Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, April 28, 2014

Tips Keibubapaan: Bahayanya Gajet Pada Kanak-kanak

Rata-rata sekarang ini banyak yang kita lihat di internet, di dalam ruangan keibubapaan mengenai bahayanya gajet pada kanak-kanak. Saya lihat kanak-kanak umur 1-2 tahun berkepit dengan gajet adalah satu perkara biasa di condo tempat saya tinggal. Kadang-kadang kita tidak boleh salahkan kanak-kanak ini nanti jika mereka ketagihan atau 'nakal' akibat ibubapa yang telah membiasakannya dari usia ini. Ibubapa mengambil jalan mudah untuk 'menyenyapkan' anak mereka. Anak baru 2-3 kita dah pening kepala dengan kelakuan nakal biasa mereka itu lantas mengambil jalan mudah ini. Bayangkan ibubapa dahulu. Hmm... saya ada 8 orang adik beradik. Sabarnya ibu saya dan ibu-ibu zaman dahulu..**tanpa pertolong apa-apa gajet dan TV (dulu rumah saya TV pun takde)


Bagi saya samada TV atau internet, kedua-duanya sama banyak manfaat dan bahayanya. Ibarat pisau yang boleh mengukir ukiran yang cantik jika digunakan dengan betul, ia juga boleh melukakan atau membunuh seseorang yang memegangnya! Mendedahkan keduanya tanpa kawalan seolah membunuh anak kita sendiri. 

Maaf jika saya terlalu ekstrem. Bila melihat keratan akhbar dalam dan luar negeri tentang kanak-kanak seusia 4-5 tahun sudah pandai 'beraksi' rasa meremang mengingatkan zaman anak-anak kita (zaman anak saya dan zaman anak-anak Akmar) yang semakin bermasalah. Usia yang kita rasa masih mentah berhingus yang tidak tahu apa jika pada zaman kita dahulu, sekarang sudah tidak begitu. Kanak-kanak tidak lagi boleh dipandang mengikut usianya. Kita perlulah menilai mengikut pendedahannya. Samada pelajaran, kebolehan, kemahiran, kenakalan dan sebagainya. Yang baik insyaAllah ia datang dari didikan rumah dan guru di sekolah. Yang tidak baik itu, kebanyakkannya datang dari TV dan internet atau kawan-kawan mereka yang telah terdedah dengannya.


Hakikatnya, TV boleh menjadi guru kepada anak kita, dan internet boleh menjadi kawan yang sangat bermanfaat untuk anak kita. Namun jika tidak endahkan cara mengendalikannya kedua-duanya boleh memusnahkan anak kita tanpa kita sedar.

Jauhkanlah gadget dari anak-anak jika untuk bermain games. Jika mereka hendak bermain, biarlah di desktop atau di laptop. Tidak seperti gadget tablet yang boleh dibawa kemana-mana, desktop dan laptop tidak akan menghalang kanak-kanak dari belajar bersosial jika waktu untuk bersosial. Kemahiran social skill ini bukan boleh diajar oleh guru dan ianya adalah sangat mustahak untuk masa depan mereka nanti. Ini bukanlah bermakna saya ini anti gajet. Anak saya, Darwish dan Darwisya pun ada tablet mereka masing-masing. Tetapi mereka menggunakannya untuk membaca dan menghafal Al Quran. Haa.. membaca dan menghafal al Quran pun dah kena berubah ikut peredaran zaman ya. Jika nak bermain games.. mereka akan ke PC desktop. 

Sumber dari emel Lina Karim 

1 yang mengekspresikan diri:

Azziah Nawawi said...

sokong entry ni. saya jugak sedang menghadkan masa utk anak saya main dengan tabnya. ada pro and con benda ni. kena pandai bahagi masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...