Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, June 13, 2016

Diari Penyusuan : Hikmah Di Sebalik 2 Bulan Bergelar EP Mom

Apa itu EP Mom? Mungkin kalau la ditakdirkan aku tidak pernah tergolong dalam kumpulan ini,  aku takkan pernah tahu pun pasal EP Mom ni. Setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan?

EP Mom ni adalah singkatan kepada Exclusively Pumping Mothers. Maksudnya ibu-ibu yang tergolong dalam kumpulan ini menyusukan anak melalui penyusuan ibu secara eksklusif hanya dengan menggunakan EBM tanpa direct feeding. Dan kebiasaannya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kenapa ibu ini memilih kaedah EP Mom dan yang pastinya mereka bukan sengaja memilih kaedah ini untuk menyusukan anak.

Sejauh mana EP Mom berjaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun? Persoalan ini lah yang sering berlegar-legar dalam fikiran aku semasa aku bergelar EP Mom 4 bulan yang lalu. Setiap hari aku cuba membelek belek artikel yang berkaitan dengan EP Mom ini dan sebenarnya ramai yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun tanpa direct feeding dan hanya bergantung kepada pam susu sahaja.

Apa yang penting adalah disiplin. Dulu aku terkesan juga bila aku mintak pandangan kawan-kawan, ramai yang cakap perlu juga anak direct feeding untuk tujuan stimulation. Pam susu tak boleh hantar signal ke otak untuk stimulate susu. Tapi mengikut pengalaman aku yang tak seberapa lama bergelar EP Mom ni adalah sebaliknya. Selagi kita mengamalkan konsep supply and demand, selagi mana kita sesi pengepaman susu mengikut jadual, susu akan sentiasa ada dan mencurah-curah hasilnya.

Seawal hari ke-5 aku dah mula mengepam susu. Banyak faktor yang menyebabkan kenapa aku mula mengepam terlalu awal. Selain daripada niat dihati nak mempercepatkan pengurangan jaundice, anak kedua aku ni juga tidak dilahirkan terus pandai latching dengan betul. Setiap kali feeding session, akan rasa sangat perit kedua-dua missB dan melecet berdarah-darah. Aku jadi takut dan risau yang anak aku ni dapat minum susu ke atau dapat minum darah kesan dari bleeding melecet ni. 

Bila aku refer ke pakar untuk maklumkan yang anak aku ada latching problem, hasil pemeriksaan doktor pada bahagian mulut dan lidah anak aku ni macam ada simptom "tongue tie". Tounge tie ni merupakan keadaan di mana frenulum (pengikat lidah bahagian bawah) tebal daripada biasa dan ia boleh menyebabkan lidah tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dan ia juga membawa kepada penyebab kesukaran semasa latching.  Sebab tu tiap kali anak aku menyusu direct, aku akan rasa perit. Sebab seolah oleh dia mengepat, bukan menghisap. Ini juga lah antara faktor utama yang menyebabkan aku bergelar EP Mom.

Setiap hari aku akan mengepam 7-8 kali, bersamaam 3-4 jam sekali. Setiap sesi tempoh mengepam selama 30 minit. Ada yang tanya tak penat ke? Ya Allah Ya rabbi...penat, letih, dahaga, sakit urat semua tu aku rasa tapi aku telan je demi nak pastikan susu sentiasa cukup untuk anak aku hingga umur 2 tahun. Tapi dalam masa yang sama aku tetap berdoa supaya dipermudahkan Allah. Ada masa aku sua kan juga missB pada si anak, biasanya aku akan cuba ajar dia latching after dia feeding. Dah betul kenyang, baru aku cuba-cuba ajar. Punya seriau dengan keadaan melecet tu kan.

Setiap kali pumping session, aku akan dapat 10-12 oz. Ada masa juga aku dapat 8-10 oz per session. Purata sehari stok EBM akan cecah 40oz. Anak pulak minum lebih kurang 24 oz je. So, yang selebihnya aku simpan dalam deep freezer untuk buat stok. Bila orang kata banyaknya stok EBM aku? Ye, memang banyak, sampai aku rungsing sebab deep freezer kat kampung dah tak  muat, penuh dengan EBM semata. Tapi, orang tak tahu apa yang aku lalui disebalik stok EBM yang banyak ni, paling rasa sedih bila anak tak reti nak menyusu direct. 

Setiap hari aku tak pernah berputus asa cuba ajarkan si Habil untuk menyusu direct. Sampai la umur dia mencecah 2 bulan, Allah telah perkenankan doa aku. Ya Allah syukur alhamdulillah sangat. Rasa macam segala apa yang terbeban dalam kepala aku ni hilang macam tu saja. Habil dengan secara tiba-tiba je dah pandai menyusu direct, siap ditolaknya EBM dalam botol sebab nak menyusu direct. Masa tu aku rasa macam nak nangis, berbaur-baur rasa macam-macam lah. Dalam hati duk cakap, macam ni rupanya feeling bila anak menyusu direct, rasa tenang je,..syukur syukur ya Allah.

Kebetulan masa check up 2 bulan tu aku pegi jugak refer pakar untuk tengok progres tounge tie dia tu. So, bila aku bagitau doktor yang Habil dah pandai menyusu direct, doktor pun cakap lepas ni dah boleh stop la follow up. Sebab simptom tounge tie pada Habil ni memang tak semestinya kekal. Baby kan kecik lagi, proses peralihan tumbesaran bayi memang mampu mengubah menjadikan bayi itu normal seperti sedia kala. Syukur Ya Allah.

Selain daripada itu juga, antara rahmat yang paling besar disebalik 2 bulan aku bergelar EP Mom ini adalah aku dapat mengumpul stok EBM yang sampai aku sendiri tak dapat nak kira berapa sebenarnya jumlah EBM yang aku simpan dalam deep freezer. Aku anggarkan lebih kurang kira-kira macam ni:

1 hari = 40 oz
40 oz x 7 hari = 280 oz
280 oz x 4 minggu = 1120 oz
1120 oz x 2 bulan = 2240 oz

Lebih kurang macam tu la jumlah EBM yang terkumpul sepanjang 2 bulan bergelar EP Mom. Belum masuk stok bulan 3, 4 dan 5 lagi. Stok bulan januari dan februari puan ada separuh peti lagi tersimpan kat kampung. Alhamdulillah syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan ini.

Disebabkan faktor deep freezer di rumah aku yang jugak hampir penuh, aku juga telah berbincang dengan husband untuk mencari "anak susuan". Alhamdulillah syukur sangat, husband pun terima dengan cadangan aku dan akhirnya kami telah dikurniakan dengan 2 orang anak susuan (boy and girl). Nanti ada masa aku share dengan korang ye, sebab salah sorang daripada anak susuan aku (baby girl) masih lagi ditahan di wad berikutan beberapa komplikasi dan main diagnose adalah simptom yang digelar "ascites" (air berlebihan dalam abdomen). Nanti ada masa aku share ye.


Beginilah kisah disebalik EP Mom. Disebalik kepayahan yang diduga, seribu satu hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Siapa sangka, aku yang dulunya selalu langsung tiada ilmu breastfeeding, akhirnya dapat menikmati rezeki menyimpan susu EBM seperti ibu-ibu lain. 

EBM masa di kampung. Rungsing tak muat nak letak mana dah

Proses menyimpan EBM dalam ice box untuk di bawa pulang ke rumah
2 kotak ice box digunakan untuk membawa stok EBM pulang ke rumah aku di Tiara Heights, Sepang. Inipun masih berbaki separuh peti yang aku tinggal di kampung. Nanti aku share macam mana nak uruskan EBM untuk dibawa dalam perjalanan jauh.

EBM telah selamat dipindah ke upright deep freezer
Aku tekad untuk membeli upright deep freezer khas untuk simpan stok EBM. Memang rezeki adik sebab aku dapat beli dengan harga yang berpatutan di mudah.my. Siap dihantar terus ke rumah. Deep freezer ni owner baru pakai bulan May 2015 juga untuk tujuan simpan stok EBM. Aku beli RM1,000. Alhamdulillah memang berbaloi. Ice box merah tu adalah bekalan seharian aku bawak ke nursery. Nanti aku share macam mana aku uruskan penyimpanan EBM dengan mudah untuk ke taska ye.

2 drawer EBM yang disumbang kepada anak susuan
2 drawer ni dah kosong sebab dah selamat diberi kepada anak-anak susuan ku. Insyallah next week balik kampung boleh la bawak stok EBM kat kampung tu untuk transfer ke dalam drawer ni. 



4 yang mengekspresikan diri:

Fathiyah Jamaludin said...

alhamdullilah. rezeki habil dan anak2 susuan u.

kadang2 kita xsangka rezeki /nikmat mcm mana Allah nk bg.

syukur kn... stok byk kita share. i pon ada 4 org ank susuan, tp semuanya relatives la. huhu..

moga anak susuan u yg girl tu cpt sembuh dn dpt beraya sama2 :)

wish me luck for my third kelahiran dan breastfeeding journey

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

syalinda johari said...

alhamdulillah..murah rezeki baby Habil..

Hana said...

Alhamdulillah semua dipermudahkan..www.hanasihat.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...