Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, February 7, 2011

I am officially in ...???

Hye semua!!! Hari ni baru saya berkesempatan nak meng 'update' blog ni..weekend saya sangatlah full dengan aktiviti kekeluargaan..actually my family from kuantan came to visit me on last weekend..so, memang takda masa pungg nak meng'online'kan diri ni sbb adik2ku yang 3 orang tu sibuk nak gune jugok (ye la..kat umah den di Kuantan mmg takda internet ni..haram untuk bebudak skolah, satgi sibuk asik nak berpesbuk memanjangg..) So kakak dia yang baik ni bagi la 'can' sbb diorang pun duk umah den tak lamo mano punggg...

So, hari ni pepagi lagi saya dah bangun dengan bersemangat..ye la kan, seperti yg saya maklumkan pada my previous entry hari tu, office lama saya kan dah dibubarkan. Berikutan itu, saya dah pun ditempatkan di jabatan baru, yang masih lagi bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ten..ten..ten!!!..Lepas je breakfast seketul diri di kafe JPM, saya dapat panggilan daripada Unit Pentadbiran Am JPM untuk amik surat penempatan..berdebar ke? dok debor starangg pungg..Diumumkan bahawa saya dengan secara rasminya ditempatkan di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)..kan betui tekaan ku..ramalanku benar belaka kau!! hua..hua..hua.. Alhamdulillah syukur!! Walaupun ramai yang sedia maklum guane gayenye keja di MAMPU ni, takpe..saya anggap ini semua cabaran dalam membentuk pembangunan kerjaya saya dalam sektor kerajaan ni..lagipun ku masih muda remaja..cewahhh..banyak benda kena belajar time mudo-mudo ni..kenalah merangkak-rangkak koje dari bawah..dop gitu??


Sekarang ni ku sedang berenang-renang (orang gomen panggil "pool") di libary MAMPU ni..katanya esok baru saya dapat penempatan di unit mana pulop..beginilah keadaan birokrasi kerajaan..saya udah biasa..tapi saya inform jugak tadi supaya mintak cepatkan penempatan saya sebab dah tak sabar sangat nak keja ni bimbang ku terberanak awal ni..yela kau..JPM ni dah le berbukit bukau..kejap naik kejap kena turun..adehh..letih jugak dibuatnya..

Hurm..agak-agaknya unit mana pulak saya ditempatkan ni? harap-harap masih di Putrajaya lah..saya dimaklumkan MAMPU ni ada segelintir di Cyberjaya (penatlah ku nak hafal jalan baru puloppss)haishhh..kena doa ni supaya tak dapat ke sana..

p/s: minggu ni kandunganku dah 36 minggu (9 bulan)..alhamdulillah.. moga2 my baby boleh bertahan lagi 2-3 minggu untuk lahir secara normal..esok kena pegi check up..hoping that everything will be fine..Insyaallah!!

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...