Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, July 29, 2015

Tips Temuduga HLP

Dah lama nak share pasal HLP ni..Apakah HLP? Adakah ia sejenis suplemen kolagen? Atau sejenis ubat kurus? Atau mungkin juga ia sejenis agensi skandal politik? tetttt...kahkah..

Kalau yang membaca ni orang gomen, makanya korang dah sedia maklum apa itu HLP. Tapi takpe lah aku bagi sedikit pencerahan ye.

HLP ni adalah sejenis Program. Nama penuh is Program Hadiah Latihan Persekutuan. Tawaran program melanjutkan pengajian untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) ke pengajian pasca Ijazah di peringkat Sarjana (master) dan Kedoktoran (phd).

Tawaran program ni terbuka kepada semua yang berkelayakan dan memenuhi syarat. Tapi belum tentu semua boleh dapat HLP ni. Ramai sangat yang memohon so, banyak la kaedah nak filter termasuklah penyediaan kertas cadangan (proposal) dan juga sesi temuduga. Boleh baca FAQ HLP kat sini.

Pehh..aku cerita macam aku pernah je apply HLP. Padahal nan hado pung! haha..So, tujuan aku share ni sebab nak berkongsi dengan korang supaya aku dan korang boleh bersedia menghadapi sesi temuduga HLP ni dengan lebih bersedia.

Entah ler aku bila nengok orang berlumba nak kejar HLP ni, aku macam takda perasaan sangat. Kenangkan nak kena jadik student balik tu macam lagi mencabar nak-nak bila dah beranak pinak ni kan. Tapi tu la, kena fikir juga for succesion planning. Sekarang ni katanya silent policy untuk nak naik pangkat memang akan tengok either ko ni ada master or phd.

Kenapa jugak aku share pasal tips ni adalah sebab awal tahun hari tu (Mac tak silap) aku ada pi Kursus Penyediaan Kertas HLP anjuran JPA. Pertama kali katanya kursus ni dibuat so penyertaan agak terhad. Iklan baru blast via emel dalam 10 minit. Penyertaan dah nak dekat 100 org. Tapi yang dapat 30 orang. Aku ni antara yang gagal termasuk dlm 30 org tu. Tapi tetibe ada sorang bos ni offer kat aku sebab dia kena attend meeting date yang sama tu. Alhamdulillah rezeki lah.

Penganjur baru nak try and error berkesan ke tidak kursus 3 hari ni. So, penyertaan limit kepada warga dalaman JPA je dulu. Then bila kami bagi feedback okay, baru di panjangkan kepada semua Kementerian. Difahamkan sesi dengan Kementerian dah pun diadakan bulan April hari tu tak silap. Tapi rata-rata yang bagi feedback tak berkesan sebab tempoh kursus tu terlalu singkat. Termasuk la husband aku, balik rumah aku tahan je la telinga dia membebel. *__*

So, kat sini aku rasa tak salah kalau aku share dengan korang beberapa pengisian sepanjang 3 hari kursus yang aku join tu. Serius, aku datang memang macam tin kosong. Blur.com langsung tak reti nak buat proposal. Eh rasa macam benak betul apsal entah. haha

Disebabkan aku sedar dengan kebenakkan diri sendiri, so aku memang pakat dengan kawan2 seofis nak duduk depan. Dengar betul-betul. Dengar sampai faham. Tanya sampai faham. Tulis sampai lah faham.

Alhamdulillah hari last tu kami dapat hasilkan satu kertas cadangan HLP yang lengkap dan mendapat kredit daripada Tuan Penceramah. Berbaloi sangat 3 hari kursus yang mampu menjernihkan otak yang berkarat. Bila kami bentang dummy proposal tu rasa macam wadehekkk camne boleh reti ni? hahhaa..

Ok, aku nak share pasal tips temuduga sebenarnya.

So, here we go the tips!


TIPS TEMUDUGA HLP

1.    Proposal – 20 markah
     Markah proposal hampir separuh
2.    Defence proposal – 10 markah
3.    English – profficiency, pronounciation
4.    Pengetahuan am (perlu relate dengan tajuk proposal)
5.  Proposal boleh disediakan dalam Bahasa Melayu. Kalau nak ke overseas, WAJIB sediakan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimana nak pastikan proposal disediakan dengan betul?
1.    Tajuk yang lengkap
2.    Objektif jelas
3.    Metadologi relevan ke tak
4.    Konseptual
*Dalam proposal, jangan melebih-lebihkan pengetahuan kita untuk tunjukkan kepada panel 
  
Cara nak bentang?
1.    Jangan sentuh teori. Panel tanya baru jawab.
2.   Jangan mention tajuk ini satu tujahan sahaja. Kalau boleh kajian ini menumpukan kepada bidang ini tetapi boleh dikaitkan dengan bidang itu. 
  
4 perkara yang perlu highligt dalam pembentangan proposal
1.    sorotan kajian lepas (tema). Kebanyakan kajian ini menyebut berkaitan ini...
2.    saya dalam bidang ini, cuba nak relatekan dengan bidang yang saya pilih
3.    always show that you are ready. Saya dah mula membaca, mengumpul bahan, mendapatkan maklumat ini, menghantar emel kepada ..... Sebelum HLP ni saya pergi bengkel penyediaan kertas HLP.
4.    Kenalpasti boleh highlight the bodies of studies (keseluruhan kajian)
5.   Readiness! Paling penting! Kajian saya memang ....dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk.... (kaitkan kajian dengan isu terkini, kajian ini jadi pencetus kepada penyelesaian)
6.    Kalau dah boleh jawab semua, 80% dah boleh lulus interview! Yeay!

Ini antara catatan yang aku tulis masa Tuan Penceramah tu kongsikan. Aku harap dapatla membantu sedikit sebanyak ye. Million thanks tu En. Mujibu!



Untuk contoh proposal (master & phd), aku rasa susah nak share kat sini. So, nanti kalo korang berminat nak tengok contoh tu emel je kat aku kemn5885@gmail.com. Aku akan bagi sekali dengan slaid kursus supaya mudah korang buat rujukan. =)

Tulis la tittle "Contoh proposal HLP"

Tahun ni HLP belum open lagi. Jangan emel aku tanya pasal ni pulak tau. hehe..

Good Luck korang! Jom kita apply sesama ye! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insyallah!

p/s: korang mana yang dah emel tu, jangan lupa komen jugak kat bawah ni ek..senang aku bleh double check..ok tata

18 yang mengekspresikan diri:

Munirah Abd said...

menarik jap g akak email..

shan said...

Hi Pn.Kemn,maklumat yang puan berikan memang sgt berguna..sy terpilih untuk interview tahun nie..sy sangat nervous..boleh tolong email slide kursus proposal dan contoh-contoh proposal? Tq..

shan said...

Email sy
shanthini0811@gmail.com

shan said...

Email sy
shanthini0811@gmail.com

shan said...

Hi Pn.Kemn,maklumat yang puan berikan memang sgt berguna..sy terpilih untuk interview tahun nie..sy sangat nervous..boleh tolong email slide kursus proposal dan contoh-contoh proposal? Tq..

Maszuita Maamin said...

salam puan..blh check email..hrp puan sudi membantu..tq

kamarul said...

Salam puan. Mohon budi baik Pn. utk share proposal & slide ke email saya kamarul82@gmail.com

Terima kasih banyak.

1016 said...

Salam Puan, mohon share slide serta proposal email : mhn1016@yahoo.com

wunnanz said...
This comment has been removed by the author.
wunnanz said...

Salam Mrs. Rocky,

Boleh emelkan kepada saya contoh kertas cadangan dan slaid presentation mengenai proposal tu. Tqvm.

faizal.ak@gmail.com

FK

atiqah said...

salam puan saya mira yg emel puan.harap dpt maklumbalas pn. t.kasih

dzi ash said...
This comment has been removed by the author.
dzi ash said...

Salam pn mohon jsa baik sekiranya pn dpt berkongsi slide serta contoh proposal ke emel assyya84@yahoo.com..semoga Allah membls jsa baik pn..

dzi ash said...
This comment has been removed by the author.
marzilah marzilah said...

assalam.. nice writing.. very informative.. boleh meeil kepada saya contoh2 proposal HLP utk master ke noormarzilah@gmail.com

julia Abdul said...

Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian yang hebat ni. Saya mohon jasa baik puan untuk e-mail contoh & slide ke t_cherjulia@yahoo.com. Harap dapat membantu. Terima kasih.

Sarip Sareo said...
This comment has been removed by the author.
annesse said...

Salam puan..sy ada request cth proposal ke emel puan. From suke.hati@gmail.com

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...