Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, July 5, 2017

Riang Ria Raya : 1 - 5 Syawal

Alhamdulillah, raya kali ini rasanya raya yang paling padat pengisian program menziarahi sanak saudara. Mana tidaknya, kali ni kami betul-betul beraya jelajah Pantai Timur. Mula dari Pahang, terus ke Terengganu dan kemudiannya ke Kelantan. Memang syok beraya sakan! Hehe

1 SYAWAL

Raya pertama kali ini di rumah ayahnda bonda di Pelindung, Kuantan. Macam biasa memang sejenis korge happening dan havoc, tiap kali malam sebelum raya memang kecoh la kami 6 bradik #thenambrads membuat persiapan juadah raya untuk esoknya. Menu kali ni ada Nasi Beriani, Daging kerutuk, rendang tok, nasi impit kuah kacang. Mabeles habis!

Bila beraya bersama keluarga dan adik beradik, memang dah macam tradisi lah baju memang nak kena warna sedondon. Kalau dulu lagi parok, warna pun nak kena sekayu, tapi kali ni kami memasing dah ada family sendiri idak la sanggup nak pakai warna sekayu. Warna senada setona sudeh la asal tak lari dari tema kaler PEACH.


Nak bergambar cantik satu potret nan indah tu kirim salam lah. Nak dapat captured momen cantik pun yang paling baik macam gambar atas ni. Dengan si adik yang menggelicai macam beluncas berkaki ayam nye lagik. Abang dah besar behave sangat, mudah nak ajak bergambar, buat muka pun manis-manis je. Kalau si adik..berlari keliling rumah je kojenye...


Tahun ni sampin abg seri pinjam lagik dari gobok tok abah,..tiap2 tahun mesti nak tertinggal sampin. Dah ler sampin dia tu sama corak dengan sampin anak-anak, kita punya lah eksaited tau beli baju melayu abang dan adik tu sebab nak sedondon sampin dengan si daddy, tapi tu la kena la redha, kita yang merancang Allah yang menentukan. #siscubaredho

Baju Melayu kekanda suami beli je kat Gene Martino. Duk hasut dia beli baju Fattah Amin tapi dia tak mbohh sebab mahai katanya. Gasaklah aku tak kesah sangat sebab tengok cutting baju FA tu macam sesuai orang sado macam dia je pakai. Kalau suami ku yang sejenis berbabat ni macam tak berapa ngam pulak. hehe. Suami suka design baju GM ni sebab paling best tak payah pakai butang. Memang baju ni butang dah siap sedia dijahit so takda lah pepagi raya ko dengar, "butang baju melayu aku mana pahhhh". ^__^
\


Baju aku untuk raya pertama ni beli ready made je kat Prima Valet. Hazab juga ye nak cari baju ready made kaler peach ni. Masyallah aku dah hampir give up dah sebenarnya nak cari baju kaler peach yang berkenan di mata dan juga harga below RM200. Finally dapat lah kat PM ni which is baru prasan rupanya Fazura ada pakai baju ni masa photoshoot kat Amsterdam! hahha #nokjugok #HSCmendoniaaaaa


Baju anak-anak pun beli ready made jugak. Beli pun online je sebab aku dah malas nak pegi mencari kaler peach ni susah nya la punnnn. Ada saiz adik, saiz abang takda. Elok ada saiz abang, saiz adik plak takda. Alhamdulillah dapat juga beli online, bersekali pulak dengan sampin cute ni.

Ummi dan abah pun cantiknya sedondon. Abah nampak letih sebab malam semalam dia dialisis. Tapi tetap nak happy dengan anak cucu yang macam halilintar kat rumah ni.

4 anak perempuan pak Azmaili #AzmailiAngels. Semua dah jadik mak orang. Gigih nak bergambo tengah panaih litlit hanya nak ke natural sunligthting semedang!

Gambar kami 6 beradik bersama bonda dan ayahnda terchentaaaa.

Selfie memang wajib kalo orang pompuan kan! #perempuanfuhh #katanursajat

#thenambrads #siblingslove



Gambar paling okay cucu-cucu bersama tok abah dan tok ummi

Make Up Of The Day #motd



2 SYAWAL

Raya kedua kami dah berada di Terengganu. Tiba di Ganu malam raya pertama tu, kami sewa homestay dekat je dengan rumah nenek. Keluarga dan makin berkembang, memang tak muat kami nak tumpang tidur rumah nenek. Plus taknak susahkan nenek nanti mesti pening nak fikir tempat tidur kami dengan anak-anak kecik lagi. Tu belum masuk sedara mara kami lagi yang akan bermalam di rumah nenek. Rumah nenek di Telok Pasu, Manir. Rumah dikawasan perumahan, bukan rumah di kawasan kampung. 

Kampung di Ganu ni sebelah ummi. Actually atuk (toktan) dan nenek (tokne) kami dedua orang Jerantut, Pahang. Tapi sebab arwah atuk pesara polis, beliau last pencen di Terengganu dah terus menetap di sini sampailah sekarang sebahagian daripada anak-anak beliau membesar di sini.


make up of the day #motd


Sempat bergambar bersama Al Khairid's Clans

 Ummi dan Abah OOTD

 Ummi and her angels #lotsoflove


3 SYAWAL

Raya ketiga pula kami di Kelantan. Kelantan ni kampung sebelah suami. Kedua-dua kampung mertua memang di Kelantan. Biasanya akan balik kampung ayah mertua dulu di pasir Tumboh, kemudian baru kami bermalam di kampung mak mertua di Kok Lanas. Kedua-dua mertua aku memang dah takda mak ayah, yang tinggal hanya adik beradik dan saudara mara mereka je di Kelantan ni. So memang tiap kali balik Kelantan memang meriah kami pegi beraya sakan. Anak-anak pun seronok. Aku memang suka balik Kelantan sebab suasana raya tu memang feeling sangat. Makan pun macam-macam jenis juadah disediakan. Paling favret bila dapat makan ketupat palas manis yang digoreng garing!



 Gambar paling terbaik bersama kedua mertua



4 SYAWAL

Masih beraya di Pasir Tumboh, kampung ayah mertua. Misi beraya biasanya dari pagi sampai ke malam. Kebiasaanya juga orang Kelantan kerap mengadakan kenduri kahwin (bekwoh) pada waktu raya, so kami tak ketinggalan dapat jemputan makan gulai di sini.


 make up of the day #MOTD
 outfit of the day #OOTD

 bersama ibu mertua selaku ketua rombongan raya kita 



Akmar bersama birasnya, Akmar =)




5 SYAWAL

Raya ke-5 kami di Kok Lanas pula. Kali ni beraya tak lama sangat di sini sebab kami bermalam 2 hari di Pasir Tumboh. Raya kelima juga kami bertolak pulang semula ke Pahang untuk menziarahi moyang di Pekan, Pahang. So, #roadtopekan la kite!

 #OOTD raya

Sampai di kampung abah, Kg. Permatang Arang, Pekan, Pahang. Sayu tengok rumah pusaka peninggalan arawah tok ayah (moyang lelaki) semakin uzur. Tak sempat aku nak bergambar dengan rumah nyang sebab rushing pula nak beraya di rumah Ayah Ngah di Kg. Geylang. 


Inilah moyang aku, alhamdulillah sihat walafiat. Walaupun moyang tiri tapi kami sangat sayang dia. Moyang ni banyak jaga kami adik bradik especially adik bongsu aku masa dia kecik. Nyang ni rajin. Rajin jaga kesihatan. Pandai bawak diri, jenis tak harap duit anak cucu. Tapi kami memang diasuh abah untuk sentiasa ziarah nyang di kampung dan sumbangkanlah apa yang patut untuk gembirakan hati dia. Dulu dia tinggal sorang je di rumah pusaka bersebelahan dengan rumah batu ni. Rumah batu ni abah buat khas untuk nyang. Lebih selesa dan selamat untuk dia tinggal kat sini. Semoga nyang sihat selalu ye. Nanti kema balik kita jumpa lagi k!














2 yang mengekspresikan diri:

Vitalynd Pengedar Shaklee Puncak Alam said...

Wahhh.. serius color baju sume cantik2..

Nona Qiyah said...

Kaler pink tuh, baju beli mana..hehee..muroh dakk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...