Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, February 7, 2014

Video Hadif baca Iqra'

Syukur alhamdulillah sangat dengan perkembangan anakanda yang bakal mencecah umur 3 tahun pada 9 Februari ini. Hadif menunjukkan perkembangan yang sangat positif pada bacaan Iqra' nya. Pada awalnya, saya cukup gementar dengan tindakan saya yang nak mula mengenalkan dia dengan Iqra' ini. Saya dah pernah up entri pasal angan-angan saya nak ajar Hadif mengenal Iqra' di ENTRI INI.


Hari tu saya sempat merakam video beliau semasa menghafal Iqra' halaman 2. Halaman ini ditambah satu lagi huruf iaitu huruf Ta. Jadi totalnya ada tiga huruf yang akan berulang dibaca. Saya ambil masa agak lama untuk mengalihkan dari m/s 1 ke m/s 2 kerana khuatir Hadif tidak dapat menghafalnya.

Kita sering memandang rendah dengan kebolehan anak kecil kan? Ternyata tanggapan saya itu silap sebenarnya. Syukur bila saya hanya terangkan sekejap sahaja mengenai bagaimana kita nak kenal huruf Ta.

Bagaimana saya mengajarnya mengenali Ta? Mula-mula saya akan minta dia tunjukkan pada saya seberapa banyak dia boleh cari huruf Ta di muka surat tersebut. Alhamdulillah, Allah bagi jalan inilah cara yang mudah untuk bantu Hadif menghafal setiap huruf yang baru dia kenal. Setelah dia dah pandai mengenal huruf Ta, barulah saya akan minta dia baca mengikut turutan bagi setiap baris ayat di muka surat tersebut.

Keesokan harinya, kebetulan saya singgah dirumah mertua saya, ibu mertua saya memberi rehal kayu dan saya hadiahkan kepada Hadif. Apa lagi, reaksi yang sangat teruja bila dia tahu rehal kayu tu milik dia. Dia happy sangat sebab dia cakap dia selalu nampak rehal kayu macam ni di masjid. Tapi di masjid ada banyak. Saya memang ada plan nak beli, tapi untuk permulaan saya hanya kenalkan dia dengan rehal plastik biasa. Tapi biasalah anak-anak kan. Dia tentu ada rasa nak sama dengan orang dewasa.

Kebetulan hari itu kami attend wedding pada waktu malam, sampai rumah pun dah agak lewat. Jam dah hampir pukul 12 malam. Saya dah ready untuk solat isyak sebelum tidur, Hadif pula dah merengek-rengek, sibuk nak baca Iqra' tengah malam ni. Saya terlalu penat dan saya pujuk dia supaya tidur je la dulu, esok pagi-pagi kita baca Iqra'. Apa lagi, drama pun mula la kan, menangis teresak-esak la si abang ni. Saya terus solat, yang peliknya dia pun ikut solat kat sebelah. Sambil menangis dia solat, cukup pulak tu 4 rakaat. Kelakarpun ada jugak budak ni.

Bila tengok kesungguhan dia yang boleh habiskan solat sambil menangis tu, saya jadi tak sampai hati. Selesai solat, saya peluk dan cium dia. Saya turun ke bawah dan ambil Iqra' dan rehal plastiknya. Saya naik, dia menangis lagi. Dia cakap,"Abang taknak pakai yang biru ni ummi, abang nak pakai yang mamatok bagi tu". Dah lagi sekali saya turun dah ambil lah rehal kayu hadiah dari mamatok tu.

Saya tahu, dia nak ambil hati saya balik. Kali ni saya tak sempat nak intro, dia dah intro dulu dah. Dia mulakan dengan bacaaan Al-fatihah. Kemudian, dia sendiri yang akan buka muka surat yang dia baca semalam. Saya minta dia ulang semula bacaaanya. Alhamdulillah dah lancar. Bila dah lancar tu, mula la dia minta saya ajar mukasurat 3 pulak. Macam biasa saya akan gunakan kaedah yang sama. Saya akan cerita dulu bagaimana nak kenal huruf Tsa. Dan seterusnya minta dia carikan huruf tersebut di semua baris muka surat tersebut. Ya, dia dah mula mengenali huruf Tsa.

Akibat keterujaan yang keterlaluan, dia minta untuk saya ajar dia muka surat 4 pula..Kali ini agak mencabar kerana huruf Jim agak berbeza dengan huruf-huruf sebelum  ini kan. Alhamdulillah dia sendiri yang cakap, "Ummi..Jim ni macam huruf C kan". Eh pandai pulak dia kenal C tu macam mana kan..hahaha...lawak pun ada...

Apapun bersyukur sangat dengan perkembangan Hadif ini. Saya tak pernah menyangka bahawa dia mampu menghafal Iqra' seawal ini. Bila ada yang tanya, apa rahsianya, apa tipsnya. Terus terang saya cakap tiada rahsia dan tiada tips ajaib pun. Apa yang penting, kita mulakanlah dengan niat kita. Bila ada niat, kita teruskan dengan usaha kita. Apa jua kaedahnya insyallah Allah permudahkannya!

Selamat Mencuba!

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...