Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, July 24, 2012

Doakan lah saya kawan-kawan!

Assalamualaikum semua,

Macam mana dengan puasa hari ni? Sedih saya tak dapat memulakan lagi ibadah puasa memandangkan saya masih bergantung kepada glucose dan antibiotics di Ampang Puteri Specialist Hospital ni. Guess what kawan-kawan...Esok insyallah saya dah boleh discharged!!! Syukur Ya Allah sebab saya semakin sembuh dan kesihatan pun semakin memberangsangkan...

Hurmmm..where i should start eh? Rasa kekok pulak bila dah lama tak menulis ni..First of all, saya nak ucapkan juta-jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan saya..and especially to my beloved husband, Yusri a.k.a. Rocky. Susah payah dia terpaksa uruskan anak sensorang diri before my parents datang sini. Dahla anakanda saya tu memang aktif memanjang kan...But syukur dengan bantuan my PIL, first day saya admit tu memang diorang temankan husband jaga Hadif dan bermalam di De Palma Hotel, berdepan je dengan hospital ni. Now, Hadif diterbangkan ke kampung saya di Kuantan. So, my famili kat sana lah yang duk tengah lelah melayan Hadif yang superduper aktif tu. My husband minggu ni dia dah start kerja seem last week tu, the whole week dia cuti sebab sibuk uruskan isteri dia yang macam-macam sakit ni.

Bercakap pasal my sakit yang penuh kompleksiti dan panjang benau kisahnye ni..

Ahad lepas, lepas balik daripada mengemas rumah baru..malam nak tido tu rasa sakit sangat perut di bahagian operate ni...Ringkas lah saya citer kt sini, hujung Oktobe tahun 2007 lalu, saya menghidapi apendics. During that minor operation tu, berlaku complication. Akibat KECUAIAN doktor yang bernama Kennedy tu, terpaksa convert kepada major operation. Asalnya before masuk OT room tu dia dah explain dengan saya, dia nak buat Laparascopic yang mana kaedah pembedahan yang paling cepat dan tidak meninggalkan parut. Melalui kaedah ini, kamera akan dimasukkan melalui pusat dan hanya 3 lubang kecil akan ditebuk untuk membuang apendics tu lah katanya.

Disebabkan kelalaian dan kecuaian Kennedy (entahlah rasa mcm tak layak je aku panggil doktor), kamera yang masuk melalui pusat tu terlanggar saluran darah. Saya bleeding..hilang darah 2 liter. Lebih menyedihkan lagi kamera yg sama juga melanggar usus kecil dan usus besar saya. Akibat itu, usus saya terpaksa dipotong 3 cm dan dijahit untuk disambung semula.

Sakitnya bukan kepalang hanya Allah sahaja yang tahu. Lagi sayu hati ni bila dibawa keluar dari OT untuk dihantar ke katil, kelihatan sahabat handai ramai berkumpul dan turut ada yang menangis, lemah longlai melihat keadaaan saya yang sungguh tak diduga ini. Akibat kehilangan darah yang banyak itu juga, saya menghidapi jaundis. Sambil menahan kesakitan yang teramat sangat itu, saya tertanya-tanya kenapa dan apa sebenanya yang terjadi kepada saya. Okaylah, dah malas nak ulang citer yang sama. Selanjutnya kalo sudi korang bacalah entri Sakit Itu Rahmat ye.

Seminggu jugak menahan sakit semenjak Ahad tu. Untuk makluman, ini adalah hospital keempat saya pegi. At first tu pegi klinik biasa, doktor bagi ubat tahan sakit..saya makan tapi sakit jugak. Dahla nak telan makanan pun sakit, nak minum pun sakit. Then esoknya pegi Annur Specialist di Bangi. Disitulah saya mula dengar simptom ini, Adhesion Colic. Simptom yang bukan calang-calang dihidapi oleh sesiapa, unless untuk insan bertuah macam saya ni lah yang pernah mengalami komplikasi yang melibatkan usus. Di Annur, saya sempat buat X-ray dan keputusan menunjukkan memang terdapat usus yang bermasalah dibahagian bawah abdomen saya (dekat dengn rahim).

Doktor cakap takda cara lain selain kena warded untuk memudahkan observation by the doc. Bila check dengan ejen insurans, nasib tak berapa baik sebab Annur bukan panel insurans kami. BSN Prudential Takaful ni mostly KPJ lah panel diorang. So, hari yang sama jugak husband terus bawak ke KPJ yang terdekat iaitu KPJ Kajang. Dah sampai sana, jumpa  General Surgical doc disana, yess confirmed..adhesion colic..Sadly, doc ni taknak amik case saya sebab katanya sakit ni berpunca daripada my previous case dulu. Takut insurans tak cover pulak. Buat lah i kena major operation ke, sape nak bayar puluh-puluh riban tu? Pening...

Nak tak nak..akur je lah..even my husband try la pujuk doc tu suh la die ejas skit diagnosis dia dalam insurance form tu..dia taknak..So, i pun cakap takpelah nak wat caner..Doc buat referral letter ke GH..Walaupun aku dah ada "kenangan manis yang tak dapat dilupakan" dengan GH ni...aku gagahkan jugak pegi..sebab nak tau nape ngan perut aku ni sakit sangat...

So, dalam hari yang sama jugak husband kejarkan aku ke Hospital Putrajaya. Terus ke Emergency (A &E) sebab dah ada referral letter kan. Ingat bleh la refer terus dengan surgeon kan. Sampai je sana..nurse kat depan tu dengan sinis je tanya, "Ha..ada ape ni?". Bila aku explain ke nurse kejadah ni..korang bayangkan ko tengah menahan sakit bagai nak rak ni..dia boleh tanya, " Awak ni betul-betul sakit ke?". Korang rasa dia nak mintak pelempang kannn...! Aku pun balas la, "Kalau buat-buat sakit, buat ape saya satang sini?". Dia dah nnegok aku bengang tu..dia bawak la terus aku masuk dalam wad dengan wheelchair. Ahh..mase ni aku dah nak trauma balik dah ngenang kan "kenangan manis" dulu tu.

Dah masuk dalam wad tu tak payah cakap lah..sebab saye ni dah immune kot dengan keadaan yang kelam kelibut dalam wad emergency..memang tahan je lah telinga dengar patient kiri kanan mengerang kesakitan. Doktor berjanggut ni pun datang dengan muke cool la kohnonyer.." Ye sakit ape?". Aku pun pung pang pung pang la citer pasal sakit aku ni termasuklah kes complication tahun 2007 dulu. Strictly dengan bongkak dan bongek nye dia menjawab, "Tahun bila kes awak tu, 2000? 2002? Tak kisahlah..tapi takde kaitan pun dengan sakit awak tu dengan sakit awk skrg". Korang tangok lah..macam mana aku tak banned hospital kerajaan ni..Dah ada refferal letter form specialist, plus ada result x-ray lagi...boleh dia layan aku macam ni..Memang bengkekk tau!

Dah siap amik urin dan blood test, datang la doktor laki lembut ni kat saye, " Awak ni air kencing kotor..tu yang buat awak sakit sangat dalam perut..saya bagi ubat tahan sakit la ye..". Doktor ni tak korek telinga ke dari tadi dah aku cakap ubat tahan sakit ni memnag tak lut pun aku makan..eventhough dah drip dengan ubat tahan sakit pun, perut saya still rasa sakit..

Sebab dah malas dan tak kuasa nak melayan karenah hospital kerajaan yang 5 bintang ni, aku ikutkan je lah telan je la ubat tu walaupun tak beri kesan pape kat aku. Aku rest kat rumah..Tapi bila malam je..aku mengerang sakit balik perut ni...

Atlast, ejen insurans call husband. Dia recommend suh kami pegi refer ke sini lah, Ampang Putri Specialist Hospital dan jumpa Doktor Suib. Tak banyak cakap, hari Jumaat tu   terus kami shoot ke sini dan jumpa Dr. Suib. Alhamdulillah, based on his diagnosed, approved jugak insurans aku untuk warded di sini. Syukur sangat..syukur sebab atleast dapat jugak tau kenapa sakit sangat perut ni..

Dah siap buat ct-scan, Dr. Suib terus panggil masuk bilik dia. Dia explain sambil tunjuk result ct-scan tu..Huk..huk..memang "cantik" bebenau rupa dalam perut aku...According to Dr. Suib, solution kepada adhesion colic ni sebenarnya melalui pembedahan untuk baiki semula usus tu lah. Tapi disebabkan usus saya banyak yang dah melekat di dinding perut, so sangatlah berisiko kalau nak dibedah. Ya Allah..,memang syukur sangat. Memang aku berdoa taknaklah dibedah lagi untuk kali yang ketiga (termasuk czer). Dr. Suib cakap, kalau simptom ni makin teruk, aku akan muntah-muntah..tak boleh buang air besar..and lagi kritikal..najis pun akan keluar melalui mulut. Time tu memang takda solution lain..major operation lah jawabnyer...uhuk....

Sekarang kat spital ni, doktor just bagi antibiotik dan glucose je. Lagi satu, melalui ct-scan tu jugak nampak ada sekelompok air bisa dekat dengan ovari. Most probably, air bisa tu jugak yang buat perut aku sakit. Bila doktor tekan je kat kawasan tu, memang sakit. Tapi alhamdulillah sangat...dah lebih 10 botol antibiotik kot memang sakit kat situ hilang. Infact bila aku sendiri tekan pun dah tak sakit.

Besok insyallah dah boleh discharged. Banyak sangat benda nak tanya doktor. Husband suruh aku listkan awal-awal soklan yang nak ditanya. Memang akui, kali ni aku duk spital tak terlalu sedih sangat macam dulu tu. Mungkin, hati ni dah redha dengan kemungkinan yang akan berlaku pada aku. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa rancangan Nya untuk aku.

Cuma hati aku terdetik memikirkan nasib suami dan anak kesayanganku. Berat hati ni bila tengok kepayahan suami menguruskan hal rumah dan anak yang biasanya sang isteri yang membuatnya. Dulu, masa lepas je aku pulih daripada complication tu, ramai orang sekeliling suruh failkan saman pada Kennedy or Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Masa tu aku just ignore je apa yang diorang cakap..tambahan lagi time tu abah baru je sakit buah pinggang..Orang cakap senang lah kan..saman je..saman je..tau tak prosedur mahkamah tu bukan benda yang senang..Lainlah kalo ada Hamba Allah yang baik hati yang nak tolong uruskan. Lagipun masa tu aku hanya fikir syukur..kerana Allah masih memberi peluang pada aku untuk bernafas. Biarlah kehidupan aku tidak lagi aktif seperti dulu..aku bersyukur kerana semangat untuk aku teruskan hidup membuahkan hasil seperti memiliki sebuah keluarga yang cukup memberikan kebahagiaan pada diri aku.

Kini..bila memikirkan bahawa aku bukan lagi hidup seorang diri, aku kini mempunyai seorang suami dan permata hati yang disayangi..sama juga seperti insan lain yang berhasrat untuk menambah cahaya mata demi melengkapkan lagi hidup berumahtangga dan berkeluarga. Sememangnya semasa melahirkan Hadif pelbagai halangan yang aku tempuhi, betapa sukarnya mengandungkan si anak sehingga lah ke saat melahirkan dia. Tetapi, hati si ibu ini kuat malah bertambah kuat menempuh segala macam dugaan demi membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

Si suami pula tidak habis-habis simpati dengan nasib si isteri dah bertegas untuk menfailkan saman kepada pihak yang bertanggungjawab. Tika ini, aku seperti bersetuju dengan keputusan suami. Entahlah...mohon petunjuk dariMu Ya Allah..

16 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

angin jer kan..bl dilayan gitu..lebih2 lagi dilayan d hospital/klinik kerajaan.....sabar ya....

dhr said...

taktnye baca pengalaman awak ni. Sabar ye..be strong. Akak doakan awak lekas sembuh seperti biasa. InsyaAllah.

Husna said...

Sorry to hear that. We are in medical line mmg terasa kalau ada doktor yang cuai.

take care and get well soon

Fiszah_pjo said...

panjang nye cte ni kemn..hhuhu..sedihnye baca..takot dan seram..kesian awak..cepat sembuh ye..hospital kerajaan memang camtu la..nk jumpa yg baik ada..tp susah..alhamdulillah saya bersalin di Hosp sultanah bahiyh kena sume doktor dn nurse yg sangat baik.macam layanan swasta.even sy takde GL atau ape2 insuran..alhamdulillah.tp saya merasa gak bad service hospital kerajaan bila nak admit anak sakit..

bab insuran plak, memang takde insuran susah nk masuk swasta.swasta ni tindakan pantas,tp bayaran nye mahal.atirah aritu kos lebih 5k sebab demam je.huhu.klu takde insuran jenuh nak bergolok gadai nk byr kos rawatan kt swasta kan./

get well soon kemn..

Unknown said...

get well soon kemn..
semoga dpt raya ngn family.
take care yer..
dugaan mcm2 kita tak tau kan

Mrs Hafidz'joo'Din said...

get well soon kemn...takde apa dpt aku ckp ko mmg kuat..! Semoga cpt sembuh kawan!

MOMMYLIN said...

get well soon dear...
gov. memang sengal. kemn banyak2 bersabar ye..

[DnaZz] said...

sebaknya..as mother, kita boleh rasa apa yg kemn rasa. kalau kita demam pon husband dah gundah gulana nikan pulak sakit macam nie..semoga kemn & husband & keluarga terus kuat hadapi dugaan & ujian dari Allah nie. iza doakan semoga kemn cepat sembuh.ameen ya rabbal a'alamin..

F.Nesyita said...

Sori to say la..xpenah lg dengar benda yg best kalo dr hosp putrajya tue..adoi..mncemarkn ajela.

Anyway kema..hope terus sihat, selamat walafiat sllu..jaga kesihatan btl2 k.hope xde lg kejadian ngeri2 mcm nie jd lg nnt..n hope kita dpt pegi DPA sme2 nnt k..

Shu @ Mrs. Hamid said...

Nasib baik agen insurans tu bagi respond cepat, kalau tak, ntah bila la baru dapat tau punca sakit.
Get well soon Kemn.

Parin's wife said...

sedihnya yana baca cite kemn ni..bergenang air mata..huhuh..apa kejadahnya doc dgn nurse spital putrajaya tu?dgr kemn cite rasa nak maki je manusia bongkak tu...teruk jugak kes kemn ni..tapi takpe la alhamdulillah semua dah selamat kan..lps ni kemns jaga kesihatan betul2, selalu buat chekp up yer...get well soon dear...

syalinda johari said...

Kemm, memang sedih dan takut baca kisah kemm ni. saya doakan kemm akan sembuh seperti biasa.
saya ni staff kkm di putrajaya pun mmg jarang dapat layanan yang baik dari diorang, mak saya juga 2 tahun lepas kena strok, masuk spital gomen kat perlis, tau2 sajalah macam mana depa buat kerja..dari doktor sampai ke nurse..sakit hati betul, sudahlah mak saya dah tua, ayah pun dah tua, sedih pulak bila mengenangkan..
skrg ni mmg mak saya pergi private hospital ja. biarlah mahai, asalkan hati senang daripada sakit hati, sudahlah badan dah sakit.

apa2pun, semoga awak sihat ya..doa banyak2, ya..kekuatan kita semua adalah pada keluarga...

Luv like this.... said...

kemn tabah yer...kami salu mendoakan y terbaik tok kemn

**hug**

Kemn Azmaili said...

@Luv like this....

THANK YOU TO ALL MY FRIENDS!!!! SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU SEMUA!!!!!

rikashikishikari said...

Salam sis. So skrg da ok ke adhesion colic tu? Buat rawatan apa ye??boleh cerita detail tak sebab saya rasa benda yng sama skrg 😭

Unknown said...

Asslmkm, sape yg rasa je tahu, akak alami adhesion colic after buang appdic n 3 kali bersalin czer....Allahu maha pengasih..maha penyayang...Redho 2018...dgn adhesion colic ini mmbawa kpd buang rahim. Lepas tu sesekali sakit tu menyerang lagi, dan....sehari dua ni rasa sakit tu dtg lagi. Hubby dah ajak jumpa doc, tapi bertahan dgn pengalaman ngilu dan memilukan. Hanya kpdNya ku berserah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...