EKPRESIKU...

Wednesday, April 25, 2012

Perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru

Hola!

Dah lama tak update pasal rumah kan? Bukan tak nak update, tapi lepas je dapat kunci tu..developer tak siap-siap lagi baiki defect yang ada. Defect takdala banyak sangat, tapi kena fahamla nak baiki sana sinun kena ikut turn kan. Dalam pada tu, kami bukanlah berdiam diri duk sesaje tanpa memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah.

Alhamdulillah, setelah mengambilkira bajet dan kos keseluruhan khas untuk masuk rumah baru ni, rasanya kami dah berpuas hati dengan tawaran harga daripada kontraktor kedua kami. First kontraktor tu terpaksa reject sebab quotation depa bagi fuhhhh...memang tak masuk akal. Tapi sebab depa ni kontraktor Kelas A, dah biasa buat renovation rumah juta-juta gamaknya, maybe diorang tak tau macam mana nak buat quotation untuk rumah yang sedang-sedang je ni kot. hihi..

Berbalik kepada tajuk entri, actually nak share dengan korang pasal pemasangan alarm system. Itulah padahnya bila beli rumah kat sini. Kalau kat kampung halaman, umah umi dan abah tu...Jangan kata alarm system...gate kat depan tu semenjak azali memang tak pernah berkunci..hihi..So, this is my first experience lah kan..Kena banyak study pasal alarm system ni..Besok gasakla silap tekan..hari-hari bunyi siren memekak kat rumah aku ni..hehe

Tapi sebelum nak share dengan korang pasal alarm system yang kami pilih ni, saya nak share something yang rasanya mungkinlah berguna untuk korang semua yang bercadang nak pindah/masuk rumah baru. Perkara-perkara asas seperti ini perlulah dilakukan mengikut keutamaan yang terdahulu. Actually kalau takda consultant rumah, kami pun tak tau yang mana patut dibuat dulu. A million thanks to kawan husband, Ijan sebab sudi jadi consulant tak berbayar kami..hehe

Pertama: Alarm Wiring
Before kita nak buat segala bagai mak nenek kat rumah ni, kita kena panggil orang yang nak pasang alarm tu untuk diorang buat kerja wiring dulu. Ye la, benda ni memang agak leceh bila ada siling, dinding yang perlu dihacking untuk kerja-kerja wiring yang berkaitan dengan pemasangan alarm ni.

Kedua: Wiring
Dah siap suruh orang alarm tu wiring, now baru la panggil orang yang nak buat wiring satu rumah. Before tu kita dah kena kenalpasti jugak mana-mana tempat yang nak kena tambah point untuk plak atau suis.

Ketiga: Plaster ceiling
Then baru la boleh buat plaster ceiling. Yang ni pun kena bincang betul-betul nak buat design lagu mana. Sat lagi, dah siap buat takleh nak cabut-cabut dah.hehe...

Keempat: Mengecat rumah
Dah setel sume perkara-perkara yang melibatkan benda-benda tersorok diatas, baru la boleh mengecat rumah. 

Kelima: Kitchen Cabinet/Build in wardrobe/build in tv cabinet
Dah siap wiring, plaster ceiling dan  mengecat, boleh la nak panggil orang buat kitchen cabinet. Kalau ada yang nak buat wardrobe pun dah boleh suh depa buatkan. Sebab semua kerja-kerja "kotor" dah selesai kan, baru la buat kerja-kerja "cantik" pulak.
Keenam: Tinted cermin
Dah siap cat apa yang patut, pasangla wallpaper siap-siap kalo nak..baru la kita pasang tinted cermin. Tinted ni kena tengok juga brand apa. Kalau brand from China or Korea memang murah, tapi faham-fahamla kualiti dia macam mana. Tujuan utama pasang tinted ni bukan je sebab nak cantik semata, tinted juga boleh mengelakkan langsir kat rumah kita tu kualitinya sentiasa maintain, tak lusuh dek panas sang mentari..cewahh! =D

Ketujuh: Grill
Dah siap pasang tinted, barulah korang pasang grill. Diingatkan, korang kena bagitau kat orang yang nak buat grill tu, kena buat satu tingkap kecemasan yang boleh dibukak bila ada kecemasan. Biasanya buat kat tingkap dalam bilik. Kalau kat tingkat atas tu dah ada pintu, kalo boleh korang mintak jugak buat untuk tingkap kecemasan. Just incase ada kebakaran or penyamun ke, boleh la korang keluar ikut tingkap tu. Tapi makesure la kat luar tingkap tu ada tempat nak landing..

Kelapan: Pasang alarm & auto gate
Dah siap godek-godek satu rumah..lastttttt sekali baru la korang panggil orang pasang alarm & auto gate tu. Ni kira benda paling last la korang buat sebelum nak masuk pindah rumah..Ok !
p/s: setakat ni kami baru start yang mula-mula sekali tu..Next week nak suruh orang buat kitchen cabinet datang amik ukuran kat rumah. At the same time nak suruh jugak orang buat grill datang amik ukuran. Sekarang kerja kena buat multi-tasking..nak pindah cepat kannn...itupun kali sempat nak pindah before kursus 6 bulan.. ;(



Okay setakat tu je sesi knowledge sharing pada pagi ni.. Sharing is Caring!! Next entri kita update pasal Alarm System okey! ^_______^

23 yang mengekspresikan diri:

hidayah said...

ermm nice sharing..
info berdasarkan pengalaman benar macam nih membantu kami-kami di masa akan datang..
:)
masa dah mampu ada umah sendiri kurang-kurang dah ada sikit pengetahuan..

zurayusoff said...

hai salam kenal
lepas ni blog awak la akan saya rujuk pasal rumah...
sbb next year saya pun akan masuk rumah baru...
gud info....

Waniey said...

dulu ta terfikir pun nak pasang alarm sys sebab rumah ni 24h guarded and gated..tp nak jadi cerita,rumah waniey 1st kena masuk pencurik..hukhukkk..baru dok 4 bulan..

dhr said...

grill last sekali rupenye..tp jiran sebelah rumah kami (bukan ijan) sebok suruh kami psg grill dulu sb takut pencuri masuk rumah diorg melalui rumah kami. rumah kami tu ape pun tak buat lagi takkan la nak tibe2 psg grill kan? kami blm nk duduk lagi. kami nk cadangkan diorang psg alarm kt rumah diorg utk elak kecurian, boleh? :p

Kemn Azmaili said...

@hidayah

thanks n u're welcome dear...sharing is caring! ^___^

Kemn Azmaili said...

@zurayusoff

owh, hye! salam kenal juga!! thank u la sbb sudi jadikan blog saya sbg rujukan..insyallah apa yang dapat dikongsi bersama, saya akan kongsikan di blog muruk ni...hehe..btw thanks again dear!

Kemn Azmaili said...

@Waniey

i pun sebenarnya mmg xplan nak pasang alarm ni,,tp bila tgk semua jiran pasang..rasa macam ada kesedaran sendiri betapa pentingnya keselamatan rumah ni..hopefully mintak la dijauhkan daripada sebarang malapetaka...insyallah =D

Kemn Azmaili said...

@dhr

hahahah..lawak la neber kak dian ni..ada pulak suruh jiran pasang grill sebab takut pencuri masuk umah dia..x logik la kan..betul tu, setuju sgt kalo akak suh dia pasang alarm..tu baru betul! =D

[DnaZz] said...

good info kemn.tq so much.
iza punya rumah next year baru siap. entri ni boleh jadikan tempat rujukan bila nak masuk rumah nanti. thanx ya

Nur Raihana Abd Rahim said...

bestnya dah dapat kunci...jgn lupa ahad ni HomeDec kat klcc..hehe

Husna said...

salam,
nk tanya u pakai alarm system brand ape ye? tak tau nk pilih mana satu n yg bagus

Husna said...
This comment has been removed by the author.
Kemn Azmaili said...

@[DnaZz]

thanks dear..sharing is caring kannn ;)

Kemn Azmaili said...

@Nur Raihana Abd Rahim

xsempat pun pegi homedec tu..huhu

Kemn Azmaili said...

@Husna

i amik brand PARADOX..boleh baca entri i buat pasal ni..

LS-EVERLYNN said...

canteknya rumah u :)selamat masuk rumah baru

LS-EVERLYNN said...

canteknya rumah u :)selamat masuk rumah baru

Kemn Azmaili said...

@LS-EVERLYNN

thanks lyna..thanks jugak sudi singgah blog cikai kite ni..huhu..seronok lyna dah come back! =)

maznahwati alias said...

thanks..very useful info

adyna said...

Tq Di atas info ini ;)

Kemn Azmaili said...

@maznahwati alias

Tq sis ;)

Kemn Azmaili said...

@adyna

U are most welcome... ;)

Mohd Sazali said...

Ada fulus semua boleh buat, kalau Rumah beware tenth page 3 phase current supaya kelak tak buat 2 kali, saya dok Rumah baru dlm setahun. Semasa proses binaan kena check Nanti contractor coverup especially lantai bilik air proper water proofing Nanti leaking Nanti kena keluar kos lain. Numbing sama Nanti ada ruang pencuri Maszuki, mmg dah dia org dah spared utk mika masuk mencuri kelak, baru2 Maszuki rmh belum lagi, Nanti kau org cuti n outstation mika tu gina lubang trsbt. Tu saya purr experience
Sensation bina. Tenting contraktor guna saiz besi yg betul especially joint di tkt 2, Nanti ianya runtuh n crack, byk lagi nk shares kematu Jaei nk taip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...