawat ke Dewan Bersalin..bagus jugak pendekatan yang di ambil ni..sedikit sebanyak ia membantu kami yang bakal melahirkan baby ni untuk tidak terlalu 'terkejut' dengan keadaaan / situasi ketika dalam dewan bersalin nanti.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga kelas antenatal ini. Saya rasa sangat berbaloi untuk bakal-bakal ibu ikuti kelas seperti ini bagi persediaan menyambut kelahiran bayi sama ada dari aspek mental dan fizikal. Pandangan saya, kelas ini banyak memberi informasi untuk kita praktikkan bukan sahaja kepada kelahiran bayi pertama, malah juga untuk kelahiran yang seterusnya..Insyaallah!!

~end~

Done For All Baby's Equipments!!

Hujung minggu lalu merupakan hujung minggu yang terakhir untuk saya persiapkan semua keperluan baby yang bakal lahir ini. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menyediakan semua keperluan ini sebelum kandungan 34 minggu. Terima kasih kepada suami tercinta kerana tak jemu menemani saya sepanjang mencari semua keperluan baby (psstt..bukan sahaja peneman, tapi juga banker saya..hehe) I love u sayang!!


Kalau diikutkan memang dah tak banyak barang-barang baby yang perlu dibeli. Sebabnya kami dah pun prepare sikit-sikit since my 24 weeks pregnancy lagi. So, just tinggal barang-barang ni saja yang kami beli last weekend:

Most of ppl yg sy tanya, Medela Breast Pump Mini Electric is the best!! (Kimora pun pakai ni tau..hehe)

Dah survey sume brand stroller, tapi Graco jugak yang ada my fav color..so umi picked this one for u, my dear prince!!
seems Graco jual one set dgn baby car seat, saya rasa ianya berbaloi..


Inilah antara barang-barang keperluan lain yang telah kami beli untuk persediaan kelahiran baby nanti:

1) BABY GEAR
  • Baju Lengan Pendek
  • Baju Lengan Panjang
  • Seluar Pendek
  • Seluar Panjang
  • Sarung Tangan
  • Sarung Kaki
  • Rompers
  • Baby Bip
  • Sapu Tangan
  • Barut 
  • Topi 

2) DIAPERING
  • Lampin Kain
  • Lampin Pakai Buang
  • Diapers Wipes
  • Safety Pin
  • Changing Mat
  • Detergent Khas Untyk Mencuci Pakaian Baby
      
3) BABY CARE & GROOMING
  • Bedak Bayi
  • Losyen Bayi
  • Minyak Bayi
  • Tisu
  • Sikat
  • Putik Kapas
  • Pengepit Kuku
  • Nasal Aspirator
  • Termometer
  • Baby Vicks
  • Cotton Balls
  • Minyak Yuhi Cap Limau (untuk kembung perut)
      
4) FEEDING
  • Botol Susu (standby untuk isi breastmilk selepas mula bekerja)
  • Puting Botol susu
  • Pembersih Botol Susu
  • Berus Botol Susu
  • Nipple Cream
  • Nursing Pad
  • Nursing Bra
  • Termos
  • Breast Pump (Medela Mini Electric)

5) NURSERING
  • Selimut Bayi
  • Bedding Set
  • Playpen
  • Kelambu Bayi
  • Bakul Baju Kotor
  • Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
  • Bakul Baby (Simpan Baby Care)
  • Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan/kaki)

6) TRAVELLING
  • Beg Bayi
  • Stroller
  • Baby Car Seat
  • Baby Basket

7) BATHING
  • Tuala
  • Baby Bath Tup
  • Syampu
  • Sabun Mandi
  • Top-to-Toe Wash

8) EXTRA
  • Album
  • Air Zam Zam 
  • Madu

Harap-harap dah takda barang-barang yang tertinggal..actually checklist ni saya dapatkan daripada pelbagai sumber, n then kumpulkan semuanya..mana yang saya rasa tak penting sangat tu, saya abaikan je.. 


*p/s: Dear all aunties and uncles out there, kindly start thinking for my baby's gifts yaa...!!hehehe..

~end~



Friday, January 14, 2011

My Little Sweet Baby's Name


Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : 

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak yang bakal lahir. Saya sememangnya sangatlah teruja untuk memilih nama-nama yang sesuai, dalam erti kata yang lain nama itu perlulah mempunyai makna yang baik. Sejak kandungan berusia 8 minggu lagi saya sudahpun mula mencari nama-nama yang dirasakan sesuai, baik nama untuk anak lelaki ataupun anak perempuan. Tetapi hasil daripada pencarian nama tersebut, nama anak lelaki lebih banyak yang saya kumpul berbanding nama anak perempuan. Rupa-rupanya memang sudah tertulis olehNya bahawa saya bakal menimang seorang cahaya mata lelaki!! Dengan izin Allah!! Alhamdulillah!!

My husband memang dah tahu yang saya ni memang over excited lah duk mencari nama-nama utk baby kami ni. So memang dia bagi 100% kepercayaan kepada saya untuk mencari nama-nama baby ni. Infact kak long saya pun memang suruh saya yang carikan nama untuk anak buah pertama dulu. Rutin saya bila balik je rumah, sebelum tidur saya akan tanya husband okay tak nama yang ni, nama yang tu, nama yang nu...pastu my husband mesti ada je komen, "Taknak lah..nama tu sama ngan jiran i la..tak nak la, sama ngan kawan i..tak nak la, nape pelik sangat bunyi nye..". Macam-macam la dia duk ngomel..hish..pening jugak saya dibuatnya..


Dari segi pemilihan nama for our baby ni, saya sebenarnya cenderung mencari nama yang sebutannya lebih berunsurkan kepada sebutan bahasa Arab (itu sebab my husband cakap bunyi pelik)..ada juga nama yang saya cari berdasarkan nama-nama para sahabat Nabi, pejuang-pejuang Islam zaman dahulu dan pemimpin-pemimpin yang berkaliber (of course yang beragama Islam)..yela kan, orang kata nama ni sememangnya mencerminkan peribadi dan mempengarahi sifat dan tingkah laku seseorang individu. Saya setuju sangat!!


Bila kandungan dah masuk 24 minggu, baru lah kami berdua dapat kata sepakat untuk memilih nama for our little sweet prince!! Seolah-olah nama itu telah ditiup oleh Allah kepada kami untuk menamakan cahaya mata yang bakal lahir beberapa minggu je lagi ni..Sebelum pregnant dulu, pernah saya cakap dengan my husband, "Kalau kita dapat baby boy, i nak nama dia adalah sama skit2 dgn nama i ye, kalau baby girl sama skit ngan nama u, hokehh..". My husband setuju (tapi tu dulu)..Sekarang tetiba je dia cakap nak ada skit2 nama dia..aduss..pening lagi dibuatnya..


Finally, we both have make a final decision!! Hoping that there is no amendment yet..Apa yang penting, nama itu membawa maksud yang baik dan lagi satu nama my baby ni masih jarang-jarang didengar (setakat ni lah kann..)..Tapi apa yang pasti takda lagi kot sedara mara, sepupu sepapat, puak rabak saya yang sama nama dengan nama yang kami pilih ni..hehehe..

p/s: baru-baru ni tetiba my husband ckp nama yang kami decide ni ada sama dgn kawan dia masa sekolah, tapi dia considered OK sbb kawan dia sekarang ni dah jadi Doktor..(harap-harap anak umi jadi doktor la ye..hehe)


So, apa lah agaknya nama baby saya ye? jeng..jeng..jeng..mestilah kena surprise kann (padahal ada je yg dah tau..hehe)..Dalam Islam pun digalakkan memberi nama anak pada hari ke-7 selepas kelahiran..Saya kira lebih eloklah kiranya tunggu saja kelahiran baby saya nanti ye..Insyaallah!!


~end~

Kelahiran Bayi Pra Matang

DOA IBU MENGANDUNG

"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawarMu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."
 (Sumber: Buku Amalan Ibu Mengandung, Ustzh. Nor Baayah bt. Mahamood)

Berat hati rasanya nak kongsi apa yang saya lalui sepanjang kehamilan ni. Tak mengapalah, niat saya adalah untuk berkongsi kepada rakan-rakan agar dapat mendoakan kandungan saya sentiasa berada dalam keadaan sihat, sempurna akal dan sifatnya.


Semasa kandungan saya berusia 6 bulan (24 minggu), doktor mengesahkan bahawa  saya mempunyai air ketuban yang berlebihan atau saintifiknya dikenali sebagai Polihidramnios. Saya dinasihatkan untuk menjalani  Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) yang mana bertujuan untuk mengenalpasti kandungan gula dlm badan..Air ketuban ini adalah air suci yang menjadi air minuman dan kencing bayi. Air kencing bayi juga akan menambah kuantiti air ketuban dan sekiranya berlebihan bayi akan menghadapi masalah menelan air. Polihidramnios ini boleh menyebabkan rahim mengembang dan menjadi lebih besar. 


Berikutan itu, saya juga perlu menjalani ujian ultra sound terperinci ataupun detailed scan bagi mengenalpasti tahap kesihatan my baby berdasarkan anggota / sifatnya seperti tulang belakang, buah pinggang, telinga, kaki dan tangan. Alhamdulillah..syukur sangat2 bila hasil keputusan daripada semua ujian yang saya lalui adalah Normal (-N-). Saya tidak mengalami diabetes atau kencing manis dan my baby pun sihat walafiat..


Bila kandungan dah masuk 7 bulan (28 minggu), saya diuji sekali lagi dengan dugaan Allah s.wt. Doktor mengesahkan saya bakal melahirkan bayi pra matang..Ya Allah!!! Kuatkanlah hati hambaMu ini!!..saya mendengar dengan teliti segala penjelasan doktor mengenai kandungan saya. Berikutan itu, saya disuntik 2 kali utk kuatkan paru-paru baby. Menurut doktor, kepala bayi saya sudah pun masuk ke pangkal rahim dan bila-bila masa sahaja saya boleh bersalin. Luluh jantung bila mendengar segala penjelasan doktor tadi. Namun, saya tetap kuatkan hati di samping sokongan suami yang banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Thank you so much to my husband!!


Doktor menasihatkan agar saya banyakkan berehat, kurangkan berjalan dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Baik di rumah mahupun di pejabat. Saya diberi cuti 3 hari dan setiap kali check up doktor akan bekalkan 'Light Certificate' kepada saya untuk dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Bila perkara ini saya maklumkan kepada ahli keluarga saya, sudah tentu umi dan abah la orang yang risau dengan kesihatan saya. Perkataan pertama yang keluar dari mulut abah, "Itulah,..orang degil dari kecik smpai ke tua degil..". Saya faham sangat kenapa abah cakap macam tu..Saya ni jenis orang yang tak duduk diam, suka paksa diri..biarlah penat smpai lebam pun..kalau nak buat sesuatu tu akan kerahkan jugak tulang empat kerat ni..Umi pula dah suruh ambil cuti sebulan tanpa gaji..yela, saya tau jauh di sudut hati umi tu dia nak jaga saya kat sini, tapi kalau dia jaga saya siapa pulak nak tengok2kan abah bila dialisis nanti..Jadi, saya cekalkan hati untuk terus bekerja,.kalau duk rumah sensorang pun mesti nak layan emosi je kan. Kurang2 kat ofis ni saya ada kakak sebilik @ teman rapat tmpt saya mengadu domba..hehe


Minggu ini kandungan saya dah 8 bulan (32 minggu). Bila pergi check up hari tu doktor scan lagi utk tengok paras air ketuban. Alhamdulillah sangat..sebab tiada peningkatan pada paras air ketuban..Baby saya pun semakin membesar dengan beratnya 1.6kg. Menurut doktor, saya perlu bertahan dan banyakkan berehat sehingga kandungan mencecah 34 minggu. Bila dah melepasi 34 minggu tu, doktor dah tak risau sangat sebab saiz dan berat bayi dan meningkat kepada 2kg. 


Saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar bayi saya dilahirkan pada tarikh yang sepatutnya ataupun tidak lah terlalu awal. Saya tak boleh bayangkan bagaimana baby saya perlu dimasukkan dalam inkubator dengan saiz badan yang sangat kecil dan disuluhkan dengan lampu2 biru. Hari-hari saya cakap dengan my baby, "Baby..baby kena kuat macam umi..baby bertahan sikit hari je lagi..baby kena besar sikit dlm perut umi.. baru baby kuar eaa..".Saya tau dia dengar apa yang saya cakap, sebab tiap kali tu dia akan beri respon dengan menumbuk perut saya..


Saya cuba mendapatkan seberapa banyak info mengenai kelahiran bayi pra matang ni. Yela kan, sudah tentu saya tertanya-tanya apa punca sebenar kelahiran bayi pra matang ini. Bila dilihat kembali, rupa-rupanya kelahiran bayi pra matang ini adalah sangat berkait rapat dengan Polihidramnios. Sehingga kini, doktor masih tidak dapat mengenalpasti punca berlakunya Polihidramnios.


Walau apa pun dugaan yang diuji, saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai kekuatan untuk melalui saat kesukaran sepanjang kehamilan ini. Saya percaya kekuatan ini saya perolehi daripada sokongan, doa dan semangat dari semua yang mendoakan kesihatan saya. Saya anggap ini semua ujian dari Allah s.w.t. Mungkin dulu ada ketika saya alpa dengan duniawi, banyak masa-masa terbuang dengan dosa sehingga tiada ruang untuk mendekatkan diri denganNya yang Maha Mencipta. Saya anggap ini adalah salah satu penyucian dosa. Dulu saya pernah diuji, insyaallah ujian kali ini saya akan lebih kuat utk tempuhinya dan redha dengan apa yang ditentukanNya. Semakin kita di uji, itu tandanya Tuhan mengingati dan menyayangi kita. Ingatlah, walau apapun ujian dari Allah s.w.t., tentu ada hikmah disebaliknya..Wallahualam..


~end~





Thursday, January 13, 2011

Buku: Pantang Larang Ketika Hamil & Selepas Bersalin

RM4.00 je!! Mmg berbaloi..loi!!
Buku ini merupakan salah satu koleksi terbaru yang saya beli. Rasanya sangat berbaloi beli buku ni memandangkan saya hanya melabur sebanyak RM4.00 sahaja untuk mendapatkan buku yang mempunyai 90 halaman muka surat ini (murahkan!!!)..saiznya yang kecil memudahkan saya untuk bawa ke mana-mana sahaja..Kalau ikutkan memang dah banyak koleksi buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan yang telah saya kumpulkan sejak awal kehamilan lagi..Kebanyakan daripadanya mempunyai pengisian yang lebih kurang sama..Cuma adalah serba-sedikit perbezaan sahaja mengikut pandangan dan sumber yang berbeza.

Tetapi, lain pula bila saya baca buku ni. Sub-topik yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai Petua Ketika Mengandung dan Selepas Bersalin. Macam-macam petua tau!!! Siap bagi ramuan lagi tentang cara membuatnya (saya kena pastikan buku ni saya bawa balik ke Kuantan ketika berpantang nanti)..hehehe
Sub-topik yang menarik dan padat dengan pelbagai info
Ada satu lagi sub-topik yang menarik iaitu Senaman Kesihatan Ketika Mengandung. Siap ada illustrasi gambar lagi!!
Lepas baca buku ni..saya dengan semangatnya bersenam!!
Bagi rakan-rakan diluar sana yang berminat utk dapatkan buku ni, saya rasa ada dijual di mana-mana kedai buku kot. Saya beli di MPH, Alamanda. Buku ni diterbitkan oleh Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd Cetakan 2009 yang disusun oleh Abadian Abdullah

p/s: 
Sorry sy xdpt nak share intipati buku ni sepenuhnya, almaklumlah Hak Cipta Terpelihara kann,..hehe


~end~

Kelas Antenatal



Puas nak dapatkan confirmation daripada my husband sama ada dia boleh join ke tak Kelas Antenatal ni. At last, dia cakap mmg dia tak boleh nak join sbb kena commit dgn kerja..sob..sob..sob.. Lagipun dia tak boleh lah nak kerap cuti sangat memandangkan keesokan harinya kena teman saya pergi check up pulak. Bila tanya nurse yang in charge kelas ni ada tak tarikh lain utk join kelas ni..Kalau ikutkan memang ada, tapi saya pulak dah tak boleh join sebab syarat utk ikuti kelas ni, kandungan perlu la 34 minggu dan ke bawah. Kalau ikutkan tarikh kelas tu memang genaplah kandungan saya 34 minggu.. 

Kelas Antenatal ni diadakan pada 17 Januari 2011 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Hospital Putrajaya, Bayaran sebanyak RM70.00 setiap seorang / pasangan (Rugi la saya sbb tak bawa pasangan). Kelas ni sebenarnya terhad dan prioriti diberi kepada ibu-ibu hamil yang mengambil Full Paying Patient Scheme (FPPS). Kalau nak tau lebih lanjut mengenai FPPS ni, boleh lah layari laman web Hospital Putrajaya di alamat http://www.hpj.gov.my/pjh/index.php/component/k2/item/2-full-paying-patient .


Walaupun my husband tak dapat nak join kelas ni, saya tetap bersemangat nak ikuti kelas ni. Pandangan saya, kelas ini akan banyak memberi pendedahan mengenai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin, terutamanya kepada ibu hamil anak pertama macam saya ni. Antara objektif kelas antenatal ni ialah:

Saya harap lepas mengikuti kelas antenatal ni, banyak ilmu yang saya perolehi nanti dan dapatlah dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan di luar sana.
~end~

Tuesday, January 11, 2011

Amalan Ibu Mengandung

Hari ini diam tak diam kandungan saya sudah berusia 32 minggu. Rasa sarat sangat dah perut ni. Tapi tak mengapa lah, demi anak yg bakal dilahirkan ini saya tetap bersemangat utk bekerja..(ye ke?)..hehe..Sekarang ni, sambil buat kerja, sambil tu la mulut saya duk mengunyah macam-macam. dan sambil-sambil tu juga saya pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk diperdengarkan kpd baby dlm perut saya ni.

Saya pasti rakan-rakan di luar sana sudah tentu banyak mengamalkan pelbagai petua / tips / amalan semasa dalam tempoh kehamilan. Saya sendiri pun banyak bertanya rakan-rakan yang berpengalaman selain daripada memperolehi sumber-sumber ini melalui bacaan di internet dan juga majalah-majalah. Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan mengenai amalan-amalan yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan ini:

a) Membaca al-Quran
Saya bersyukur sangat kerana pada peringkat awal kehamilan (8-12 minggu), saya telah berjaya khatam al-Quran. Pada ketika ini, kebetulan tempat saya bekerja mengadakan Tadarus al-Quran, inilah kesempatan yang saya ambil bagi menambahkan amalan ukhrawi di samping memberi banyak kebaikan kepada kandungan saya.

b) Memakan buah-buahan
Sudah ketahui umum, lazimnya di awal kehamilan kebanyakan ibu hamil tidak terlepas daripada "morning sickness". Saya sememangnya tidak terlepas dari simptom ini. Hilang selera makan, pening kepala, kerap muntah..semua ni adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh ibu hamil..(bertuah la bagi yang xpernah merasainya). Untuk mengelakkan daripada perut kosong, saya sentiasa makan buah-buahan seperti mangga, oren, betik, jambu, prunes, kurma, kismis. Jangan sesekali makan buah-buahan yang tajam, nenas yang utamanya!!

c) Minum air buah
Sehingga ke hari ini, saya memang mengamalkan minum air buah. Memandangkan saya ni memang tak boleh 'blah' dengan segala yg berkaitan dengan susu ni, so inilah alternatif yg plg baik utk saya dan baby. Usually my husband akan belikan air Ribena, takpun air yogurt buah tu..Pagi time breakfast saya akan beli air Twister Apple. Jangan sesekali minum minuman yang berkafein ye!! (Saya mmg bukan penggila kafein, so mmg tak menjadi masalah pd saya utk menjauhkannya..)

d) Anmum Materna (perisa coklat)
Syukur sangat bila anmum materna ada perisa coklat!!!(Saya adalah penggila coklat hokehh)..So, saya start minum anmum ni masa kandungan dah pun 6 bulan..Sampai sekarang, saya mmg boleh 'blah' dgn anmum ni..seyesli mmg xrasa sangat ke'tepung'an susu ni..hehe

e) Membaca buku-buku berbentuk motivasi, kekeluargaan dan persediaan menyambut kelahiran
A thousand of thanks to my husband sebab sudi melanggan buku utk saya (Mama & Baby). Ada juga yang saya beli sendiri. Sekarang ni, banyak buku-buku yang menarik ada di pasaran. Antaranya buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Siti Nor Baayah. Best sangat sebab illustrasi dan persembahan buku tu yg buat saya tak boring nak baca buku tu hari-hari. Thanks to Kakzu (officemate) sbb perkenalkan buku ni pada saya. Ada satu lagi buku yg saya beli mengenai mukjizat 25 Nabi dan Rasul. Tiap malam sebelum tidur saya akan baca buku ni sbb mmg dari dulu lagi saya niat nak bacakan kisah para nabi utk baby saya nanti. Tapi tak salah rasanya kalau saya mulakan dari dlm perut kan??


Kalau ikutkan memang banyak sangat amalan yg boleh kita pratikkan ketika mengandung ni. Saya buat mana yang termampu dan dirasakan rasional utk saya dan baby..Yelakan, duduk jauh dari mak ayah ni mmg beri cabaran juga pd saya utk lalui saat-saat sukar dalam tempoh kehamilan ni. Semuanya kena survive sendiri. Apepun, saya sentiasa berdoa agr kandungan saya sihat, selamat dan sempurna. Insyaallah..


~end~

Sunday, January 9, 2011

Resepi 1: Cekodok Ikan Bilis New Zealand

Pagi tadi, sebelum bertolak pulang ke Putrajaya, sy berkesempatan mengenyangkan perut saya dengan cekodok ikan bilis hasil air tangan kak long saya..Tengah2 melantak cekodok ni, tiba2 teringat pula masa zaman2 kat universiti dulu, makanan ni la yg slalu menjadi santapan di kala kekeringan poket..hehehe
 
Hari ini saya nak kongsi dengan kawan-kawan rahsia di sebalik kelembutan cekodok ikan bilis..hehehe..saya ni bukannya pakar pun dalam masak-memasak ni..tapi just nak share resipi turun temurun keturunan Tok Gajah ni..nama macam gempak je kan bunyinya..ala2 western gitu..sebnanye New Zealand tu kampung saya...Felda Kg. New Zealand terletak di Maran, Pahang. Di sanalah tempat tinggal arwah tok ki (atuk) dan tok (nenek) saya sebelah abah..uishh..banyak kenangan kat sana..kalau balik kampung, inilah sajian wajib utk minum petang bersama saudara-mara yg lain..Saya sengaja nak komersialkan nama cekodok tu..isshh..rasa janggal la panggil cekodok..mcm ke "kl" lan sangat..Orang pahang panggil 'jemput2'..xpastila orang pahang atau family saya je yg panggil jemput2..okay, siap sedia la pen dan kertas..xpun zmn canggih manggih la ni, uols copy paste je then print out je resepi saya ni..hehe..


Bahan-bahannya:
a) 2 biji telur
b) 1 genggam ikan bilis
c) 5 ulas bawang kecil
d) 500g tepung gandum
e) Garam dan aji secukup rasa
f) Sedikit air untuk adunan


Cara-caranya (ni yang penting sebnanye):
a) Pukul telur sehingga naik
b) Ikan bilis direndam dgn air panas, kemudiannya ditumbuk bersekali dengan bawang kecil. Jangat terlalu lumat (sedang2 saja)
c) Gaulkan ikan bilis dan bawang yg ditumbuk dengan telur dalam satu bekas yg sama.
d) Masukkan garam dan aji secukup rasa
e) Masukkan tepung dan diadun sekali dengan air (pastikan air yg dimasak ye)
f) Gaulkan kesemuanya hingga sebati dan likat (jangan terlalu banyak air)
g) Sedia untuk digoreng (Pastikan minyak betul2 panas dlm keadaaan api yg perlahan)


*p/s:
Kalau 500g tepung gandum ni, boleh lah dapat dlm 15-20 ulas , kalau uols nak buat byk lagi, petuanya senang je.. kalau nak mantain kan kelembutan jemput2 ni. kalau 500g tepung, kena guna 2 biji telur..kalau sebungkus tepung (1kg), gunalah 3 atau 4 biji telur..Bawang dan ikan bilis tu ikut suka uols lah nak byk mana..apa yg penting telur tu yg perlu dipukul dulu..barulah campak yg lain-lain hokehh..


Pencicah (uols kalau nak cuba pencicah ni boleh jugak):
a) 5 sudu besar Kicap
b) 2 sudu besar Cuka
c) 1 sudu besar Gula
d) 3 Ulas Cili Melaka (Lada kecil)


* Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut, jangan lupa kalau nak rasa pedas cili tu uols pecah2kan ye..


#SELAMAT MENCUBA#


~end~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...