Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 31, 2017

KISAH ABAH DAN UMMI

Rasanya macam belum pernah sharing pasal family dalam blog. Dah la nak mengarang terkial-kial, kejap kang tulis pepanjang..bila baca rasa nak muntah pulak..ayat punya berbelit sampai kadang aku sendiri tak faham apa yang aku nak sampai kan. bahahaa..

Jadik bagi la peluang untuk aku polish balik skill merapu dalam blog sendu ku ini dengan menceritakan dengan panjang lebarnya pasal abah dan ummi. #siscuba

Ok ayuhlah kita mulakan penceritaan ini dengan kisah Abah.

Abah aku diberi nama Mohamed Azmaili bin Ismail. Nama tu "wow" sangat komersial bunyinya. Abah anak sulung dari 10 orang adik beradik. Bila dah anak sulung tu mak apak mesti lah nak bagi nama sedap kan, nak  eksaited lagi  main gabung-gabung nama. Tokki aku nama Ismail, tok (nenek) pulak nama Azizah. Jadik bila Azizah digabungkan dengan Ismail, maka terhasil lah nama Azmaili tu. Amik nama tok tang depan, nama tokki tang belakang. Ha gicuuu.. ko mampu tak, orang dedolu pun mai n cantum-cantum nama uols!

Aku dulu masa sekolah, selalu la kena bahan dengan budak-budak laki pasai nama abah aku ni. Annoying sangat sampai adalah banyak kali jugak bebudak yang duk ejek nama bapak aku tu aku "mendapat"kan dia. Sampai rasa nak suruh abah aku tuko nama lah, punyalah rasa sakit hati bila orang ejek nama bapak kita. 

Tapi bila aku dah makin besor, aku cuba lah pandang masalah nama abah aku pada sisi positif. Apa lah yang aku nak kecoh sangat. Orang nak ejek, ejek je lah..apa yang penting UNIK. Aku sampai pernah la buat research dalam internet, ada tak orang lain nama sama macam abah. Sekali tu,,choyyy..ada sorang ni ok..sejibon nama abah aku. Bila siasat dengan abah, rupanya tu anak kawan sekolah dia. Memang kawan dia cakap la masa dia dapat anak tu dia nak letak nama sebiji nama abah aku. Dulu memang kecoh gak la, masa kitorang dapat kad kawin, tibe je Mohamed Azmaili ni nak kawin lagi ni apa kes? Hahaha..rupanya anak kawan abah aku..terus rasa tak eksklusif. haha

Abah aku ni asal dari Pekan, Pahang. Abah membesar bukan dengan tokki dan tok. Disebabkan adik beradik abah ramai (10 orang), jadinya tok kepada abah iaitu moyang kami (panggil Tok Ayah) yang jaga abah dari kecik sampai la abah kawin dengan ummi. Tokki pun orang susah, hidup cari rezeki dengan menoreh getah nak besarkan anak-anak memang tak cukup. Jadinya, abah bila cuti sekolah akan balik rumah tokki di Kg. New Zealand, Maran untuk bantu menoreh getah jugak.

Abah dulu sekolah pun Tok Ayah yang uruskan. Masa kecik, abah memang budak yang rajin, suka tolong orang, suka hiburkan orang, suka bersukan, pandai menyanyi jugak. Aku masih ingat dulu abah citer masa dia sekolah, ada kawan sekelas dia ni anak orang berada. Tapi sebab abah selalu ajar dia dalam kelas, dia selalu bagi abah pinjam buku teks. Abah tak mampu nak beli buku teks, jadi bila kawan dah bagi pinjam tu tersangat la happy. Abah bawak balik buku kawan tu, then abah salin balik. Omg! Salin balikkk? Yela, abah kata kalo tak salin, nanti macam mana nak buat ulangkaji. #emosisejenisummi 

Lepas balik dari sekolah, abah sambung pulak keja jaga lembu. Sambil jaga lembu, sambil tu abah baca buku. Bila aku balik kampung aku kat Pekan (Kg. Marhum & Kg. Permatang Arang), selalu tok sedara #throwback kisah abah. Aku memang suka dengar. Sebab aku rasa walaupun abah jauh dengan mak ayah, abah tetap boleh survive dan happykan orang sekeliling dia.

After habis Form 6, abah dulu dapat tawaran masuk Univeristi, seingat aku kos arkitek. Sebab abah memang orang seni, pandai sangat melukis. Tapi sebab tokki takda duit nak bayar pendaftaran, abah terpaksa lupakan hasrat nak ke menara gading. Duit kerja sampingan pun dihantar ke kampung untuk adik-adik nak sekolah. Daripada situ, abah mula cari kerja yang lebih menjamin masa depan. Tak silap aku abah dapat kerja di ASPA. Dari situlah abah bertemu dengan seorang gadis jelitawan nan rupawan berdarah campuran Arab. Sharifah Khatijah nama diberi. kekeke

Ummi cakap di ofis Abah orangnya merendah diri. Sedar berpijak bumi. Tak banyak berbual dengan orang lain, hanya fokus tekun bekerja. Ummi pun "orang sukan". Sama pula minat dengan abah sukakan sukan juga. So, memang ngam kalau berkawan berdua. Ummi masa muda mudi "hot stuff" ramai benor yang kenan nak buat gepren. Tapi sebab jatuh hati dengan Azmaili, ummi sanggup lautan api ku renangi umpamanya. Hahaha

Kisah percintaan Abah dan Ummi ni memang boleh buat drama. Kisah yang pada aku banyak boleh dijadikan teladan dan pengajaran buat kita anak-anak yang muda mudi ni. Dia macam sikit lagi nak sama dengan kisah Antara Dua Darjat. bahaha..ini serius , tak kelako sangat sebenarnya..aku memang respect Ummi dan Abah telah berjaya memecahkan tradisi dan "adat" lama yang terlalu memadang kepada keturunan.

Ummi memang purely keturunan Syed & Sharifah. Tak banyak sangat aku tahu pasal keluarga kami sebelah ummi ni sebab aku tak suka orang rasa aku obses dengan keturunan ni. Yang aku tahu, asal keluarga daripada tanah arab Yaman. Kalau korang perasan la Syed dan Sharifah ni nama belakang dia mesti ada "Al-xxxx". Itu maksudnya nama keluarga. Kalau kami pulak dari keluarga Al-Khairid. Kiranya kalau korang ada prasan orang lain yang letak Al-Khairid tu datang daripada salasilah keluarga yang sama lah.

Masa abah nak kawin dengan ummi dulu memang mendapat tentangan hebat daripada keluarga Al-Khairid. Haihh nak cerita rasa sedih pulak napa boleh sampai macam tu sekali orang dulu-dulu memandang kepada darjat. Yela..abah kan anak penoreh getah, bukan sesape pun. Apatah lagi bukan Pak Syed. Lagi la tak dipandang. Cerita pasal kisah ummi abah ni tak silap aku masa aku Form 6 baru diorang citer tau. Aku menangis masa ummi abah cerita tu. Sanggup diorang buat macam tu. Aku rasa tak perlu kot nak citer detail taknak mengaibkan mana-mana pihak. Tapi cukuplah aku kata, memang restu dan redha Allah itu lagi hebat. Alhamdulillah kami kekal bahagia hingga la ke hari ini.

Banyak sebenarnya cerita yang sangat ter emosi aku dengar. Sampai masa nak nikah pun dihalang. Ada satu frame gambar diorang bersanding kat rumah Tok Ayah kat Pekan disimpan di dalam bilik. Aku selalu la pelik, bila aku cakap suh gantung kat luar, abah selalu cakap..tak boleh...rahsia kerajaan ni..amende yang rahsia pun aku tak tau..

Bila diorang dah cerita pasal kisah cinta terhalang tu, baru la aku faham. Rupanya abah cakap, masa gambar diorang sanding tu, diorang belum nikah pun lagi. Tapi sebab dah panggil jemput orang kampung makan kenduri, pelamin dah buat..kengkonon je la tu macam dah kawin pada halnya belum dinikah kan pun lagi. Aura keturunan Syed Sharifah ni memang kuat sangat dulu. Sume orang tak berani. Dah la tok kadi tak nak nikahkan, nak guna wali Hakim pun tak boleh. Berapa kali turun naik mahkamah merayu nak mintak nikahkan, finally alhamdulilah dipermudahkan. Nikah jugak abah dengan kekasih awal dan akhirnya..mihmihmih..

Bila ummi selamat lahirkan Along, abah ajak bawak balik Along ke kampung ummi. Alhamdulillah, betul orang kata anak ni pembawa rezeki. Selepas lahirnya Along, keluarga ummi dah boleh menerima hakikat bahawa jodoh ummi adalah bersama abah. Bila dah ada anak ni, isu pulak pasal nama anak..leceh beteiii kan.. Kalau ikut adatnya, Sharifah kalau berkahwin dengan bukan Syed..anak yang dilahirkan hendaklah di letakkan nama Megat atau Puteri. Kalau Syed ni memang takda masalah la, dia kawin dengan bukan Sharifah pun nama anak akan ada Syed dan Sharifah tu.

Kau ghase abah aku nak ikut ke segala mala susur galur merapik ni? Udahla cinta terhalang, tibe pulak nak kena mengikut adat yang belum tentu sohih dan ada tercatat kat memana. Memang takkk lah. Nah elok je nama along Khairunnisa, bermaksud "sebaik-baik wanita". Elok je kannn. hehhe

Cerita ni memang dah berpuluh tahun lepas berlalu. Tapi kesannya sampai sekarang kami terasa. Tiap kali, tiap tahun nak balik kampung ummi..kami dapat rasa abah kurang selesa tinggal lelama kat sana. Kadang aku kesian tengok ummi, nak jugak spent time lelama dengan adik bradiknya, tapi disebabkan abah nak balik awal, ummi memang ikutkan aje. Plus, sekarang abah kan memang kena buat dialisis. Paling lama boleh duduk kampung pun dalam 3 hari je.

Setiap apa yang berlaku mesti ada seribu satu hikmah disebaliknya. Aku sangat-sangat percaya pada hikmah Allah. Kesusahan hidup abah lah yang menjadikan kami anak-anak ni kuat. Kesusahan hidup abah mengajar kami untuk hidup berdikari. Abah banyak mengajar kami menjadi manusia. Abah selalu berpesan, buat sesuatu jangan suka berkira, jangan buat sesuatu sebab nak dapatkan ganjaran atau balasan. Buat kerja sehabis baik, sebab bila kita buat sesuatu dengan bersungguh...ganjarannya adalah kepuasan diri dan apa yang dihitung adalah pahala. Bekalan untuk kita di "sana".

Ummi pula aku sangat-sangat respect dan salute dengan tahap kesabarannya disaat pelbagai ujian yang dilalui sepanjang kehidupannya. Ummi seorang isteri yang sangat taat, sangat penyabar, jarang sekali aku dengan ummi marah-marah. Tak macam aku,silap skit terus nak merabok marah hahahha

Ummi melalui saat perjuangannya melawan kanser payudara dengan sangat tenang. Struggle sangat nak pulih, tapi sikit pun tak pernah menyusahkan suami dan anak-anak. Dia bangkit dengan kekuatan yang memang sudah ada sekian lama dalam diri dia. Elok selepas pulih daripada kanser, diuji pula dengan suami yang menghidapi sakit buah pinggang. Akhirnya dia terpaksa mengalah untuk berhenti kerja, satunya kerana tidak boleh stres, dan yang paling penting adalah untuk menjaga abah. Sampai sekarang, ummi sentiasa setia menemani abah semasa abah menjalankan rawatan dialisis (cuci buah pinggang).

Apapun, aku tetap bersyukur. Keluarga aku mungkin tidak sempurna macam keluarga orang lain, cerita aku mungkin tidak seindah orang lain, tetapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang Allah pinjam kan ummi dan abah. Tiada yang luar biasa pun hidup aku. Kadang tak sebulu dengan adik bradik, kejap kang baik balik. Hubungan silaturahim dengan sedara mara pun sentiasa baik. Dulu selalu macam tak puas hati nape la abah suka hangkut kami 6 beradik pegi kenduri. kami dah besar pun dia paksa jugak ikut. Bila aku dah kawin ni baru la aku faham. Itu semua "silaturahim". Memanjangkan silaturahim juga adalah salah satu bentuk kita menjemput rezeki.

Ok..cukuplah sinopsis Kisah Abah & Ummi sampai sini ye. Panjang-panjang nanti muak pulak nak membaca. Banyak mesej yang aku nak share dalam cerita ni. Yang baik jadikanlah teladan, yang buruk jadikan sempadan. "Nikmat apa lagi yang ku dustakan?"

Tata..jumpa lagi!





Friday, January 27, 2017

MY NEW HEADER

Blog bertukar wajah! 

Kali ni tiba-tiba rasa nak ubah skit konsep nya. Dah lama sangat kan guna templat nan biru. So, this time rasa nak berimej lebih simple dan sederhana sealiran dengan perkembangan umur yang semakin "menginjak" usia..Bahahaha

Selama bertahun-tahun aku berblog, rasa ni la yang paling simple, kalau tengok yang dulu..hadoiii terlalu sangatlah put an effort nye punnn. Cukup lah simple-simple gini. Sedap, ceroh mata membacanya. Biarlah nampak plain pun, yang penting content, dan nak loading pun laju sebab dah banyak kurang kan aksesori tambahan. hahaha

Font tu, aku donlod je. Selari jugak la dengan zaman sisthur hipstur sekarang ni, so aku rasa nak guna font cenggini. Sebab nampak macam serabut tapi berseni..Gicuu..hahha eh ikut suka lah nak font guane gaye pung!

Semoga korang tak boring dengan konsep baru iols ni ye! Apa kata survey? #mintakkenakecamplease

Eh, aku masih #PencintaBiru tau! hehe

Thursday, January 26, 2017

"BROSAUCE"

Amboiamboiamboi..amboiamboi..amboi..amboiamboiamboiamboi.. #denganNadaLaguAltimet

Amboi amboi ko kan punyala berazam nak rajin hapdet blog kan..2 minggu teruih hilang dalam liputan maya..hahahhaa

Mintak maap lah sayang-sayangku (#nadaDatoVida)

Bersemangat ku nak mulakan tahun baru ni, anak yang kedua tu pulak kena HFMD. Dah tak masal kan dapat cuti free 5 hari. Yahuu!

Okla, hari ni nak share dengan korang semua pasal "Brosauce".

BROSAUCE ni sebenarnya bisnes Food Truck yang diusahakan oleh adik ku, Kmy, dan dibantu oleh tunangnya, Syifa. Alhamdulillah sangat-sangat, setiap kali aku datang pegi BROSAUCE ni, mesti full house!

Selain daripada menulis lirik lagu rap, Kmy ni memang dari dulu lagi suka memasak. Alhamdulillah rezeki dia, abah dan ummi decide untuk beri dia modal mulakan bisnes Food Truck ni. Sekarang bisnes Food Truck memang tengah "in" kan. So, apa salahnya kalau kita cuba meriahkan bisnes food truck ni kan?

BROSAUCE ni menyediakan menu ala western food. Antaranya ialah:

1. SPAGETHI
CHEESY BOLOGNESE
MUSHROOM CARBONARA

2. GRILL
CHICKEN WING
DRUMMET
PRAWN
KEPAH

*Untuk Chicken Wing & drummet ni, korang boleh pilih pelbagai sauce :
-Blackpepper
-Double Blackpepper
-Triple Blackpepper
-Cheesy Carbonara
-Aroma Thai

3. NASI LEMAK TOK UMMI
Nasi Lemak Biasa
Nasi Lemak Sotong

*Nasi lemak ni pun memang terbaik. Specialnya pada kuah nya resepi turun temurun daripada ibu kami. Memang sedap, sebab dari kecik lagi bila orang makan nasi lemak ummi, memang akan bertambah tambah sebab kuah nasi lemak tu memang sedap!

Buat masa ni, BROSAUCE beroperasi di satu (1) lokasi sahaja iaitu di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Lot parking berdekatan dengan POLIKLINIK ANNUR BTHO. Senang je, korang waze mesti akan sampai ke sini.

Jom lah datang reramai tau!

Korang kalau rasa nak terliur tengok menu-menu yang disediakan, cepat-cepat follow instagram @brosaucemy!

Follow tau, diorang akan sentiasa update kat sana!






Wednesday, January 25, 2017

Diari Penyusuan : Cara Nak Tambah "SUPPLY" Susu Badan

Assalamualaikum mommies, ❤
22 cara untuk meningkatkan supply susu badan. Mudah dan pantas, jom follow
🙋🏻🙋🏻

1. Susukan anak sekerap mungkin. Jika mommies kerja, tingkatkan sesi pam susu. Ingat demand supply concept. Lagi kerap baby disusukan, atau lagi kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan.

2. Susukan baby dari kedua-dua payudara. Elakkan dari membiarkan baby menyusu hanya dari sebelah payudara sahaja. Teruskan menyusu baby bergilir-gilir sehingga payudara kosong, atau baby sendiri berhenti menyusu.

3. Pastikan baby menyusu sehingga puas, & sehingga payudara kosong. Begitu juga bila pam, pastikan payudara dikosongkan sebaiknya.

4. Susukan sahaja setiap kali baby minta. Give on demand ye mommies🙈

5. Biarkan baby cluster feed. Cluster feed ialah keadaan dimana baby menyusu sekejap2 tapi kerap. Layankan aje....👍🏻

6. Breast compresion. Sambil susukan baby, atau sambil pam susu, urut payudara. Bagus juga kalau belajar teknik-teknik mengurut payudara untuk memastikan payudara kita dikosongkan sepenuhnya. Google ye mommies.

7. Kerapkan menyusu / pam pada waktu malam dan awal pagi. Ini salah satu cara untuk boost supply susu kita.

8. Pam selepas menyusukan baby direct-feed. Ini untuk pastikan payudara betul-betul kosong. Boleh juga pam sebelum menyusukan, & biarkan baby yang kosongkan payudara. Lebih efficient.

9. Pastikan baby latch dengan betul. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi.

10. Power pumping. Selang seli pam (10 minit) - rehat (10 minit) - pam (10 minit) -  rehat (10 minit) selama satu jam. Buat secara konsisten setiap hari, masa yang sama selama seminggu-dua. Insya Allah mommies akan dapat tengok kesannya. Kalau boleh buat di awal pagi.👍🏻

11. Pam semasa menyusu. Boleh praktis di rumah, semasa baby sedang menyusu, sambil-sambil pam payudara sebelah lagi. Bila habis tukar side & biarkan baby kosongkan payudara yang dipam tadi.

12. Skin-to-skin contact dengan baby. Bestnya boleh snuggle dengan si comel.

13. Susukan baby dalam keadaan berbaring. Mommy lebih relaks, baby boleh menyusu lebih lama. Tapi jangan tertidur pula ya😁

14. Elakkan dari tidur meniarap. Tidur meniarap mungkin boleh menggangu supply susu ibu.😉

15. Elakkan dari puting tiruan & puting pacifiers. Baby yang masih muda mungkin boleh mengalami nipple confusion.

16. Elakkan dari makan pil perancang jika boleh. Pil perancang boleh mengganggu supply susu ibu.

17. Jangan merokok, limitkan caffein.

18. Minum air yang banyak, terutamanya sebelum mula menyusu / pam.

19. Relaks masa menyusu / pam. Tenangkan fikiran & bayangkan wajah si comel anda.

20. Pastikan mommies makan makanan berkhasiat. Tak perlu diet lagi ye. Menyusu ni pun boleh kurus juga 😊

21. Jika perlu, makan makanan penggalak susu ataupun supplement.

22. Fikir positif. Sentiasa yakin, susu kita, sikit ataupun banyak, cukup & berkhasiat untuk baby kita. Setiap susu ibu adalah berbeza & mengikut keperluan setiap baby.
Selalu ingat tips ni mommies ya, 😍
😘

Tuesday, January 10, 2017

Dekorasi Minimalis Rumah Kediaman Ku

Saja nak throwback je. So far memang ada perancangan nak upgrade deko-deko dan interior dalam rumah tapi bergantung juga dengan kuasa kerajinan dan sampai sekarang masih berstatus kejung. Baru perasan aku tak pernah ada pun entri dekorasi untuk semua sudut di rumahku nan biru. Makanya hari ni kita kongsi la satu entri khas buat tatapan umum.

Rumahku simple je, masih kekal dengan konsep minimalis. Less is more and be practical. Takda sangat hiasan ornamen kecil yang aku masih kategorikan ia sebagai perangkap habuk. Aku kurang pasti sama ada aku ni ada tempias sikit sindrom OCD ke idok, tapi bila tengok habuk bergelimpangan dari jauh pun aku dah keluh kesah tak semena menaaa..hahha

Teringin nak letak hiasan tau..teringin amat..tapi nanti la, bagi aku peluang untuk make over interior rumah ni. Nak renovate? ahh..tengah2 gawat ni kirim salam aje lah memang tak kuasa aku nak renovate bagai. Cukup la rumah sederhana suam-suam ni. Inipun dah tak larat nak ngemas terpaksa lah ahli tetap rumah ni ada SKT/KPI masing-masing. Hehehe

Marilah layan gambar yang tak berapa nak banyak pixel ni. Terpaksa lah dikecilkan saiznya sebab bila dibesarkan nampak macam orang rabun terlupa pakai spek sambil mata berkerut...

Living Hall
Open Kitchen. Sebelah depan ada lagi tapi tak snap hehe


Dining Hall


Family Hall

Reading Corner

Foyer Area

Master Bedroom
Kids Room
Kids room / Play Area
Guest Room (tingkat atas) merangkap ajet2 Wardrobe Room kekek
Guest Room (tingkat bawah) merangkap bilik Solat

Monday, January 9, 2017

Contoh Aturcara dan Checklist Majlis Pertunangan

Hari ni nak kongsi dengan korang semua contoh aturcara pentadbiran dan juga checklist yang dibuat semasa Majlis Pertunangan adik saya, Bella. Untuk makluman, majlis pertunangan ni diadakan di rumah, so memang simple je takda berprotokol bagai. Buat majlis ikut kemampuan dan sederhana yang penting mendapat keredhaan dan diberkati Allah.

So, kot lah kan korang tengah mencari idea atau ilham. Google2 ternampak pulak entri ni.

Semoga bermanfaat!


Aturcara Majlis Pertunangan

xx Mac 2015 (Sabtu)


BIL
MASA
PERKARA
TINDAKAN
CATATAN
MAJLIS SOLAT HAJAT, TAHLIL & DOA SELAMAT
1.
6.00 pagi
- Sedia untuk masak
- Sedia persiapan di rumah
- Menu untuk sarapan dan minum pagi ______________
Masak sendiri
- Pastikan bahan siap sedia pada malam sebelumnya.
- Pinggan, gelas, bekas makanan, keropok
2.
8.00 pagi
Follow up kehadiran anak-anak tahfiz (10 org)
Abah
No. tel yang boleh dihubungi ________
3.
10.00 pagi
Majlis Tahlil dan Doa Selamat Bermula
 Abang
Perlu ada PA System ke? atau mic?
4.
12.00 tengahari
Majlis Tahlil dijangka selesai
Double chek dengan katering
MAJLIS PERTUNANGAN
5.
11.00 pagi
Nabila sedia untuk bersolek (make up)
Kema
Pastikan Nabila sarapan dan ambil wudhuk sebelum disolek
6.
1.30 petang
Rombongan pihak lelaki dijangka tiba
7.
1.45 petang
Solat Zohor dan terus menjamu selera
8.
2.00 petang
- Majlis Pertunangan bermula
Jurucakap perempuan: Abah
Jurucakap lelaki:
_________
9.
4.00 petang
- Majlis dijangka selesai
-
- Sesi Bergambar
- Goodie Bag












Checklist Majlis Pertunangan

28 Mac 2015


BIL
PERKARA
TINDAKAN
BAJET (RM)
STATUS
1.
(Main course ________ ) (200 pax)
Pokjid
1,500.00
2.
Lauk  (Masak kurma’)
Tetamu khas (rombongan Lelaki - udang, ketam, sotong tumis
Pokjid
Utk lauk tetamu khas masak sendiri
3.
Kuih Muih ( ____ pcs)
4.
Air Sirap
Buat Sendiri
Bekas letak air?
5.
Teh O Panas
Buat Sendiri
Bekas letak air?
6.
Sewa Gelas/Pinggan/bekas air (200 pax)
7.
Mineral Water (2 kotak)
8.
Mini Pelamin by ___________
9.
Baju Tunang & Tudung
1,200.00
10.
Veil
11.
Photographer by ____________
12.
Tema Baju Family (      Purple       )
Angah
Angah dan setel beli jubah. Kema kena cari tudung
13.
Bunga tangan
14.
Pahar 7
15.
Make up
kema
16.
Hantaran 7 Dulang (kpd pihak Lelaki):
- Cincin
-
-
-
-
-
-
Tempah or sewa?
Tema warna hantaran
17.
Hantaran 5 Dulang (kpd pihak perempuan)
- Cincin
-
-
-
-
Tempah or sewa?
Tema warna hantaran
18.
Goodie Bag (150)
Sponsored by Kema
Tunggu draf paper bag by creativeby two
19.
Congo Bar (150)
Sponsored by Ummi
Kema order dengan sugarbytes
20.
Jumlah pihak lelaki yang akan datang
21.
Wakil Jurucakap pihak perempuan
Abah
22.
Wakil Jurucakap pihak lelaki
23.
Sewa Meja + Kerusi (10 meja + 80 kerusi)
Ummi & Angah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...