Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, February 28, 2012

Tugasan terakhir sebelum berkursus 6 bulan...PPP!!!

Hye!

Hari tu ada janji nak share dengan korang mengenai PPP ni kan? Okay, hari ini saya akan kongsikan kepada korang semua apa kejadahnya benda alah PPP ni. Mungkin sedikit sebanyak boleh memberi panduan atau rujukan kepada bakal-bakal PTD muda yang akan menceburi kerjaya ini. Ini adalah tugasan terakhir sebelum mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan. Nak tau apa tugasan-tugasan lain yang perlu dilalui sebelum PPP ini, korang boleh baca ENTRI INI.


PPP atau Program Penilaian Profesional merupakan satu program berbentuk penilaian individu yang wajib disertai pada tahun kedua perkhidmatan. Perkara utama yang dilihat dan akan dinilai semasa PPP ini adalah tahap profesionalisme seseorang pegawai semasa mengendalikan sesuatu tugasan dan semasa pembentangan yang akan dijalankan.


Setiap pegawai diwajibkan melaksanakan satu tugasan yang berbentuk Community Service & Responsibilty (CSR). Biasa korang dengar kan CSR ni kan? Tapi rasanya CSR yang biasa korang dengar tu adalah Corporate Service Responsibility. Pendekatan yang sama tetapi inisiatif ini datangnya daripada golongan yang berbeza. Kebiasaanya CSR sinonim dengan badan-badan korporat atau NGO, tetapi kali ini penjawat awam sendiri yang akan turun padang untuk menjayakan program CSR ini.


Apa yang menariknya disini, kami diarahkan supaya memikirkan satu program yang berkaitan dengan komuniti setempat yang mana program yang akan dilaksanakan ini akan memberi impak jangka panjang kepada perkhidmatan awam amnya. So, korang fikirlah apa yang korang rasa nak buat, janji boleh bagi impak kepada perkhidmatan awam dan juga komuniti yang dipilih tersebut. Kalau boleh, fikirkan lah sesuatu yang diluar jangkaan yang boleh membuka mata panel bahawa program yang korang pilih ini mampu memberi impak seperti yang diharapkan.


Dalam konteks ini, saya memilih satu program yang cukup simple dan rasanya boleh dilaksanakan dalam masa 3 minggu seperti yang diarahkan. Program CSR yang saya maksudkan ialah Pelaksanaan Amalan 5S di Rumah Anak Yatim. Rumah anak yatim yang dipih adalah Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Kenapa rumah ini dipilih? 


Kriteria utama adalah faktor bilangan penghuni yang tidak terlalu ramai. Program korang tu kena logik dengan tempoh masa yang diberi iaitu 3 minggu sahaja tau. Kalau korang rasa mampu nak uruskan program yang bombastik dalam masa yang diberi tu, just carry on..takpe, tak kisah pun yang penting pepandai lah nak goreng time present depan panel nanti.. Kenapa pulak 5S?


Sebenarnya idea ni datang daripada salah seorang ketua panel daripada agensi luar yang datang mengaudit 5S di bahagian saya ni. Beliau pernah mencadangkan kepada kami mengenai pelaksanaan Amalan 5S ini perlu diperluaskan kepada komuniti setempat melalui program CSR seperti ini. So, bila saya google tengok ada tak yang pernah buat CSR pasal 5s ni, ye la kan kena tengok jugak relevan ke idak idea aku yang tak brapa nak bimbo ni..


Hasil daripada peng google lan tu, ada sebuah rumah kebajikan di Sarawak telahpun melaksanakan Amalan 5S ini berikutan daripada kerjasama daripada sebuah badan korporat yang melaksanakan CSR di rumah tersebut. Banyak impak positif yang diterima terutama kepada orang ramai yang lebih yakin untuk memberi sumbangan kepada rumah tersebut hasil daripada penambahbaikan imej rumah tersebut melalui amalan 5S yang dijalankan di situ.


Alhamdulillah, sesi pembentangan telah selesai pada 20 Februari 2012 hari tu. Panel pun tak komen banyak sebab diorang pun tak pernah lagi dengar CSR macam ni. Kebiasaannya, kalau program rumah anak yatim ni tak lari la dengan Jualan Amal, Ceramah Motivasi dan sebagainya. Seperti yang saya maklumkan tadi, korang cuba fikirkan sesuatu program yang luar jangkaan. Insyallah, akan dapat diterima.


Insyallah, kami akan laksanakan program ini pada 11 Mac 2012. Kami juga akan membantu pihak rumah perlindungan ini untuk mewujudkan blog sebagai satu medium untuk memudahkan orang ramai menderma atau memberi apa-apa sumbangan kepada rumah perlindungan ini. Mungkin ramai yang tak tau mengenai kewujudan rumah perlindungan ini yang telah dikelola oleh seorang sukarelawan dan yang menariknya, beliau adalah bekas pelakon drama tau. Besar sungguh pahala beliau...


Nak tau siapa? Tunggu next entry ye.. Nanti saya akan kongsikan juga sedikit latar belakang mengenai Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah.

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...