Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, August 26, 2011

Entri untuk Kak Wardina =D

Salam,

Hari Jumaat yang penuh dengan barakah di bulan Ramadhan ini saya mahu kita sama-sama renungkan mengenai masalah "penyakit hati". Ya, sengaja saya kategorikan manusia yang mempunyai masalah hati ini sebagai manusia yang berpenyakit. Sebab penyakit ni berjangkit, pesanan untuk diri sendiri juga agar tidak terjangkit dengan penyakit seperti ini.

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini apabila membaca salah satu post di wall kak Wardina mengenai sifat manusia disekeliling yang sering iri hati, cemburu, dengki sesama manusia.

Rasulullah telah bersabda,

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

(Hadith Riwayat Al Imam Muslim)

Saya yakin ramai yang diluar sana pernah menghadapi pengalaman dengan manusia yang berpenyakit hati ini. Segala apa yang kita lakukan, semuanya tak kena di mata mereka. Sentiasa berfikiran negatif dengan apa jua yang kita lakukan. Penat sebenarnya nak menghadapi orang macam ni. Kadang-kadang, niat kita sekadar nak berkongsi, namun disalahtafsir pula oleh golongan seperti ini yang menganggap kita ini riak. 

Terus terang saya katakan, saya juga pernah mengalami situasi ini.
Seperti juga kisah kehidupan Kak Wardina. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan, begitu juga dengan beliau. Tak boleh ke golongan ini menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah bahawa setiap perjalanan hidup hambaNya adalah telah tersurat dengan segala ketentuanNya. Apa yang lepas tu biarkan lah berlalu, namun kita anggap ia sebagai iktibar dalam kita menempuh hari-hari selepas itu.

Saya menganggap Kak Wardina sebagai ikon wanita muslimah yang berani bersuara dengan hujah bernas beliau dan beliau tidak sesekali cepat melatah dalam menghadapi golongan berpenyakit hati ini. 

Melihatkan cara kak Wardina mendidik anak-anaknya, Amna contohnya..membuatkan saya berkobar-kobar untuk mendidik anak saya seperti Amna. Amna bukan sahaja anak yang bijak, malah beliau juga boleh saya katakan bakal menjadi Wardina Junior, ikon wanita yang cukup lengkap pakejnya (Insyaallah)..Dalam mendidik anak, jelas kelihatan Kak Wardina sangat menekankan Islam dan melalui solatlah segalanya akan bermula. Sampai hari ini, saya masih tidak nampak apa cacat celanya pendekatan Kak Wardina yang membuatkan orang disekelilingnya sentiasa dengan fikiran negatif.

To my dear Kak Wardina, teruskanlah usaha Kak Dina walau apapun jua keadaan. Ketahuilah bahawa ramai diluar sana yang menyokong perjuangan Kak Dina. Usahlah peduli dengan golongan manusia yang berpenyakit hati ini. Saya juga berpesan untuk diri sendiri agar saya tidak tergolong dalam manusia yang berpenyakit hati ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan mempermudahkan segala urusan kita dalam membawa setiap kebaikan kepada umatNya. Insyallah..ameen..

Selalu juga komen kat wall kak Dina, tapi hari ni sangat serunak sebab KakDina reply my comment..wink..wink.. =D
Wasalam.

Ucapan Raya dari X-presi

Salam kepada semua,



Thursday, August 25, 2011

Entertain "tetamu" yang datang..

Salam,

Minggu ni Kak Ngah saya datang umah, sebab nak pegi shopping baju raya anak dia, sepupu Hadif, Akif Naufal. Kakak saya ni memang kaki shopping, memang ponet la kalo ngikut dia pegi shopping mall. Kalau boleh semua kedai nak masuk padahal satu benda pungg tak beli..huk aloh!!..adik-adik saya (Adik & Kakak), pun datang juga nyibuk juge nak shopping baju raye depa.. takpela, sekali sekala mai sini, balik umah pasni korang kena rajin baca buku ye..exam is just around the corner ye adik-adik sekalian!

Ha, sape yang entertain diorang nye? Anak ku yang terlebih sosial tu lahh..Punya la happy saya tengok Hadif bila ramai orang kat rumah dia..Kalau tak, mesti nak menjerit je suruh dukung dia ke hulu ke hiliaq..Anak saya memang suka bila ramai orang..maybe dia dah biasa duk umah BS kan..geng sebaya pun ada 2 3 orang..So, bila balik rumah..dia sorang je..tu yang selalu menjerit tu..haisshh anakku..

Seminggu ni ada Akif kat umah dia. Agak lama jugak la depa dua tak bertemu, jumpa je masing-masing dah besar. Personaliti dan attitude Hadif memang totally different dengan Akif. Akif ni baik budaknye (bukanla cakap anak aku jahat). Akif ni pendiam, buat hal sendiri, tak kacau hidup orang lain, sopan je budaknye. Hadif? hehe..opposite dengan semua yang diatas..peramah, suka kacau orang, brutal budaknye..hahaha..My baby ni memang sangat aktif..24 jam kepala dia berpeluh menunjukkan dia memang seorang baby yang sangatla jarang nak duduk diam penuh sopan santunnya (ish..ikut perangai sape anak ummi ni? =P )

Jom cuci mata gelagat Hadif entertain tetamunya, Akif ..

"Ha, nak pinjam boleh..tapi jangan bawak balik". hehe

"Akif, ko kena buat muke bajet comel macam aku ni..tengok macam ni..buat gigit2 jari,,barulah hawt!!". haha

"Akif, jangan la masam sangat..ko takut aku ek..dun wory derr..aku tak makan orang..aku makan jari je.." (=P)

"Haa..haa..tengok..kalo depan camera, kena senyum camni"..

"Ish Hadif ni..aku takyah buat muke bajet comel la..aku dah comel pungg".. (hehe)

"Akif..ko kalu nak comel lagi..kena nganga cam aku ni..cover skit muncung tu".. (hihi)

"Ish rimas la nak kena duduk sopan camni..aku biase pose gambar berdiri!!..letak tangan atas bahu ko lah Kif"

" Kif, ko dengar sini aku nak bisik..jgn gitau umi kite rahsia kite ni tau!!!"

" Oh..camtu ke citer nye..susah jugak umi kite ngandungkan kite kan Dif.."

"Kif..aku tak geti la wat muncung cam ko tu..camni jadi dopp??" (hehe)

"Bosanla umi..nak gambar dalam bath tab pulak..seksi siket.."

"Dif..ko tepi skit la..aku nak main abcde ni.."

"Kif, ko kena tarik ekor dia ni..baru la bleh bunyi..." (hehe)

"weh Dif..agak le nak tolak aku (cakap dlm hati je sbb aku baik)". (haha)

"Dif, besonye kepala ko ek..nanti ko dah beso, jangan buat beso kepala pulak ye.." (ngeh3x)



Suspected Asthma

Salam kepada semua pembaca X-presi Qu,

Sorry sebab lama tak update blog sebab minggu ni rasa macam penat sikit, tak cukup tidur sangat sebab my baby tak berapa sihat. Bulan ni saja tah berapa kali me n husband terpaksa EL untuk bawa Hadif ke klinik. Dah 3 kali pegi klinik..semua 6 botol ubat pun dah habis..tak boleh jadi macam ni, so kitorang decide untuk bawa Hadif ke pakar kanak-kanak. Mak ayah mana yang tak risau kan bila tengok anak tak sihat. batuk bertambah teruk, selsema lagi..malam je badan panas..ish..memang tak boleh biar berlarutan...

So, hari Selasa lepas, kitorang bawa Hadif ke Pakar Kanak-kanak An nur, Bangi. Kitorang pilih Specialist ni sebab sebelum ni memang dah biasa pergi klinik Annur di Putrajaya. First time datang sini, so kitorang pegi awal pagi jugak la sebab dah tak sanggup dengar Hadif batuk teruk sangat. Batuk dan selsema Hadif dah nak dekat sebulan berlarutan. So bila Paed dah check condition my baby, agak sedih juga la bila doc cakap yang batuk Hadif ni adalah salah satu simptom awal Asthma. 

Paed tanya, kami ni ada ke keluarga yang asthma? Both of us jawab tak..sebab memang takda..so Paedtanya lagi, ada yang resdung/signus ke? Yup, of course..my husband kan baru je operate signus hari tu kan..So, doc cakap asthma ni ada juga kaitan dengan penyakit resdung..no wonder la my baby ada simptom macam ni. Paed bagi macam-macam ubat to my baby termasuk la ubat asthma..

Syukur sebab my baby ni memang senang nak makan ubat..5 6 jenis ubat dia boleh minum macam tu je, tak payah campur dengan susu pun..ada dua ubat asthma doc bagi., dalam bentuk cecair dan serbuk..so yang serbuk tu kena letak dalam susu dia..pity of him =( ..tapi takpe, di saat macam ni, kita as a parents kena kuat semangat dan sentiasa fikir positif..!! thank god juga lah sebab my baby ni still aktif dan lasak walaupun dia kurang sihat..

Dah masuk 3 hari dia makan ubat tu, alhamdulillah..looks like he is getting better..nampak perubahan bila time tidur malam, dia dah kurang batuk macam sebelum ni..Hope dia akan cepat sembuh dan dapat beraya dengan badan yang sihat!! Lepas raya ni kena jumpa balik Paed ye sayangg..

Saya tau mungkin ramai yang akan cakap yang my baby ni senang kena sakit sebab cepat sangat stop breastfeed..Baiklah, saya memang akui lah, tapi perlu la ingat bahawa ibu-ibu yang stop awal bf ni bukanlah sengaja suka-suka nak stop bf anak dia..masing-masing ada kekangan. Banyak faktor yang perlu diambilkira selain daripada mindset semata-mata..

Fyi, my baby ni berjangkit batuk dan selsema dengan salah sorang baby girl kat rumah pengasuh yang minum susu ibunya secara eksklusif ya..Baby girl ni selalu sangat sakit sejak awal lagi ibu dia hantar ke rumah BS ni..Apa kan daya saya, walaupun tiap2 hari berat hati nak hantar Hadif, nak tak nak kena hantar juga la..tak da pilihan lain dah selain dari saya sendiri berhenti kerja. 

Tersangatlah susah nak cari baby sitter kat Putrajaya ni. Itu belum kira nak cari yang betul-betul baik lagi?..Sebab tu saya tak nak ambil risiko lain, walaupun BS Hadif ni jaga 4 orang (3 babies, 1 toddler), walaupun dia ni tak kawin lagi, jujur saya cakap dia memang pandai jaga budak-budak. Sampaikan girl yang umur setahun tu selalu akan menangis tak nak balik rumah dia. Dari situ kita dah tau macam mana dia layan budak-budak kan?

Inilah dugaan bila dah ada anak..Lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang bekerja. Kalau yang ada orang jaga kat rumah tu lain la sikit kan..maid ke, mak or mak mertua ke..sekurang-kurangnya anak kita tak bercampur dengan anak orang lain..Bukanlah maksud saya nak bagi anak kita ni anti sosial, tapi ia akan merumitkan keadaan bila anak kita sakit kerana berjangkit...

Banyak orang yang cakap amalkan minum Scott Emulsion kepada anak sejak bayi kerana minyak ikan boleh menghalang jangkitan sebarang penyakit. Kalau camtu, nak beli lah jap lagi..

Ya, Allah..kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepada permata hati ku ini didunia dan di akhirat!! Amin.. (Hadif dengan Aunty Mai semasa Iftar di rumah saya)

p?s: Terfikir juga macam nak berenti kerja..tapi bila fikir-fikir balik bila bapak payah gedabak aku nak dapat kerja ni, tetiba terbantut plak hasrat aku ni..hihihi =P

Monday, August 22, 2011

Rumah Qu Syurga Qu - Part II


Koleksi Gambar Kediaman semasa photoshoot bersama Kosmo!
Ruang istirehat - memilih konsep hitam putih untuk menampakkan ruang lebih luas


Hiasan bingkai gambar dengan sedikit sentuhan biru cukup memadai. Saya memilih bingkai gambar ini kerana ia lebih praktikal untuk di letakkan di ruangan yang mudah dilihat.


Lampu "warm light" juga perlu ada di ruang istirehat agar ia dapat menaikkan suasana romantik di kala malam.














Bilik tidur tetamu di tingkat bawah juga dihias ringkas tanpa kabinet pakaian untuk kelihatan lebih luas dan selesa untuk tetamu berehat.



Bilik tidur utama. Tips untuk pencahayaan, pastikan langsir anda mempunyai 2 lapisan (day curtain untuk bahagian luar, night curtain untuk bahagian dalam). Pastikan juga anda mempunyai lampu tidur disalah satu sisi katil atau kedua-duanya.



Meja solek dihias ringkas dengan jambagan bunga ros merah. Tips : elakkan membeli meja solek yang mempunyai ruangan menyimpan barang yang boleh dilihat. Meja solek ini mempunyai ruangan disebalik cermin tersebut.

Ruang minimum yang terdapat di sudut bilik tidur dijadikan ruang solat
























Thanks to Kosmo!

Salam to all my dear readers!

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga perkara-perkara minggu lepas yang buat saya cuak, terkejut, cemas, gembira dan bermacam-macam perasaan lagi. Kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis ruangan Jurnal @ wartawan Kosmo! Pn. Siti Nor Afzan Kasiman di atas paparan dekorasi kediaman saya yang takda la seberapa gah mana pun kalau nak dibandingkan dengan kediaman orang lain. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan atas segala pujian atau komen-komen membina daripada kalian. Saya tau mungkin ada segelintir yang merasakan kediaman saya ini tidaklah hebakk manapun dekorasinya, biase-biase saje, tak masuk paper pun tak rugi kann..rumah aku jauh lagi hebakk dari umah ko kemn..takpela, rezeki masing-masing ye..tak terlintas pun di hati saya nak publish gambar dalam blog ni untuk meraih perhatian @ publisti daripada pihak media. Namapun blog peribadi kan, hanya sekadar tatapan untuk kenang-kenangan..nanti dah pindah, atleast ada juga kenangan yang saya simpan disini. Mungkin kelainan dekorasi kediaman saya pada sentuhan biru, mana tau esok lusa penulis berminat dengan kelainan yang korang tampilkan dalam menghias kediaman korang... =)








Many thanksss to Kosmo!

************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...