Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, March 29, 2016

Putera Kedua ku: Pengalaman Pertama Bersalin Normal



#EntribolehbuatTeleMOvie
#EntriPanjangBerjelaMohonJanganBosanBacaSampaiHabisPleasee

Check up 39 weeks
 
Dua hari sebelum tarikh baby ku dilahirkan (15.12.15) genaplah usia kandungan kedua ini mencecah 39 minggu. Rutin macam biasa, pegi check up ditemani oleh suami di KK Presint 18, Putrajaya. Tak terlintas pun nak amik cuti awal sebab bilangan cuti aku pun dah nyawa-nyawa ikan nak hujung-hujung tahun ni. Tapi tak apalah, ku teruskan jua perjuangan ke titisan akhir sampai rasa betul-betul sakit kepalang itu. Kalo cuti awal-awal tapi sakit pun main-main je, bosan jugak apa boleh buat kat rumah. Takkan gigih nak bercucuk tanam lagi dalam keadaaan seperti belon udara panas ni. mihmih…

Sampai di KK, aku macam dah ready mental dan fizikal yang aku akan bakal ditahan ke wad pada hari ini. Nampak gaya, ramalanku benar belaka. Doktor cakap aku dah kira sampai tempoh matang yang mana kandungan ku boleh dilahirkan bila-bila masa saja. Makanya mulalah hari ini yang panjang dari pagi ke tengahari hingga ke petang.

Setel check up di KK, aku dan husband terus mengisi perut yang lapar dan kian melurut ke bawah ni. Sesekali Braxton hicks datang menyerang. Main-main sangat adik ye. Sabo adik sabo kasik ummi kumpul tenaga sepower halilintar dulu ok. Ummi kepingin nak makan ayam kampung di Perantau Hill ni. Ke adik yang kepingin ni? hihi

Nak bersalin dah ke?

Dah kenyang siap, makanya misi diteruskan ke Dewan Bersalin, Putrajaya. Dalam hati macam tak caye, nak bersalin ke ni? Biar betul macam ni je ke sakit dia? Acah acah angat ni. Tapi takpe, jangan ingkar arahan. Bila doctor dah suruh refer ke hospital tu, makanya siap sedia nak check “jalan”. Ingat, rileks dan tarik napas membukit. Jangan nak panic sangat sebab check2 jalan ni 0.0000001% je hazabbb die. ok.

Sampai ke Dewan Bersalin, muka bajet tenang setenang air di kali. Entah kenapa dah rasa macam belum sampai masa lagi nih..Mana ada sakit contraction lagi. Jangan kata 5 minit sekali, 10 minit sekali pun bercinta nak tunggu nye punnn. Makanya tibalah giliran ku untuk check jalan. Nahhh..diseluknya tangan sampai terasa objek tangan itu umpama sampai ke jantung. Sebab rasa macam takleh nak napas. Oh lupa, rupanya aku tengah tahan napas…muahahaha

“Tak bukak lagi jalan ni puan…baru 1 atau 2cm je”, ujar doctor yang baik hati dan budiman. Ditambahnya lagi “So, macam mana puan..puan nak warded ke nak balik? Kalo nak warded ada katil ni..”

Wahh wahh..tawaran menarik..Jarang betul dia offer katil nihh..Aku macam memikir jugak amende lah nak buat kat wad tu kalo tak betul-betul sakit ni. Makanya, aku memilih untuk rehat je di rumah. Paling tidak, aku sempat lagi nak exercise naik turun tangga, ketuk ketampi, jalan itik dan tak lupa bercucuk tanam. mihmihhh..

Hari dah nak senja baru la sampai rumah. Dah siap amik si abang, abang dah teruja terlajak dah nak timang adik. Turun kereta, manja manja kejap dengan pokok bebunga ku yang kian menghijau. Sempat lagi duk pantisskan dedaun layu. Duduk bangun duduk bangun. Eh eh baru teringat…haihh aku ni nunggu masa je nak keluar baby ni. kang molek aku cangkung..bulat je baby kuar kang..kuang kuang..kuanggg

Contraction dah tiba

Time nak tidur, en shuben ada tugasan adhoc iaitu melumurkan minyak dari pinggang sampai ke kaki. Setel tugasan pelumuran minyak, terus ku cuba melelapkan mata walau hati tak keruan memikirkan bila nak bersalin ni…zassss Braxton Hicks menyerang lagi..kali ini lain macam dia punya kekerapan dan tahap frekuensi yang turun naik menjunam. kekeke..Adakah ini yang dinamakan kontraksi? errrr tak boleh tido ok baii.

Tidur-tidur ayam gamoknye. Usai nak bangun solat subuh, diri ini memaksa untuk bangun dan haiya alas solah. Mengagahkan diri untuk solat seperti biasa walau terasa diri ini tidak berdaya lagi. Cewahh..

Lepas solat, rasa menyucuk nyucuk pulak nak terkucil. Bergegas ke bilik air harus lah kan. Sekali ku tengok ada sesuatu cecair kecoklatan. Apakah ini? Air ketuban kah? Atau bleeding kah? Haih pening dan rungsing dah mula menguasai diri.

Dah turun tanda

Sepanjang pembacaan aku tentang proses bersalin normal ni, aku hanya tahu tanda-tanda bersalin ada dua je. Pecah ketuban atau bleeding. Bab cecair coklat ni memang belum tahu lagi. Siasat punya siasat. Tanya ofismate, finally aku dah tahu. Yang brown discharge ni jugak merupakan salah satu tanda awal nak bersalin. Ok anak-anak? Tolong ingat ok..kekeke

Sekali lagi ku bergegas ke Hospital Putrajaya. Suami dah mula panic umpama dialah yang nak bersalin. Panik ni betul-betul panic. Sampai dia nak pakai baju apa pun dia tanya aku. Aku macam..homaiiiii..please la u..bawak bertenang jangan panic sangat boleh. U pakai ajelah baju apa asal jangan tak pakai baju sudah.

Sambil membebel, diselangi dengan kontraksi setiap 30 minit. Allahurabbi..ini ke rasa kontraksi? Terima kasih Allah sebab makbulkan doa aku nak rasa sangat macam keadaan kontraksi. Momen indah walau rasa nak berlipat langit. *__*

Setibanya di Dewan Bersalin, iye..jodohku kuat dengan doctor yang sama yang baik dan budiman tempoh hari. Rasanya episod hari ini lagi panjang dari episode semalam. Sebab dah keluar “tanda”. Kontraksi berlipat langit pun dah kian menular. Apa lagi prosedur nya. Check jalan lagiiiii…

Kali ini aku rileks. tahan tak berapa tahan napas sangat. Nampaknya jalan yang lurus masih belum betul-betul dibuka lagi. Masih 2cm.. Arghh..hampa lagi.. ok la doctor, kalau macam tu saya balik rehat kat rumah dan terus berkebun lagi ye? Doktor terus cakap, “Puan..kali ni puan tak boleh balik..even puan tak berapa sakit lagi (haaa..tak berapa ko kata?), puan terpaksa warded tau. Sebab dah turun tanda leaking”. Cecair coklat tu la maksudnya. 

Aku pun macam..okayy yippiee..hari yang ditunggu-tunggu…

Katil dah penuh?

“Puan, tapi kan hari ni katil penuh puan…ada 4 orang ibu yang jalan dah bukak 4 cm tengah tunggu Q nak masuk ward ni..Kami ada 2 pilihan untuk puan, sama ada Hospital Kajang atau HKL..Hospital Serdang pun tak boleh terima sebab tengah renovate..puan bincang dengan husband dulu..nanti bagitahu kami ok..”

apakahhhh….katil penuhhhhh..ok baiklah..sesambil tunggu husband tengah parking keta tu, aku nengok la para mommies yang tengah duk menahan sakit kontraksi. Tengok mommy Chinese sorang ni muka dia merah macam udang kena bakor. Kejap kang bertimpuh atas lantai menahan sakit. Ada yang menahan tu sambil bongkok kan badan ke dinding. Ada yang berzikir..ada yang mengerang..haihhhh ya Allah…memikirkan nasib aku macam mana pulak jap lagi ni.

Hospital Kajang yang vintaj

Setelah mendapat kata sepakat dan muafakat dengan en shuben, makanya aku memilih untuk ke Hospital Kajang. Mana mungkin nak ke HKL, dengan jemm prengg dan jauh berjenat dari rumah aku di Sepang tu. Aku pasrah dan redha aje lah anak yang bakal aku lahirkan ini akan ber IC kan Selangor. Tak kisah dah segala amende nye…objektif aku sekarang adalah aku nak selamat bersalin ATAS KATIL. Please be nice to me Hospital Kajang. Bagi I katil please..

Setibanya aku di Hospital Kajang, agak kezutan budaya juga nengok keadaan hospital ala 80-an ni. Memang jauh panggang beza nya dengan Hospital Putrajaya. Aku difahamkan hospital ni lama gila dah lebih daripada 100 abad (1889). Saban tahun ada sedikit perubahan tapi tak begitu ketara lah. Itu sebab hospital ni setingkat je, farmasi pun masih berjenis open space berpanas tiak la ko menunggu ubatnya. 

Hospital ni part facilities tu memang aku boleh bagi 3 bintang per 10. Sume benda tahap vintage dan hipster, old skool pun ada. hahaha. Tapi bab servis dan kepakaran tu aku leh bagi 8 bintang per 10 kot. Memang terbaik, jauh terbaiknya dari Hospital Putrajaya tu..ops!

Tapi semua tu aku dah macam tak amik peduli. Objektif aku paling utamanya adalah nak katil. Aku memang dah cakap kat husband, aku dah tak kisah dah. Dapat duk katil tepi jalan pun dah ok sebab sakit ni dah macam buat kebal mata. Gasaklah duk atas kerusi bangku kayu reput pun, asal aku ada katil. hihi

Alhamdulillah..syukurr. After dah check condition aku and baby, akhirnya dapat jugak aku terbaring atas katil di hospital ni. Lebih bersyukur lagi, kebetulan Timbalan Pengarah hospital ni batchmate husband aku. Beliau lah fairy godmother yang banyak sangat tolong kami sepanjang aku di hospital ni. Thank you Wendy, u are so kind hearted!

Bilik Single? A big no!

Wendy siap offer nak duk bilik single ke. Nahh..mentah mentah aku tolak. hahha..sebab aku seriau dengan kesuraman bangunan ni di kala malam menjelma. Macam sesuatu sikit….mihmihmih. Jadinya, aku pilih duk bilik berdua. Atleast ada la teman memalam nak sembang sambil menahan contraction. 

Start petang, makin lama tahap kesakitan tu memang keterlaluan sangat. Duk katas katil dah macam berjoget joget setempat. Roomate asik tanya je, awak ok ke..aku cakap ok lagi boleh tahan..Nak tekan bell panggil nurse, bell pun rosak. Hahaha..memang dugaan. 

Masuk waktu maghrib, aku solat macam biasa lagi. Memang aku gagahkan diri solat dalam menahan contraction. Sebab aku terbaca solat ni pun sebenarnya mudahkan proses kita nak bersalin. Aku duk buat-buat sibuk catatkan brapa kali aku contraction. Konfem selang 5 minit aku contraction. Dari petang bawak ke malam. 

Pukul 10 malam aku gigih jalan ke kaunter nurse. Nurse kata dia nak check jalan. Power nurse sini macam doctor ok. Terer kemain dia check jalan. Tapi dia kata baru bukak 2 cm je. Dahhhh gasak aku balik ke katil sambil jalan herot herot menahan sakit. haha

Ke Labor Room dah

Sedar tak sedar jam dah 4 pagi, sekali lagi aku berjalan sambil menahan sakit. Tak putus berzikir dan menyebut nama Allah. Itu je yang aku boleh buat sambil menahan sakit. Bila nurse dah check jalan, terus zass dia kata dah bukak 4cm. So dah boleh ke labor room ni. Aku pun bersiap siaga ambil kelengkapan yang patut untuk ke LR. Ingat nak kena jalan kaki, rupanya naik wheel chair. Mak baru nak bajet bajet gagah jalan ke LR tau. haha

Perjalanan ke LR dengan wheel chair agak menarik, aku melalui beberapa pintu vintage untuk tiba ke LR. memang rasa sangat 80-an itu. Serba serbi kayu. Takpe, kan dah cakap memang tak kisah. So aku enjoy je la melihat panorama indah ini. mihmihh

Sampai je kat satu tempat ni, aku rasa ye la labor room kot. Nurse suruh aku masuk dalam bilik kecik yang berkotak ni dan baring. Betul2 dalam bilik ni ada 2 objek je iaitu aku dan katil. Pastu mata aku terpandang satu lagi objek depan aku iaitu langsir. Ya robbi, apasal uzuriah sangat langsir ni, rungsing pulak mata memandang langsir depan aku ni. 

Menahan sakit bukan kepalang ni. Haih la suami. Tak sempat ke sampai temankan isteri nihh..Jadinya pemegang katil je la yang mampu aku pegang dan ramas kuat-kuat. Tapi pelik lagi ni betul ke aku duk dalam LR ni. Mana alat-alat kelengkapan nak bersalin ni. Eh rungsing lagikk

Rasa nak bery!
 
Keseorangan aku dalam bilik kotak ni, sorang pun nurse takda datang jenguk. Kali ni rasa macam tak tahan sangat. Jadinya aku terpaksa jerit dengan lontaran vibrato. “Nurse..!! Tak tahan dah ni, rasa nak menerannnn!”

Nurse pun jawab dari luar je ok, “Puan..sabar sabar puan..baru bukak 4 cm tu..nanti puan teran..kepala baby lekat tuuuuu”

*kau nak suruh aku bersabar macam mana kalo dah rasa nak terkeluar sesuatu objek kat bawah niiiii

Bila aku dah buat havoc sikit, baru ada sorang sister datang. Dia kata nak check jalan dulu betul ke idok baby nak pop ut nii. Sekali zassssss dah 8 cm ok! Makanya kelam kelibut la sister dan nurse2 nya keluar masuk bilik kotak tu nak sediakan apa yang patut. Memasing berlaga bontot berjalan ketam nak masuk bilik kotak ni.

Sister yang sambut baby aku ni Indian. Pada aku dia memang power dan hebat. Sebab dia bagi arahan pada aku terang, jelas dan nyata. Dia ajar aku push dengan betul. Yang pasti dia suruh aku meneran tu macam meneran sakit perut nak bery. 

Memula aku macam terpengaruh dengan adegan dalam drama. Kan dalam drama mesti time nak push tu nak kena tiup tiup kan. Haha cam tu la aku buat. Pastu kena ceramah skit dengan sister tu. Dia kata salah tu puan. Puan pandang je dada dan teran sekuat hati masa contraction. Nak suruh aku pandang tu boleh la, tapi nak suruh aku tengok tu kirim salam la. Aku rabun tahap dewa dewi mana nak nampak. Muka sister pun aku nampak kilas kilas je. Tapi papepun aku memang ikut je cakap dia.

My baby dah keluar!

ALHAMDULILLAH…teran kali kedua baby meluncur keluar laju je. Serius masa aku meneran tu aku tak rasa sakit langsung. Masa baby keluar tu aku dengar suara dia nangis. Lepas tu nurse lap2 skit terus dia letak atas dada aku. Dia bukak mata pandang aku. Pastu senyum. Nurse siap cakap, eh dia senyum kat mama lahh..syukur syukur Alhamdulillah. 

Terima kasih Allah makbulkan doaku! Dapat juga merasa bersalin normal. The best part aku rasa tak percaya lagi aku tak rasa sakit masa bersalin tu. Siap tanya nurse aku ni induce ke? Pakai epidural ke? Sebab satunya rasa sakit tu macam sekejap. Dari 4cm ke 8cm tu tak lama. Aku duk imagine kena menahan sampai 13 jam sebab terpengaruh dengan cerita roommate sebelah katil. hihihi. Satu lagi sebab aku tak rasa sakit pun. Itu yang ingat pakai epidural. Rupanya memang semuanya secara semulajadi. Terima kasih Allah perkenankan doa aku selama 9 bulan aku hamilkan baby ni.

Nanti aku share beberapa amalan yang aku buat sepanjang aku mengandung. Ramai yang tanya macam mana aku boleh bersalin normal, sebab 1st baby tu kan bersalin czer. Nanti aku share kalo ada kelapangan ye.

 MUHAMMAD HABIL AKHYAR nama diberi. Nak lahir tarikh cantik 15/12/15.




2 yang mengekspresikan diri:

shark said...

tahniah :)

Lina Affendi said...

Saya due ptt 10.12 tapi baby kuar awal 24.11. http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/2015/12/169-pengalaman-bersalin-anak-ketiga.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...