Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, June 1, 2011

Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Ihsan Google

Eh, jangan salah tafsir dengan tajuk entri tu ye, tempat kerja saya sekarang best, takda benda-benda pelik macam tu berlaku setakat ni.

Korang pernah tak ada pengalaman diganggu gugat segitu? Ya, saya pernah hokeh..meh nak citer,

Al-kisahnya bermula bila saya gatal-gatal kaki nak cari kerja masa tengah tunggu result STPM..Yela kau, berbulu je aku tengok memba2 outing bawak duit kepul-kepul..tak dala kepul mana, tapi kalau dulu time student bawak serat dua tu dah kira manyak oooo...

So, aku pun pegi la cari kerja, ceh konon taknak keja kat mcd, kfc bagai ni..memba cakap keja penat, gaji ciput. So, aku dengan berani nya pegi ke agensi pekerjaan kat area Kuantan tu. Bila dah register sume, tengahari tu aku dapat call suh datang interbiu..wah..wah..me terujass hokeh..selok (excited) sangat dah sampai tak dan nak balik rumah.

Sampai je ofis tu, aku macam hairan la skit. Kata keja kat ofis, apasal la banyak bengkel kat sini. Oh, kawasannya disekitar Indera Mahkota ye. So, dengan beraninya aku masuk ofis tu, aikk..mana nya orang ni. kata ada interbiu? dah 2 kali hairan ni..

Tak lama lepas tu, aku didatangani oleh sorang mamat ni. Agak rendang dan usianya macam baya-baya abah aku je. "Ye..masuk-masuk cik..u yang call nak datang interview kan?". Aku jawab,"Ye, saya lah yang call tadi, sesat juga nak sampai ofis ni, ingatkan kena keja kat bengkel keta tadi..ada juga ofis kat sini". Selamba tak aku perli..hehe

"Oh, memang ada ofis kat sini tapi tak banyak la, lagipun kita ni buat bisnes construction, tak perlu nak duduk tengah-tengah bandar pun..", dia jawab sinis balik, setepek aku kena..hehe.

Okay, nak dipendekkan kisahnya, akupun terima la offer dia. Dia offer gaji rm500!! Banyak gop tuh..mesti la selok kang sebab time tu kan student..hehe..Jap, yang tadi tu yang rendang-rendang, yang tua-tua tu adalah bos aku..(aku ingat supervisor) hehe...

Okay, rutin aku hari-hari pergi kerja, kena ngadap dia dulu. Kena masuk bilik dia, dah kena buat keja macam PA dia la pulak. Yang aku herannya, mana lagi staf2 dia yang lain. Tak silap aku dia cakap staf dia ada 3 4 orang..dah seminggu aku keja, sorang pun tak nampak lagi. Ini kes naya!!! Takpe aku rilek lagi..

Aku jadi tak boleh rilek bila kemiangannya mula dilihat hari demi hari. Ada ke patut nak ajar aku buat surat ni, patutnya kena la duk proper skit la kan. Tau tak dia duk mana? Orang tua tu boleh pulak bertenggek kat kerusi aku duduk tu! Sory la bro, kau ni macam dah silap orang.

Selamba aku sound," En. M, saya rasa lebih elok kalau En M duduk kat kerusi lain. Saya memang tak selesa kalau En. M duduk macam ni, tak elok, En. M dah berkahwin, kita ni bukan muhrim!".

Tau tak dia jawab apa, "eh awak ni, rileks la..buat-buat biasa la kalau tak biasa..". Memang aku tak nak la buat biasa!!

Hampeh orang tua ni. Dah la miang, pastu kalau tengah duk citer pasal keja boleh pulak bagi-bagi contoh kalau aku ni bini dia la apa la..EEeee..meremanggggg!!!, Esok nya lagi, dia panggil aku lagi nak ajar lagi buat surat. Kali ni dia sedor diri, tau malu aku sound tepat kat muka dia hari tu kot. So, dia ajak diskus kat meja bulat. Dia duduk setentang la dengan aku,..hish!! Aku ingatkan dah selamat la dia tak miang, boleh pulak dia duk gesel-gesel kaki dia kat kaki aku!! Kaki sahaja ye, jangan fikir bukan-bukan!! Kalau dia buat benda lain lagi, memang laju je kaki ni nak sepak "tut' dia...hehe..

Sebulan je aku keja kat situ (bertahan sebab nok gop gaji lima rat tu), pastu aku terus berenti tanpa beri apa-apa notis. Tak takut pun sebab dia amik aku keja pun tak bagi offer letter! haha, ingat aku biul sangat ke? hehehe

Lepas sebulan berhenti, ada sorang awek call aku. Dia tanya aku dulu keja kat XXX Builder Cons. ke? Dia cakap dia yang ganti tempat aku sekarang. Oh, adakah dia mangsa seterusnya?

Tanpa berlengah lagi aku terus cakap kat dia, " Asma (nama pun nak dekat ngan Akma), jangan datang dah esok!! Awak cari keja kat lain lah!"..then dia pun citer la kat aku pasal En.M ni. Sama je hokeh!! Benda yang sama dia buat kat sume orang! Gataiii!!!

Patutla masa aku keja kat situ, ada sorang runner ni bagitau yang dalam bulan yang sama ni, aku adalah orang yang ke5 yang keja kat sini. Sebab tak tahan ngadap bos yang tua tak sedar diri dah kawin, sebaya bapak aku pulak..belagak stylo dressing macam orang muda..Tak pueh hati lagi ni, aku siasat lagi background dia, rupanya dah bini dua!!! haissssshhhh..

Ihsan Google


Dek kerana pengalaman itulah aku fobia nak cuba cari kerja lain. Lepas pada peristiwa tu, aku nekad nak cari kerja yang best-best, kat tempat best-best. Dulu kalau masa sekolah abah tanya nak kerja mana. Aku akan strictly jawab nak kerja kat Kuantan sahaja. Saya tak suke KL sebab saya tak suka jam, dan saya adalah buta bearing! Nanti tak sampai-sampai ofis saya sebab dah sesat barat. Jalan melingkor atas bawah, tol lagi nak bayor..taknak..taknak..tapi abah, saya nak kerja kat Putrajaya je. bangunan lawo, banyak dinding cermin, takda tol,..Berkat doa abah umi, rasa macam tak percaya impian budak2 saya dulu kini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur..semuanya rencana Allah!

p/s: Hampir 3 tahun saya di sini, masalah buta bearing yang saya alami sejak azali masih terjadi. Dari PICC nak balik rumah P11 pung aku sesat..haha!! =)

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...