Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 23, 2011

Cara Berpantang: C-section LSCS (Lower Segment Caesarean Section-LSCS)

Halu halu para-pari pembaca X-presi!

Mood hari Jumaat ni biasanya agak serunak gumbirassss sebab time kerja rasa macam sekejap dek kerana orang gomen rehat panjang bebenau tiap Jumaat ni. Makanya, memandangkan ramai kacip-kacip ku sedang hamil dan ada juga yang sedang menunggu masa untuk melahirkan, dan ada juga yang baru selesai melahirkan, entri hari ni rasa macam nak kongsi dengan uols mengenai cara berpantang bagi para-para ibu yang bersalin melalui kaedah czer atau c-sect atau operate lah orang kampung kate..perkataan je yang lain tapi maksudnya tetap sama..tetap ikut tingkap keluar anaknya..hehe

Seperti yang sedia maklum, saya memang bersalin melalui kaedah czer berikutan doktor sudahpun menjangkakan bahawa saya akan melahirkan bayi pra matang. Hadif keluar masa dia 8 bulan lebih (35 weeks), alhamdulillah berkat doa saya, suami, keluarga dan rakan-rakan..my baby keluar sihat dengan berat 3.01kg. So, dia tak sempat duk inkubator sebab berat dah melebihi 2kg. 

Sebenarnya, cara berpantang czer ni lebih kurang sama je dengan cara berpantang bersalin normal. Cuma bezanya, ibu yang bersalin czer ni tidak boleh berbengkung ketat-ketat sangat dan bertungku pun di tempat-tempat selain daripada tempat operate tu. 

Macam saya ni memang dah pernah ada pengalaman berpantang sebelum ni walaupun aku tak pernah beranak pun. Dek kerana kesilapan dan kecuaian doktor masa bedah apendics dulu, memang perut den dah ada tingkap dah, bukan melintang ye, tapi menegak (cerita lanjut kat SINI). So, untuk mengelakkan daripada luka jahitan terlalu banyak, Gynae dah maklumkan awal-awal sebelum masuk dewan bedah tu yang "tingkap " lama tu akan dibuka semula sebagai jalan untuk keluarkan my baby dari perut den yang sedia tak berapa comel tu..So, kesimpulannya, saya dibedah sekali lagi secara menegak. 

Ya, saya akui..memang bedah cara macam ni agak lambat sikit nak sembuh berbanding dibedah secara melintang. Tapi mungkin kerana, pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kesabaran, keperitan untuk kembali sembuh seperti sedia kala..saya lebih semangat untuk menghabiskan pantang kerana sebab yang paling utama nya pantang kali ini Tuhan hadiahkan saya seorang cahaya mata..(dulu den pantang kuor muntah hijo memanjangg..hihi)

Untuk mengelakkan rasa ngilu sepanjang jahitan tu, saya decide untuk pakai girdle supaya dapat ampuh perut yang dijahit tu. Pada awalnya, memang takut juga lah nak try, tapi bila dah pakai memang kurang banyak lah rasa sakit kat bahagian jahit tu.

Saya juga turut bertungku selama 3 hari berturut-turut. Tetapi macam yang saya cakap tadi, saya hanya bertungku dibahagian selain daripada tempat jahitan tu seperti di bahagian peha, tapak kaki, dan bahagian belakang badan. Untuk bertungku dibahagian belakang badan, kalau korang tak tahan sakit kat tempat bedah tu, just mengiring je..tapi saya persetankan je sakit tu, saya meniarap je..huhu

Dari segi pemakanan pula, sama je macam berpantang bersalin normal. Pagi, umi bagi minum air milo dan biskut kering Jacob. Tengahari umi sediakan nasi putih, ikan bakar dengan kunyit, sup ikan haruan dan sayur bayam dan brocoli. Menurut doktor, saya ni berdarah jenis (A+). So untuk orang jenis darah macam ni, tak digalakkan untuk mengambil makanan berbentuk tenusu seperti susu or yogurt. Juga elakkan daripada mengamalkan makan daging merah, lebihkan daging putih macam ikan dan ayam. Saya juga mengamalkan minuman pati ikan haruan..beli je kat kedai sensei, semua brand bagus asalkan ia halal. Yang paling penting, perlu lebihkan makanan berbentuk serat macam sayur-sayuran untuk memudahkan penghadaman. So, kalau time kite nak berry tu kan..tak yah susah-susah la kita nak meneran..hihi..

Semasa menyusukan bayi pula, awal-awal dulu saya mengamalkan memegang bayi dengan menggunakan kaedah "football" yang mana baby kita tu dikepitkan kepala nya dicelah ketiak, dan jangan lupa plak alas bantal ye..(eh paham ke idak aku explain ni..gasakla). So, dengan kaedah ni, boleh mengelakkan perut yang dijahit tu dibebani dengan berat baby yang boleh menyebabkan para-para ibu berasa tidak selesa kerana perlu menahan sakit ngilu jahitan perut tu.

Dalam masa seminggu, lapisan luar perut saya dah bercantum dah. Maybe sebab seminggu direct tu memang saya tak putus makan ikan haruan. Memang sekejap je perut kita bercantum. Bila batuk pun dah tak rasa ngilu dah.

Ada orang cakap nak cepat sembuh, makan gamat kan? Kalau tanya saya, saya takkan syorkan pada para-para ibu sekalian alam. Kalau ikutkan pengalaman saya sebelum ni, sebab amalkan pati or air gamat la parut saya jadi keloid. Keloid ialah parut yang timbul yang akan wujud sepanjang kesan jahitan dan keloid ini boleh aktif dan membesar. Masa apendics dulu saya amalkan makan gamat lah yang boleh jadi keloid ni. So, untuk hilangkan keloid ni saya terpaksa ambil injection silicon untuk kempiskan kembali kesan parut timbul ni. Tapi memang betul, gamat memang boleh cepat cantumkan jahitan. 

Okay, rasanya ini je la kot apa yang saya amalkan dan boleh saya kongsikan kepada korang semua. Untuk maklumat lanjut mengenai bersalin kaedah c-sect ni korang boleh baca kat bawah ni lagi.

*********************

Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)

Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi. 

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.
Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti. 

Mengapa anda memerlukan caesarean section  ? 

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

 ‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1.
kandungan kembar
2.
Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam   kedudukan melintang.
3.
plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4.
ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5.
mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya 
‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj. 

Prosedur
1.
Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2.
Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3.
Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4.
Saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5.
Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6.
Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7.
Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8.
Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9.
Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10.
Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11.
Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12.
Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13.
Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.
Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?
1.
Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2.
Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3.
Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4.
Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5.
Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6.
Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7.
Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8.
Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9.
Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10.
Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11.
Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12.
Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13.
Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14.
Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15.
Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .
Mitos
Mitos 1:
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta:
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2:
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta:
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Sumber ni saya dapat dari laman web INI.

11 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

ooo kemn czer gak ker? samala kita,,,sy mkn pati ikn haruan mmg ada parut timbul..tp doc bg silicon wrap utk cover luka

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

haah..owh makan pati ikan haruan pun jadi keloid ke? hari tu kita makan jugak, tp alhamdulillah ok..just tak makan gamat je...

Unknown said...

salam,
saya just nak tanye. lps bersalin czer, hari ke brpa kita akn rsa 'gagah' utk buat keje2/rutin harian biasa? saya genap sebulan dah ni. tp jln still slow2 tkot2. stress fikir bila la nak cargas semula, demi nk jaga ank dan mcm2.

Kemn Azmaili said...

@Leeda

Salam sis,

Terima kasih kerana sudi singgah dan luangkan masa baca entri ni..saya seminggu after c-sect dah boleh buat kerja. sebab jahitan dan bercantum sebab seminggu tu mmg non stop makan ikan haruan. Insyallah sis, kita perlu sentiasa positif untuk lebih kuat untuk teruskan hidup macam normal. sebulan tu sis dah b0leh cuba buat kerja sikit2..tapi elakkan angkat benda2 berat bimbang dengan peranakan dan jahitan terbuka semula. Jangan lupa makan suplemen ye sis.

thank u

Qider said...

aahla..saya pun ada keloid tu,orang kata sebab makan haruan..tak best sebab very hodoh kat parut tu...

Unknown said...

slm
saya pun czer gak..tp aritu ader kuar cecair skit kt belah tepi.doktor kata air bwh kulit iaitu selulit..tp skg bhgn tue dah membengkak..airr xkuar lg..dah mcm dagong lebih...camner ekh...risaulh saya

Unknown said...

cehhh, karangan dah mcm pernah bersalin 10 kali..ekekeke

Unknown said...

salam,
saya pun czer juga, 1st child, dah 2tahun.
tapi sampai sekarang ni sometimes ade rasa sakit/ngilu kat tempat czer tu.
korang ada rasa tak?

Prihatin said...

keloid..
baru hari ni saya tau namanya keloid. boleh hidup yea..
patutlah ada wanita yang anggap parut ni sebagai nightmare.
tq 4 the info

Unknown said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips persediaan sebelum bersalin untuk ibu hamil anak pertama.

Unknown said...

Sebaiknya elakkn pati haruan dan air gamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...