Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 30, 2011

Empunya blog Younique Nurdani, thank you sebab sudi doodle kan gambar kami !!!


Sangat teruja melihat anak-anak muda kreatif zaman sekarang. Lukisan doodle ini adalah hasil tangan kreatif cik adik manis blogger kita Cik Dani. Korang boleh intai-intai hasil-hasil kreatif dia yang lain di blog beliau Younique Nurdani. Yang paling den rasa macam tidak berada di dalam kotak fikiran, lukisan-lukisan doodle beliau hanya menggunakan Excel semata-mata. Tak payah guna software2 canggih lain untuk beliau curahkan idea kreatif beliau men doodle kan gambar!! 

Terima kasih buat Dani kerana sudi men doodle kan gambar kami bertiga. Tau-tau je kan akak suka biru!! =)

So, ini gambar sebenar sebelum menjadi doodle...

doodle Hadif pun suar terselak..hehe..so cute!

Featured in Majalah Harmoni keluaran Oktober!!

Hola n Salam to all X-presi readers!

Oh agak lama tidak menghapdetkan diri dengan entri-entri baru. Banyak sangat benda nak share tapi lately ni agak busy. So this is just quick update...

Majalah Harmoni keluaran Oktober

Macam yang saya maklumkan hari tu, testimoni saya mengenai produk minuman herba Slimax White Cafe plus Habbatus Sawda telah dipilih sebagai salah satu testimoni di ruangan produk Salinaz Herbs ms 75. Thanks a lot to Kak Salina and husband sebab sudi jadikan testimoni saya sebagai sampel di ruangan produk Salinaz Herbs ini.

halaman 75



Testimoni saya mengenai produk minuman Slimax White Cafe plus Habbatus Sawda

Testimoni Farah juga sebagai pengguna minuman Slimax. Berat badan beliau telah turun 15kg dalam masa 3 bulan.

Testimoni Fina mengenai penggunaan produk kosmetik Set Pencerahan 3 in 1. Saya juga turut menggunakan produk ini dan ternyata memang mempunyai perubahan.

Bagi sesiapa diluar sana yang berminat untuk mencuba produk ini, boleh hubungi saya ye...untuk cerita lanjut mengenai produk ini, sila klik SINI

Friday, September 23, 2011

Cara Berpantang: C-section LSCS (Lower Segment Caesarean Section-LSCS)

Halu halu para-pari pembaca X-presi!

Mood hari Jumaat ni biasanya agak serunak gumbirassss sebab time kerja rasa macam sekejap dek kerana orang gomen rehat panjang bebenau tiap Jumaat ni. Makanya, memandangkan ramai kacip-kacip ku sedang hamil dan ada juga yang sedang menunggu masa untuk melahirkan, dan ada juga yang baru selesai melahirkan, entri hari ni rasa macam nak kongsi dengan uols mengenai cara berpantang bagi para-para ibu yang bersalin melalui kaedah czer atau c-sect atau operate lah orang kampung kate..perkataan je yang lain tapi maksudnya tetap sama..tetap ikut tingkap keluar anaknya..hehe

Seperti yang sedia maklum, saya memang bersalin melalui kaedah czer berikutan doktor sudahpun menjangkakan bahawa saya akan melahirkan bayi pra matang. Hadif keluar masa dia 8 bulan lebih (35 weeks), alhamdulillah berkat doa saya, suami, keluarga dan rakan-rakan..my baby keluar sihat dengan berat 3.01kg. So, dia tak sempat duk inkubator sebab berat dah melebihi 2kg. 

Sebenarnya, cara berpantang czer ni lebih kurang sama je dengan cara berpantang bersalin normal. Cuma bezanya, ibu yang bersalin czer ni tidak boleh berbengkung ketat-ketat sangat dan bertungku pun di tempat-tempat selain daripada tempat operate tu. 

Macam saya ni memang dah pernah ada pengalaman berpantang sebelum ni walaupun aku tak pernah beranak pun. Dek kerana kesilapan dan kecuaian doktor masa bedah apendics dulu, memang perut den dah ada tingkap dah, bukan melintang ye, tapi menegak (cerita lanjut kat SINI). So, untuk mengelakkan daripada luka jahitan terlalu banyak, Gynae dah maklumkan awal-awal sebelum masuk dewan bedah tu yang "tingkap " lama tu akan dibuka semula sebagai jalan untuk keluarkan my baby dari perut den yang sedia tak berapa comel tu..So, kesimpulannya, saya dibedah sekali lagi secara menegak. 

Ya, saya akui..memang bedah cara macam ni agak lambat sikit nak sembuh berbanding dibedah secara melintang. Tapi mungkin kerana, pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kesabaran, keperitan untuk kembali sembuh seperti sedia kala..saya lebih semangat untuk menghabiskan pantang kerana sebab yang paling utama nya pantang kali ini Tuhan hadiahkan saya seorang cahaya mata..(dulu den pantang kuor muntah hijo memanjangg..hihi)

Untuk mengelakkan rasa ngilu sepanjang jahitan tu, saya decide untuk pakai girdle supaya dapat ampuh perut yang dijahit tu. Pada awalnya, memang takut juga lah nak try, tapi bila dah pakai memang kurang banyak lah rasa sakit kat bahagian jahit tu.

Saya juga turut bertungku selama 3 hari berturut-turut. Tetapi macam yang saya cakap tadi, saya hanya bertungku dibahagian selain daripada tempat jahitan tu seperti di bahagian peha, tapak kaki, dan bahagian belakang badan. Untuk bertungku dibahagian belakang badan, kalau korang tak tahan sakit kat tempat bedah tu, just mengiring je..tapi saya persetankan je sakit tu, saya meniarap je..huhu

Dari segi pemakanan pula, sama je macam berpantang bersalin normal. Pagi, umi bagi minum air milo dan biskut kering Jacob. Tengahari umi sediakan nasi putih, ikan bakar dengan kunyit, sup ikan haruan dan sayur bayam dan brocoli. Menurut doktor, saya ni berdarah jenis (A+). So untuk orang jenis darah macam ni, tak digalakkan untuk mengambil makanan berbentuk tenusu seperti susu or yogurt. Juga elakkan daripada mengamalkan makan daging merah, lebihkan daging putih macam ikan dan ayam. Saya juga mengamalkan minuman pati ikan haruan..beli je kat kedai sensei, semua brand bagus asalkan ia halal. Yang paling penting, perlu lebihkan makanan berbentuk serat macam sayur-sayuran untuk memudahkan penghadaman. So, kalau time kite nak berry tu kan..tak yah susah-susah la kita nak meneran..hihi..

Semasa menyusukan bayi pula, awal-awal dulu saya mengamalkan memegang bayi dengan menggunakan kaedah "football" yang mana baby kita tu dikepitkan kepala nya dicelah ketiak, dan jangan lupa plak alas bantal ye..(eh paham ke idak aku explain ni..gasakla). So, dengan kaedah ni, boleh mengelakkan perut yang dijahit tu dibebani dengan berat baby yang boleh menyebabkan para-para ibu berasa tidak selesa kerana perlu menahan sakit ngilu jahitan perut tu.

Dalam masa seminggu, lapisan luar perut saya dah bercantum dah. Maybe sebab seminggu direct tu memang saya tak putus makan ikan haruan. Memang sekejap je perut kita bercantum. Bila batuk pun dah tak rasa ngilu dah.

Ada orang cakap nak cepat sembuh, makan gamat kan? Kalau tanya saya, saya takkan syorkan pada para-para ibu sekalian alam. Kalau ikutkan pengalaman saya sebelum ni, sebab amalkan pati or air gamat la parut saya jadi keloid. Keloid ialah parut yang timbul yang akan wujud sepanjang kesan jahitan dan keloid ini boleh aktif dan membesar. Masa apendics dulu saya amalkan makan gamat lah yang boleh jadi keloid ni. So, untuk hilangkan keloid ni saya terpaksa ambil injection silicon untuk kempiskan kembali kesan parut timbul ni. Tapi memang betul, gamat memang boleh cepat cantumkan jahitan. 

Okay, rasanya ini je la kot apa yang saya amalkan dan boleh saya kongsikan kepada korang semua. Untuk maklumat lanjut mengenai bersalin kaedah c-sect ni korang boleh baca kat bawah ni lagi.

*********************

Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)

Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi. 

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.
Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti. 

Mengapa anda memerlukan caesarean section  ? 

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

 ‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1.
kandungan kembar
2.
Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam   kedudukan melintang.
3.
plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4.
ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5.
mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya 
‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj. 

Prosedur
1.
Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2.
Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3.
Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4.
Saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5.
Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6.
Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7.
Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8.
Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9.
Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10.
Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11.
Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12.
Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13.
Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.
Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?
1.
Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2.
Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3.
Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4.
Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5.
Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6.
Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7.
Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8.
Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9.
Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10.
Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11.
Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12.
Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13.
Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14.
Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15.
Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .
Mitos
Mitos 1:
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta:
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2:
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta:
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Sumber ni saya dapat dari laman web INI.

Thursday, September 22, 2011

Rezeki Terpijak

Eee Pas Transformer by Asus
Thank you, husband..thank u sebab tak tau gune benda alah ni..makanya ia kira macam hakmilik den lah..hihi..Tab ni my husband dapat free masa outstation di Redang hari tu..semua committee dapat, kira macam surprised gift lah..baik hati sunggoh la pihak penganjur ni..macam tetau je bini encek yusri ni kepingin banget dengan benda alah tab ni..

As usual, lah..saya pun tak tau guna benda ni..kata kabur IT kan (up skit dari buta IT..hihi)..so, benda alah tab ni saya bawak pegi ofis minta la tolong my boss set up, nak cakap lebih-lebih pungg den tak tau..so, apa yang saya tau setakat ni download game, lagu, untuk si kecil ku, Hadif..

Sangat jatuh chenta dengan transformer tab ni sebab yang utama opkos lah tidak bergantung kepada touch screen semata-mata..(kalau iPhone cenggini kan best!).. 


Monday, September 19, 2011

Please get well soon my dear prince!!

Happy Monday to all!

Happy ke?huhu..hari ni memang saya ngantuk tahap cipan bukit coz semalam Hadif tidur tak lena maybe sebab tak selesa dengan hidung dia yang selsema tu and batuk dia yang untill now still tak baik-baik lagi..Tak sampai hati nak tidur bila dengar nafas dia kejap kuat, kejap sayup-sayup je kat telinga den ni. 

Actually my husband takde 3 hari ni sebab kena outstation ke Pulau Redang. So, 3 hari tiada suami disisi teramatlah payah nya nak menguruskan anak seorang diri. Nasib baik ada member ofis sudi menemani kami berdua di rumah. Atleast takdela terkejar-kejar sangat saya nak menguruskan rumah. She helps me alot! Hadif pun suka la kan ada orang kat rumah dia duk melayan dia tu. Thank u so much Aunty Sharipah! Lebiulaahh.. <3

Hadif still aktif dan lasak bergaya even though he is not so well. Itu yang membuatkan hati saya sedikit terubat. According to the doc, this is really good for him. Bila dia aktif, meaning that dia tak layan sangat sakit dia which is sangatlah membantu untuk dia cepat sembuh. Nak nak bila siang hari, memang saya pun kadang-kadang boleh terlupa dengan sakit dia tu. Bila menjelang malam, ia akan jadi kronik. So malam itulah yang perlu saya bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melayan karenah my lil ones ni.




Cepat sembuh ye sayang..Semoga Allah melindungi kamu!

Thursday, September 15, 2011

Segmen Ilmiah: Tahukah anda apa itu G.R.E.A.T?

Entri ini adalah sempena menyambut Hari Malaysia, 16 September

G.R.E.A.T merupakan akronim bagi Government Regional Electronic Advancement Transformation iaitu salah satu projek kerajaan di bawah RMK-10 yang bertujuan untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang disatukan melalui pendekatan No Wrong Door bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara terutama di lima (5) kawasan pertumbuhan ekonomi seperti berikut


Wilayah Iskandar Malaysia meliputi seluruh kawasan negeri Johor yang memberi fokus kepada sektor Kreatif, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik, Kewangan, Pemprosesan Agro, Kesihatan, Logistik, Petrokimia& Oleokimia, Pelancongan.


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meliputi 4 negeri di kawasan utara iaitu Kedah, Perak, P.Pinang dan Perlis yang memberi fokus kepada sektor Pertanian, Pembuatan, Pelancongan, Logistik, Pendidikan  & Pembangunan Modal Insan




Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER) meliputi 3 negeri di kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta satu daerah di Johor iaitu daerah Mersing yang memberi fokus kepada sektor Pelancongan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Pertanian, Pendidikan.

 
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan wilayah ekonomi yang meliputi kawasan di Sabah yang memberi fokus kepada sektor Pembuatan, Pelancongan, Logistik, dan Pertanian




Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan wilayah ekonomi yang dibangunkan di Sarawak yang memberi fokus kepada sektor industri energy-intensive, industri halal, pelancongan

p/s: banyak sebenarnya inisiatif kerajaan yang masih belum 100% dilaksanakan. Iskandar Malaysia dijadikan sebagai penanda aras bagi keempat-empat wilayah koridor lain sebagai pengukur kejayaan dalam merealisasikan impian kerajaan yang inginkan transformasi berimpak tinggi.

Tulang kaki retak akibat jatuh di Taska! Persoalannya, kenapa pihak Taska berdiam diri??

Salam to all,

Entri hari ni agak sentap skit. Mana pergi tanggungjawab korang ye setelah pihak ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak Taska untuk menjaga anak, tak kira la berapa umurnya..baby ke toddler ke..apepun setiap tingkah laku mereka sememangnya perlu dipantau. Especially babies yang baru dapat kaki, eksaited nak berjalan kan..

Tadi saya ke hospital Putrajaya untuk beli bekalan ubat yang dikirim oleh ayah mertua saya. Tengah-tengah sibuk duk sembang ngan nurse, saya terserempak dengan salah seorang PA bos di ofis lama saya dulu. Terkejut sangat bila tengok kaki baby dia berbalut, tambah lagi di klinik Ortopedik kan, of cos la ada kena mengena dengan tulang mulang bagai ni. 

Bila ditanya, kenapa dengan kaki baby dia ni, dia pun cakap la semalam lepas balik dari Taska anak dia menangis tak berenti..bila pegi hospital baru la tau yang tulang kaki anak dia retak! Sedihnya saya tengok..saya yang tengok pun sedih apatah lgi ibu sendiri kan..hiba sangat tengok keadaan baby dia tadi sebab rasa macam tak patut sangat jadi macam tu!!

Persoalannya, kenapa pihak Taska tak bagitau si parent nya anak depa jatuh ke tersadung ke hape ke??Eee...marah sangat ni! Sebab bila tengok baby dia tu, mesti saya teringatkan Hadif. Inilah salah satu sebabnya kenapa berat hati saya nak hantar anak ke Taska! Kena tunggu dia pandai berdikari..umur 2 3 tahun ke baru la boleh hantar kot..Atleast kalau sakit, dia boleh bagitau kita sakit kat mana..Tapi kalau baby?

To mama Rizq, Ida..bersabar banyak-banyak..saya pun tumpang sedih dengan apa yang terjadi..Kesian anak tak tau pape..Kuatkan semangat ye! Awak perlu kuat sebab anak awak perlukan awak disisi...

p/s: saya dapat tau, hasil pemeriksaan tadi, peha kiri baby Ida retak sebelah kiri dan perlu disimenkan selama 6 minggu..Mudah-mudahan Rizq cepat sembuh!! Insyaallah...


Wednesday, September 14, 2011

Resepi: Puding Kastard with Fruit Cocktail

PUDING KASTARD

Bahan-bahannya:

- 1 gelas tepung kastard
- 6 gelas air (campur sekali dengan air cocktail)
- 6 sudu makan gula
- 6 sudu makan susu pekat

Caranya:

- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dalam periuk dan letakkan di atas api. 
- Pastikan api perlahan dan sentiasa kacau semua bahan tadi sehingga menggelegak.
- Angkat dan tuangkan di atas bekas. Setelah sejuk, baru masukkan dalam peti ais untuk dikeraskan.
- Setelah puding keras dan pejal, potong lah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak guna sudu pun boleh, tapi biasanya saya akan potong dadu untuk dicampurkan kedalam kuah fruit cocktail.

KUAH FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahannya:

- 1 tin susu cair Ideal (kalau nak kuah banyak, tambah ikut kuantiti yang diperlukan)
- 1 tin Fruit Cocktail
- 1 tin Nata de Coco
- 1 biji telur kuning sahaja (jumlah telur perlu sama dengan jumlah tin susu yang digunakan. Kalau 3 tin susu, so 3 biji telur kuning)
- 1/2 gelas gula
- Buah ceri
- Kismis
- Kacang

Caranya:

- Kacaukan kuning telur hingga sebati dan masukkan ke dalam susu cair tadi. Masukkan gula sekali.
- Panaskan diatas api (dengan api perlahan) sehingga menggelegak.
- Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Setelah sejuk, ,masukkan semua bahan tadi (termasuk air fruit cocktail & nata de coco).
- Masukkan juga puding kastard yang telah dipotong dadu tadi.
- Gaulkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam peti untuk disejukkan.
- Siap untuk hidangan.

* Biasanya saya akan buat puding kastard dan kuahnya sehari sebelum jamuan supaya ia lebih sejuk. Untuk rasa yang lebih lazat lagi, masukkan ais ke dalam puding kastard fruit cocktail ini sebelum dihidangkan semasa jamuan.




*******SELAMAT MENCUBA =) **********

Tuesday, September 13, 2011

Bila kami bertiga di rumah???

Salam kepada semua, 

Kalau sesape yang dah jumpa my baby, Hadif.. korang tau la gelagat dia macam mana kan. Memang duduk tak diam berpusing 360 darjah. Kejap pusing kanan, kejap pusing kiri, kejap tengok atas, kejap tengok bawah. Memang kelasakkan dia dah pun terserlah sejak dulu lagi. Macam-macam lagi la pe el nye..Tu belum citer nak pakai pampers, nak tukar baju suar bagai. Adoihai..loteh den nak bagi dia duduk statik sesaat pun memang tak dapatla. Sampai satu tahap nak bagi diam tu, terpaksa lah bertakbir (macam takbir raya tu...boleh imagine tak payahnye..huhu)

Dah masuk 7 bulan umur my baby ni, memang banyak perubahan dalam perkembangannya dan yang paling ketara ialah my baby ni suka sangat bila ramai-ramai orang. Masa raya tu balik kampung, sanggup dia tahan mata duk main ngan sedara mara. Sampaikan orang lain dah penat pun, dia still aktif lagi. Bila balik kampung ke, pegi beraya umah member2 ke, dia teramat la behave. Sikit tak meragam, kalau takda orang duk main ngan dia, dia akan main sensorang. buat hal sendiri.. 

Tapi bila tinggal kami bertiga di rumah...tersangatlah berbeza lain macam. Daripada seorang yang behave, buat hal sendiri bertukar kepada seorang anak yang selalu nak dukung, kalau main dalam walker pun mesti kejap je then akan jerit sampai la pakse air mata kuar menangis. Tak taula kenapa. Naik pening umi and daddy Hadif ni. Yang paling pening ummi dia la, nak buat kerja rumah pun susah..apatah lagi nak memasak. Kalau saya bagi dia tidur pulak, dia akan sedar balik bila saya takda kat tepi dia. So, nak taknak kena juga buat kerja sambil dengar lontaran suara my baby ni. 

Bila share masalah ni dengan kawan-kawan, macam-macam pandangan yang saya dapat. 

Ada yang cakap, maybe sebab dari kecik lagi dia dah biasa ramai orang, dulu berpantang di rumah Pelindung, opkos la umah den tu riuh rendah kan..then dah start keja, duk pulak umah BS, ada 4 orang geng dia kat situ...So, dia memang rasa sunyi la kat rumah sebab takda kawan. Yeke ek? Tapi kalau kat rumah orang lain yang takda kawan pun, dia tetap behave je. takda la duk asik nak dukung ke hulu ke hiliaq. 

Hurm, yang ni plak macam seriau gak den dengau. Maybe ada "sumtin" yang tak diundang kat rumah den tu. OopSs..agak menakutkan pulak bila orang cakap camtu tapi apepun pandangan, saya tetap terima sebab kemungkinan nya perlu diambilkira juga. Tapi kalau ikutkan rumah saya dahpun "dipagar" masa awal-awal kitorang masuk dulu. Susah nak cakap, sebab kita tak nampak dengan mata kasar kita kan. Eh, ni bukan mintak nak bagi nampak ye...Masak la aku kalau betul-betul nampak apa-apa yang tak diundang tu. No..no..no..Porfaul!!

Makanya, untuk mengambilkira kedua-dua pendapat itu, saya terfikir untuk membuat sesuatu. 

Pertamanya, den rasa macam nak ubah dekorasi rumah. =) Rasanya, my baby ni nak bebas explore umah den ni. So, nak kena biar lapang skit kawasan ruang tamu tu supaya dia senang nak melawat dan buat pemantauan apa yang patut. Mungkin ini salah satu cara untuk mengelakkan dia dari cepat bosan. =) 

Keduanya, macam nak kena "pagar" semula umah den tu. this time suruh my husband buat sendiri je la. Sejak ada si kecil kat rumah ni, saya dah jarang baca Quran or surahYasin kat rumah, sibuk memanjang menguruskan anakku sorang ni. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan kan, so starting from this week, Khamis malam Jumaat wajib baca Yasin walau ko penat sekali pun Kemn. Insyaalllah! (Thanks to Kak Mai n husband sebab bagi garam tu =D )

Harap lepas 2 benda ni dah buat, ada perubahan la pada my baby bila tinggal bertiga dirumah. Inilah cabaran ibu dan ayah nak membesarkan anak.. ;)

Friday, September 9, 2011

Resepi : Ayam dan udang lemon BBQ

Salam semua,
Seperti yang dijanjikan hari semalam, saya nak kongsikan resepi untuk menyediakan perencah / ramuan ayam dan udang lemon versi adik hambe Kmy Kmo yang telah diadaptasi daripada Tuan Robert empunya rancangan License to Grill di Astro..hehe..

Selamat Mencuba ye..


AYAM LEMON BBQ ALA KMY KMO

Bahan-bahannya:

- Buah lemon
- Sos Life Bbq Smoke
- Daun ketumbar
- Sos lada hitam

Caranya:

- Gaulkan semua bahan pada ayam
- Perah lemon ikut jumlah ayam (1 ekor ayam 1 biji lemon, 2 ekor ayam 1 1/2 biji lemon) - jangan lebih takut masam sangat.
- Siap untuk diperap (perap dalam plastik ye)



**************

UDANG LEMON PANGGANG ALA ROBERT LICENSE TO GRILL 
(hehe)

Bahan-bahannya:

- Bawang putih
- Cili Besar
- Halia
- Air lemon yang diperah 1/2 biji
- Epal hijau
- Daun ketumbar

Caranya:

- Kisarkan semua bahan tadi
- Gaulkan sekata pada udang
- Masukkan hirisan daun ketumbar
- Siap untuk diperap (perap dalam plastik ye)



***********

SELAMAT MENCUBA =P

update my lil prince 7 months !!

Salam Jumaat semua,

Hari ni genap lah my baby 7 bulan sudah..Alhamdulillah dengan izin Allah, Hadif semakin hari semakin membesar dengan pelbagai keletahnya yang membuatkan saya dan suami sentiasa happy. Yang sedihnya bila melihatkan Hadif batuk tak henti-henti. Nasib baik masa beraya dia tak meragam, infact masa tu dia dah baik dari demam, batuk dan selesema macam yang saya cerita hari tu. 

My baby memang suka sangat bila orang ramai. Sanggup dia tahan mata tak nak tidur sebab happy sangat bila balik kampung, ramai sedara mara yang melayan dia. Pandai sangat sekarang ni, bila masuk je bilik untuk bawa dia tidur, dia akan meragam dan mata tu dah sibuk duk aim ke pintu..

Mungkin akibat terlalu penat travel raya (Pahang>Terengganu>Kelantan>Pahang>Putrajaya), my baby's condition getting worse balik. Lepas balik dari Kelantan tu dah nampak dia dah nak start selesema dan batuk. Mana tak nye, kejap panas, kejap hujan..dengan cuaca tak menentunya, kesihatan dia pun masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

So, balik je Putrajaya..keadaan dia makin teruk..nak jadi macam sebelum ni..batuk berdengkuh-dengkuh, selsema lagi n makin teruknya badan dia dah start panas. Masa dekat umah BS, my baby muntah 2 kali. So, bila BS dah call bagitau dia muntah, saya dah rasa tak sedap hati. Saya terus call my husband n we decided to bring him to annur specialist again. Syukur, tak payah tunggu lama-lama sebab kebetulan kitorang sampai tu, diorang baru buka after break rehat (kalau tak jenuh nak tunggu turn)

So, bila dah masuk jumpa Paed's, memang betul la. condition dia memang makin teruk..Paed's bagitau yang paru-paru dia sempit dan itu yang membuatkan dia sukar bernafas. Once again, Hadif kena ambil nebulizer lagi. Tang ini saya tak risau sangat tengok dia, sebab dah tau dah taktik dia buat konon2 nangis macam sebelum ni. 

After took a neb tu, Paed's bagitau kena tengok condition dia within 2 weeks. Harap-harap sangat Hadif cepat sembuh dan sihat macam dulu. Nasib baik la dalam keadaan dia yang tak berapa sihat tu, dia tetap ceria, aktif dan lasak. Itulah yang membuatkan hati saya terubat gembira melihat keletah dia.According to Paed's, kalau keadaan dia berlarutan sehingga dia menjangkau setahun, nak tak nak dia kena pakai inhaler..sedihnyerr..

"Takla ummi..hadif dah nak baik dah ni ummi..ummi jangan risau ye, hadif nak sihat macam dulu-dulu."  

Ya Allah, kau peliharalah kesihatan anakku ini, kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan dan jauhkanlah anakku dari sebarang penyakit.

Hello people!! Baby MU in da house yall!!! =)

Antara perkembangan Hadif dah menjangkau 7 bulan ni:
- Berat naik tak banyak sangat, 8kg sudah (naik 300g)
- Dah taknak makan bubur, nak makan nasi lembik
- Dah laju mengensot, dah laju berjalan dengan walker
- Dah kenal umi, pantang nampak umi mesti nak menjerit
- Sebab selalu dah makan ubat, so ubat tu senang je dia minum
- Dah pandai tepuk-tepuk meja, bila mandi lenjun sekali umi sebab suka sangat dia tepuk air tu
- Dah pandai shake, semua barang yang dia pegang mesti nak goncang dulu
- Suka bila orang ramai, kalau balik rumah sendiri sibuk nak suh dukung sebab takda orang
- Yang paling best, bila orang tanya "Muhammad Hadif ape?"..Dia jawab," ataaa..." (Akhtar la kot, hehe)

Thursday, September 8, 2011

BBQ di Malam Raya Pertama

Salam kepada semua,

Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, raya tahun ini adalah raya yang paling bermakna. Yelakan, dulu kalau raya asik duk main ngan anak buah je. Tahun ni, dah ada my lil ones yang the very the noty tu. tambah pula anak my sis Angah yang sangat la behave kalau nak dibandingkan dengan Hadif ni..hihi..

Nak cerita menu raya pertama kitorang di Pelindung ni, ada macam-macam..Macam biasa, malam sebelum raya memang akan sibuk duk memasak juadah untuk esoknya. Menu raya tahun ni sama dengan menu-menu tahun sebelum ni (tapi i tak pernah jemu sebab masakan air tangan umi). Ada ketupat, nasi impit, lemang, rendang ayam, rendang daging, gulai ayam, kuah kacang dan yang speselnya tahun ni den dapat rasa air tangan adik-adik yang tersayang. 

Menunya - udang dan lemon bakar, ayam lemon marinade (fulamakk..memang sedap!). Mula-mula ragu-ragu jugak dengan kepandaian adik aku ni. So, malam before raya tu kitorang dah try test resepi dia. Oh lupe nak kabo, si Abang la yang jadik Ketua Chef nye, si Adik dan Akak sebagai Pembantu Chef. So budak bertiga ni lah yang amik kontrak part BBQ ni. Dari membeli barang ramuan, basuh ayam, sampailah ke perap..depa bertiga jelah buat. Sorylah adik-adik ye, kakak-kakak sekalian dah ada anak, payah nak nolong kamu nak berkecah-kecah dengan lemak ayam nye..hehehe

Bila dah try udang lemon tu, fuhhh..memang sedap walaweii lah!! Pelik jugak la sebab perap tak lama mana pungg tapi rasa dia memang rasa lahhh (ape aku cakap ni?). So, saya tanyalah si Ketua Chef ni, mana lah dia tau resepi ni, sebab seyes memang rasa dia sedap dan ko macam payah skit nak benti makan benda alah yang dia buat ni. 

Dia cakap dia tengok rancangan kat Astro, License to Grill. Then try buat kat rumah, then jadilah.. Takpela, yang penting segala benda alah yang di grill ni memang sodap tekak aku telan.. hehe

Antara ramuan penyediaannya yang saya ingat, daun ketumbar, lemon, buah macam epal or nenas, dan lain-lain lagi yang den tak ingat..nanti kena tanya Tuan Chef Kmy Kmo dulu, then saya share dengan korang ye..

Meh layan gambar time BBQ...

Inilah rupe udang yang akan di grill tu
udang punya ramuan tak same dengan ayam
nak kena cocok ni yang den tak rajin

rajin sunggoh anak teruna pak azmaili ni..ingat sonang nak suh depa rajin cenggini?

Siap untuk test di makan
panggang jgn tak panggang

my BIL yang rajin gile malam tu

enterprem skit pak cik n sepupu ku

Hah, inilah Tuan Chef Kedaung, sian membako sambil bercangkung je..hihi

enterprem lagi sepupuku yang single

amboih lahapnye pakcik aku sorang ni.. =P

hah, budak bolat baju biru ni dari baby sampai ke beso bulat segitu lagik =)


Gambar Raya

Hye semua!!

Baru hari ini berkesempatan saya nak update blog. Sibuk sangat lepas balik dari kampung halaman, my baby pula tak berapa sihat. Nanti kite citer lain la pasal my baby ye, sebab hari ni nak share dengan korang suasana beraya di kampung halaman..Yang paling best, of course lah di rumah sendiri kan..selain dapat berkumpul bersama keluarga tercinta, dapat juga makan masakan hasil air tangan umi! =)

Warna tema raya tahun ni adalah kuning ye. Nape kuning? Sesaje lah nak sama konsep ngan umah Pelindung ni..ish, tak dela..memang warna kuning ni kitorang sekeluarga belum pernah try lagi nak sedondon. So, raya tahun ni memang meriah dan warna kuning lah penambah cerianya!!

Okay, dalam banyak-banyak gambar tu, cube lah tengok gelagat putera hamba yang tak reti duk diam tu. Satu pun takda gambar yang dia boleh duk statik sopan santun. Haishhh..anakku...anakku..


Caner nak buat frame kalo dah gitu pose nye sayangggg

susah nau nak bagi dia duk diam..

tangan pulak sibuk nak masuk mulut..

penat daddy pegang nak suh duk diam..hihi

berapa ramai orang kat depan dia tu nak suh pandang camera...ish

camat ari ayerr cayangg ummi!!

tengokla gaye anakku ini..

no komen dah

kak long's family - walid, esya n mia

my beloved abah and ummi..lebiulahhh

adik-adikku - abang, kakak, adik

along sekeluarga dan umi abah

Angah sekeluarga dan umi abah

mine!!

cucu tok abah & tok umi - cer tengok, ada 2 org yg behave, 2 orang yg meragam..hihi

3 saje - mia dah surrender, tp hadif still tak duk diam


Angah's family - babah n Akif Naufal

Kami 6 beradik - Along, Angah, Kema, Abang, Kakak, Adik =)
Our 3 heroes - anak menantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...