Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, February 10, 2014

Hadif turns 3!! Happy Birthday Abang!

Selamat Hari Lahir yang ke-3 untuk anakanda buah hati pengarang jantung intan payung ummi, Muhammad Hadif Akhtar bin Mohd Yusri. Sempena hari lahir yang ke 3, kami celebrate sederhana tetapi cukup bermakna untuk abang sorang ni. 

Semalam kami celebrate birthday Hadif di The Mines. Asalnya nak cari kek yang dia request awal tu la, cake minion. Siap pesan kalau minion takda nak cake ben10. Dah sampai The Mines, hilang la minion ben10 dianya, bila dah tengok bot yang banyak-banyak kat tasik tu.

Hari tu dia dah mintak nak naik, tapi dah lewat malam, cruise tu pun dah nak tutup. So, hari semalam dapatla dia merasa naik cruise buat kedua kalinya. Dulu dah pernah bawak masa baby, tapi baby kan. Tak pandai nak menghayati keindahan tasik pun lagi.

Beza sekarang bila bawak dia. Dia dah 3 tahun, so memang faham semua benda lah. Bila cruise tu stop kat tengah-tengah tasik, ada feeding session. Kami pulak tak tau ada session tu, tak pulak bawak bekal roti ke hapa kan. So dapat tengok orang lain bagi makan je la. Ikan dalam tasik tu kemain debab-debab. Sihat sungguh. 

Bot gerak pulak ke tempat swan berenang-renang. Swan yang ada kat tasik ni dah reti bahasa dah. Stop je bot tu, mereka pun datang berbondong-bondong. Happy la abang tengok swan kemain jelita kan. Putih bersih suci murni.

Next station pulak, ada sekumpulan itik yang jelita jugak. Kesian anak ummi kagum sangat tengok itik. Padahal ummi dulu masa kecik-kecik, besfren tau dengan itik. Suka hambat itik belakang rumah arwah tokki, pastu itik tu pulak hambat ummi balik. Nasib tak disudu dengan mulut dia yang super mungil tu.

Apa yang penting abang dah nampak sedikit perubahan bila dah masuk 3 tahun ni. Daddy dah pesan siap-siap kat abang, dah masuk 3 tahun abang tak boleh main je banyak. Kena belajar jugak. Abang angguk je tanda faham dan mudah-mudahan dia serap la apa yang daddy cakap. Sekarang pun semenjak dah pandai mewarna dengan tidak terkeluar garisan, nampak dia memang eksaited nak mewarna. So semalam, ummi bagi hadiah colouring book untuk abang. Biasanya colouring book memang sekali dengan sticker, so dalam masa yang sama abang belajar jugak nak suaipadankan sticker dengan gambar dalam buku tu.

Bila tanya abang, dah besar nanti abang nak jadi apa. Surprise sangat bila abang jawab,"abang nak jadi imam, ummi...". Ya Allah..rupa-rupanya abang dengar pesan ummi hari-hari tiap kali sebelum tidur. Saya selalu cakap dengan abang, nanti abang dah besar abang boleh baca kuat-kuat Alfatihah dekat masjid yang macam abang selalu dengar tu. Yang paling abang eksaited, bukan nak baca al fatihah kuat-kuat. Tahu tak yang dia eksaited nak sebut kuat-kuat?...."Aaaaameeeeeeeeeen"...Ha tu la part yang paling dia suka ok...Anak kecil kan? =)

Saya cakap la, kalau sebut aameeen kuat-kuat tu jadi makmum je. Bercakap pasal solat di masjid, semalam lepas selesai celebrate birthday, singgah solat di masjid. Ummi kebetulan cuti tak boleh solat sesame, then after habis solat tu terus dia datang bagitau dia nangis tadi. Sebab dia tengah solat, ada sorang kawan datang dan pukul dia masa dia tengah solat. Husband saya cakap dia memang perasan budak yang pukul Hadif tu, sebab budak tu memang terus lari ke ayah dia bila tau husband saya nak pergi jumpa dia. Hurmm..saya takda idea lagi nak bantu anak kecik yang ke masjid tapi tak solat. Pokok pangkalnya didikan tu bermula dari rumah kan? 

Sebab tiap kali anak saya pulang dari masjid, saya akan tanya dia sembahyang atau main? Kalau dia main, dia terus terang cakap main, kalau betul-betul solat dia akan cakap solat. Tapi pernah sekali dia cuba nak pusing ayat. Saya faham apa yang dia nak sampaikan. Sebab anak saya ni macam anak orang lain juga. Tak lari fikiran dia dengan "bermain", sebab sambil dia solat tu kenkadang dia curi tulang jugak. Tapi lepas daddy ingatkan balik tujuan ke masjid, dia akan "behave" balik. Begitulah anak-anak ni, kita kena sentiasa mengingati dan pesan selalu, Kalau kita amik mudah, dia akan lupa balik. Jadi kita jangan salahkan anak kita kalau dia tak dengar cakap. Letaklah kesalahan tu pada diri kita.

Apapun, saya sentiasa berdoa agar anak saya sentiasa sihat cergas dan menjadi anak yang soleh. Hanya Allah yang tahu betapa lah kita menginginkan anak kita anak yang soleh kan?

Gambar ni time otw nak gi main badminton. Tengok gaya boleh menaang tapi main belum tentu..kekeke

eh kenapa tangan umi sama besar dengan kek? haha

Selfie bertiga. Daddy dah kenapa tunjuk lubang idong..

Ummi sibuk nak selpi dikala abang dan daddy menikmati keindahan tasik. Comotnye ummi..

Suka tengok swan kaler hitam ni..


Inilah sekumpulan itik yang jelita teww..Itik pun celebrate besday Hadif..kekekeke

3 yang mengekspresikan diri:

MOMMYLIN said...

happy besday hadif... semoga menjadi anak soleh.

Unknown said...

epy bday hadif^^

fazianbatrisyia said...

happy birthday abg hadif...semoga jadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. Baguslah anak sulong dah awal2 panggil abg...ada adik tak susah nak ubah panggilan. macam anak sy masa tu mengaku semua adik...satu hal nak tukar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...