Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, February 27, 2012

Dahulu dia membesar di dalam rahimku, kini dia membesar di depan mataku..

Assalamualaikum,

Dah lama tertangguh nak update pasal my little prince, Muhammad Hadif Akhtar. Hadif yang bermaksud Yang Bermatlamat, Akhtar pula bermaksud Yang Terpilih. Nama yang dipilih ini sudahpun tersedia sejak si kecil ini berada 6 bulan di dalam perut ku ini. Muhammad pula nama pilihan si suami yang tak kurang mahukan sedikit tempias namanya untuk si kecil ini.


Si kecil ini dilahirkan ketika umurnya masih belum matang sehingga 9 bulan (36 minggu). Segala kerisauan, kebimbangan yang selama mengandungkan anak kecil ini telah hilang setelah melihat kemunculan anak kecil ini di sebelah katil dengan cukup sifat dan mata yang masih tertutup sedang lena diulik mimpi barangkali dia merasakan masih berada di dalam perut ummi nya ini. Sepanjang kehamilan pertama ini, pelbagai dugaan yang ku alami yang membuatkan aku terus berjuang dan sentiasa berdoa kepada Allah agar anak yang bakal di lahirkan ini cukup sempurna dan mampu menggoncang dunia satu hari nanti!


Masih segar dalam ingatan ku bahawa doktor mengesahkan bahawa aku mengalami Polyhidromnios (air ketuban berlebihan) ketika kandungan ku mencecah 20 minggu. Bertambah sedihnya bila mendapat tahu kesan sampingan yang mungkin akan berlaku kepada anak yang bakal dilahirkan ini. Namun, aku sentiasa cuba menenangkan diri dengan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah di samping mendapat sokongan daripada suami tersayang. Ketika kandunganku mencecah 28 minggu, aku dikejutkan lagi dengan satu lagi dugaan yang lebih hebat lagi.


Doktor mengesahkan bahawa aku bakal melahirkan bayi pra-matang kerana pada kandunganku seusia itu, bayi sudah tidak berpusing kerana sudah masuk ke pangkal rahim. Bermula saat itu, doktor memaklumkan bahawa aku akan melahirkan anak pada bila-bila masa sahaja. Ya, Allah! besar sungguh dugaan yang Engkau berikan kepadaku. Bermula pada hari itu jugalah, aku sentiasa bercakap dengan bayi yang sedangku kandungkan itu agar dia boleh membesar dari hari ke hari untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang mungki bakal berlaku.

Pada kandungan ku berusia 35 minggu, seperti biasa aku ke Hospital Putrajaya untuk teruskan dengan tindakan susulan (follow up). Agak tergamam apabila doktor memaklumkan bahawa sudah mempunyai tanda untuk bersalin. Walhal, aku sedikitpun tidak mengalami apa-apa kontraksi atau pecah air ketuban ataupun juga pendarahan. Menurut doktor, aku perlu ditahan pada hari ini memandangkan terdapat lelehan air ketuban yang mungkin akan menyebabkan berlaku komplikasi kepada bayi.


Doktor juga memaklumkan bahawa terdapat risiko sekiranya aku masih ingin menunggu tanda-tanda sebenar untuk aku bersalin normal seperti yang diinginkan oleh semua ibu. Setelah berbincang dengan suami dan suami menasihatkan agar aku menerima nasihat doktor, akhirnya aku bersetuju untuk bersalin secara c-sect. Cuma bezanya aku dengan orang lain, aku terpaksa terima bahawa parut lama ku diperut terpaksa dibuka untuk kali kedua untuk mengeluarkan si kecil itu. Doktor tidak boleh melakukan pembedahan secara melintang kerana bimbang dengan keadaan kesihatanku terutamanya pada kawasan dalam abdomen.

Jam 7.30 malam, aku mulai sedar dan masih berada di dalam bilik bedah. Aku kuatkan hati untuk membuka mata semata-mata untuk bertanya tentang keadaan bayi yang telah selamat dilahirkan itu. Berapa beratnya? Macam mana keadaanya? Alhamdulillah, jawapan positif yang aku terima dan aku terus lena kembali kerana ubat bius masih membuatkan aku mengantuk dan perlukan rehat seketika. Si kecil yang dilahirkan pada 6.30 petang seberat 3.01kg dengan muka yang masih merah telah kini selamat lahir ke dunia ini.


Sekarang, anak ku telah mencecah umur setahun. Begitu cepat masa berlalu sehingga rasa seperti tidak percaya bahawa si kecil yang dulu berada di dalam rahimku, kini telah sihat membesar di depan mata ku. Betapa tinggi dan besar keajaiban Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang sangat istimewa dan sentiasa ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Terus terang saya katakan, sangat sukar membesarkan seorang anak. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk mendidik anak ini terutamanya belajar erti bersabar. Bersabar dengan karenahnya yang semakin hari semakin tinggi sifat ingin tahunya kepada duniawi ini.



Semoga anakku menjadi anak yang cerdik, taat kepada umi dan daddy juga taat kepada perintah Allah. Ummi mengharapkan agar Hadif menjadi anak yang soleh kerana anak yang soleh sahajalah yang boleh membantu kita untuk meringankan seksaan kubur bila kita sudah dijemput pulang ke alam barzakh nanti. Ummi juga mengharapkan agar pengorbanan ummi dibalas dengan kejayaan yang akan dikecapi Hadif satu hari nanti.



Selamat Ulangtahun Yang Pertama, Annakku tersayang, Muhammad Hadif Akhtar bin Mohd Yusri.







p/s: Birthday party my lil one akan diadakan bersekali dengan House Warming...Tungguuuuuu.....

5 yang mengekspresikan diri:

Cik Jannah said...

happy bezday hadif. semoga menjadi anak yg soleh utk umi n daddy :)

Ilyani said...

happy besday hadif...semoga menjadi anak yg soleh...amin...

Kemn Azmaili said...

@cIk JanNah

thank you aunty jannah! =D

Kemn Azmaili said...

@Nurul Ilyani

Thank you mama aleesya..insyallah mudah-mudahan..ameen..

Juls Julie80 said...

Alhamdulillah..dah setahun... semoga besarnya jadi anak yg soleh..amin2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...