Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, December 3, 2014

Betul ke pilihan hantar anak ke Little Caliph? Apa pendapat ibu?

Assalamualaikum semua.

Dah hujung-hujung tahun ni mak ayah mula lah pening duk memikirkan mana lah tempat yang sesuai nak hantar anak masing-masing kan? Tak terkecuali lah dengan saya, macam-macam perasaan bercampur baur bila duk memikirkan hal ni.

Tahun depan Hadif dah masuk 4 tahun. Hailahhh kejap je masa berlalu tetibe je rasa anak bujang ummi dan 4 tahun kan. Daddy macam berat hati je nak hantar Hadif ke taska, kesian katanya sebab dia belum puas main. Awal lagi nak belajar so daddy macam tak berapa menyokong la bila ummi dah sibuk-sibuk usha-usha iklan pendaftaran baru di taska-taska area Putrajaya ni. Antara taska yang berorientasikan Islamic education yang ada di area Putrajaya ni ialah CIC, Brainy Bunch, Genius Aulad & Little Caliph.

Bila dah tanya pandangan kawan-kawan yang dah pun hantar ke taska-taska yang tersebut di atas ni, ada seribu satu cerita. Tapi kebanyakan sharing daripada kawan-kawan adalah cerita yang mengujakan saya! Kagum mendengar perkembangan anak-anak dalam hafazan Al Quran, solat, doa-doa mudah, dan macam-macam lagi. Eksaited sangat!

Dalam banyak-banyak taska yang ada, Little Caliph adalah yang paling berpatutan yuran bulanannya. Kalau yuran tahunan tu memang tak boleh lari dengan harga seribu lebih ke atas. Walau pun anak sorang, kena ukur baju dibadan sendiri lah umpamanya. Harga yuran yang dikenakan sangat penting pada saya sebab kami dua-dua bekerja kan. Dah tentu yuran bulanan tu termasuk sekali dengan day care charges.

Bila dah eksaited nak hantar nak ke Little Caliph, tetiba bila hantar borang pendaftaran dah penuh ok! Frust sangat. Even ada 2 cawangan LC di Putrajaya ni, dua-dua nya dah penuh. My husband pulak gembira la kan. Dia tetap cakap umur 4 tahun tak elok belajar lagi. Pasrah...

Dua minggu lepas, lepas kami balik dari breakfast kat area rumah tu, ternampak banner "Open For New Registration". Tengok-tengok eh ada Little Caliph kat rumah la! Eksaited ya ampunnn..Aku dengan bergegas nya paksa husband berentikan kereta kat tepi jalan tu sebab nak amik no telefon untuk dihubungi. Yesss, terus call...tapi tak berangkat...belum mengalah lagi...aku cuba wassap..haaaaa ada pun response! 

Keesokan harinya, terus call Teacher tu nama TC Zarina. Sampai je ofis, minta kebenaran keluar kejap untuk pegi site visit ke Little Caliphs yang terletak di Taman Salak Baiduri, Sepang. Misi ini aku rasa paling penting sebab nak kena yakinkan dua orang hero. Sorang hero besar godang ni, and paling penting hero yang nak kena tukar skolah ni..hehe

Bila sampai sana, which is lokasi ni kami dah survey awal sebelum ni, dekat tingkat atas lot kedai. Memula rasa macam kurang berkenan skit sebab kat tingkat atas kan. Rasa macam tak lemas ke anak aku duk tingkat atas tak nampak matahari ni? Hehe..over iolss tau

Tc Zarina sambut dengan senyuman. Kebetulan, masa aku datang tu budak-budak tengah free time sebab dah hujung-hujung tahun kan. So, ramai la datang sambut aku beramai-ramai. Tetiba rasa nak tukar profesion nak jadi cikgu taska. Aku memang suka budak-budak. Suka layan karenah budak-budak especially yang mulut macam joyah..hehe tu yang anak menurun mulut joyah tu..haha

Bila TC Zarina dah explain satu persatu, lama-kelamaan aku rasa macam confident level tinggi gila nak explain kat 2 mamat hero ni. Aku juga dimaklumkan bahawa Little Caliphs di sini adalah cawangan daripada HQ sendiri. Termasuk la LC di Kota Warisan dan Bandar Enstek. 3 lokasi ni merupakan cawangan daripada HQ sendiri. Selain daripada 3 tempat ini, di bangunkan oleh pengusaha yang membeli program LC ini.

Untuk pendafataran tahun 2015, yuran tahunan adalah berjumlah RM1,441.50. Yuran bulanan pula RM250 tambah dengan daycare RM130. So, total untuk yuran bulanan RM380 sebulan. 

TC Zarina sempat juga bawak aku melawat kelas-kelas 4,5 dan 6 tahun di LC. Luas yang amat, memang lapang sangat. Budak-budak pun tak da la rasa sempit or tak selesa dengan keadaan disini. Rupanya LC ni sewa dua lot and aku difahamkan akan extend lagi satu lot. So total diorang sapu semua tingkat atas lot kedai ni.

TC Zarina pun dah explain. Pendekatan pembelajaran anak yang berumur 4 tahun ni sangatlah berbeza dengan 5 dan 6 tahun. Anak umur 4 tahun memang belajar sambil bermain. Ada lego and macam-macam permainan dalam kelas 4 tahun. Hailaahhh makk yang eksaited. Cantik pulak tu decor!

LC ni juga ada penarafan bintang. Aku sempat jeling tengok LC ni dapat 4 bintang dari 5 bintang! Not bad kan! Harap-harap Hadif suka dengan environment baru, kawan baru dan teacher baru.

Bila balik rumah, aku dah ready nak tunjuk gambar-gambar yang sempat aku snap dengan izin TC Zarina jugak. Memang tujuan nya aku nak kongsi dengan Hadif dan Daddy. Macam biasa la bila tunjuk kat daddy buang karen macam takdak perasaaan,..bila Hadif yang tengok....Ümmi, esok abang dah boleh pegi skool ni tak?hahaha Alhamdulillah!! Misi ummi tercapai nak amik hati abang!

Abang ni punya eksaited nak skolah baru. Bukan sebab skolah lama tak best, tapi dia boring sebab tak buat pape. Biasanya hari-hari lepas amik dia dari skool, dia akan report apa yang di buat. Ada satu hari tu dia balik nyanyi lagu Hindustan okay, siap berjoget hafal semua step. Urut dada ummi tau! Lepas esok tu, dia report pulak dia tengok cerita hantu. Hantu Kak Limah dengan Hantu Dalam Botol Kicap...tak tau nak sedih ke nak gelak ke nak marah..bila aku dah suruh dia bagitau teacher, dia pun bagitau la..Lusa tu terus teacher pasang citer Tanah Kubur..hahaha..parokk

So, inilah salah satu faktor kenapa aku nak hantar hadif ke sekolah baru. Bukan sebab nak suruh dia belajar sangat pun. Atleast ada pengisian especially in term of islamic education. Sedih kita, kat rumah dah train dia mengaji, solat semua..tapi sayang bila sampai kat taska bagi tengok citer Hantu Botol Kicap..hehe

Setakat ni je la perkongsian mengenai Little Caliphs ni. Saspen jugak nak tengok dia masuk sini next year. And ini adalah buat julung-julung kalinya abang dah tak ikut kami travel hari-hari ke Putrajaya. Memang dari dia baby lagi kan kami bawak dia sama-sama pepagi lagi dah ke Putrajaya. Tapi kali ni kami decide, biarlah dia skolah dekat area rumah. Dia pun dah besar, insyallah masalah kesihatan pun dah jarang-jarang sangat bila dah makin besar ni.







Korang ada ke anak product from Little Caliphs? Kalau tak keberatan, boleh la share ya! Harap-harap pilihan Little Caliphs ini adalah terbaik untuk Hadif!

19 yang mengekspresikan diri:

FarahFerraDotCom said...

farah pun baru jer daftar anak ke LC jugak...=D

Irfa said...

pun daftar anak kat LC utk next year (5tahun) lepas kawan2 citer bagus. anak dia dah pandai solat dhuha dan baca surah lazim dan doa pendek. pendaftaran kat taman saya rm1300 dan bulanan rm150 (stgh hari)

MOMMYLIN said...

lin plan nak hntr LC ni.. sbb kat sungai besi ada. not bad gak yuran dia ye..

Mommy's Diary of Life said...

salam. saya pun hntr HD kt LC area rumah. bulanan 390. hii. ada 2 bln kna byr siap2 fees iaitu feb & nov. total tmasuk day care sy byr hr tu 2155. hohoh. tp HD dah 5 tahun 2015 nih.. ;)

No Surprises said...

saja nak kongsi pengalaman. dulu hanya ada satu little caliph kat nilai. lokasi di tingkat atas rumah kedai. berminat nak mskkan anak kat situ. Kemudian terbaca satu arahan menyatakan bhw syarat menjalankan operasi pusat jagaan, tadika dan sbgnya perlu dibuat dirumah teres dan corner lot. terus tak jadi letak anak kat situ. Dan pelik juga sebab masa tu melambak pusat jagaan, tadika dibuat di shop lot.
Try juga cari balik arahan tu untuk di kongsi dlm ni tp tak jumpa. Mungkin juga arahan tu dah ditarik balik. Mungkin bleh tny kwn2 yang lebih tahu pasal perkara ni.

sarah said...

saya pun hantar anak ke LC. baru hantar bulan ni utk nak kenal kawan2 dulu. bulan 1 tahun depan br start belajar. sekarang ni pergi nak main2 ja..kwn saya 2 org hantar anak ke LC. so far, Ok.

Ainul Mustafa said...

ainul hantar arreessa kt LC sejak 2tahun. 2-3thn daycare. 4th preschool. Alhamdulillah puas hati. boleh la baca al-fatihah, 4qul, surah2 basic. doa2 basic. doa dhuha pun tahu.membaca , mengira pun dh boleh

ni konsert diaorg baru2 ni

http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/12/konsert-little-caliph-platinum-seksyen.html

ANAK MAMA SAYANG said...

Nora pun hantar ank sulung sofia kat sana. Alhamdulillah 2 bulan sek dah boleh membaca. Setahun ni dah hafal 12 surah juzuk amma. Dah byk doa dia ingat. Bacaan2 dlm solat mmg semua dia ingat kecuali doa qunut masih tergagap lagi. Sgt2 bagus la lc. Silibus dia pun ok. Thn depan nora hantar sofia n adik dia sekali umur 4 thn.

Kemn Azmaili said...

@♥ Mrs. Secretary ♥

yeke..sama la kita kan.. =)

Anonymous said...

Salam.. slps setahun artike ini ditulis, mengena dgn situas saya yg dh daftar pun anak kt LC.. thanks utk infonya.just nak tanya, LC exam oriented tak? Diorg byk homework tak?..

Anonymous said...

Salam.. slps setahun artike ini ditulis, mengena dgn situas saya yg dh daftar pun anak kt LC.. thanks utk infonya.just nak tanya, LC exam oriented tak? Diorg byk homework tak?..

Farha IbuCergas said...

@thickbook

xde homework sgt pon ku lihat anakku. heheehhe

Farha IbuCergas said...

memang seronok tengok anak-anak hafal surah banyak. anak saya umur 5 kire dah 13 surah juz amma dihafal. alhamdulillah sangat-sangat.

Unknown said...

based on my experience, anak sulong masa tahun 2013 4yrs di LC Bandar Mahkota Cheras tersangatlah bagus . Alhamdulillah...principal and teachers well communicated dgn parents . Anak saya boleh membaca since 5yrs dengan lancarnya. pelbagai surah dan ayat2 di dalam solat. Kini dia berada di tahun satu (2016) kelas no 1 drpd 6 kelas di sekolah. Apa yang saya lihat saingan anak2 zaman sekarang yang terlalu in advance. Jadi saya rasa pilihan saya adalah tepat sebelum ini melabur pembiayaan anak ke LC.

Dan anak yang kedua pula di LC 4YRS BANDAR MAHKOTA CHERAS.

Semoga dipermudahkan

Jazakallahu khair

Unknown said...

sis, tumpang tnya ye..blh x nak tau mcm mana nak tau LC ni under HQ atau under sendiri..sbb sy ada bukak website littlecaliphs..branch dia banyak sgt..tp nama dia bukan tadika little caliphs..more on tadika khalifah xxxxx...confuse plak..

Unknown said...

Terjumpa post nie..sekarang tgh survey2 taska untuk anak..boleh share tak progress anak dekat LC?

sy bercadang nak hantar anak kat LC jugak..

Nk online site said...

tengah survey taska utk ank terjumpa post ni..

Unknown said...

Salam,

Untuk mencari Tadika berhampiran anda , Boleh layari pautan laman web www.jomdaftartadika.com ataupun pautan yang berikut

1. Little Caliphs Sungai Ara
55, Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 420 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: sa@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-sungai-ara/

2. Little Caliphs Bayan Baru
32, Lorong Mayang Pasir 2, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 417 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: bb@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-bayan-baru/

3. Little Caliphs Balik Pulau
1, Solok Simpang Jaya, Balik Pulau, 11900 Pulau Pinang
Negeri: Pulau Pinang
No. Telefon: 016 781 9485 | 016 349 9485
Alamat E-mel: bp@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-balik-pulau/

4. Little Caliphs Ukay Perdana
19, Ground Floor, Jalan UP 1/2 , Ukay Perdana, 68000 Ampang Selangor
No. Telefon: 016 925 9485 | 010 234 9485
Alamat E-mel: up@jomdaftartadika.com
Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-ukay-perdana/


Harap membantu :)

Nur qaisara said...

Salam sis, yuran bulanan brapa kat bmc lc?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...