Takziah buat keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Sesungguhnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa sedih dan syahdu nya pemergian anak-anak ini bertemu Allah untuk menjadi penghuni syurga abadi.
Tiap kali mendengar berita kematian
anak-anak kecil, hati saya terlalu rapuh. Saya tidak kuat membaca apatah
lagi untuk melihat gambar-gambar / video yg cukup syahdu. Kerana apa? Kerana saya mempunyai seorang anak yang sedang membesar di depan mata tetapi kerap menyebut impian nya nak ke SYURGA.
Sejak
anak ini mengenal erti syurga (4 thn) hingga la saat ini (6 thn), dia
kerap bertanya mengenai SYURGA. Dan setiap kali itulah akan menyentap
jiwa saya.
"Ummi, kenapa la abang hidup di dunia, kenapa abang tak terus masuk syurga?"
"Ummi,
lambat lagi ke nak masuk syurga? Kalau kat syurga abang takpayah
susahkan umi temankan abang nak kencing sebab kat syurga kita tak rasa pun
nak kencing"
"Ummi,
abang dah besar nanti nak jumpa Ronaldo, abang nak islam kan dia. Baru
lah boleh jumpa dia di syurga". (Ini kelakar tapi dia sedang memberi
mesej kepada saya)
Raya
haji tempoh hari kami ziarah kubur di Pekan. Dlm keadaan angin sayup
sepoi2 bahasa, dia masih mengajukan soalan yg mendebarkan.
"Ummi, kalau abang mati nanti umi dan daddy datang ziarah abang bacakan Al fatihah kan..abang dengar tak dalam kubur tu?"
Kali ini umi diam kelu membisu. *___*
Pagi tadi seawal subuh, daddy menceritakan kisah menyayat hati mengenai mangsa kebakaran Pusat Tahfiz berkenaan. Begitu kusyuk dia mendengar cerita daddy dipaksanya cerita sampai habis. Dia juga berkeras nak melihat apa yang ditulis dalam nota salah seorang arwah yang telah dikirimkan kepada ibunya sehari sebelum berlakunya tragedi ini. Sekali lagi abang menyentap jiwa ummi dengan soalan ini,
"Ummi, mati syahid tu apa? Macam mana kalau benda tu jadi pada abang ya?"
Begitulah
kisah si anak ini. Sentiasa menyentap hati kami dgn soalan2 yg
mencemaskan. Semoga abang menjadi anak yg soleh, terang hati menghafal
al quran, cuma part nak islam kan Ronaldo tu umi doa yg baik-baik sahaja
untuk abang.
Betapa indahnya syurga yang abang bayangkan. Semoga membesar jadi anak yang soleh ya abang.
Ummi tak boleh la. Baca berita pelajar2 tahfiz ni terus mengingatkan ummi pada abang.
Love you so much, abang.
#emosisejenisummi
#myfirstborn
#MuhammadHadifAkhtar
#6yearsold
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment