Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 28, 2012

Hadif Cakap-cakap


- dedi > daddy
- no no (sambil geleng) > taknak
- ber ber > bird
- kei kei > cat
- bo bol > ball
- ak > up/bangun
- cit > sit
- tato > jatuh
- abida > habis dah
- babak > babap (pukul)
- na nak > nak
- mamam > makan
- bar > sabar
- air > air
- bang > abang
- baba > babai



Lama tak citer pasal anakanda ni..nanti kite story mory ye..banyakkkkkkk nak citer pasal budak bertuah ni...

Wednesday, June 20, 2012

Misi Diet Bermula...

Assalam semua,

Saya dan husband sedang dalam proses mendietkan diri. Terasa diri macam dah berat sangat, husband pulak pipi makin kembang semangkuk. Ye, memang ada akan cakap "eh dah kurus, nak diet nape?". Tidak, saya diet bukan sebab nak kurus tapi nak turunkan berat badan. 

Dulu zaman muda remaja, memang kurus kelengking sampai ada orang panggi papan lapis, tengkorak hidup, tiang letrik, paling tak leh terima bangkai bernyawa! Memang stresssssss!!! Selalu nanges sebab kena ejek macam tu sampai sanggup pegi jumpa doktor nak beli ubat gemukkan badan. Sedih! Tapi, walaupun saya dulunya kurus melidi, berat badan saya tak macam orang kurus pungg. Maybe sebab atlit kohnonnye, makanya makanan tak sompek menjadi lomak dan terus bertukar menjadi otot yang berat. hehe

Sampai lah masuk universiti, semua orang kata "kemn, kurusnyerrrr...". Grrrrrrrrrr!!! Memang rasa nak pangggg je muka sesekor. Tau tak betapa stressnyer bila orang kata macam tu? hehehe..

Selepas kejadian yang menyayat hati itu berlaku, taraaaaaa...badan semakin mempunyai isi dan paling ketara dibahagian pipi. Oh, tersangat ohsem rasanye bila muka yang cengkung manajam dah ada isi sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul sangat pepatah tu, itulah padah bila tak bersyukur dengan kejadian yang Tuhan anugerahkan. 

So, lepas bersalin c-zer memang terasa sangat berat nak membawak badan. Masa pregnant badan naik sampai 71kg, dan hanya sukses turun sebanyak 11kg hokeh. Tensi mak tau..Sebab memang rasa berat lagi nak membawakkan badan ni..nak-nak kalo naik tangga sambil dukung anak. Pernah la aku jatuh tangga tertonggeng tapi yang magiknya boleh pulak aku maintain pegang hadif..malaikat tolong gamaknye..hehe..

So, sekarang berat 60kg ok! Bila aku mengenang kembali zaman remaja dan muda mudi yang tak bersyukur tu, mesti aku insappp sangat. Kenapa susah sangat nak turun berat la ni. Dah pulak ada la certain-certain part yang payah nau nak turunnya (tak perlu tau ok). Target aku nak turun 10 kg dalam masa 2 bulan, boleh gitu? Pingsann..

Masalah yang sama berlaku dengan my husband. Lepas kawin, berat dia naik mendadak. Paling-paling ketara tang pipi yang dah macam pakai botox tu. hihihi..Dulu before ada anak, memang la aku rajin masak. So, ada la reason nape badan dia naik. Tapi sekarang, aku sangat jarang masak sebab kitorang memang jarang sangat ada kat rumah. Baik weekend or weekday juge. Senantiasa sibuk dengan urusan luar. Dia pun bukan jenis spesies kuat makan sangat. Tapi berat dia dah naik sampai 80kg hokeh! Pingsan lagikk...

So, kitorang sepakat nak amik suplemen untuk misi diet kitorang ni. Kitorang jadikan pasangan ni benchmark kitorang untuk jadi ideal macam diorang ni. Pasangan yang aku maksudkan ni adalah pakcik aku sendiri. Hehehe..so jeles dengan Ami Husain & Enda Sulina ni. Anak-anak depa dah besar panjang, 5 orang pulak tu, tapi diorang tetap maintain nampak sangat ideal gitewww..Oh, jeles sungguh!


Ella with Ami Husin & Enda Sulina.

Okay, ini dia 5 orang anak my uncle. Kalau anak dia dah semua besar macam ni, cer teka lah berapa umur Ami & Enda? Jeles ok!

Suplemen yang saya maksudkan adalah Acai Berry. Terbukti ramai yang berjaya kuruskan badan hanya dengan sebotol sahaja. My kazen sendiri (dalam gambar dengan Ami & Enda) turun 5kg dalam masa sebulan! Sila percaya sebab saya pun rasa sangat magik tengok dia boleh slim secepat itu.

Dah 3 hari makan Acai Berry ni, seyes memang sedang merasa seperti apa yang orang lain rasa. Rasa sangat dahaga macam duk padang pasir. Asik minum air je tau. Memang makan ni kena minum banyak sangat air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Makan boleh je macam biasa, tapi entah kenapa saya memang takda selera makan sangat lepas makan ni. Tapi yang saya rasa best nye, sebab sentiasa bertenaga tau. Biasa bangun pagi rasa malas nak bangun. Rasa macam penat je badan. Tapi lepas makan je Acai Berry ni, saya sangat perasan yang saya sangat senang nak bangun pagi!

Ayuh, mari kita sama-sama tunggu hasil sebulan selepas saya makan Acai Berry ni. Atleast turunlah ke 55kg!

Macam tak percaya tapi kena percaya botol air penuh 1 liter ni saya boleh habiskan dari pagi ke tengahari.

Kamus X-presi: 
Ami >> Pakcik
Enda>>Makcik

Tuesday, June 19, 2012

Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Kenyataan itu berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Ali.
Dr Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.
"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA
Sumber: Berita Harian


Tips Make up ke Pejabat

Assalam,

Memandangkan ramai yang bertanya tentang ENTRI SEMALAM, hari ni nak share tips dengan korang mengenai cara mekap ke pejabat.  Apa yang korang perlu ada untuk make up ke pejabat? Simple tak nampak tebal berinci-inci dek kerana foundation. Ini cara saya mekap tau, maybe ada orang lain ada cara yang lain. Sharing is caring kan! Jom cekidaut!!

Ini barang yang anda perlukan

Selain apply BB pakai brush, uols boleh je dap pakai tangan
1
After apply toner dan moisturizer, make sure kedua-duanya meresap kering ye. Then sapukan BB CREAM. I pakai BB Cream Bio Essence. Memang jatuh chenta dengan BB Cream ni sebab sangatlah ohsem! Suka sangat sebab i ni spesies yang cepat berpeluh. BB Cream ni boleh buat magik tau, seyes eventhough badan ko dah sweaty habis, muka n mekap ko tetap maintain je..Sebab tu memang suke sangat pakai! Lagipun cepat meresap dalam kulit, and boleh ikut warna kulit tau! Magik lagi disitu...hehe


Compact Powder - Elianto
2
Apply COMPACT/LOOSE POWDER. Kalau nak pakai dua-dua, sila apply loose powder dulu k. Instead of using span, uols boleh juga apply dengan berus khas untuk compact/loose powder untuk elakkan nampak korang pakai bedak berkilo-kilo..hehe


Eyeshadow - Elizabeth Ardern (hadiah kawen) & Inglot
3
Then, apply EYESHADOW. I suka pakai earth color, so kalau buat soket tu memang nampak light2 jer. Takdala dramatik sangat nak ke ofis je pun kan.


Eyeliner - Elianto
4
Then apply EYELINER. I suka pakai penuh untuk mata atas and separuh je untuk bawah. Kat atas tu berus untuk eyeliner dan juga boleh guna untuk lukis eyebrow. Pastikan berus yang korang guna tu betul, bentuk dia tak sama panjang (menyenget). Berus ni tujuan untuk blend kan eyeliner kita tu supaya tak nampak sangat garisan yang kita buat. Sangat sesuai untuk apply selepas buat garisan bawah mata.

Eyebrow liner - Elianto
5
Pastu EYEBROW LINER. Yang ni taknak pakai pun takpe, but please make sure korang pakai brush kalau dah pakai untuk kelihatan lebih natural. Tips: jangan lukis kening anda nipis dari depan ke belakang sebab bila kening terlalu halus, kita akan nampak lebih berumur. Lukis kening mula dari tengah dan bawa ke hujung kening, then brush kan sampai ke depan, make sure sama dengan hujung mata.

Mascara - Elianto
6
Then, baru apply MASCARA. Kepit dulu guna pengepit then baru apply mascara. Saya sangat jarang pakai mascara sebab rasa macam susah nak cuci untuk solat.

Blusher - Elianto (compact) & Inglot (cream)
7
Lepas tu pakai BLUSHER.. Pakai warna merah bata/peach/bronze untuk nampak lebih natural. Okay bagi yang muka bulat, korang apply blusher starting from anak rambut dekat tepi telinga dengan cara melintang ke tulang pipi, so akan nampak efek muka korang runcing skit, Kalau muke korang kurus sangat, nak nampak efek berisi sikit, korang pakai blusher starting from atas skit dari anak rambut dekat telinga tu then bawak ke bawah pipi. So akan nampak muka yang kurus tu berisi skit,. ;)

Ada 2 jenis blusher yg korang boleh pakai, satu jenis compact and satu lagi cream. If nak maintain lame blusher kat pipi tu korang boleh pakai yg cream. plus lagi nampak natural. Tapi kalau korang nak combine dua-dua pun lagi cunzz..


Lipstick - Bobbi brown
8
Lastly baru pakai LIPSTICK. I biasa pakai lipstick beige color. takpun bare pink. Nampak natural je. Memang dari dulu suka pakai BobbiBrown sebab suka ngat dengan kaler dia dan sangat sesuai dengan saye. Lipstick normally i akan pakai yg mahal skit untuk jaga lips supaya tak kering dan sentiasa lembap.




Ok siap! 









ps/: untuk make up ke ofis, mostly barang make up tu saya pakai brand Elianto je. Sebab nak ke ofis je pun. Yang lain-lain tu I pakai untuk special ocassion or untuk make up orang lain. As usual, Kemn kan penjimattt..hehe


Practice make perfect okay. Kalau pakai daily, 10 minit dah boleh siap!

Selamat Mencuba!!

Monday, June 18, 2012

Personal Make up Class | Office/Day Event

Now, update skit pasal make up. Last week, saya buat personal make up class and guess what customer ni my ofismate sendiri. Dia request nak suruh ajar macam mana nak pakai eyeshadow, and nak buat soket eyes. And dia mintak i ajarkan step by step starting from apply toner, moisturizer dan seterusnya.

BEFORE
AFTER
wink!
My fren ni request untuk ajar dia make up for day event jugak. So ada ajar skit, buat shading. Tapi kalau nak ke pejabat, taknak pun takpe. Btw, tahniah untuk dia sebab kira fast learner jugak. She did it by herself using her own makeup (Estee Lauder).

Call/sms me if u have any enquiries 012-2243815.

Update Status Checklist Pindah Rumah

Assalam,

Alhamdulillah, sikit je lagi nak siap our Home Sweet Home!! Perasaan teruja sangat nak duduk rumah sendiri hasil titik peluh sendiri (tapi titik peluh husband lagi manyak..hehe). Takpela, asalkan rumah itu adalah rumah kita bukan rumah sewa lagikk..Untuk perkembangan setakat ni, minggu ni kitchen cabinet akan dipasang table top. Now hanya tinggal nak cuci rumah kemudian pasang langsir and last but not least pasang landskap! 

Untuk cuci rumah tu i panggil  cleaner untuk cuci rumah. Bayar RM400 untuk dia cuci satu rumah bersekali dengan scrub lantai. Korang boleh layari website diorang untuk keterangan lanjut ye (http://comingcleanservices.webs.com/). Nanti bila dah tau hasil kerja depa ni, i up entri ni untuk share ngan korang..

For railing and curtains pulak, i amik dengan Jakel Shah Alam. Inipun I boleh rekomen dengan uols, sebab harga curtain korang boleh nego giler-giler. Kalau depa letak harga diskaun kat kedai tu, nanti dia bagi lagi diskaun tau. Bila dah total semua sekali, pun dia bagi diskaun jugak. Diorang hanya kira upah jahit langsir je, untuk installations FREE hokeh! Best tak? hehe.. Kami bajet untuk langsir, railing and installation tu lebih kurang RM5k. Tapi berbekalkan bakat ummi saya yang sangatlah pandai tawar menawar ni, ummi siap terus pegi jumpa manager mintak kurang sampai RM4k! Terer tak ummi..hihi..jimatttt banyakkk sangattt..hehe..Korang nanti kalau nak gi Jakel Shah Alam nak beli langsir, saya rekomen lagi jumpa adik manis dan baik hati nama Nadea, she's veri kind and patience. Muka rileks habis duk layan customer cerewet macam aku ni duk asik nak tukar kain langsir je..Thanks Nadea, cayang awak! Langsir akan pasang after rumah dah bersih dari sebarang cela. weehuuu..!

Landskap pulak  I amik dengan tokey kebun rumput carpet kat Mantin. Okay ini pun murah juge (kemn kan memang spesies penjimat..hehe). Dia kira sekali dengan pokok bunga hiasan dan rumput karpet penuh sampai belakang rumah lebih kurang RM2k only. Waaahhh manyak suke ini uncle manyak semangat kilije punye olang tau. After kitorang bagi deposit ke dia, terus dia dogolkan semua rumput dan lalang yang ada. Bersih sangattt..Memang kualiti rumput dia tak boleh disangkal, siap buat demo campak rumput tu, maintain je rumput tu ahkak nengok..kagum seminit..hihi

Okay, dulu dah pernah buat CHECKLIST PINDAH RUMAH ni, kali ni saya copy balik nak update takut ada lagi yang terlepas pandang. Cekidaut!

EXTERIOR

  1. Grill
  2. Lampu + Wiring (lampu sisi pagar, lampu carporch, lampu balkoni, lampu keliling rumah)
  3. Auto gate
  4. Plug
  5. Kipas
  6. Getah Paip
  7. House number plaque
  8. Landskap - rumput carpet, yard lamp, fountain

INTERIOR

a) Living Hall
  • Lampu + Wiring (Downlight)
  • Plaster ceiling
  • Wallpaper
  • Kipas
  • Air cond
  • Plug
  • Sofa set
  • TV Cabinet
  • Carpet
  • Langsir (day and night)
  • Railing langsir
  • Frame
  • Cermin besar
  • Coffee table

b) Dining Hall
  • Lampu + Wiring
  • Plaster ceiling
  • Kipas
  • Aircond
  • Dining table
  • Plug
  • Carpet
  • Langsir (day and night)
  • Frame
  • Cermin besar

c) Kitchen
  • Kitchen cabinet
  • Fridge
  • Microwave
  • Stove
  • Hob & hood
  • Water Heater
  • Water Filter
  • Dishes Rack
  • Lampu + Wiring
  • Plug
  • Wall Fan
  • Bakul Sampah

d) Bedroom x 4
  • Katil
  • Meja solek
  • Wardrobe
  • Carpet
  • Towel hanger
  • Bakul sampah
  • Wallpaper
  • Langsir (day + night)
  • Railing langsir
  • Air cond
  • Kipas
  • Lampu + wiring
  • Plug

e) Toilet x 5
  • Lampu + Wiring
  • Toileteries rack
  • mirror
  • Tower hanger
  • Slipper toilet

e) Laundry
  • Washing machine
  • Laundry basket
  • Bathmat

f) Services
  • ASTRO
  • TNB
  • JBA

g) Lain-lain
  • Lampu + wiring for stairway
  • Lampu + wiring for bilik stor

Houses Lightings, Puchong

Helo readers!

Memandangkan ramai yang tanya kat mana i beli semua lampu-lampu yang murah dan cantik, hari ni nak up satu lagi entri pasal kedai ni. Actualli i dah pernah storymory kat uols pasal ni KAT SINI, tapi seems kejadian hiba yang melanda teratak X-presi baru-baru ni (baca kat sini dan sini), makanya i buatla entri baru ni untuk mengubat jiwa duka nan lara..hihikhik..

Okay, macam yang saya cerita dalam entri sebelum ni, kedai lampu HOUSES LIGHTINGS ni terletak di bandar Puchong, lokasi nya mudah je nak cari..kedai ni betul-betul tepi jalan. Lepas je tol Putrajaya akan ada nampak petrol station (BHP), and before flyover tu uols belok ke kiri. Memang akan nampak terpampang signboard kedai tu kaler kuning.



Seyes memang murah mmg highly recommended! Sebab nya banyak sangat pilihan dari semurah-murah lampu hinggalah semahal lampu. Tapi range harga tak lari jauh jugak..Tapi i tak sure la takut i tak prasan ada depa jual lampu harga riban-riban kot. Pilih je nak lampu berkonsepkan apa, terpulang semua pada bajet and citarasa masing (rasa ayat sama repeat dalam entri lepas =P)

Mari kita cekidaut gambar yang sempat i snap,

RM49 je

RM89 je

RM79

RM119 je

RM59 je
RM280 je
Kalau ikutkan kos keseluruhan beli lampu ni memang murah je untuk satu rumah. Tapi yang i boleh terover terbajet tu kos beli kipas. Total kipas (8 unit) lebih kurang dalam 2.5k. Reason nya sebab beli brand KDK untuk semua bilik except for living room n carporch i beli brand ALPHA. Sebab brand ni ada banyak yang lelawa skit kan. Memang rasa menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya sebab dalam buku checklist, kitorang lupa masukkan bajet for lampu n kipas ni. Korang jangan jadi macam ahkak ye! Tulis siap-siap dalam buku tu bajet lampu dan kipas ye.. ^___^

 

Beginilah keadaan di kaunter pembayaran HL ni. Memang berpusu-pusu orang keluar masuk tak berenti nak nak kalo time weekend. Me memang dah serik pegi time weekend tambah pulak bawak hero kecik tu memang tak jadi keja. Fyi, kedai ni memang kecik kecik dan padat. Padat dengan lampu dan juga padat dengan manusia juge. So, i rekomen uols pegi la time weekdays hokay..!!

Selamat bershopping!!!

Wednesday, June 13, 2012

Home Progress: Kitchen Cabinet & TV Cabinet

Selamat tengahari semua!

Hari ni nak share pasal rumah pulak. Alhamdulillah 90% rasanya dah siap. Hari Isnin dan Selasa kelmarin, orang datang pasang Kitchen & TV Cabinet. Setakat ni memang puas hati dengan hasil kerja tema Everskill Design ni. Paling menyeronokkan bila apa yang kita idamkan jadi kenyataan..hihi..Untuk kitchen cabinet ni, hari tu kan i dah citer kat ENTRI NI pasal 3D Sketch yang diorang buat untuk my kithcen ni. Seronok rasanya bila apa yang kita design, tersergam indah di depan mata!! (sory ayat hiperbola takleh cover kemain eksaited ^___^)

Sile abaikan lampu candeliar..itu olang silap pasang itu jurai-jurai..

wayar tersembul keluar tu untuk standby letak aircond

Untuk TV Cabinet pun memang puas hati jugak sebab memang i request nak design yang simple je. Taknak yang pelik-pelik sangat sebab rasa macam tak sesuai dengan saiz dan binaan dalaman rumah. Less is more omputih cakap kan! Tapi memang betul la..Sebab design yang simple-simple ni biasanya harga nya akan lebih murah berbanding design yang sungguh vogue de vast! Jimat disitu...hehe..

Ok..comel ke space dia kann..hukhuk..sebelah tu untuk letak peti..

standby jugak utk rack dishes


Ok..table top belum pasang..ni ruang untuk sinki n hujung tu untuk masak memasak..
Ok side belakang bar counter yang sunggoh comel..ini budak sibuk nak masuk dalam nyorok dalam tu..ish

So, lepas siap sepenuhnya kitchen cabinet ni (tinggal pasang table top), rasanya dah takda benda-benda major yang tertinggal. Landskap kami plan nak start buat bila dah confirm nak pindah nanti. Kalo tak sape nak tolong siram pokok? hehe

Kitorang plan nak pindah before puasa kalo sempat, dan kalo tak sempat kitorang pindah after raya. Insyallah akan buat house warming bersekali dengan celebrate birthday anakanda! Jimat lagi disitu...hehe..

Seronok rasanya bila rumah nak dekat-dekat siap ni. Terus lupa segala masalah yang melanda sebelum ni. Tak payah kata la..sepanjang menguruskan hal-hal rumah ni macam-macam masalah. Tapi pengalaman inilah yang sebenarnya melengkapi hubungan rumah tangga kami. ;)

Faktor kewangan yang paling penting dan perlu diberi perhatian dalam menguruskan hal ehwal rumah ni. Selebihnya kita dan pasangan perlu saling bertolak ansur dan komited nak-nak bila melibatkan duit ni. Kena banyak sangat berkorban! Saya kerja makan gaji..samalah dengan husband..kena fikir apa yang lebih priority. Kalo ikutkan kehendak dan keinginan alamatnya rumah pun tak mampu nak beli. 

Pandangan saya seikhlasnya, kawan-kawan yang masih sedang terfikir-fikir nak beli rumah, jangan lama sangat fikir tu. Beli la rumah sekarang..rumah ni harga makin naik. Tak payah tunggu setahun, dalam masa berbulan pun rumah boleh naik ratus-ratus ribu. Dekat KL or Lembah Klang ni kita tak boleh nak pilih sangat nak rumah idaman. Kita beli je apapun jenis rumah asalkan ia adalah hakmilik kita.

Pesanan dari pemilik teratak X-presi,
Uolss kalo nak cari rumah, boleh la cari area Sepang/Dengkil dan seangkatannya. Soon, akan ada UiTM di Dengkil (sumber yang sangat dipercayai) cuma belum diwar-warkan lagi secara umum. Esok bila dia dah umum, siap sedia lah developer mark up harga rumah area tu. Sepang pulak dalam perancangan untuk dijadikan Sepang International City. Starting develop on next year tapi akan direalisasikan sepenuhnya on 2025 tak silap i. So, mari mari kita membeli rumah!!!

Tuesday, June 12, 2012

Simple make up for attending wedding event

TRIAL MAKE UP

Bella ni my lil sister. Student lagi..So, i make up natural je supaya biar nampak dia ni muda remaja lagi. ;)

I am using this products:




For any inquiries or reservation, kindly PM me at 012-2243815.

Monday, June 11, 2012

Tuesday, June 5, 2012

Hibanya hati ini... ;(

Sory dearies,,

Rasa macam takda mood je nak update blog lepas kejadian gambar dalam blog ni terus hilang. Now, i dah tau kenapa semua gambar hilang begitu saja. Disebabkan SEMAKFON yang sungguh semak ni lah punca semua gambar i hilang tau. Actually saya memang tak perasan langsung rupa-rupanya gambar dalam blog ni di auto sync kan ke dalam handphone Samsung saya. Kebetulan hari tu memang ada saya delete gambar dalam handphone ni. Tapi memang seyes tak tau langsung yang semua gambar yang saya delete tu bersekali lah dengan gambar yang ada dalam blog! Nanges!

Memang rasa teramat sedih sebab blog ni dah macam rumah kedua saya. Hias cantik-cantik  dengan hasil titik peluh sendiri (ceh macam berpeluh je), tetiba terus hilang macam tu je. Yang sedihnya, masa delete gambar dalam handphone tu, Blogger or Picasa WebAlbum memang takda bagi pape notification pun. Sepatutnya Google kena la bagi warning ke ape ke before semua gambar dalam blog kita ni dipadamkan. Sedih!

Tapi, untuk tidak menghampakan kawan-kawan dan diri sendiri juge, saya akan cuba uploadkan semula semua gambar yang ada dalam setiap entri, insyallah. Kalau ada simpan dalam external hardisk ni, adalah. Kalo takda...............................nanges lagik!

Tapi rasa nya macam takda sentimental value bila kite reupload gambar dalam entri kan. Untuk fasa pertama ni, maybe saya akan upload gambar yang boleh bagi info or tips pada korang dulu. Then for the next phase baru saya upload gambar yang related to my personal life.

Sedih sangat tapi kenalah terima semua ni. Setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya kan?

Mood nak menaip entri macam hambar je sekarang... ;(

Monday, June 4, 2012

Gambar dalam blog semua hilang!!!! Nanges!!!

Tolong!!!

Nape my blog jadik camni??????anyone can help me please!

Kenapa semua gambar tak appear dalam my blog ni? Apa dah jadi ni? Virus kah? Hackers kah? warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tolong..tolongggggg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...