Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, July 6, 2015

Ibu Hamil Anemia

Apa itu Anemia?
Anemia merupakan keadaan di mana badan kita mengalami kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Apabila kita mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia iaitu kurang kandungan oksigen.

Anemia mempunyai 3 kategori iaitu:

a) Anemia teruk : Hb <9gm%
b) Anemia sederhana :  Hb 9 - 11gm%
c) Hb Normal : Hb > atau = 11gm%

Aku kategori mana? Kategori (b) tu. Anemia sederhana. Pun dah rasa macam nak jalan merangkak. Lesu sangat badan Tuhan je yang tahu. 

Antara punca-punca Anemia adalah:

* Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik, dan vitamin B12 dalam diet. - (ye aku amik)
* Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu) - (ye sedang hamil)
* Kerap mengandung - (4 tahun jarak kot)
* Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan. - (bukan penggemar kopi/teh)

So, apa sebenarnya punca yang menyebabkan aku anemia? Masa hamilkan Hadif dulu pun Hb rendah jugak, tapi tak silap aku belum pernah cecah 9gm%. Tapi untuk kehamilan kali ni mmg sekali je pernah cecah 10gm% then drop balik ke 9gm%. Haihhh susah hati sangat..Macam-macam dah aku try consume..kurma, susu kambing, jus delima, vco softgel..tapi bila time check up result mmg menghampakan.. :(

Aku pernah tanya gynae apa faktor yang menyebabkan aku menghidapi anemia. So, memandangkan dulu aku pernah kehilangan darah yang sangat banyak (2 liter) masa major komplikasi dulu. Even darah dah top up sama banyak sekali pun, still tak dapat nak kembalikan kepada keadaan normal. 

Apa tanda-tanda anemia?

* Muka pucat lesu
* Selalu rasa gelap mata (nak pitam)
* Letih, lesu dan mengantuk (ni mmg obvious)
* Rasa berdebar dan terketar-ketar
* Rambut mudah putus
* Kerap mengalami sakit kepala dan pening teramat sangat

Semua tanda-tanda di atas memang aku sedang melaluinya. Atas nasihat doktor juga, aku perlu tambah dos ubat-ubatan. Baru-baru ni check up, semua results drop. Hb, Bp, Iron dan berat badan semua drop. Doktor pun risau plus aku pulak memang gigih nak berpuasa. Jadi disebabkan result aku yang sangat mendukacitakan, doktor memang tak galakkan aku berpuasa...Bahaya untuk 2 nyawa. Untuk aku dan bayi dalam perut ni. Doktor cakap selagi result aku tak naik, aku tak dibenarkan puasa. So, kita tunggu la next check up on 13/7/2015 ni macam mana. 

Antara kesan-kesan anemia terhadap ibu adalah:

* Pitam
* Keguguran
* Meningkatkan risiko pre-eklampsia
* Mudah mendapat penyakit berjangkit
* Boleh berlaku pendarahan semasa dan selepas bersalin
* Kelesuan
* Cirit-birit

Kesan anemia kepada bayi dalam kandungan pula:

* Terbantut pertumbuhan bayi/janin
* Lahir tak cukup bulan
* Anak lemas semasa lahir
* Meningkatkan risiko lahir mati

Bila tahu kesan kepada bayi dalam kandungan tu sangatlah berisiko, serius memang rasa takut amat sangat. Ini lah antara penyebab kenapa doktor nasihatkan aku supaya tak berpuasa. Even dah makan macam-macam sekalipun, badan tetap perlukan air yang banyak nak-nak dengan cuaca panas tak menentu ni. Kurang air dalam badan juga merupakan salah satu penyebab badan jadi lemah dan bertambah-tambah pula kita ni berbadan dua dan anemia..

Atas sebab anemia ni, doktor nasihatkan untuk aku mengambil makanan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi. Antaranya adalah:

* Ambil makanan punca haiwan dan makanan laut 3 kali seminggu (daging, kerang)
* Ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C sebagai pencuci mulut (jambu dan limau sunkist)
* Kerap sediakan sayur hijau dengan perencah ikan bilis, udang segar, sotong, bebola ikan, hati, ayam, telur

Antara cara mengurangkan penghalang penyerapan zat besi dalam erti kata lain makanan yang perlu dielakkan adalah:

* Elak minim air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat, susu bersama hidangan makanan dan semasa makan pil hematinik
* Sekiranya minum teh atau kopi, digalakkan minum pagi atau petang
* Mengambil semua pil Hematinik (zat besi, asid folik, B Kompleks, dan Vitamin C) yang dibekalkan oleh KK atau Hospital bersama air kosong atau air buah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang senasib dengan saya ya.

Sumber maklumat:
Brosur
Pusat Maklumat Pemakanan
Jab. Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya

3 yang mengekspresikan diri:

fatihahct said...

Semoga semuanya selamat. In Sha Allah...Amin.

Kemn Azmaili said...

@SSfatihah

terima kasih dear..amin..

hazwani said...

semoga selamat semuanya kemn. Sama..kita pregnant yg second pun anemia teruk. seminggu je puasa. Sampai doktor suruh warded kalau still hb xnaik-naik. Stop susu stop milo stop semua dairy product. Minum jus-jus dgn delima je. Alhamdulillah...naik walau sikit.

Take care kemn!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...