Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, July 5, 2012

Cleaning Service yang MENDUKACITAKAN

Semalam dah janji dengan uols nak share pasal ni kan. Ok, meh nak citer....

2 minggu lepas, kami memang hire cleaning service untuk cuci rumah di TH ni. Niat dihati kalau ikutkan memang nak cuci sendiri sebab aku ni memang spesies yang susah sikit nak puas hati dengan hasil kerja orang lain nak-nak bab cuci mencuci ni. Tapi apakan daya, nak handle si kecik tu punyalah payah kan. Kita nak menyapu, dia nak menyapu..kita nak ngemop..dia pun sama naik nak ngemop..menyudahnya memang semua kerja tak siap.

So, macam yang saya bagitau kat ENTRI INI, my husband decide amik khidmat servis diorang ni. Bila baca testimoni dalam website diorang ni, takda langsung orang yang kondem..semuanya baik-baik je. Infact kitorang pun dapat recommendation daripada member my husband sendiri. Dia pun cakap servis diorang ni okay kan.

Mula-mula kami dah set nak mintak diorang datang pagi..sebab masa panjang skit kalau depa start mencuci pagi kan. Tetiba, my husband cakap, diorang takleh datang pagi sebab ada job kat lain. Okey la, boleh consider lagi. Diorang cakap kalo datang petang pun takpe, sebab pekerja diorang ramai 6 orang..2 ke 3 jam dah boleh siap dah..Okay fine lah macam tu..

Janji nak start buat kerja pukul 2.30 petang. Masa kami datang tu, bos dia je yang datang..Si anak-anak buah tak sampai-sampai pun lagi. Nak dekat pukul 3.30 petang baru lah depa semua sampai. Then, saya bagitau lah kat bos dia, kena cuci ni, cuci tu,..Tak habis pun explanation aku, bos dia dah mencelah..takpe, dah biasa semua tu, memang kita tau kita akan buat semua tu,..Okay, baiklah..aku pun terus diam..Memang expect servis dia ni akan terbaekklahh bila dah tahu apa nak buat kan..

Masa diorang tengah mencuci tu, kitorang memang tak nak kacau lah depa buat kerja sebab riuh semacam kat dalam rumah tu macam banyak sangat benda nak kena bersih. Standardlah rumah baru kan. Rumah baru ni memang lagi renyah nak mencuci. Tapi aku rasa magik lah sebab diorang boleh siap 2 ke 3 jam kerja mencuci bagai..

Kitorang tinggalkan diorang sepasukan mencuci rumah, then kitorang pegilah keluar makan sat. Kebetulan time tu family aku ada datang sini. So, bawaklah family pegi makan kat Nilai. Dokat je kan..

Tapi, my husband dah pesan kat bos dia. Kalau ada pape nak tanya ke hape, call or sms lah. Kalau dah nak siap, call lah..jangan tunggu bila dah siap baru call..Ok, bos dia hangguk je tanda setuju..

Ok, lepas dah setel makan kat Nilai, kitorang pun balik rumah. Sampai je rumah...first thing yang aku check ialah lantai carporch. Eh, tak cuci lagi ke lantai ni, dengan pagar depan yang still berhabuk lagi. So, my husband pun tanya lah bos dia. Korang tau bos dia cakap apa..."Eh, lantai ni dah cuci lah..kalau sebelum ni lagi teruk daripada ni..". Apa ke bedut sangat ko ni nak compare dengan keadaan sebelum ni. Ofkos lah sebelum ni memang sedia kotor dengan habuk siling kapur campur dengan sampah sarap kat depan lagi..

So, aku terus masuk ke dalam rumah..As usual aku akan terus pegi check toilet kat dapur. Nahhhhh...sekali aku tengok...dengan berhabuk lagi..siap ada lagi  kesan-kesan cat atas lantai tu. Padahal cat tu cat kapur, sental sikit je dah boleh hilang.

Lantai dalam rumah tak payah cakap lah, dengan berhabuk lagi memang macam dia simbah je air. Then tolak je air ke luar rumah..Aku naik atas, tengok keadaan memang macam tak cuci. Kali ni memang aku cakap dengan husband cleaning servis ni memang tarak pakai punya olang. Dah la tu, masa kitorang pegi check rumah tu, dia boleh tercegat duduk kat luar. Apa kejadahnya? Sebelum ni, dia ada cakaplah..kami akan buat kerja sampai tuan rumah puas hati. Masalahnya cemaner ko nak buat kerja kalau pekerja ko yang ramai tu dah balik???

Husband aku memang bengang tahap gaban. Time ni lah aku baru nampak husband aku marah teramat sangat. Dia bukan jenis marah maki-maki orang. Tapi aku rasa disebabkan cara si bos tu menjawab, memang macam nak kena makan pelempanggg..kuang ajo sangatttttt..

Bila, husband aku komplen, ada je jawapannya. Eeee...memang kalau korang dengar alasan dia rasa macam nak hempuk je bos dia ni tau. Ada ke cakap lupa nak buat tu, lupa nak buat ni. Tingkap ni tak boleh cuci sebab tinggi. Cat ni memang dah cuci tapi tak hilang..Apa ke bendulnya jawapan ko bagi ni bos? Sekali ummi aku kikis cat tu dengan kuku terus je hilang..Mula lah muka dia terkemut-kemut malu. Tapi tak habis-habis bagi alasan.

Pastu yang paling sadis sekali, tinted cermin kitorang bercalar. Aku tak tau lah dia cuci tingkap pakai berus sabut ke hape..tapi memang kalau tengok, tinted cermin tu jadi berbalam-balam...huaaahuaaaaaaaaa...sedih sangat sebab nya rumah ni aku tak duduk lagi dah ada benda yang rosak...Memang gerammmmmmm...

Kalau ikutkan my husband memang taknak bayar langsung, tapi mengenangkan depa ni orang kita aku suruh jugak la my husband bayar, tapi tak bayar penuh. Aku try jugak berdiplomasi dengan mamat yang kohnon bos ni. Bila aku dah explain leklok, baru lah dia bagitau dia bukan bos..Dia cakap ni bisnes bini dia..

Aku cakap kat mamat yang perasan bos ni, jangan berjanji kalau rasa tak mampu nak buat. Kata boleh buat kerja sampai puas hati tapi mana pergi janji-janji manismu kalau semua staf ko dah balik. Dia cakap staf dia balik sebab kena pegi amik anak kat taska. Siap cakap lagi kat aku, takkan tak boleh faham sebab aku pun ada anak..Eh, ape kes ko ni? Kerja is kerja lah..Nak kerja kena adalah tanggungjawab, jangan ingat nak lepas tangan je bangg..

Seyes aku memang tak pernah tengok my husband punya amarah ke tahap gaban cam hari tu. Biasa si Rocky ni memang cool n rilek je. Aku yang suka potpet2 ngomel itu ini. Tapi bila dah tengok dia bertukar menjadi hijo camtu, aku pulak rasa takut. Takut jugak dia tumbuk budak yang mengaku bos tu..

My husband memang tak puas hati sampai ke laaa ni. Tapi lepas je habis citer tu, dia terus call Cleaning service yang selalu kitorang amik untuk cuci rumah kitorang kat kuarters ni. Bila dia dah citer panjang dengan si Shah ni..Shah pun bagila tau Rocky..sebenarnya silap bila amik pekerja ramai sampai 6 orang ni. Bila ramai sangat yang buat kerja, diorang ni tak fokus sangat, berborak lagi banyak dari buat kerja. Pastu kerja memang berkira. 

Patutlah si Shah ni biasanya akan hantar 2 orang je untuk cuci rumah. Dia memang dah estimate sorang mesti akan buat kerja selama 5 jam. Kalau kerja ko habis awal, ko kena gak cari kerja lain kat rumah tu sampai la cukup 5 jam.

So, Isnin tu terus my husband suruh dia datang tengok keadaan rumah kitorang. Dia pun perasan tinted kitorang dah rosak. Siap suruh my husband tukar sebab masih dalam tempoh warranty kan. Hari Isnin tu, dia hantar sorang je pekerja sebab sorang lagi demam. So, yang sorang ni terpaksa cover kerja yang sorang lagi. Total dia mencuci rumah kami selama 10 jam!!! Dari pagi sampai malam uolss...Kerja memang puas hati sangat. Baru lah nampak rumah kami ni bersih..wangi pulak tu...

Bila kami sampai dalam pukul 10.30 malam camtu, tengok dah ada 2 orang pekerja. So, takdalah penat sangat bibik yang sorang ni buat kerja dari pagi sampai ke malam..

Sangat puas hati, pintu rumah bersih, tingkap berkilat, lantai pun tak rasa berhabuk. Paling aku suka tandas bersih dan wangi. Barulah nama Cleaning Service!!!


p/s: entri ini didedikasi istimewa buat Mr. Rocky...mengimbau memori luka..hihi

17 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

uish. baca dah sakit hati. i xleh bayang klu kena kat i. kita bayar dorg buat hampeh2 je..
mengang kots cmtu!
btw, cantik langsir u dlm entry sebelum ni

Ilyani said...

mmg sakit hati lh klo jd camtu...kemn, boleh bg no fon shah ni x? :)

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

betul atiey..mula2 mmg boleh sabar tapi bila dia menjawab tu lebih kurang je..mmg geramm..dah la rosak barang kita..tak responsible langsung..

btw, thanks atiey..curtain tu dah habis jimat dah..haha

Kemn Azmaili said...

@Nurul Ilyani

ok, yani nanti kt pm u dear..

ChemSO said...

Hi kemn..i ni silent reader u...boleh bg no tepon shah tu tak?

ChemSO said...

Hi kemn..i ni silent reader u...boleh bg no tepon shah tu tak?

Lizan said...

eh..bengang la pulak baca kisah dan tauladan ni. memang tak bertanggungjawab betul si kohnon bos tu..dia lupa ke kalau kita tak halalkan duit tu sampai kiamat tak berkat rezeki dia peh tu nak guna bagi anak bini makan pulak..

syariza09 said...

giler tul derang buat keje camtu..sedih tul tgk rumah baru jd mcm tu kann...pasni nama company tu kena blacklist la

zurayusoff said...

mak aiii panehnya ati aku ni haa...
tu cara2 kena kat org lain tu...
kalo kena kat batang hidung aku tu,mungkin esoknya di buletin utama tajuknya"seorang awek perasan cun telah menumbuk muka mamat bodoh lg tak hensem yg ngaku boss"....
kakakaka

Kemn Azmaili said...

@ChemSO

ok..ni no tel shah 012-2596759. thank u for reading my blog.. ;)

Kemn Azmaili said...

@Lizan

itulah..bila slowtalk dgn bini dia pun sama jugak..ada je alasan diorang..takkan la tak boleh tunggu customer kot..memang frust sgt..

Kemn Azmaili said...

@syariza09

kalo ikutkan hati nak je buat report, tapi masih ada rasa kesian dengan bisnes org melayu kita..

Kemn Azmaili said...

@zurayusoff

hahahhaha..memang panas..sebab dia menjawab n jawapan dia langsung tak masuk akal..

MamaPatch said...

sedihnyer kemn part tinted bercalar balar tu. dugaan dugaan nak masuk rumah baru..

Kemn Azmaili said...

@Mrs.aisheiteru

sedih..mmg frust sgt..eventhough still under warranty..tapi cam leceh je nak kena baiki balik ;(

Cik Ain said...

ON-CALL CLEANING SERVICE

RM50 / 3 jam / seorang

- tempahan selewat-lewatnya sehari sebelum ( depend on availability )
- cas termasuk penghantaran
- normal cleaning procedure ( sila rujuk jadual pembersihan)

Surcharge :

- RM10.00 untuk pengunaan peralatan dan produk kami
- Rm15.00 sejam untuk seorang untuk setiap jam tambahan

Call or whatapp : 019-3620209 ( Aisyah )

Unknown said...

Tiada masa bersihkan rumah?
Rumah berhabuk?
Perlu bantuan bersihkan rumah?
Servis Cuci Rumah Penang ada penyelesaian.
TIADA CAJ MINIMA
TIADA CAJ PENGANGKUTAN
TIADA CAJ TERSEMBUNYI
Sms 017-4518689 untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...